Zina Bakal Lahirkan
Keluarga & Zuriat Zina
Soalan
Assalamualaikum ustaz,saya baru saja membaca metro hari ini 29/07/2007.saya sudah bertunang pada hujung tahun lepas dan akan berkahwin pada bulan november tahun ini,sepanjang kami bercinta dan bertunang kami telah banyak kali terlanjur, saya nak lupakan apa yang kami telah lakukan dan saya ingin bertaubat. Saya tak nak selepas berkahwin nanti hubungan kami dilanda masalah seperti tertulis dalam metro hari ini,sebelum ini saya sudah cuba untuk meninggalkan apa yang kami pernah lakukan, saya harap ustaz dapat bantu saya,dan saya harap ustaz dapat sertakan niat solat taubat dan waktu yang wajib saya lakukan.
Soalan melalui email
xxxxx86@yahoo.com
Jawapan :
Benar, tanpa taubat yang sungguh-sungguh, pastinya benih-benih dosa dan kejahatan yang diasaskan seperti 'ringan-ringan dan zina' semasa bercinta akan merebak selepas kahwin dan seterusnya kepada zuriatnya. Nauzubillah minzalik (minta di jauhkan Allah). Sila baca artikel saya di METRO ahad lepas di sini.
Ia berdalilkan firman Allah SWT :
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً
Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-Baqarah : 10 )
Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya.
Sudah tentu sebelum ia berlaku wahai umat Islam yang dikasihi sekalian, ubat dan 'antidot' adalah taubat dari kedua-dua belah pihak dengan taubat nasuha yang penuh kesungguhan dan keinsafan. Justeru, bagi mencapai taubat yang sebenar ini. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman bukannya yang lain.
Imam Al Bukhari menyebut tentang keperluan sesuatu amal dan ibadah termasuklah taubat yang diakari oleh ilmu di dalam shahihnya hingga dibuat satu bab khas bertajuk : bab: "Ilmu sebelum beramal". Beliau menyebut firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مُتَقَلَّبَكُمْ وَمَثْوَاكُمْ
Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)
Jelas disebut di dalam ayat berkenaan didahulukan perintah untuk berilmu dari perintah untuk beristighfar dan taubat.
Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an). Dan dalam hadith:
Ertinya : "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati". (Hadits muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).
Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)
2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu. Firman Allah :-
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
3) Segera menangisi dosa zina yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.
4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Bukti azam kukuh itu adalah dengan membatalkan semua 'dating' dengan tunang itu dan tidak lagi berdua-duaan sehinggalah berkahwin.
Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )
Imam Ibnu Katsir berkata: "Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadits sahih "Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya".
5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Jangan berchat dan ber'sms' akan perkara yang boleh membangkitkan nafsu anda dan tunang. Hentikan dan putuskan talian jika perasaan itu mula mendatang.
6) Berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah). Firman Allah SWT ertinya :
إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوَءَ بِجَهَالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِن قَرِيبٍ فَأُوْلَـئِكَ يَتُوبُ اللّهُ عَلَيْهِمْ وَكَانَ اللّهُ عَلِيماً حَكِيماً
Ertinya : "Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)
7) Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah :
إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ وَأَصْلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَـئِكَ أَتُوبُ عَلَيْهِمْ وَأَنَا التَّوَّابُ الرَّحِيم
Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).
Justeru, banyakkan bersedeqah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Berbekalkan pahala kebaikan ini diharap ianya dapat menutup dan memadamkan dosa zina tadi.
Tanda Sempurna
Tanda kesempurnaan taubat adalah anda merasa bencinya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana takutnya dilemparkan ke neraka atau lebih mudah untuk gambarannya adalah sebagaimana anda takut dan benci untuk mati 'accident' dengan kepala terburai dan pecah isi perut dalam keadaan zina.
Tanda kesempurnaan taubat juga adalah anda akan berubah dalam majoriti sifat dan rutin seharian anda kepada yang lebih baik. Ringan melakukan amal soleh dan suka bergaul dengan rakan-rakan dan solehah sahaja.
Mengulangi Selepas Taubat ?
