Lelaki & Wanita Wanita Zina Mengandung & Benarkah Taubat Mereka ?

Wanita Zina Mengandung & Benarkah Taubat Mereka ?

  • PDF
(18 votes, average 5.00 out of 5)

Sah Nikah Hamil : Tak Boleh

Percaya Taubat Mereka

Soalan

Satu persoalan , saya pada ustaz merujuk pada website ustaz yang mana 'Sah berkahwin walaupun sedang mengandung anak zina dengan syarat pasangan/pelaku tersebut bertaubat'. Boleh caya ke taubat mereka ni? Bukannya apa, kalau ustaz sudah meletakkan hukumnya macam tu, nanti bimbang orang-orang yang buat zina senang-senang sahaja akan buat zina lagi. Taubat ntah betul ntah tidak. Manusia  zaman sekarang bukan boleh percaya.

Kiriman Dari : zaujahsolehah@yahoo.com.my 

Jawapan

Berikut adalah tulisan saya yang dimaksudkan.  Hukum Kahwini Wanita Mengandung Anak Luar Nikah.

Saya faham maksud anda, anda bimbang dengan mendedahkan sahnya nikah dua individu yang berzina dan dalam keadaan mengandung boleh menyebabkan orang memandang mudah hal zina. Anda juga kelihatan bimbang jika ditonjolkan dosa yang sebesar ini pun masih boleh bertaubat ia akan menyebabkan kejadian zina semakin dianggap ringan. Kebimbangan itu boleh saya anggap benar dari satu sudut tetapi tidak pula dari satu sudut yang lain.

suram kerana kesalahan diri
Persoalan anda baik, cuma sukar bagi saya untuk menerangkan mengapa dan kenapa. Ia memerlukan ilmu mengeluarkan fatwa dan segala perbincangan berkaitannya untuk memahami dengan jelas. Justeru saya tidak mempunyai masa untuk menghurainya di waktu ini. Cukuplah saya ulas beberapa isu yang dikira sempat sahaja.

Benarkah dedahkan 'boleh taubat' akan boleh menggalakkan dosa dilakukan?

Teknik 'menyembunyi'kan peruntukan taubat bukanlah cara terbaik bagi menghalang orang melakukan maksiat. Allah SWT dan Rasulullah SAW sendiri kerap menonjolkannya  bagi memberikan harapan dan peluang kepada manusia yang lemah dan terlanjur. Tidak dinafikan akan sentiasa ada manusia yang terjerumus di lembah dosa walau sehebat mana sekalipun iman mereka iaitu samada dosa kecil atau besar.

Nabi sendiri mempertegaskan hal taubat dan dosa ini dalam sebuah hadis, tetapi perlulah berhati-hati memahami maksud dari hadis ini, iaitu :-

وَالَّذِي نَفْسِي بيده لو لم تُذْنِبُوا لَذَهَبَ الله بِكُمْ وَلَجَاءَ بِقَوْمٍ يُذْنِبُونَ فَيَسْتَغْفِرُونَ اللَّهَ فَيَغْفِرُ لهم

Ertinya : Demi nyawaku di tangan Allah, sekiranya kamu (manusia) tidak melakukan dosa, nescaya Allah akan melenyapkan kamu dan mendatangkan satu kaum lain yang berdosa lalu mereka menyesal dan meminta keampunan Allah, kemudian Allah akan mengampunkan mereka" ( Riwayat Muslim, no 2749, 4/2106)

Saya kira, mungkin hadis di atas juga mungkin boleh membawa kebimbangan sama yang anda utarakan kepada saya. Tetapi ia perlulah difahami sebaiknya.

At-Tibi menjelaskan maksudnya dengan berkata :-

قال الطيبي ليس الحديث تسلية للمنهمكين في الذنوب كما يتوهمه أهل الغرة بالله فإن الأنبياء صلوات الله وسلامه عليهم إنما بعثوا ليردعوا الناس عن غشيان الذنوب بل بيان لعفو الله تعالى وتجاوزه عن المذنبين ليرغبوا في التوبة

Berkata At-Tibi : Bukanlah hadis ini untuk menggembirakan puak-puak yang sibuk melakukan dosa sebagaimana yang disangka oleh orang-orang tertipu, tetapi sebenarnya ia bagi menjelaskan bahawa dibangkitkan para nabi bagi menhalang manusia dari terus ditutupi dosa-dosa lalu menerangkan keampunan Allah dan mendatangkan semangat ahli maksiat untuk bertaubat ( Tuhfatul Ahwazi, 7/193 )

Demikian juga tujuan saya memberikan jawapan seperti itu, ia ditulis sambil melihat suasana sekeliling yang mendukacitakan sehingga fatwa yang lebih ringan perlu diberikan bagi member peluang kepada beberapa individu yang mungkin telah berputus asa terhadap sifat pengasihnya Allah.

Saya cuba menulis jawapannya tersebut agar tidak dilihat sebagai 'penggalak' melakukan maksiat, tapi dilihat sebagai 'jalan keluar' bagi yang telah terjebak dan timbul rasa penyesalan yang benar.

