Lelaki & Wanita Wanita Ingin Hak Samarata

Wanita Ingin Hak Samarata

  • PDF
(17 votes, average 4.65 out of 5)

Kesamarataan Hak : Lelaki & Wanita 

Igender equality ??su tuntutan kesamaratan hak oleh wanita dalam kehidupan pernah dialungkan begitu hangat di suatu ketika dahulu, terutamanya di ketika Amina Wadud cuba menggemparkan dunia Islam dengan menjadi imam solat Jumaat bagi lelaki. Tidak dinafikan, ia masih lagi mempunyai pendokong dan penyokong yang ramai, mungkin juga bertambah ramai hari demi hari, tahun demi tahun, selari dengan melebarnya keterhakisan ilmu Islam dalam diri wanita Islam dan masyarakat. Selari juga dengan terhakisnya keyakinan terhadap kebijaksanaan Allah SWT mengatur alam ciptaanNya sendiri.

Setitik ilmu yang diperolehi dari universiti dan pembacaan, beberapa kejayaan duniawi di medan kerjaya dan universiti menjadikan terdapat para wanta yang tertipu dengan kebijaksanaan aqal mereka. Tanpa sedar, ada yang menyangka aqalnya lebih bijak dari hukum yang telah digazetkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Dijadikan hujah-hujah aqal dan hak asasi sebagai hujah meraih simpati dan sokongan lebih ramai masyarakat.

Sebahagian yang lain pula menafikan  mereka menolak hukum quran dan hadith, tapi yang mereka cabar dan tolak adalah pentafsiran para ulama dari kalangan lelaki yang 'berat sebelah' menurut mereka.

Sebahagian hujjah aqal yang disertakan pula amat biadap terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW. Seperti mengatakan hukum Islam berat sebelah kerana di fahami dari aqal seorang lelaki iaitu Muhammad dan diteruskan oleh para sahabat baginda dan seterusnya para ulama Islam yang majoritinya dari kalangan lelaki.

Sebelum itu, ketahuilah Islam telah menaikkan taraf wanita dengan begitu tinggi terutamanya jika dibandingkan dari apa yang berlaku sebelum Islam dan juga apa yang ada di barat hari ini. Tiada perbezaan untuk meraih syurga Allah dalam banyak perkara, Cuma ada beberapa amalan yang dilaksanakan dalam bentuk berlainan, tetapi hasilnya dan penerimaan Allah SWT tetap sama iaitu berdasarkan kualitinya.

Kedua-dua lelaki dan wanita diperintah untuk menuntut ilmu. Kedua-duanya equal dalam hal ini. Kedua-duanya diperintah solat dan puasa, cuma sedikit keringanan diberi kepada wanita dan beberpaa perbezaan semasa pelaksanaannya. Walaubagaimanapun, ia langsung tidak mengurangkan peluang wanita untuk meraih syurga Allah dan seluruh nikmatNya.

 وَمَن يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتَ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُوْلَـئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ

Ertinya : Dan barangsiapa yang melakukan amal soleh dari kalangan lelaki dan wanita dalam keadaan mereka beriman, mereka itulah yang akan memasuki syurga.." ( An-Nisa : 124 )

InshaAllah saya akan cuba mengulas isu ini, diharapkan Allah SWT memberikan ruangan waktu untuk saya menyiapkannya. Sebagai muqaddimah ringan pembuka perbincangan ini, elok kiranya dapat diperdengarkan petikan rakaman video saya ini. (rakaman ini dibuat sekitar awal tahun 2005). Benar, ia bukanlah hujjah yang kuat, ia cuma hujjah ringan bersifat logik sahaja. Adapun hujjah-hujjah yang lebih relevan akan di sertakan kemudian, inshaAllah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

22 Jun 2007

www.zaharuddin.net



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Wanita Ingin Hak Samarata