Lelaki & Wanita Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah

Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah

  • PDF
(99 votes, average 4.86 out of 5)

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak

Di Rogol & Cabul

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Moga DiPelihara

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini.  Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri. 

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

12 Ramadhan 1428 H

24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

 


FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh

  • 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.

  • 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.

  • 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.

  • 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.

  • 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.

  • 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan

  • 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain

    lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

  • 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.

  • 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

  • 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.

  • 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.

  • 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.


  • Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

    Comments  

    0 #60 nak tahunak belajar 2011-10-13 23:52
    salam ustaz..bleh x sy nak mintak kbnaran utk share ngan rkn2??terima kasih..
    Quote
    +2 #59 amalkanlah kawan,memang best!diyla69 2010-12-01 00:18
    :lol: Allah Maha Pengaseh Lagi Maha Penyayang...amalkan kerana Allah Taala...tersangatlah selamatnya...ALlah sentiasa melindungi kita, kita jer terrrlupakan Dia:>
    Quote
    +2 #58 assaaabiquun protects albanatummumukhlis 2010-11-30 23:34
    salam,
    mohon doanya saudara muslimku keatas assaabiquun-taska,tadika,ta hfiz lilbanat demi menyelamat rahim madrasah pertama tamadun ummah.
    Quote
    +2 #57 slmana 2010-11-30 22:11
    sy ingin bertanye satu soalan.....sy dapati certain tmpat pengajian atau tmpat kerja mewajibkan pakai uniform...tudung lak kene masukkan dalam baju uniform....nmpk bntuk bdn dan x cukup syarat menutup aurat..apekah hukumnye sekirenye trpkse pakai uniform mcm 2...?
    Quote
    +2 #56 JAGA KEHORMATAN KITA,WAHAI GADISungu violet 2010-11-30 21:37
    salam,terima kasih ustaz atas doa ini..
    kesimpulannya,g adis2 d luar sana n sy sndiri...jagalah aurat n pergaulan anda dgn kaum adam.....biarlah mereka dgn cara mereka,tetapi kita dulu yg perlu guide n pelihara kehormatan...Kasihilah ibu bapa yg melahirkan kita...Mereka melahirkan kita untuk menjadi insan berguna bkn perosak bangsa sendiri..... :sad: Lebih baik ibu anda keguguran dri melahirkan ank seperti ini.......... :-|
    Quote
    0 #55 Doa pelindungnajm 2010-11-30 20:46
    www.youtube.com/.../

    boleh tgk/baca dgn lebih jelas kat youtube doa nie
    Quote
    0 #54 51. ...N.I.S.A 2009-03-06 20:48
    salam
    ustaz, sye sering mengamalkan doa abu darda'. jika sy hanya mengamalkan doa abu darda' tanpa mengamalkn doa di ats, adkh mcm tidak mengapa.
    harp ustaz fhm mksud sye.
    terima kasih
    Quote
    0 #53 wanita malang 2008-11-18 09:38
    salam ustaz...
    saya nie berumur 21 tahun..
    selama 21 tahun saya hidup di dunia ini saya sudah 3 kali di cabul dan 2 kali di ragut..saya tidak tahu kenapa sebegitu byk duaan yang saya terima..dan jika ustaz hendak tahu perkara2 ni terjadi sewaktu saya darjah 6, tingkatan 3 , tingkatan 5 dan juga final exam semasa diploma...
    yang saya pelik nye kenapa & mengapa ia terjadi di saat saya ingin menduduki exam bagi penentu hidup saya???
    skng nie saya naik fobia untuk smbung belajar walaupn hasrat saya untuk smbung degree tu ada..
    so apakah pendapat ustaz tentang masalah saya ini???
    adakah ini malang petaka yang saya tidak nampak???kekadang saya terasa fobia dengan kaum llaki.saya rasa kn semua lelaki ini adalh sama..sampaikan dengan bakal tunang saya pun saya masih ragu-ragu dengan pandangan die terhadap saya :cry:

    UZAR : Saya sgt simpati atas apa yg berlaku..nasihat saya teruskan amal doa2 ini dan yakinilah perlindungan Allah.