Imam Ibnu Kathir berkata: "apakah syarat taubat nasuha itu orang harus tetap bersikap seperti itu hingga ia mati, seperti diungkapkan dalam hadits dan atsar: "kemudian ia tidak kembali melakukannya selama-lamanya", ataukah cukup bertekad untuk tidak mengulangi lagi, untuk menghapus dosa yang telah lalu, sehingga ketika ia kembali melakukan dosa setelah itu, maka ia tidak merusak taubatnya dan menghidupkan kembali dosa yang telah terhapuskan, dengan melihat generalitas pengertian hadits:
"Taubat menghapus dosa yang sebelumnya" [Tafsir Ibnu Katsir: 4/ 392].
Imam Ibnu Qayyim membicarakan hal ini dalam kitabnya "Madarij Salikin" dan menyebut dua pendapat:
Pertama : Mengharuskan agar orang itu tidak mengulangi kembali dosanya sama sekali. Menurut pendapat ini, ketika ia kembali melakukan dosa, maka jelaslah taubatnya yang dahulu itu batal dan tidak sah.
Kedua : Ia pendangan majoriti ulama , hal itu tidak menjadi syarat. Kesahihan taubat hanya ditentukan oleh tindakannya meninggalkan dosa itu, dan bertaubat darinya, serta bertekad dengan kuat untuk tidak mengulanginya lagi. Dan jika ia mengulanginya lagi padahal ia dahulu telah bertekad untuk tidak mengulang dosanya itu, maka saat itu ia seperti orang yang melakukan kemaksiatan dari permulaan sekali, sehingga taubatnya yang lalu tidak batal.
Kumpulan ini berpendapat, tidak disyaratkan dalam kesahihan taubat itu ia tidak pernah berdosa hingga mati. Namun jika ia telah menyesal dan meninggalkan dosa serta bertekad untuk meninggalkan sama sekali perbuatannya itu, niscaya dosanya segera terhapuskan. Dan jika ia kembali melakukannya, ia memulai dari baru catatan dosanya itu.
Namun, jangan tersilap memahami pandangan majoriti ini sebagai untuk menyematkan sikit azam untuk melakukannya lagi. Kerana jika terdapat azam dan niat jahat itu di celah hati tatkala taubat, taubat itu tidak sah menurut seluruh ulama dari kedua-dua kumpulan.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
1 Ogos 2007
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
ustaz..,sy brkwn dgn seorg llaki..
zmn prskolhnnye dia mrupkn antra pljr yg nkl..
dia brknln dgn sy mlalui shbt sy..dia mngatakn niat untk brubh..sy cuba mmbntu dgn mmbri nsht apa yg trdaya..krn sy juga insan yg mlakukn kslpn..rmai mgatakn dia bnyk brubh..
nmun.,sy tkot utk ykin dgn prubhnnye..
bgi sy.,sy hnya mnganggap dia sbgai shbt..wlaupun dia tlh mngatakn niatnye utk mnjdikn sy sbgai tmn hdup nye 1 ari nnti..kmi msih muda dan trlalu muda.,18thn..bgi sy..,kmi akn mnmpuh sbuah prjlanan yg msih jauh..dan bgi sy hnya jodoh yg akn mnntukan sgalanye..
kmi kkl sbgai shbt shingga skrng..
apa pndpt ustaz..??
Alhamdulillah dan terima kasih..artikel ini benar- benar bermanfaat buat saya dan juga sahabat2..perkara ini jika tak berlaku pada kita sekalipun mungkin berlaku kepada adik, kakak, sahabat, atau jiran..mohon kekuatan dariNYA agar ilmu yang bermanfaat ini dapat dikonsgsi dengan sebaiknya..insyaALLAH..mohon izin kongsi ye ustaz.
Wassalam
sya nak minta izin untuk sebarkan apa yang ustaz terangkan di artikel atas bole?...
insaflah akan semua dosa2 anda....
ingatlah mati.....
kite kan ada otak boleh memilih dan bezakan mana baik n buruk...bukannya binatang...ikut nafsu je...kalu x gune otak..whats the difference between us and other creations then?
plzlah....xyah lah layan nafsu yg ntah ape2 ntah..kalu betul2 nak kawin...begitaw lah family cepat2...plz lah...sedih gile ar dengan rakyat malaysia yang berada di "negara islam" nih...xyahlah nak kawen grand...kalu rase2 x der duit...panggil jerla org dalam 100 org..pastu makan la nasi ayam..sedap gak aper..yerla .asik makan nasi myk jer..dahla mahal...pas tu kalu nak murah..letak jer hidang potong kecik2 ayamnye..ada kelainan ckit.sah juga majlis nyer....ingat lah nafsu kalu x disalurkan ke tempat yang betul....
semua tue syaitan...
nak ikut syaitan ke malaikat????so...kawenla cepat2 sebelum wat maksiat supaya kuarga aman damai....i luv all musleems around the world...take care...:)
UZAR : jika dia tidak bertaubat dan tiada nampak tanda2 taubatnya ( perlu riisk dari ahli keluarganya dan rakan krn dia boleh berpura2 di deapn). Sgt baik utk TINGGALKAN DIA krn jika kahwin nanti, hampir confirm rumahtangga akan hancur dan cerai juga.