Bagi saya dalam hal seperti ini kita mesti mengandaikan wujudnya beberapa kumpulan berikut : -

  • a- Orang yang belum berzina tetapi berhasrat.
  • b- Orang yang telah dan ingin bertawbat.
  • c- Orang yang telah berzina dan tidak menyesal.
  • d- Jumlah kes zina, hamil dan berkahwin yang telah berlaku.

Sebelum boleh mengeluarkan sesuatu pandangan yang rajih (terkuat dan paling sesuai bagi menyelesaikan masalah semasa), hal ehwal di atas mesti diambil kira sewajarnya. Selain kekuatan dalil, hasil penelitian seseorang terhadap perkara di atas akan memberi kesan kepada cara ulasan dan fatwa yang dikeluarkan.

Al-Qaradawi pernah memfatwakan bahawa hukum merokok bagi individu belum merokok sebagai haram, adapun bagi mereka yang telah terjebak serta benar-benar tidak mampu untuk berhenti, ia dihukumkan sebagai makruh sahaja. ( Fatawa Mua'siroh )

Ia sebutkan oleh Imam Badruddin Al-‘Aini dalam hal ketiadaan hukum yang putus ( Qat'ie) seperti ini ia bergantung kepada ijtihad seseorang pemerintah, alim (atau pengkaji) sekadar maslahat yang dilihatnya untuk menutup pintu keburukan dengan amaran-amaran keras dan fatwa keras. (Umdat al-Qari, 16/89)

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa menghebahkan pandangan yang keras dalam perkara ijtihad tidak semestinya terbaik dalam semua keadaan. Ia juga boleh menjadi sebaliknya dalam keadaan tertentu.

Rasulullah juga pernah diriwayatkan memberikan hukum yang berbeza bergantung kepada latar belakang orang yang bertanya.

Ada diriwayatkan Nabi SAW pernah menjawab soalan seorang tua yang bertanya samada mencium isteri semasa berpuasa boleh membatalkan puasa atau tidak, Nabi menjawab ianya tidak membatalkan. Kemudiannya Nabi didatangi oleh orang muda yang bertanya soalan yang sama, Nabi menjawab batal.  Bila ditanya mengapa berbeza, Nabi mengatakan, orang tua itu dipercayai hanya akan mencium sahaja, tetapi bagi yang muda jika dibenarkan mencium , biasanya ia tidak akan berhenti sekadar cium, justeru ia dilarang oleh Nabi sebagai 'sadd az-Zari'ah' ( menutup ruang bahaya).

Lihat bagaimana dua hukum dalam dua situasi, maka sudah tentu jawapan saya di atas adalah bukan ditujukan kepada yang belum terlanjur berzina, tetapi ia adalah bagi yang telah terlanjur. Bagi yang belum terlanjur, maka hukum tidak sah nikah adalah lebih layak untuk diwarwarkan kepada mereka. Bagaimanapun, jika hanya jawapan keras tadi sahaja diwarwarkan, bagaimana nasib yang telah terlanjur ini, mereka mungkin benar-benar menyesal dan bertaubat. Adakah Islam lebih suka menganggap mereka berzina setiap hari dan haram setiap masa sehingga mati. Tidak, Islam tidak mengajar kita begitu keras sehingga seolah-olah menutup pintu taubat dan menolak pandangan ulama yang membolehkan taubat bagi mereka.

Boleh Percayakah Taubat Mereka ?

Berkenaan persoalan saudari berkenaan samada boleh mempercayai taubat mereka, sudah tentu ia bukanlah urusan kita lagi. Ia hal hati di antara pelaku dosa dengan Allah SWT.

Cuba kita mengambil pengajaran dari kisah ini. Nabi SAW pernah membahagikan perolehan harta kepada mereka yang berhak, tiba-tiba berkata seorang lelaki dari satu kaum bahawa mereka lebih berhak menerima lebih banyak dari kaum  yang satu lagi. Kemudian, diterangkan selanjutnya :

قال فَقَامَ رَجُلٌ غَائِرُ الْعَيْنَيْنِ مُشْرِفُ الْوَجْنَتَيْنِ نَاشِزُ الْجَبْهَةِ كَثُّ اللِّحْيَةِ مَحْلُوقُ الرَّأْسِ مُشَمَّرُ الْإِزَارِ فقال يا رَسُولَ اللَّهِ اتَّقِ اللَّهَ قال وَيْلَكَ أو لست أَحَقَّ أَهْلِ الأرض أَنْ يَتَّقِيَ اللَّهَ قال ثُمَّ وَلَّى الرَّجُلُ قال خَالِدُ بن الْوَلِيدِ يا رَسُولَ اللَّهِ ألا أَضْرِبُ عُنُقَهُ قال لَا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ يُصَلِّي فقال خَالِدٌ وَكَمْ من مُصَلٍّ يقول بِلِسَانِهِ ما ليس في قَلْبِهِ قال رسول اللَّهِ إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : Berdiri seorang lelaki yang matanya ke dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata :

"Wahai Rasulullah bersikap takutlah kepada Allah" ( Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi),

Baginda menjawab : "Bukankah aku sepatutnya ( sebagai Rasulullah ) orang yang paling takut kepada Allah."

Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid berkata

"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah telah murtad) :

Baginda menjawab : "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat".

Khalid berkata : "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata seusatu yangtidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)"

Baginda membalas :-

إني لم أُومَرْ أَنْ أَنْقُبَ قُلُوبِ الناس ولا أَشُقَّ بُطُونَهُمْ

Ertinya : "Aku tidak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4094, 4/1581 : Muslim, 2/742 )

Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar mentafsirkan kata-kata baginda ini sebagai :-

 إنما أمرت أن آخذ بظواهر أمورهم والله يتولى السرائر

Ertinya : Aku hanya diperintahkan untuk mengambil kira luaran urusan mereka sahaja manakala niat dan apa yang terselindung adalah urusannya dengan Allah) (Syarah Sohih Muslim, 7/163; Fath Al-Bari, 8/69 )

Demikian juga dari apa yang dikatakan oleh Khalifah Umar Al-Khattab :

إنَّمَا كَانُوا يُؤْخَذُونَ بِالْوَحْيِ على عَهْدِ النبي صلى اللَّهُ عليه وسلم وَإِنَّ الْوَحْيَ قد انْقَطَعَ وَإِنَّمَا نَأْخُذُكُمْ الْآنَ بِمَا ظَهَرَ لنا من أَعْمَالِكُمْ

Ertinya : Dahulu diambil ketetapan hukum dari wahyu iaitu di waktu zaman hidupnya Baginda SAW, dana apabila wahyu sudah putus ( dengan wafatnya Nabi) , sesungguhnya kami hanya akan menilai dan mengambil dari apa yang terzahir kepada kami  dari perbuatan kamu ( dalam hal kehakiman sebagai contoh ) ( Talkhis al-Khabir, Ibn Hajar, 4/192 )

 

Demikian juga hadis berikut :-

 

بَعَثَنَا رسول اللَّهِ إلى الْحُرَقَةِ فَصَبَّحْنَا الْقَوْمَ فَهَزَمْنَاهُمْ وَلَحِقْتُ أنا وَرَجُلٌ من الْأَنْصَارِ رَجُلًا منهم فلما غَشِينَاهُ قال لَا إِلَهَ إلا الله فَكَفَّ الْأَنْصَارِيُّ عنه فَطَعَنْتُهُ بِرُمْحِي حتى قَتَلْتُهُ فلما قَدِمْنَا بَلَغَ النبي فقال يا أُسَامَةُ أَقَتَلْتَهُ بَعْدَ ما قال لَا إِلَهَ إلا الله قلت كان مُتَعَوِّذًا فما زَالَ يُكَرِّرُهَا حتى تَمَنَّيْتُ أَنِّي لم أَكُنْ أَسْلَمْتُ قبل ذلك الْيَوْمِ

 

Ertinya : Nabi mengutuskan kami ke Huraqah, dan berperang dengan satu kaum lalu kami menyerang mereka di waktu Subuh dan menewaskan mereka, sehinggalah aku dan seorang lelaki dari Ansar mengejar seorang perajurit (musuh), tatkala kami merapatinya, tiba-tiba dia mengucap La Ilaha Illa Allah, dengan segera lelaki Ansar itu menarik senjatanya dan aku pula terus menikam lelaki itu dengan panahku sehingga membunuhnya. Apabila kami pulang dan menyampaikannya kepada Nabi,

lalu Nabi bertanya : "Adakah kamu membunuhnya selepas ia mengucap? "

Aku menjawab : Kerana dia hanya hendak melindungi dirinya dari kami"

Rasulullah sentiasa mengulang-ngulang pertanyaan (menunjukkan salahnya tindakan membunuh itu) itu sehingga aku merasa aku belum masuk islam hari itu" ( Riwayat Al-Bukhari, no 4021, 4/1555)

Hadis di atas menunjukkan kepada kita untuk tidak mempersoalkan keikhlasan dan hati seseorang. Cukuplah berhukum berdasarkan zahir mereka.

Kesimpulannya, lebih baik kita mempersoalkan keikhlasan kita dalam amalan-amalan kita. Kita doakan mereka yang bertaubat dikurniakan dengan kesedaran yang sebenar. Tidak perlu jugalah menakutkan mereka dengan zina sepanjang hayat dan berterusan dalam zina dan dosa, kernaa ia tidak akan boleh mengundur lagi, satu-satunya peluang mereka adalah taubat. Berikanlah mereka peluang dan Allah SWT adalah maha pengampun jika mereka benar-benar ingin bertaubat.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

20 Ogos 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 13 guests

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Wanita Zina Mengandung & Benarkah Taubat Mereka ?