Lelaki & Wanita Dua Lelaki Terlanjur Meminta Nasihat!

Dua Lelaki Terlanjur Meminta Nasihat!

  • PDF
(26 votes, average 4.88 out of 5)

Dua Lelaki Terlanjur  

Meminta Nasihat

Bagi manfaat pengunjung web saya kali ini, terdapat dua soalan agak memeranjatkan yang boleh saya gabungkan jawapan dan respondnya. Berikut adalah soalan pertama yang amat tidak menyenangkan :-

Soalan 1

Gambar Hiasan
 

Ana seorang graduan ilmuan (deleted by admin) dari Timur Tengah dan sudah beristeri serta mempunyai anak. Namun secara sedar nafsu ana amat sukar dikawal dan sering terangsang. Walaupun ana merupakan seorang guru di sebuah sekolah, dan sering ilmu kebaikan kepada masyarakat, ana tewas pada satu hari, satu malam.. telah beberapa minggu peristiwa hitam itu berlaku. Ana terlanjur berzina dengan seorang pelacur!!! Ia berlaku dengan sangat cepat dan seperti mimpi. Astaghfirullahal azim..

Ana menangis sehebatnya selepas keterlanjuran itu dan kini kerap merasa diri sangat hina dan munafik. Ternyiang-nyiang rejaman sampai matilah bagi dosa seperti ini. Malam keterlanjuran dan selepas taubat, ana seakan meredhakan datangnya kematian kerana terlalu tertekan...rupanya masih ada pagi bagi diri ini.

Kini ana seakan tiada nafsu lagi dengan wanita seksi sebagaimana dulu, ana juga semakin jarang terangsang dengan mudah sebagaimana dulu akibat rasa salah ini. Teringat bagaimana rupanya zina itu tidak sehebat yang ana fantasikan selama ini. Fantasi oleh Syaitan ini kerap membelenggu ana hingga akhirnya jatuh. Sehingga kini ana masih terlalu pelik dengan diri sendiri sehingga ada kalanya merasakan peristiwa hitam itu semacam satu mimpi ngeri. Ya allah ...terimalah taubatku, ana nak minta sangat apa-apa nasihat dan teguran dari Al-fadhil ustaz untuk ana yang amat lemah ini.

- Melalui email (sebahagian bahasa asal telah diedit kerana rumit berbelit-belit) -

Soalan 2

Saya sedang menyesali dan mohon semoga taubat saya diterimaNya sekarang ini kerana saya telah terlanjur dengan seorang wanita sekerja, malah ia telah gugurkan kandungannya
sekali.

Sudah Senjakah Peluang Ke Syurga Dengan Dosa Sebegini ?
 

Saya dah lama berkahwin tapi tidak ada anak lagi.. Isteri dah tahu tapi tidak mahu saya
menceraikannya. Wanita itu pula kecewa dengan keputusan saya kerana lewat menceraikan isteri
saya lalu kini bertunang dengan seorang wanita yang berjawatan agama di sebuah institusi agama.

Wanita ini anak 'Ketua Masjid' disegani di (deleted by admin). Wanita ini juga
berpendidikan agama yang tinggi juga. Apakah yang saya perlu buat ? nak pilih yang mana?

Untuk berpoligami insaAllah saya mampu zahir batin sebab income saya mencecah RM 7 ribu sebulan tetapi dua-dua wanita tidak setuju poligami atau perlu ke terus terang dengan bapanya? ini
seperti membuka aib saya tapi saya perlu pertolongan saudara-saudara sekalian untuk
nasihat dan teguran. Saya rasa dosa saya ni terlalu besar sangat dan pernah
hampir-hampir 'putus asa'.

- Soalan melalui zaharuddin yahoogroup -

PANDANGAN UZAR

Bagi soalan yang kedua saya sebenarnya ada kekeliruan sedikit dengan info yang diberikan oleh saudara. Iaitu adakah wanita yang saudara terlanjur itu adalah wanita yang sama dengan wanita yang disebut saudara sebagai berjawatan agama, kerja di insitutsi agama itu dan telah bertunang dengan saudara.?

