Lelaki & Wanita Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia

Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia

  • PDF
(27 votes, average 4.96 out of 5)

Hukum Wanita Kerjaya Beserta

Keputusan Majlis Fiqh Dunia

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya. 

Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-

للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن

Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )

Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-

ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده

Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)

Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif :

من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له

Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku kenali )

Justeru, bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)

mesejSejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi

Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.

Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.

Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.

Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.

Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.

Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.

Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-

1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-

a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.

b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.

c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.

d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.

2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.

3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.

4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.

Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-

وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).

Musa berkata: ""Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?"" Kedua wanita itu menjawab: ""Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )

5)  Mendapat izin wali atau suami.

6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)

7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.

8)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.

9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.

Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16  bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-

1.       Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri

Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.


2.       Nafkah perkahwinan

Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).


3.       Isteri keluar bekerja

  •  Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
  •  Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.


4.       Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga

  •  Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
  •  Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
  •  Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
  •  Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

5.       Kerja Sebagai Syarat

  •  Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
  •  Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
  •  Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
  •  Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.



6.       Perkongsian isteri dalam pemilikan harta

Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.



7.       Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan

  •  Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
  •  Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
  •  Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.  Tamat terjemahan

Kesimpulan saya

  • Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.

  • Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.

  • Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.

  • Suami isteri bekerja adlaah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
  •  Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),
  •  Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

24 Ogos 2007

11 Syaaban 1428 H

Berikut adalah teks arab keputusan Kesatuan Fiqh Sedunia :-

وقد ناقش مجمع الفقه الإسلامي في دورته السادسة عشرة هذا الموضوع ، وخرج بهذا القرار:-
إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته السادسة عشرة بدبي ( دولة الإمارات العربية المتحدة ) من 30 صفر إلى 5 ربيع الأول 1426هـ ، الموافق 9 - 14 نيسان ( أبريل ) 2005م ،
بعد اطلاعه على البحوث الواردة إلى المجمع بخصوص موضوع اختلافات الزوج والزوجة الموظفة ، وبعد استماعه إلى المناقشات التي دارت حوله ،

قرر ما يأتي :
أولاً : انفصال الذمة المالية بين الزوجين :
للزوجة الأهلية الكاملة والذمة المالية المستقلة التامة ، ولها الحق المطلق في إطار أحكام الشرع بما تكسبه من عملها ، ولها ثرواتها الخاصة ، ولها حق التملك وحق التصرف بما تملك ولا سلطان للزوج على مالها ، ولا تحتاج لإذن الزوج في التملك والتصرف بمالها .

ثانياً : النفقة الزوجية :
تستحق الزوجة النفقة الكاملة المقررة بالمعروف ، وبحسب سعة الزوج وبما يتناسب مع الأعراف الصحيحة والتقاليد الاجتماعية المقبولة شرعاً ، ولا تسقط هذه النفقة إلا بالنشوز .

ثالثاً : عمل الزوجة خارج البيت :
(1) من المسؤوليات الأساسية للزوجة رعاية الأسرة وتربية النشء والعناية بجيل المستقبل ، ويحق لها عند الحاجة أن تمارس خارج البيت الأعمال التي تتناسب مع طبيعتها واختصاصها بمقتضى الأعراف المقبولة شرعاً مع طبيعتها واختصاصها بشرط الالتزام بالأحكام الدينية ، والآداب الشرعية ، ومراعاة مسؤوليتها الأساسية .
(2) إن خروج الزوجة للعمل لا يسقط نفقتها الواجبة على الزوج المقررة شرعاً ، وفق الضوابط الشرعية ، ما لم يتحقق في ذلك الخروج معنى النشوز المُسقط للنفقة .

رابعاً : مشاركة الزوجة في نفقات الأسرة :
(1) لا يجب على الزوجة شرعاً المشاركة في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء ، ولا يجوز إلزامها بذلك .
(2) تطوع الزوجة بالمشاركة في نفقات الأسرة أمر مندوب إليه شرعاً لما يترتب عليه من تحقيق معنى التعاون والتآزر والتآلف بين الزوجين .
(3) يجوز أن يتم تفاهم الزوجين واتفاقهما الرضائي على مصير الراتب أو الأجر الذي تكسبه الزوجة .
(4) إذا ترتب على خروج الزوجة للعمل نفقات إضافية تخصها فإنها تتحمل تلك النفقات .

