Kewangan Misi Di Kelantan : Pembersihan Riba & Cepat Kaya

Misi Di Kelantan : Pembersihan Riba & Cepat Kaya

  • PDF
(15 votes, average 4.60 out of 5)

Misi Saya Di Kelantan : Pembersihan

Riba & Skim Cepat Kaya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Mengapa ramai suka cepat kaya ?

Kelantan Darul Naim, Bandaraya Islam pertama di Malaysia dan dipimpin oleh seorang  Tuan guru yang amat berwibawa.

Alhamdulillah, sudah lama saya berhasrat untuk berkongsi ilmu kewangan Islam di sana. Pernah sekali saya dijemput menyampaikan satu kertas kerja di satu seminar, namun tatkala itu pesertanya amat terhad kepada golongan sasaran tertentu sahaja. Kali ini lebih terbuka kepada awam.

Justeru semalam (5 Mei 2008), saya dijemput ke satu program umum oleh Jabatan Agama Islam Kelantan untuk mengulas topik Skim Cepat Kaya : Perspektif Islam. Bertempat di Balai Islam Lundang. Kota Bharu. Dewan yang terakhir saya jejaki sekitar 16 tahun yang lalu.

 

Peserta di kelate
Bagi mengulas topik skim cepat kaya,  saya perlu menjelaskan beberapa konsep asas dalam perniagaan Islam dan pelaburan. Kita perlu menyedari bahawa skim cepat kaya mempunyai jenis yang pelbagai, malah tidak dinafikan terdapat juga yang dianjurkan oleh syarikat yang mempunyai lesen sah di Malaysia. Namun oleh kerana fokus pembentangan adalah untuk mendedahkan pandangan Islam, saya rangkumkan kesemuanya sekali sebagai haram dari sudut hukum.

 

Dalam pembentangan semalam, saya juga mengambil ruang untuk mendedahkan perihal isu riba, satu isu yang sudah banyak kali saya bentangkan di pelbagai negeri namun pertama kali di Kelantan.

Alhamdulillah saya cukup berpuas hati dapat menyampaikannya kepada rakyat Kelantan, walaupun dalam masa yang terbatas. Isu terpenting saya dahulukan.

Kehadiran juga baik, program dihadiri oleh orang-orang  besar Jabatan Agama Islam Kelantan termasuk Tuan Hj Abd Aziz Abd Rahman, selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Kelantan.

 

vip kelate
Ditambah dengan kehadiran ramai tokoh ilmuan agama yang veteran, berumur pertengahan dan yang boleh dikira muda. Para peniaga juga ada yang hadir namun tidak seramai pegawai yang bertugas dengan kerajaan negeri dari pelbagai Jabatan dan juga orang awam. Tidak ketinggalan pelajar-pelajar pondok dan surirumah saya kira.

 

Antara tokoh yang turut memberikan pengisian sebelum saya adalah YBhg Dato' Hj Muhammad Daud Al-Iraaqi. Sesi dialog atau forum pula dipengerusikan oleh seorang lagi tokoh ilmuan di sana iaitu sahabat saya Dr Abd Basit Abd Rahman.

 

Ketika Forum
Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan bersama pembaca namun cukuplah saya berkongsi soalan-soalan lazim ini. Sumber dari Bank Negara Malaysia bagi mengingatkan orang ramai berkenaan skim cepat kaya yang mengambil deposit secara haram.

 

Namun sebelum itu saya bersyukur dapat menerangkan kepada rakyat Kelantan tentang riba dalam pembelian emas yang kerap berlaku di sana, iaitu pembelian barang kemas emas secara ansuran, ‘trade in' barangan emas, dan pelbagai keterlibatan dalam pelaburan secara riba dan urusan bank secara riba.

Sebenarnya saya merasakan, sepatutnya di Kelantan bank konvensional perlu 'tutup kedai' konvensional mereka. Hanya kaunter perbankan Islam mereka yang mendapat sambutan masyarakat. Namun setakat ini ia masih menjadi impian saya, ingin sekali saya kongsikan impian ini dengan rakyat Kelantan dan kepimpinan negeri Kelantan. Moga termakbul.

Ini kerana memberikan lesen kepada bank konvensional untuk membuka cawangan yang menyediakan perkhidmatan kewangan konvensional kepada rakyat Kelantan adalah jauh lebih besar dosanya dari membenarkan membuka ladang babi untuk tujuan EKSPORT atau lesen kilang arak.

Justeru saya amat berharap, kerajaan negeri bersungguh menerapkan ilmu kewangan Islam dan menjauhi riba sehingg sampai ke satu tahap perbankan konvensional tidak mendapat sebarang sambutan lagi di sana. Hanya perkhidmatan kewangan Islam yang akan mendapat sambutan.

Saya yakin ramai rakyat Kelantan yang membaca web saya ini terutamanya yang memegang jawatan yang sesuai untuk menyalurkan info dan tindakan. ANDA PERLU BERPERANAN!!..

SOALAN-SOALAN LAZIM 

S1: Apakah maksud "deposit"?

Dalam konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut: 

i. Sejumlah wang diberikan kepada penganjur skim  tersebut yang mungkin adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan pemilik tunggal atau seorang  individu.

ii.Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi atas setiap deposit dalam  jangkamasa yang pendek. Ada juga skim yang  memberi pelbagai bentuk ganjaran kepada para  pendepositnya.

iii.Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit dan keuntungan akan diberi balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan menganjur skim. Ada kalanya, pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.

iv.Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalarn bentuk logam berharga, batu berharga, barangan kemas, barangan elektrik atau kereta.