    jika sdri rasa pakaian sdri yang menjadi pounca, ubahlah pakaian dan jika perlu pakailah purdah menutupi muka
    Quote
    +1 #52 me 2008-11-11 10:51
    salam ustaz,,saya ingin brtanya adakah doa yg sesuai di amalkan untuk mndapat jodoh,,dek kerana skarang amat susah mncari jodoh yg sesuai,,,mlah masalah rumahtangga dan perceraian makin menakutkan,,tri ma kasih ustaz
    Quote
    +2 #51 wardah_asrar 2008-04-04 15:18
    syukran ya ustaz...atas doa ini..dah lama ana mencari doa yg sesuai..alhamdulillah selama ini ana memang mengamalkannya dalam seharian..jadi xrugi jika kita amalkan al-mathurat :-)
    Quote
    0 #50 muslimah_kisas 2007-12-28 18:26
    ustaz..nak tanye..ape hukum pakai stokin yang warna nya same ngan warna kulit?walaupun stokin tu tebal?btul ke tak boleh?
    minta ustaz perjelaskan

    komen uzar : Hukum pakai stokin warna kulit adalah sama macam tak pakai stokin juga.

    Jsuetru wajib pakai stokin yang berbeza dari warna kulit..kuning ke, hijau ke, hitam legam dll
    Quote
    0 #49 aangah 2007-11-15 02:22
    assalamualaikum .

    boleh tak ustaz bagi doa untuk kita mendoakan org yg nak pergi menunaikan haji? saya ad mencari dalam buku-buku doa,tapi tak jumpa.atau pun utk dibaca dlm majlis utk meraikan org pergi haji.

    Saya hrp dpt ustaz sampaikan pada saya.
    Quote
    +1 #48 HK18 2007-11-07 21:09
    Semasa saya menghadiri hari Penerimaan Sijil anak saudara saya baru2 ini, saudara baru kita En Danial Hakim Boey bin Abdullah Pengurusi Persatuan Cina Islam, menerangkan kenapa banyak sekali gejala rogol ini berlaku, ini kerana masyarakat hari ini terpengaruh dengan budaya porno yg disebarkan oleh media2 elektronik, cetak yg mana org2 barat ini bawa masuk untuk menyesatkan kita org Islam.

    Justeru itu, pantaulah kegiatan anak2 anda, bersama siapa mereka berkawan dan byk2 berdoa utk keselamatan anak2 kita.
    Quote
    0 #47 INGIN TAHU 2007-11-07 02:32
    Ustad,

    Saya ada dalam RM2,000 duit dividen & bonus ASB. Kalau saya gunakan untuk membeli sebuah TV, adakah itu ok? Kalau tidak, bagaimana cara yg terbaik untuk lupuskan duit itu?
    Quote
    0 #46 jaa 2007-11-03 14:25
    semoge dunia ini aman daripada perogol2
    Quote
    0 #45 puteri 2007-10-31 05:48
    Assalamualaikum .....

    Ustaz...keliru la dgn pakaian sarung tgn n kaki...ape yg sy tahu mmg wanita auratnye dr hujung kepala smpi hujung kaki kecuali muka n telapak tgn...logiknye bg saya pemakaian keduanya adalah sgt perlu krn kalau tak pakai, akan nmpakla sedikit aurat di tgn sebab baju kurung melayu kan selalunya longgar di pergelangan...tapi ramai je penceramah glamour kita kat media yg tak pakai sarung tgn n kaki...boleh nampak susun atur gelang2nya:-) sy nak tahu adakah ini hanya khilaf ulama' (utk bhgn tgn n kaki) atau mungkin ada kelonggaran utk kes2 t'tentu...dan aurat di dlm solat juga,bila solat di uia, bole nampak foreigner yg byk tak tutup kaki(dr tumit smpi tapaknye)..Harap sgt ustaz bole membantu menerangkan ttg perkara ini
    Quote
    0 #44 MAZ 2007-10-22 20:25
    kte skrang ptut fikirkan keselamatan adik2 kte yang masih kecil..
    Quote
    0 #43 adikpmk 2007-10-19 18:50
    alhamdulillah, ada doa khusus dalam hal ini.marilah kita amalkan beserta amalan -amalan soleh
    Quote
    0 #42 abu Mujahid 2007-10-09 19:03
    Bila pakaian sendat dan macam bungkus nangka dipakai macamana nk keberkatan dalam berdoa.. makanan juga perlu dijaga ..yang halal boleh makan yang haram kena tinggalkan..