خامساً : اشتراط العمل :
(1) يجوز للزوجة أن تشترط في عقد الزواج أن تعمل خارج البيت فإن رضى الزوج بذلك ألزم به ، ويكون الاشتراط عند العقد صراحة .
(2) يجوز للزوج أن يطلب من الزوجة ترك العمل بعد إذنه به إذا كان الترك في مصلحة الأسرة والأولاد .
(3) لا يجوز شرعاً ربط الإذن ( أو الاشتراط ) للزوجة بالعمل خارج البيت مقابل الاشتراك في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء أو إعطائه جزءاً من راتبها وكسبها .
(4) ليس للزوج أن يُجبر الزوجة على العمل خارج البيت .

سادساً : اشتراك الزوجة في التملّك :
إذا أسهمت الزوجة فعلياً من مالها أو كسب عملها في تملك مسكن أو عقار أو مشروع تجاري فإن لها الحق في الاشتراك في ملكية ذلك المسكن أو المشروع بنسبة المال الذي أسهمت به .

سابعاً : إساءة استعمال الحق في مجال العمل :
(1) للزواج حقوق وواجبات متبادلة بين الزوجين ، وهي محددة شرعاً وينبغي أن تقوم العلاقة بين الزوجين على العدل والتكافل والتناصر والتراحم ، والخروج عليها تعدٍ محرم شرعاً .

(2) لا يجوز للزوج أن يسيء استعمال الحق بمنع الزوجة من العمل أو مطالبتها بتركه إذا كان بقصد الإضرار ، أو ترتب على ذلك مفسدة وضرر يربو على المصلحة المرتجاة .
ينطبق هذا على الزوجة إذا قصدت من البقاء في عملها الإضرار بالزوج أو الأسرة أو ترتب على عملها ضرر يربو على المصلحة المرتجاة منه .



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #64 khadam ilmuahmad 2012-04-12 11:31
salam ziarah ,

ustaz , pohon share artikel ini yer..
jazakallahu khairan khatira
Quote
+3 #63 isteriku tak bekerja walau grad UTPzikri 2011-10-05 12:55
salam,
ini pengalaman saya,
iateri saya grad Universiti Teknologi Petronas, alhamdulillah, sekarang dah ada anak 1orang, dan full time housewife, saya sangat tenag dan gembira beliau menjaga anak saya di rumah.

dan saya sangat bahagia kerana beliau terhindar dari fitnah.

rezeki Allah pasti akan bagi buat hambanya yang berusaha.
Quote
+3 #62 bekerja sekadar menanggung diri sendirisiti 2011-01-10 16:28
Assalamualaikum , ustaz.

Saya pernah terfikir kan hal ini. mmg sy belajar tinggi. so, since sy belajar tinggi, of course la parents mahu sy cont keje after blajar. Jika difikirkan, sy tiada ape pun perlu ditanggung. Tetapi, takkan sy nak duduk rumah sj slps tamat belajar. Then sy pon keje. keje memerlukan sy beli kereta. so, automatic sy kene tanggung kereta....itu sahaja tanggungan sy...selain perbelanjaan harian.so, saya terfikir. Wujud kan kewajipan sy untuk bekerja? sedangkan sekadar menaggung makan & minum sy, parents sy mampu. Dan, dalam alam pekerjaan nie, sy tidak boleh lari dari percampuran dgn lelaki krn sy mmg perlu deal dgn mereka dlm urusan kerja. Sy agak confius. Krn start tahun nie sy dah nekad untuk berubah menjadi muslimah sebenar. So, sy mohon sgt penjelasan ustaz.