S2: Apakah maksud "pengambilan deposit secara  haram"?

la adalah suatu perbuatan menerima, mengambil atau menyetujuterima deposit tanpa lesen sah di bawah  Akta Bank dan Institusi‑Institusi Kewangan 1989  (ABIK). Menjalankan suatu operasi skim cepat kaya  yang melibatkan pengambilan deposit adalah suatu  kesalahan dari segi undang‑undang kerana penganjur  tidak mempunyai lesen sah untuk menerima deposit.

S3 : Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram ? 

i.  Penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk mengumpul deposit.

ii. Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangkamasa yangpendek. Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan.

iii. Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalam bentuk kupon, barangan , barangan kemas atau barangan elektrik

S4. Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit ?  

Hanya institusi-institusi yang dilesenkan dan beberapa institusi-institusi yang dibenarkan boleh menerima deposit daripada orang ramai. Contoh-contohnya adalah :

  • Bank-bank Perdagangan
  • Syarikat-syarikat kewangan
  • Lain-lain (institusi-institusi yang dibenarkan seperti Bank-bank Saudagar, Syarikat-syarikat Diskaun, bank Kerjasama Rakyat, Bank Pertanian Malaysia, Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji, Koperasi-koperasi berdaftar dan institusi lain yang diberi kuasa di bawah undang-undang untuk menerima deposit)

NOTA : Jika anda mempunyai sebarang keraguan sama ada sesuatu institusi itu dibenarkan mengambil deposit atau tidak, sila hubungi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mendapatkan pengesahan (sila rujuk Soalan 11) 

S5: Apakah hukuman bagi pengambilan deposit secara haram?

Hukuman maksima bagi pengambilan deposit secara haram adalah penjara tidak melebihi 10 tahun dan/atau denda tidak melebihi RM 10 juta dan denda sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.

S6: Siapakah yang biasanya menjadi penganjur skim cepat kaya?

Penganjur skim cepat kaya mungkin seorang individu, perkongsian atau syarikat. Penganjur tersebut mungkin mendapat sijil pendaftaran daripada Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Perniagaan untuk memberi gambaran bahawa perniagaan yang dijalankan adalah sah. Walaubagaimanapun, sijil pendaftaran tersebut tidak memberi kuasa kepada penganjur untuk mengambil deposit.

S7: Siapakah yang biasanya menjadi mangsa skim cepat kaya?

Para pendeposit yang terlibat merangkumi semua peringkat masyarakat yang inginkan pulangan yang tinggi dan cepat tanpa mengambil kira risiko yang terbabit. Mereka ini mungkin sedar akan risiko tinggi tetapi masih memilih untuk tidak mengendahkan risiko tersebut demi pulangan tinggi yang dijangkakan.

S8: Apakah risiko-risiko yang terbabit bagi penyertaan di skim skim pengambilan deposit secara haram?

Risiko-risikonya adalah:

i.  Membebankan dan merugikan diri sendiri serta  keluarga jika mereka telah menggunakan kesemua  wang simpanan seumur hidup, mengeluarkan  simpanan dari ASB atau mendapatkan pinjaman dari  bank atau koperasi hanya untuk menyertai skim  tersebut. Mereka akan cepat papa, bukannya cepat  kaya. 

ii. Menghadapi tuduhan bersubahat atau bersekongkol  dalam aktiviti pengambilan deposit secara haram di  bawah ABIK. Hukuman bagi kesalahan bersubahat  adalah serupa seperti yang dikenakan ke atas  penganjur aktiviti pengambilan deposit secara haram.

S9: Bagaimanakah seseorang boleh kehilangan wang  di dalam skim pengambilan deposit secara haram?

Seseorang pendeposit boleh kehilangan atau kerugian  wang di dalam skim pengambilan deposit secara  haram apabila: 

i. Skim tersebut gagal. Memandangkan dana  kebanyakan skim pengambilan deposit secara haram  adalah daripada deposit ahli-ahlinya, skim tersebut  akan berterusan selagi ahli yang wujud atau ahli baru  mendepositkan wang. Jika tiada seorang pun yang  menyumbangkan wang, penganjur tidak akan dapat  menanggung pembayaran pulangan yang tinggi.  Pada masa itu, skim tersebut akan gagal dan para  pendeposit akan kehilangan wang mereka.

ii. Sejak dari awal, penganjur memang tidak berniat untuk  memulangkan wang deposit dan melarikan diri  bersama wang yang telah dikumpul.

S10: Mengapakah skim cepat kaya masih wujud?

Selagi orang ramai dikaburi dengan janji-janji pulangan yang tinggi dan menyertai skim-skim ini tanpa mengambil kira risiko yang terbabit, skim ini akan terus wujud. Mereka yang tidak berwaspada dan terpedaya dengan janji-janji pulangan yang tinggi akan sebenarnya membantu memastikan skim-skim ini berterusan dan akan terus kehilangan wang simpanan mereka.

S11: Apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai kegiatan pengambilan deposit secara haram atau skim cepat kaya ?

Anda boleh mengemukakan sebarang pertanyaan atau maklumat secara bertulis kepada :

BANK NEGARA MALAYSIA

Jabatan Perkhidmatan Korporat, 
Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur

atau melalui :

E-mail      -     info@bnm.gov.my

Telefon   -     03-2694 6480 / 03-2694 6437

Faksimili -     03- 2691 2990

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

6 Mei 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 14 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Misi Di Kelantan : Pembersihan Riba & Cepat Kaya