    Jangan lupa ilmu didada perlu ditambah..
    Apapun memang patut kita banyakkan berdoa (khususnya yang mathurat dari Nabi) dan amalkan segala adab dan adat yang di anjurkan oleh Islam..

    Adat yang tidak berlandaskan Islam buang ke dasar laut.. lagi elok ditadbir dengan hukum Allahuakbar.. makasih
    Quote
    0 #41 mn 2007-10-09 05:43
    asm,
    Sekadar makluman. DOA yang kedua tulisan jawi tak lengkap, tiada wa zalim di hujungnya, lagi elok kiranya yg jawi tersebut disertakan dgn baris yg lengkap

    terima kasih

    UZAR : NAS ASAL HADIS TU MEMANG TAK DE PERKATAAN ZALIM, CUMA TAFSIRAN KAFIR TU BOLEH DIMASUKKAN SEKALI ZALIM
    Quote
    0 #40 solha 2007-10-07 22:38
    ustaz, trima kasih utk doa ni..
    Alhamdulillah..ramai lg mahasiswa/wi yg sgt sygkan Islam..
    Islam cara hidup TERBAIK!
    Quote
    0 #39 Nor Ee 2007-10-05 14:24
    Salam....

    Saya diarahkan untuk membuat presentation dan assingnment untuk kelas master saya mengenai kes nurin jazlin....ada apa-apa cdgn daripada anda semua ...apa yang perlu di tekankan untuk memantapkan presentation saya dan assignment ini?

    UZAR : BOLEH AMBIL POINT DARI WEB INI, TAPI KENA BUAT NOTA KAKI TAU..KALAU TIDAK DIKIRA PLAGIAT DAN PENIPUAN ILMU..RUJUK ARTIKEL TENTANG NURIN DAN JUGA TAJUK 'RAMADHAN DAN NEGARAKU MAKIN BAHAYA'
    Quote
    0 #38 norazman 2007-10-02 22:57
    Itu adalah sebahagian kecil kes jenayah..ada banyak lagi yg blm disenaraikan.

    Klu dok fikirkan cara krjaan kite menangani kes tidak mengikut hukum allah..mcm ni le jadinya. allah x akan menolong org yg tdk ikut perintahnya..

    Sedarlah wahai krjaan ku.. kamu lah yg harus dipersalahkan bukannya org yg bersalah sahaja..kita diwajibkan solat, diwajibkan berpuasa, diwajibkan menjalankan hukum qisas dan diwajibkan berjihad.
    Quote
    0 #37 Siti 2007-10-02 21:18
    :zzz

    Saya amat terharu dengan kisah kaum hawa di rogol dan di bunuh.sebenarnya ibubapa adalah penting dalam mengawasi anak2 atau menemani anak2 ketika keluar dari rumah....
    Quote
    0 #36 mama of 2 small kids 2007-10-02 18:07
    ustaz... memang saya tak sanggup baca list of jenayah rogol tu... memang teruk sangat..

    tapi saya wonder what happened to all those cases.. semua kes2 tu dah selesai & penjenayah tu di tangkap atau ada yg masih bebas lagi..

    ADMIN : ADA YANG MASIH BEBAS KOT?!
    Quote
    0 #35 ANBU 2007-10-02 16:20
    Seram bila saya membacakan fakta mengenai kes-kes yang kejam begitu...namun...seperti biasa...bila sudah berlaku kes-kes begini...

    baru la pihak-pihak yang tampil untuk perkenalkan program tu..kempen ni la itu la...macam-macam...bila kes dah reda skit...semua orang lupa...bila berlaku semula...buat kempen kesedaran lagi...kalau begini gayanya...sampai bila-bila akan ada insan-insan terutama wanita akan terus menjadi mangsa...
    Quote
    0 #34 ahmad firdaus 2007-09-29 15:00
    kalau ade hukum ISLAM kt malaysia nie..
    saya org pertama yg akan volunterer jd pelaksana hukum mati keatas perogol wanita... akan saya rejam diorg sampai mati..

    selamatkan wanita islam kite!
    Quote
    +1 #33 amru hakim 2007-09-28 00:25
    Assalamualaikum , ustaz

    Saya hamba Allah yang jahil ingin bertanye... saya telah membuat pinjaman pelaburan ASB tahun Jun 2006 rm30 000 dengan niat bahawa wang pelaburan itu untuk simpanan saya untuk membeli rumah...dan niat untuk mengurangkan interest rumah nanti.