Sekian,
Quote
+3 #61 ingin bertanyaaddinnawwarah 2010-09-04 07:53
assalamualaikum w.b.t ustaz, ana ingin bertanya pada ustaz mengenai diri ana,perwatakan ana diluar ana akan pakai tudung labuh(baru mula setahun lalu),,sememang nya ana sangat berminat cara pemakaian sebegini,,setel ah membiasakan diri alhamdulillah,, ana merasa gembira dengan perubahan diri ana tersebut,walaup un masih sedikit dan terlalu banyak yang ana masih perlu pelajari lagi.,Ana sekarang belajar nursing,dan semestinya ana mesti memakai baju nurse,,yang mempunyai shape,,tudung yang dimasukkan dalam baju,cara pemakaian tersebut jelas bercanggah dengan pemakaian dalam islam,ana secara batinnya ana kurang berminat dengan pakaian tersebut,tapi memandangkan ana belajar nursing ana terpaksa membiasakan diri dengan pakaian sebegini,,apabi la sesi praktikal di hospital,ana diminta melipat lengan baju sampai paras siku untuk memudahkan prosedur dilakukan,,sedi a maklum di hospital pesakit bukan hanya dari kalangan wanita sahaja,...mmm yang menjadi persoalan apabila berada diluar ana pakai tudung labuh ,,bju macm biasa ana pakai,tapi apabila praktikal atau kelas ana kene beruniform,,kad ang-kadang ana tertanya,,ana ni seolah2 hipokrik ke??apa pandangan orang lain pada ana?pandangan kawan2 ana yang non-muslim?boleh ustaz beri ana sedikit nasihat dan pandangan tentang persoalan ini?ana masih baru mula hendak berubah dari diri ana dari yang lama,persoalan seperti ini walaupun nampak remeh,,tetapi memberi impak yang besar pada ana,sesungguhny a ana benar- benar nak berubah menjadi wanita terbaik disisi ALLAH,yang dimuliakan ALLah,tetapi masih banyak yang ana masih tidak faham perlu fahami,
ana harap ustaz dapat memberi pandangan dan nasihat untuk diri ana dan orang diluar yang mungkin tertanya2 seperti ana,,wassalam
Quote
-1 #60 tegaslinda 2010-07-30 17:00
lain kali jangan lah benarkan isteri awak berkerja...awakkan suami..tegas lah....
Quote
-1 #59 Isteri derhakaMohd.Yusof 2010-04-30 05:57
Asaalamualaiiku m Ustaz. saya ingin bertanya tentang isteri yang berkerja.Apa yang berlaku Isteri lebih taat dan patuh kepada majikan tempat dia bekerja daripada mentaati suaminya
Quote
0 #58 LILLAHI TAALAummus solihin 2010-02-24 22:51
bagi saya, awak kerjalah dulu sementara ada keperluan ni.. bukan senang nak cari kerja lain. nanti bila adik-adik awak tu dah berjaya, bolehlah awak teruskan niat murni awak tu. saya plan nak berenti kerja bila gaji suami dah cukup untuk tampung perbelanjaan ibu di kampung atau bila ibu saya tu pergi menghadap Ilahi(jika ditakdirkan dia pergi dulu...)
Quote
0 #57 Majikan Non Muslimmawar berduri 2010-02-24 19:55
Salam ustaz. Saya pernah mendengar mengenai wanita Muslim tidak boleh bekerja di bawah majikan lelaki yang bukan Muslim. Mohon komen dari Ustaz.
Quote
+1 #56 terpedayapn. husna 2009-10-23 16:11
wanita hari ini terpedaya. Bila keluar kerja lagilah banyak duit yg akan keluar. duit asuh anak, duit tol dn minyak kereta, duit pakaian dan alat solek utk berhias ke tempat kerja, duit ubatan anak yg kerap sakit akibat stress ditinggal ibu, duit ubatan anak yg sakit sbb tak dapat antibodi dari susu ibu, duit beli susu tin yg mahal2 dan bnyk lagi lah duit yg keluar....
yg paling bahaya skrg ramai wanita tdk lg memberi susu badan kepada bayi kerana sibuk berkerja... padahal susu ibu paling selamat, ia fitrah dan sunnah...
Quote
+2 #55 wanita bekerjayawanita 2009-10-23 03:02
salam...bagus tajuk ni, bagi saya rezeki yang allah bg ada d mana2....sy juga wanita yg x bekerja tapi kita juga masih ada cara lain untuk membantu suami walaupun kita tidak bekerja di luar rumah... bagi saya tanggunjawab kita dari zaman nabi lagi adalah menjaga mkn, minum, pakai suami dan anak-anak.. tapi x salah jika isteri tu membantu suami dengan melakukan kerja kerja kemahiran itu juga di kira membantu, walaupun hasilnya tidak seberapa... bagi saya di dunia ini mungkin wang yang utama tapi di akhirat nanti amalan je yang kita bawa jadi renung renungkan lah.... ;-)
Quote
0 #54 yakin dgn allahWARDAH 2009-07-28 13:53
saya ada bc komen awak dlm zaharudin.net/.
awak patut yakin dgn rezeki dari allah.