Bagi penyoal kedua, jika wanita itu berbeza pula, ini bermakna saudara ini boleh dikatakan ‘bermain dan mempermainkan' ramai wanita dalam satu masa. Ini menunjukkan saudara mempunyai masalah hati dan iman yang agak besar dan tanpa perubahan radikal dalam cara ibadah dan cara hidup, berdasarkan hukum Islam, saudara mungin akan menempah azab yang maha pedih di alam selepas kematian, bertaubat dan bersungguhlah membuat perubahan drastic agar tidak terlambat.

Ingatan Umum Bagi Kedua-dua Penyoal

Bagi kedua-dua penanya (soalan satu dan dua). Saya ucap takziah atas dosa besar yang dilakukan tetapi sekalung tahniah atas keinsafan anda berdua terutamanya penyoal pertama, anda selaku orang berilmu tetapi telah mencarikkan adat orang berilmu dengan perilaku terkeji itu. Inna lillahi wa inna ilaihi Rajiun.

Jika anda berdua merasa sangat berdosa dan hina sekarang ini akibat perbuatan-perbuatan dosa saudara itu, ia adalah satu tanda baik dan tanda iman masih ada janganlah sampai berputus asa. Kutuk dan hinalah  diri sebanyaknya agar anda benar-benar berterusan insaf dan taubat, asal jangan sampai berputus asa dan bersangka buruk dengan Allah swt.

Rasakan diri sebagai ‘celaka' dan tidak tahu malu dengan Allah swt yang telah memberikan anda isteri yang sah......tiada kata yang dapat diberikan kecuali anda wajar mencari rasa kehinaan hingga penyesalan tiba dan tersemat di hati, dengannya akan terhapus rasa ingin mengulanginya.

Cuma saya nasihatkan juga agar anda berdua melihat dosa anda berdua secara positif, iaitu bagaimana menjadikannya membawa kebaikan selepas ini.  Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari seorang ulama terkenal dalam bidang sufi dalam salah satu kata hikmahnya menyebut :-

معصية أورثت ذلاَ وانكسارا , خير من طاعة أورثت عزَا واستكبارا

Ertinya : "Satu maksiat yang menyebabkan kamu merasa kerdil, rendah diri, hina dan hancur hati ( kerana penyesalan dan taubat)  lebih baik dari melakukan taat yang menjadikan kamu merasa agung, bangga dan hebat ( sehingga tahap ujub)"

Saya juga tertarik dengan satu lagi kata hikmah beliau sebelum itu yang berbunyi :-

ربما قضى عليك بالذنب فكان سبب الوصول

Ertinya : Berkemungkinan ditaqdirkan bagimu melakukan satu dosa sebagai sebab musababab untukmu sampai kepada keredhaan Allah swt (dengan rasa rendah diri, hina dan akhirnya berubah menjadi soleh)

Dr Syeikh Muhammad Said Ramadhan Al-Buti dalam menghuraikan kedua-dua hikmah ini membawakan dalil berikut sebagai sokongannya :

إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Ertinya : kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Furqan : 70)

Seseorang yang menyesali sebenar-benarnya keterlanjuran dosanya dan merasakan kepedihan dan kehinaan diri kerananya adalah merupakan salah satu bentuk cara Allah swt mengazabnya di dunia lagi bagi menyelematkan di akhirat, dan boleh menjadi sebab Allah menukarkan selepas azab tersebut dengan kebaikan yang lebih banyak. (Al-Hikam Al-‘Atoiyyah : 3/147)

Benarlah kata hikmah ulama yang menyebutkan : "Sesungguhnya tangisan dan sedu sedan seorang yang terjatuh dalam maksiat kerana pedih dan sesal kerana maksiatnya sudah pasti lebih dicintai oleh Allah swt dari tasbih orang yang menunjuk-nujuk sambil berasa ujub terhadap kebaikan dirinya"

Justeru, kecewakanlah Syaitan dengan menjadikan keterlanjuran anda berdua sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Antara tindakan lain yang boleh anda berdua lakukan bagi membuktikan taubat sebenar adalah :-

1)  Menambah amalan soleh, diwaktu hampir musim Hari raya Qurban ini amalan yang terbaik adalah melaksanakan Qurban. Berqurbanlah sebanyak yang mampu bagi menampung dosa-dosa yang dilakukan.

2)  Menjauhi apa jua yang mampu membawa kepada ingatan semula kepada nafsu silam, jauhi semua jenis chat, website lucah, bacaan lucah, akhbar dan gambar semi lucah dan yang sepertinya. Bagi penyoal pertama, sekali nafsu anda kini terkawal, teruskan kawalannya.