    Pada JAN 07 saya dapat tahu bahawa ASB haram pelaburannya... saya masih lagi ragu2 dengan kesahihan perkhabaran ini dan sampai sekarang menghantui jiwa saya...kerana saya menganggap baik apa yang kerajaan lakukan untuk bumiputera ada kebaikannya... dan kalau haram kenapa tidak di hebah atau dilarang...???

    Kalau haram ape yang perlu saya lakukan? dan boleh tak saya pelaburan dalam Koperasi Permodalan Felda macamana?

    ADMIN : KILANG CARLSBERG DAN GENTING PUN KERAJAAN TAK HEBAHKAN IA HARAM. ADA AL-QURAN, HADIS DAN ULAMA..IA ADALAH PANDUAN..BUKAN HABIS ITU, HABIS INI , HABIS DIA, HABIS MEREKA ..KENAPA DAN KENAPA.
    Quote
    0 #32 pejuang kalimah Allah 2007-09-27 19:11
    Berbagai peristiwa kejam yang berlaku adalah mesej jelas dari Allah agar kita kembali berhukum dengan syariat-Nya. Bukankah Islam jalan penyelesaian segala hal
    Quote
    0 #31 kuda perang yg berlari kencang 2007-09-27 18:47
    Bismillahirahma nirrah

    Al-Qamar/51 "Dan sesungguhnya telah Kami binasakan orang yang serupa dengan kamu. Maka adakah orang yang mau mengambil pelajaran?"

    Ayat nih saya petik sbg pelajaran bagi kita...sebagai peringatan bagi kita..berapa lama..sampai bila...x kan nak tunggu malaysia jadi seperti palestin..jadi macam bosnia..jadi macam iraq..xpayah amik contoh2 jauh..contoh2 yg dekat pon kita ada..depan mata terpampang depan mata..yg kita buat menangis...

    Bukan salah satu pihak..bukan salah perempuan..bukan salah lelaki..kalo lelaki tu faham yg merogol tu salah..jelas ttg hukum,jelas ttg balasan..jelas ttg Allah..jelas ttg islam..perkara2 seperti ini xkkan berlaku..so isu dia adalah tentang "KEFAHAMAN"..

    Kalau kefaman ada dlm diri seorg islam..xkkan penuh penjara dengan muka2 melayu..yg icnya tulis islam..penuh dalam pusat serenti muka melayu..yg merogol2 nih pon muka tu jugakla...kita kena berhenti menyanyi..berhenti bersyair..berhenti berkata..islam itu terbaik..sedangkan masyarakatnya kekadang lebih teruk dari yg bukan islam..berhenti tuding jari kearah lain..pandang cermin..tgk diri kita..tgk bangsa kita..tgk islam kita.."sejahtera" atau tidak..

    Masyarakat islam pernah terbaik..hari ini..

    pandangan sahaja..
    Quote

    Add comment


    Security code
    Refresh

    Pengumuman

    Wang, Anda dan Islam
    Panduan Perbankan Islam

    Untukmu Wanita

     
    Untukmu Umat
    Formula Solat Sempurna
    Murabahah
     A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
    Akidah dan IbadatRiba
    cover_maqasid_arab 
    Money, You and Islam
     cover_bicaralah_new ledakan_FB 


     

    Ruangan Iklan









    RSS Feed

    Pengisian Terkini Pengisian Terkini

    Aktiviti Semasa

    • Pengisian Terkini

    • Paling Popular

    Statistik

    Site Meter

    Pelawat

    Now online:
    • 89 guests
    Latest members:
    • Kafineczo
    • Arboledo

    Komen Terbaru

    You are here: Lelaki & Wanita Doa Khusus Elak Rogol & Cabul : Amalkanlah