bnyak cara berkerja dari rumah. saya dah jumpa bbrp org yg berhenti keje demi keluarga dan akhirnya mrk bahagia. dan bbrp org yg keje krn takut keputusan wang, mrk ni akhirnya susah krn duit mrk akhirnya habis utk buat belanja cthnya ubat anak sakit dll...mcm tak berkat gitu...
Quote
0 #53 Jangan Melawan FITRAHWARDAH 2009-07-27 16:28
Saya pernah baca sebuah buku bertajuk "Madu Lebah Penawar Penyakit Zahir dan Batin"...dlm tu ada satu petikan yg mengatakan... "lebah ni adalah satu makhluk yg taat dan mengikut jalan peraturan tuhan, lebah jantan adalah lebah perkerja dan lebah betina atau ratu hanya tinggal di sarang dan bertelor. ketaatan kpd jalan peraturan tuhan dan mengikut fitrah ni menyebabkan cairan yg dihasilkan sgt bermanfaat.

Sifat lebah yg mengikut fitrah ni disamakan dgn sifat org mukmin." Tapi sayang cuba kita fikir betul2..zaman skrg ni,..adakah kita makhluk yg taat dan mengikut jln peraturan tuhan?

Kita ni tidak mengikut FITRAH lagi apabila isteri juga keluar berkerja dan anak2 ditinggal di Taska. Fitrah sebenar sesebuah keluarga ialah suami berkerja dan isteri mengurus anak2 dan rumahtangga. (kecuali pada isteri yg tlh kematian suami atau suami uzur)

*Semoga kita ni jadi manusia yg sentiasa berfikir serta berusaha mentaati segala perintah Allah SWT. Jgn suka mencari alasan.
Quote
0 #52 elok sgt wanita tumpukan pd keluargalyna 2009-07-25 20:49
saya sgt setuju dgn pendapat ustaz ni... susah nak cari agamawan mcm ustaz ni. Saya ni wanita berkerja. Ada cita2 nak berenti sbb rasakan berkerja lbh bnyk buruk brbnding baiknya. Kasihan anak2... lg satu, wanita berkerja cepat stress, cepat sakit,..
Quote
0 #51 salam perkenalanlina 2009-07-25 20:26
saya pun ada masalah mcm ni... saya ni cikgu. Rasa mcm tak sempurna jd pompuan bila kena keluar rumah selalu kan?
saya baca kisah awak dkt zaharuddin.net
boleh berkenalan tak?
tq
Quote
+3 #50 Tanggungjawab isteri bekerja?Working mother 2009-05-30 19:20
Assalamulaikum ustaz!

Saya adalah seorang isteri dan ibu yang bekerja sebagai atas izin/galakan suami.Suami bekerja sebagai jurutera dan saya rasakan sebagai mampu untuk menanggung keperluan asas keluarga tetapi disebabkan kos hidup dibandar
semestinya memerlukan saya membantu untuk hidup lebih senang. Disamping itu saya juga membantu kedua ibu bapa dikampung.

Suami sekarang membayar keperluan asas rumah tetapi tidak memberi saya duit untuk membeli keperluan diri saya seperti baju/makanan ketika bekerja dan juga mengharapkan saya menampung sebahagian keperluan rumah sedangkan dia adalah mampu tetapi memberi alasan mahu menyimpan wangnya.Saya juga membayar sendiri ansuran kereta saya,insuran,bi l telefon serta insuran/sspn/simpanan tabung haji anak-anak.