Isu2 spt ini mmg sgt byk skrg ni smp rmai antara kita yg dh xfikirpn, biar je bla terjadi dpn mata. Sensitiviti mcm dh xda.
Alhamdulillah, dan terima kasih pd UZAR krn kupas dan menerangkan dgn sangat jelas dan lebih terbuka.
Sy cadangkan spy perkataan "terlanjur" tidak lg digunakan didalam blog ini dan gunakan shj "zina", kerana bg sy, "terlanjur" terlalu sopan utk perbuatan zina yg tersangatlah keji. Mudah2an sensitiviti yg hampir hilang itu akan mekar kembali.
Jazakallahukhai r.
saya ingin bertanya kan soalan kepada ustaz. saya sekarang sudah berumahtangga dgn pilihan hati saya. saya juga telah menerima cahaya mata. biasanya saya dengar dosa-dosa akan terhapus selepas bersalin. sebelum berkahwin saya pernah ringan-ringan dengan suami saya. adakah dosa-dosa saya yang lampau telah diampunkan oleh Allah setelah saya bersalin?macam mane saya nak melupakan kisah silam saya?
apakah hukum mem'bin/binti kan anak daripada perbuatan zina itu kepada suami si ibu, tidak kiralah lelaki itu yg mengandungkanny a atau tidak???
anak tersebut perlu di bin/binti kan kepada siapa??
Ini kerana kebanyakan org2 yg berzina(yg saya kenal di sekeliling saya), menggunakan nama si suami kepada si ibu yg melahirkan anak tersebut. Jika itu adalah org yg mengandungkanny a, apakah hukumnya? dan jika itu bukanlah bapa kepada bayi itu apakah hukumnya??
Ustaz saya dalam proses bertaubat dan harap2 ALLAH terus memberi hidayah kepada saya.
Ustaz saya ingin bertanya adakah ringan2 dan oral dikira sebagai zina?
Apakah takrif zina yang disabitkan kepada sebatan?
saya pernah berzina sblm ini tetapi telah bertaubat bersungguh...saya masih blaja..luar dr kuala lumpur..tetapi bile pulang saje ke kuala lumpur...sy pasti melakukan perkara2 yg terkutuk..(ringan2)..saya pn x taw mcm mane nk kawal nafsu yg meronta2 ni..apabila saya di luar kl idup saya penuh dgn keimanan,solat x tggl..byk mengaji Al-Quran,yassin...berzikir...tp bile pulang ke kl dan berjumpe si dia pasti akan runtuh iman saya...kami sesalu menolak antara satu sama lain..tp akhirnya pasti berlaku..br2 ni saya telah berzina dgn si dia..wlupn zakar saya hanya masuk separuh sahaje kerana x sggup...wlupn hanya sekali masuk tetapi kepala zakar saya telah melepasi batas..itu telah dikire zina..saya rase sungguh menyesal...skrg prestasi pelajaran saya jatuh..mggkin ALLAH itu maha besar dan ingin menunjuk kekuasaanNYA...saya ingin bertaubat tetapi takut perkara ini berulang kembali...sesiapa yang ade cadangan dan pandangan
aq tau mmg ssh nk thn..tp ko kne cbe kwal..
lau dy ajak kuar,ko x yahlah ikut..bb ko xkan buat y rngan2 tu bile ko x join dy g mne2 n ko x ajak dy g jlan..
ko pk dri ko n mruah ko..ok..?
kte sbgai prmpuan msti jge maruah diri..sometimes laki ni pgang2 coz nk puas kn nafsu dye org je..wat prmpuan cm toys..contoh la klu u'all break up,,perhaps dye bleh bruk2 kn or bg tau pe yg korg dh wat spnjang couple kt mmbe2 dye finally u gk akn malu..