3) Bagi penyoal kedua, jauhi berdating, berdua-duaan dan apa jua tindakan yang boleh menjadikan anda terlanjur dengannya. Hormatilah diri anda dan dirinya.

Demikianlah beberapa komentar umum saya bagi kedua-dua soalan.

Teguran & Nasihat Khas Bagi Penyoal Kedua

Berkenaan nasihat dan teguran khusus bagi soalan kedua, sebelum itu perlu diingatkan bahawa pandangan ringkas ini hanyalah satu pandangan dari saya selaku individu biasa sahaja, ia bukan bersifat ‘paling tepat' terutamanya saya juga bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas dalam isu rumahtanggan seperti ini. Berikut adalah pandangan ringkas saya :-

1) Memang saudara telah lakukan dosa besar kerana melakukan zina dengan rakan sekerja anda. Taubat yang sebenar-benarnya adalah WAJIB dilakukan disertai dengan rasa penyesalan yang tinggi sebagaiamna penyoal pertama menyesal. Saya juga bimbang, jika saudara masih bekerja di tempat lama dan masih sepejabat dengan rakan wanita tersebut. Dosa yang sama mungkin boleh berulang kerana Syaitan tidak akan putus asa dalam menggoda anda berdua. Segeralah mencari jalan agar berjauhan dengan wanita ini.

2) Menggugurkan anak tadi juga jika bayi sudah berusia 120 hari di dalam kandungan adalah dosa besar yang kedua. Jika sebelum 120 hari, ia harus menurut majoriti Ulama sedunia. Saya tidak pasti pengguguran wanita sekerja saudara itu dilakukan dalam kategori pertama atau kedua.

3) Berkenaan tiada anak, saya kira bukan anak yang saudara cari sebenarnya tetapi nafsu saudara yang bermasalah. Justeru janganlah lagi dijadikan alasan ‘dah kahwin lama tetapi tiada anak" untuk menjustifikasikan keterlanjuran keji itu. Zina adalah bukan penyelesai kepada tiada anak. Ia hanyalah sebenarnya tipu daya nafsu semata-mata.

4) Bagi saya, saudara perlu memujuk isteri saudara dan tunang saudara untuk berpoligami. Berdosa hukumnya bagi tunang saudara itu menuntut saudara menceraikan isteri saudara.

Setelah melakukan yang terbaik dalam memujuk kedua-dua mereka, saya kira saudara sudah sampai ke tahap WAJIB berkahwin lagi disebabkan nafsu yang sukar dikawal dan dikelilingi suasana zina. Tiada apa lagi yang mampu saudara lakukan terhadap bantahan isteri dan tunang saudara, kecuali mengabaikan bantahan mereka dan terus berpoligmai demi menjaga akhirat saudara dan mereka.

Si isteri sudah tentu tidak mahu suaminya berterusan menjadi penzina yang patut direjam sampai mati.

Tunang pula sepatutnya tidak boleh berterusan dalam pertunangan tergantung dan bakal jatuh dalam zina tanpa kawalan sewajarnya. Selaku wanita berpendidikan agam tuning saudara sepatutnya mengutamakan penjagaan agama  dari mengutamakan emosinya semata-mata.

Saya kira, bertemu dengan ibu bapa kedua-dua mereka untuk meminta bantuan agar melembutkan kedua mereka agar bersetuju juga mampu mendatangkan kebaikan. Namun tidak perlulah anda mendedahkan perihal keterlanjuran anda dahulu. Anda juga perlu membuat telahan dan sedikit risikan terhadap sifat kedua ibu bapa mereka.

Akhirnya, mungkin ramai yang tidak sependapat dengan saya dalam hal ini tapi itulah pandangan yang sempat dan mampu saya coretkan dikesempatan yang ada.

Rakan-rakan pembaca lain bebas memberikan nasihat di ruangan komentar. Yang pasti, semua kita sedang cuba berfikir yang terbaik bagi mereka untuk kehidupan dunia dan akhirat mereka. Janganlah ada yang mencaci maki dalam ruangan yang disediakan.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

12 Dis 2007

http://www.zaharuddin.net/

3 Zulhijjah 1428 H (Malaysia)

4 Zulhijjah 1428 H (Saudi)



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Dua Lelaki Terlanjur Meminta Nasihat!