Persolan saya: Apakah tanggungjawab saya sebenarnya dalam erti kata sumbangan duit/perbelanjaan rumah/anak-anak sedangkan suami saya mampu menyediakan semuanya tetapi mahu menyimpan duitnya(saya merasakan suami saya mungkin merasa cenburu jika saya mempunyai simpanan yang banyak sebaliknya dia terpaksa menanggung keluarga)
Quote
+1 #49 saraan rumah tanggaamir 2009-05-12 22:43
assalamualaikum ustaz,sy anggota polis,isteri jururawat,kawin selama 3thn 1 cahaya mata,gaji kami hampir sama,tp perbelanjaan rumah tangga termasuk bil,duit dapur, nursery anak,dan keta kami bahagi sama2,wjarkah dan apakah hukum nya,bagaimana seharusnya dari pandangan hukum syarak

UZAR : urusan belajna nafqah hukum asalnya adalah sepnuhnya tanggjawab suami, namun jika isteri bekerja dan dengan rela dan ikhlas ingin membantu. ia dibenarkan di dalam Islam selagi suami tidak memaksa.
Quote
0 #48 hutang oh hutang..GADIS SEPI 2009-04-24 17:41
salam...sy hanyalah wanita biasa..agama pun bknlah setanding mcm ustazah..kalau ditakdirkan sy dapat suami yg tak spoting?means tak tahu tentang hukum hakam terutama skali tentang nafkah...mcmana la nasib saya..adakah sy perlu tak kerja sedangkan suami sy suruh bekerja? pekara nie membuatkan saya fobia utk kawen. :sigh: walaupun mempunyai ijazah dan berumur 24 thun...
Quote
0 #47 kerjahusna 2009-03-14 20:10
Salam.

Pada pendapat saya suami isteri perlu berbincang, faham memahami dan bertoleransi.Isteri perlu berhenti kerja jika pendidikan anak-anak terabai kerana anak-anak lebih penting dari wang ringgit. Suami perlu usaha lebih untuk tingkatkan pendapatan.

Sekian.
Quote
0 #46 kerjasiti 2009-03-14 10:36
salam.ustaz, macam mana pula, jika isteri kerja doktor.dia rasa, dia tak dapat jalankan tanggungjawab dengan baik di rumah. dia nak berhenti kerja, tapi suami x bagi.walhal, time sblm kerja pun (masa surirumah), suami dia kata, dia x berjaya jalan t/jawab jadi isteri yg baik.bagi suami, pendapatan x cukup lg, bg isteri, alhmdlh, ok ja.

then, apa hukum ada pembantu rumah ye? kenapa nabi x setuju anaknya ada pembantu? bagaimana perkaitannya dengan zaman skrg?

