Kewangan Yuran Sekolah Di Tahun Baru 2008

Yuran Sekolah Di Tahun Baru 2008

  • PDF
(16 votes, average 4.44 out of 5)

Yuran Sekolah Di Tahun Baru 2008

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Tanggal 1 Januari 2008, hari ini saya mendaftarkan anak kedua saya memasuki tahap satu di sekolah kebangsaan.

Isu yuran sekolah yang diwarwarkan sebelum ini akan menjadi percuma semasa belanjawan yang lalu nampaknya menjadi isu di kalangan ibu bapa yang mendaftar anak masing-masing.

Yuran Sekolah Dimansukhkan dan Pendidikan Percuma?

Benarkah pendidikan percuam mulai 2008 sebagai yang diistiharkan oleh Pak Menteri seperti di link ini.

Rupa-rupanya yuran sekolah yang dimansukhkan hanya bernilai RM4.50 sahaja. Tak apalah, boleh juga dibeli nasi sebungkus dengannya. Terima kasih juga atas pinjaman buku teks bagi semua.

Ketika anak saya sedang berada di dalam barisan pelajar baru, saya disapa oleh seorang guru sekolah berkenaan yang mengenali saya. Setelah bersembang beberapa ketika, beliau menyatakan komen beliau tentang yuran :

"Nampaknya mungkin kami kena standby nak kena tumbuk la hari ini, ramai ibu bapa yang belum tahu yuran tambahan lain akan tetap ada"

Semasa saya mendaftarkan anak saya senarai ‘bayaran tambahan' dilekatkan di pintu kelas. Jelas tercatat bayaran terbahagi kepada 3 kategori iaitu:-

a- Bayaran Wajib : antara itemnya adalah

Kertas Ujian :                RM 8

MSSM/MSSD               RM 2

Aktiviti Agama               RM 8

Sukan Tahunan             RM 8

Kokurikulum                 RM 3

b- Bayaran Sumbangan

PIBG                                        RM 25

Majalah Sekolah                        RM 10

c- Pembelian Peralatan Sekolah

Keseluruhan item                     RM 57.90

Keseluruhan yuran anak untuk masuk tahun pertama : 123.40

Yuran sebanyak ini menyebabkan beberapa orang bapa me'membebel' di luar bilik kelas semasa beratur menunggu pembayaran. Macam-macam cerita dikeluarkan, ramai juga ibu bapa yang turut mengangguk-angguk semasa mendengar, ada juga yang sekali sekala menyampuk menambah perisa komentar.

Dari ramai-ramai yang merungut ada seorang bapa yang menjadi tekong membuat ceramah tidak puas hati tidak rasmi diluar kelas. Mendengar apa yang dikatakan, banyak juga benarnya.

Sumbangan Yang Diwajibkan?

Jika merujuk kepada senarai bayaran di atas, bahagian ‘B' dikatakan ‘sumbangan' tetapi bila saya bertanya kepada guru kelas yang menerima bayaran samada ia boleh tidak dibayar, guru menyatakan ia wajib encik.

Hmm.. ditulisnya di atas sebagai ‘Sumbangan' tetapi wajib pula? Jika wajib ia bukan lagi sumbangan. Mungkin di sekolah anak anda berlainan, tetapi demikianlah di sekolah anak saya.

Pak Menteri mengatakan bayaran tambahan ini tidak wajib, tetapi para guru di sekolah menjadikannya sebagai wajib. Bagaimana ye? Cuba baca di sini.

Malah bapa yang menjadi tekong tadi terus mengkondem kerana dikatakan anaknya sudah 4 orang bersekolah di situ tetapi satu majalah pun tidak diterimanya. Malangnya setiap tahun dia dikehendaki membayar harga majalah ‘ghaib' itu.

 Bagi anak pertama saya pula, kami perolehi majalah sekolah tersebut tapi malangnya majalah tersebut kelihatan melampau-lampau dalam persembahannya kerana menggunakan kertas tebal licin lagi mahal, sedangkan kertas biasa sudah memadai dan mampu mengurangkan kos RM 10 yang dikenakan. Majalah tersebut juga amat kurang manfaatnya bagi kami. Jika diberi pilihan sudah tentu kami tidak akan membelinya. Dari sudut hukum Fiqh, ini termasuk dalam satu jenis paksaan dalam jualan yang tidak diizinkan oleh Shariah.

Beban Berganda

Majlis ceramah tidak rasmi para bapa itu juga kelihatan merebak ke para ibu yang hadir. Mulalah semua menyumbangkan rungutan masing-masing terutamanya apabila bercerita berkenaan kos buku tulis, kos beli baju sekolah anak, dan sekarang yuran-yuran sekolah yang disangkakan tiada pula.

Jangkanya apabila diumumkan tiada yuran sekolah, semua jenis yuran-yuran ini akan ditanggung oleh kerajaan, rupanya hanya RM 4.50 sahaja. Tidak puas hati dengan keadaan ini, bapa tekong tadi mula mencongak berapakah pendapatan kepada sekolah dari yuran terkumpul .

"Bayangkan RM 123.40 di kalikan dengan jumlah pelajar tahun satu seramai 450 orang", katanya.

"Apa pula yang PIBG buat untuk kita?, mahal-mahal kita bayar RM 25 setiap tahun kepada mereka" Rungutnya lagi.

"Tahun ini pastinya barang, dan minyak naik harga lagi, kasihan kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana." Kata bapa ini lagi.

Ceramahnya berlanjutan dari seorang ke seorang hingga meleret-leret hingga bercerita berkenaan kekayaan Menteri Besar Selangor pula.  Lucu pula saya melihat gelagatnya.

Demikianlah hari daftar pertama sekolah di awal tahun baru. Saya faham ada guru yang serba salah dengan hal ini dek kerana politik orang atas, mereka mungkin mendapat nama yang buruk akibat salah faham ini. 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

1 Januari 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 12 guests

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Yuran Sekolah Di Tahun Baru 2008