then,don't u evr think that a man klu dye org nk cari partner,nk yg baik2 je despite dye org ni x la brpe baik..kdg2 couple2 ni x mnjanjikan smpi kawen..
u kne kuat nk lawan bnde2 ni,,igt Allah ur parents..cian dye org klu tau psal u..the. wat if klu jiran2 and whole ur family tau?? sure parents u malu..
so b'igt la n think a lot b4 u do somethin..coz bnde yg ringan2 ni laa jdi brat..
bkn nk jadi ustazah tpi bckap dri pglamn my cousn..
really sori klu u trase..
akhirnya sy yg meminta supaya kmi putus saja.. sepjg kapel, kmi tak pernah sembg pasal seks @ benda2 yg tak baik.. sy tak pernah kuar dating dgn dia walaupun byk kalu dia ajak berjumpa.. sy mintak putus sebb cr layanan dia tak sama mcm layanan ms2 mula2 kami kapel.. dia dh malas mesej saya mungkin sebb sy selalu menolak bila dia ajar keluar.. tapi 2,3 bulan selepas itu, sy dengar dia dah ada pompuan lain.. saya berasa kecewa sangat.. yang sedihnya dia dah kawan dengan pompuan tu dah lama..
ustaz, sebenarnya sepanjang kami kapel, sy selalu dengan tidak sengajanya berimaginasi melakukan seks dengan dia.. sy takut.. tpi hanya sy saja yg tahu.. sy tak pernah berbual pasal benda ni dengan dia.. sy takut ustaz.. sy rs sya dh melakukan dosa.. adakah peluang untuk bertemu lelaki yg terbaik terbuka untuk saya.. saya tak pernah keluar berdua dengan lelaki @ berckp perkara tak senonoh.. tetapi kadang2 sy suka terimaginasi benda2 yg tak sepatutnya.. apa pndgn ustaz?
UZAR : istigfar dan memperbanyakkan amalan soleh agar dosa2 imaginasi tadi akan terhapus
buat sesiapa yg membaca..plez drop your comment..saye mmg sgt memerlukn sokongn dr sume org..
sy dgn bf xpernah tlnjur..
tp yg ringan2 ade..
saye byk kali b'usaha nk brubah
sbb sya sgt kesal bila pandang muka mak bapak sya
sya xboleh nak idup cmtu..
tp saya xdpt nak lwn balik bila bf dh ajak
jd mcm xsmpai hati
saya pernah ajak dye kawin awal..sbb kteorg msh studi
tp dye ckp nanti la lepas habis studi
asal saye brubah msti xsmpai sbulan..
boleh x ustaz or pmbace2 beri cdgn utk kuatkan hati sya
n bagi la cdgn cmne nak menolak permintaan seorg lelaki..
Terlalu banyak cerita yg kita dgr psl zina....mudahan dijauhi perkara terkutuk ini........
ustaz sy ingin tanya ada ke patut sy berkawan dgn org yg pernah berzina...
UZAR : Nabi suruh kita teliti siapa yang ingindijadikan rakan kerana kelak kita akan ikut jejak langkahnya. Justeru jauhilah kawan penzina ini.
Saya rasa antara perkara yg menyebabkan semakin ramai bangsa kita, terutama golongan muda yg berzina adalah penggunaan perkataan terlanjur secara meluas di media massa dan penulisan harian.
Pada pendapat saya, maksud "terlanjur" pada bahasa adalah tak disengajakan (yg saya paham), pada adat pula maksudnya "ter"berzina.
Perkataan ini saya rasa telah jadi alasan untuk penzina-penzina ni. Penggunaan perkataan ni juga telah menyebabkan masyarakat "memaafkan" perbuatan zina sehingga menganggap zina tu macam "tersepak batu" je.
Cuba bandingkan dua ayat ini:
a. "terlanjur beberapa kali"
b. "berzina beberapa kali".
Saya rasa sudah jelas. Dua ayat ini berbeza tapi membawa maksud yg sangat sama. Tapi kunun guna "terlanjur" sopan sikit, xdala nampak jijik sangat.
Hakikatnya zina tetap zina, tetap najis dan menjijikkan.
Apa pandangan ustaz?
Terima kaseh.
Jazakallahu khoir.
Barakallahufik.
UZAR : Ya, saya boleh bersetuju dengan ulasan sdr.
RSS feed for comments to this post