jzkk :-)
Quote
0 #45 mat batu pahat 2008-11-11 05:33
salam..
kebelakangan ini saya dapati ramai isteri yang bekerja mula terlupa...samada tanggungjawab atau keizinan yang diberikan dasarnya adalah untuk apa....kadangkala terlihat suami mengorbankan masa kerja utama keluarga..atau pendapatan utama semata-mata untuk kepentingan keperluan anak mereka. Dan si isteri membuat alasan yang ia sibuk bekerja sedangkan pekerjaannya adalah sampingan. Pengurusan masa sya rasa amat perlu bagi si isteri yang bekerja...kadangkala ia terlupa bahawa pada peringkat awalnya di bantu oleh si suami tetapi bila berjaya seolah-olah si suami tidak membantu apa-apa. Contohnya kenderaan, perbelanjaan awal dsb. Memang di atas ada mengatakan hak adalah hak si isteri tetapi macama sekirany si suami berada di dalam kesukaran kewangan yang kritikal dan si isteri tidak membantu apa-apa sedang kan ia mewah berbelanja...marilah kita renungkan dan berkongsi idea untuk kebaikan...
Quote
0 #44 thx 2008-08-12 09:23
Thank you. I liked your site. You can also have a look at mine
Quote
0 #43 hamba allah 2008-08-03 20:45
assalam alaikum
saya ingin menanyakan suatu perkara. saya menjumpai seorang wanita yang bekerja tetapi ia dilarang oleh suaminya walaupun suaminya itu tidak bekerja hanya dia malu knapa istrinya lebih berhasil dari dirinya yang mana istrinya juga menghidupi semuah kebutuhan anak dan keluarganya kedua orang tuanya juga saudar2nya serta kadang membantu ibu dari suaminya. saya ingin menanyakan hukum si istri itu bagaimana? jika ia bekerja suaminya tidak meridhoi tetapi jika tidak bekerja maka semuah akan kesulitan sekedar info siistri bekerja dibidang perempuan dan tidak pernah bertemu dengan lelaki didalam pekerjaannya
mohon nasehatnya agar dapat saya dapat membantu permasalahannya insyaallah
Quote
+2 #42 peace... 2008-07-18 03:44
salam dendang perantau..
tanggungjawab suami dlm islam jelas utk menyediakan nafkah batin dan zahir (mkn minum, pakaian, tmpt tinggal). xperlu kita bincangkan perkara ini sbb dalilnya mmg byk.
Hukum Allah Pencipta segala makhluk pun pasti relevan dgn fitrah makhluknya.
Hakikatnya, lelaki adalah ketua keluarga dan sbg ketua dia wajar dihormati dan punya ego sendiri. Lelaki juga ramai xberkenan isterinya menjawat jawatan lbh tinggi. Jd isteri yg sebegitu perlu bijak supaya rumah tangga sentiasa harmoni. Hormatilah kemampuannya dan kewajipannya berbelanjalah sekadar mampu walaupun si dia cuma mampu memberi belanja nasi berlauk ikan masin.
Byk saya temui wanita berjaya dlm kerjaya ttpi tlh bercerai. Jd bjak2lah kawal ekonomi. Isteri mungkin boleh menolong dlm bab lain spt kereta, permainan anak2, belanja mkn di luar sekali-sekala, minyak etc. Tp sebaiknya biarkan lelaki menjlnkan tanggungjwb mereka supaya terjaga ego mereka dan mereka ingat akan tanggungjawab yg perlu dipenuhi seorg ktua keluarga. Allahu Taala A'lam
Quote
+1 #41 ntahler.. 2008-05-08 03:36
suami gaji sikit..untuk diri sendiri pun cukup2..saya lak gaji lebih sket dari dia...kadang2 nafkah zahir saya sendiri pun termiss..macamanela tak bekerja..nak paksa suami bagi duit tak sampai hati sb dia pun cukup-cukup jer..nak cakap salah..tak cakap salah...abis camno ustaz...komen plzz.. :-?
Quote
+1 #40 AKU YANG BEKERJA... 2008-03-23 21:03
SAYA NI PEREMPUAN YG BEKERJAYA... ADA HATI JUGAK NK BERHENTI KERJA. KALAU IKUTKAN SUAMI, MMG DIA SETUJU SAYA BERHENTI KERJA.

TP MASALAHNYA, BAPA SAYA DAH MENINGGAL DUNIA. BAPA DIA PUN DAH MENINGGAL DUNIA. SAYA ADA ADIK SERAMAI 3 ORANG YANG MASIH BERSEKOLAH. SUAMI SAYA PUN ADA ADIK 3 ORANG YG MASIH BERSEKOLAH.

SEORANG MASIH KT UNIVERSITI. KESEMUA PERBELANJAAN MEREKA KAMI YANG TANGGUNG SBB IBU KAMI DUA-DUA DAH TUA DAN TK BEKERJA. KALAU NK HARAPKAN SUAMI SEORANG YANG KERJA, ALAMAT MKN BUBUR NASI JELAH SEPANJANG TAHUN. NK TK NK, KENA KERJA JUGAKLAH..... :-x
Quote
0 #39 Dendang Perantau 2008-02-28 02:12
a'kum..ustaz..saya mengharapkan komen ustaz berhubung saranan saya sebelum ini...lagi satu..berdasarkan keputusan kesatuan Fiqh Sedunia di atas adakah sebarang wakil dari malaysia semasa fatwa tersebut dikeluarkan..sepengetahuan saya fatwa itu adalah berdasarkan tempat...harap ustaz dapat jelaskan berhubung perkara ini...dan adakah sebarang fatwa yang sama yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa di Malaysia berhubung perkara ini..

UZAR : YE ADA WAKIL MALAYSIA DALAM TU
Quote
0 #38 Dendang Perantau 2008-01-03 03:50
ustaz..saya rasa perlu diteliti dan dibuat kajian yang mendalam di dalam perkara ini..rata2 masyarakat kita sekarang suami dan isteri adalah bekerja dan si isteri bekerja untuk membantu suami...memang benar pendapatan isteri tidak boleh diambil oleh suami..tetapi realitinya sekarang ini terdapat si isteri yang berpendapatan tinggi dari suami..jadi tujuan utama suami membenarkan isteri keluar bekerja adalah untuk membantunya..sekiranya pendapatan isteri tidak boleh diambil (terdapat sesetengah isteri yang menggunakan hukum islam untuk menyimpan wang dan menyerahkan bulat2 urusan rumah tangga kepada suami) sedangkan pendapatan suami adalah jauh lebih kecil dan tujuan utama si isteri keluar bekerja tersebut adalah untuk membantu keluarga...jadi di sini..apabila kita berpegang kepada hukum sekarang ini..ianya akan memprejudiskan si suami (saya bukan menentang hukum tetapi saya meminta supaya terdapat satu kajian dilakukan di dalam perkara ini secara akademiknya) untuk menjelaskan perkara ini. terima kasih. assalamualaikum .
Quote
0 #37 sue 2007-11-13 02:33
Apakah hukumnya kalau bekas suami tidak memberi satu sen pun hafkah anak-anak.

KOMEN UZAR ; DIA BERDOSA
Quote
-1 #36 amoi 2007-11-06 03:49
Ustaz, tahniah atas artikel nie..at least buka mata umat Islam skrg. Kerana isu kerja nie lah saya dan keluarga saya konflik sb mak ayah saya nak saya kerja, walaupun saya nak jadi surirumah dan suamipun bagi galakan...

sb family saya harapkan saya tolong mereka bila kerja tapi bila dah berumahtangga, saya kenalah tumpukan pd rumahtangga saya...walaupun begitu saya tak lupakan ibubapa saya..dan saya cuba membantu selagi mampu bersama2 suami saya.

Saya pernah tulis surat kpd ibubapa saya dan kemukakan macam2 dalil spt alquran, hadeeth dan Al-Islam oleh Said Hawwa tp ayah saya tak bacapun, mak je baca. Dah 4 tahun berlalu tapi ayah saya still ungkit pasal kerja (sb dulu sblm kahwin saya bekerja)

Cuma skrg saya duk jauh dari keluarga jadi kuranglah pergeseran kami. Kadang2 balik umah meka adala kena usik2 suh keja dan sbgnya. Sekarang nie saya byk diam je sb rasanya ckp camnepun ayah saya tetap takmo terima keputusan saya. Hanya doa yg mampu saya buat sekarang disamping teruskan melayan meka sebagai ibubapa.

Saya harap mak dan ayah saya faham dan digerakkan oleh Allah untuk baca artikel Ustaz nie. Maklumlah ustaz zaman skrg nie org nampak wanita nie semacam wajib keja, if ada kelulusan tp tak keja dianggap [censored] dan rugi sb duit byk abis time belajar dulu. Sedih gak ustaz, sepatutnya family supportla dan bagi galakan dgn tindakan saya. Sampai ada kawan2 pejabat declare saya anak derhaka (sabo je la)...padalah saya dah jadi tanggungjawab suami, bkn ibubapa lagi.

Sedangkan wanita nie fitnah bila dia ada di luar rumah. Kalau tak, takkan bab solat pun Rasulullah suh wanita solat dalam bilik di rumahnya...tul tak ustaz?

Alhamdulillah gembira dgn artikel ustaz nie..jazakallah ustaz. Doakan agar Allah lembutkan hati bapa saya terutamanya dalam hal ini.Quote:
Quote
+1 #35 farah perwitasari 2007-10-29 05:16
asalamualaikum wr wb

selama kita bisa bekerja, dan tentu dengan tidak meninggalkan kodrat sebagai istri dan ibu, maka lakukanlah. dengan rizki yang lebih, insyaAllah lebih pula sedekah kita. amiin...
wassalamualaiku m... :-)
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 101 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Hukum Wanita Bekerja Dengan Keputusan Fiqh Dunia