Kewangan Wang Hadiah Pelanggan : Rasuah ?

Wang Hadiah Pelanggan : Rasuah ?

  • PDF
(3 votes, average 4.67 out of 5)

Jawapan Untuk Soalan Agama Majalah I

Hadiah Dari Pelanggan :

Rasuahkah Menurut Islam?

1. Saya bekerja makan gaji. Apakah hukumnya jika pelanggan saya memberi wang kerana dia berasa gembira dengan kerja-kerja saya yang memuaskan hatinya? Ertinya, wang itu diberi setelah saya selesai melakukan tugas-tugas yang berkaitan dengannya. Dia juga menjelaskan bahawa wang itu diberi dengan hati yang ikhlas, untuk anak-anak saya yang memang dikenalinya.

 

Jawapan : Sebenarnya, soalan seperti ini hanya mampu di jawab dengan tepat jika maklumat dapat diperolehi sepenuhnya iaitu dari sudut : jenis kerja, jawatan, faedah dari hubungan pekerja dan pelanggan pada masa hadapan dan lain-lain, setelah mendapat semua maklumat yang lengkap, barulah jawapan kami boleh diguna pakai, ertinya, ia perlu dirawat secara “case by case’.

 

Perlu diketahui, disana terdapat asas yang mengharamkan rasuah dan jenis-jenisnya. Antara jenis rasuah adalah ‘pemberian ganjaran’ sama ada atas nama ‘hadiah’, ‘upah tambahan’ dan sebagainya kepada orang yang mempunyai kuasa atau penjawat jawatan tertentu dengan tujuan bagi membolehkannya menjatuhkan hukuman (jika hakim) seperti yang dikehendakinya, atau menyelesaikan sesuatu kerja atau mendapatkan sesuatu kontrak atau melambatkan sesuatu tugas yang sepatutnya boleh disiapkan.

Tujuan tegahan ini di dalam Islam adalah kerana ia jalan kepada berlaku rasuah yang terang , kerana hati akan dieasak untuk meraih faedah harta yang lebih besar dari itu. (Naylul Awtar, As-Syawkani, 8/622, cet Dar al-Khayr; Al-Halal wal Haram Fil Islam, Al-Qaradawi, hlm 298 , cet Al-Maktab Al-Islami -dengan tambahan)

 

 

Dalil-dalil yang perlu di sematkan dengan kemas di minda dan hati semua penjawat jawatan yang boleh memberi “sesuatu” kepada orang ramai adalah seperti berikut :-

a) Nabi bersabda : “ Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) ” ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

b) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata : “ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :“ Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)” ( Al-Bukhari & Muslim )

Dalil-dalil yang perlu di sematkan dengan kemas di minda dan hati semua penjawat jawatan yang boleh memberi “sesuatu” kepada orang ramai adalah seperti berikut :-

a) Nabi bersabda : “ Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) ” ( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma’alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)

b) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata : “ini untukmu ( bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :“ Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)” ( Al-Bukhari & Muslim )

Sebagai ringkasan, wang hadiah kepada pegawai boleh dikira sebagai pengkhianatan (tidak halal) dalam keadaan berikut :-

1) Diberikan kepada hakim khas memastikannya menang dalam kes mahkamahnya yang ia sepatutnya kalah. Samada dibuat untuk menyelamatkan diri atau menyalahkan seseorang yang tidak bersalah.

2) Diberikan kepada pegawai berkuasa bagi melepaskan diri dalam hal ketika di dapati bersalah.

3) Diberikan kepada pegawai berkuasa (samada diletakkan atas nama komisyen atau hadiah) bagi mendapatkan tender kontrak untuknya. Haram ke atas si pemberi dan si penerima.

4) Diberikan kepada pegawai berkuasa untuk mempercepatkan urusannya dan menangguhkan urusan orang lain yang sepatutnya mendapat giliran lebih awal.

5) Menggunakan kuasanya (yang diberikan oleh syarikat) untuk memberikan sesuatu kontrak/tender kepada orang tertentu dengan syarat “upah khas” atau dinamakan “komisyen” diberikan kepadanya oleh pembida.

Bagaimanapun Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi mengatakan, terdapat beberapa pengecualian seperti “Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja” (Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301) Keadaan di atas berdasarkan hadith Riwayat Abu Ya’la dan Ahmad.

Berkenaan soalan di atas, maklumat yang diberikan tidak mencukupi untuk saya memberikan pandangan yang tepat, sememangnya sekali pandang kes di atas kelihatan tiada cacatnya kerana tugas telah selesai, diberikan dengan ikhlas (tetapi ikhlas hanya si pemberi yang mengetahuinya) dan khas untuk anak-anak yang dikenalinya. Bagaimanapun, sebagaimana yang ditegaskan oleh Imam As-Syawkani sebelum ini, ingin saya ingatkan bahawa jika pemberian itu boleh diungkit pada masa akan datang bagi memperolehi sesuatu manfaat di kemudian hari untuk si pemberi. Eloklah di jauhkan penerimaan itu dan cukuplah gaji yang kita perolehi dari majikan untuk membuat tugasan itu dengan cekap, ganjaran selebihnya diserahkan kepada Allah membalasnya.

Kesimpulannya, bagi saya pemberian itu tetap syubhat kerana tiada siapa akan memberinya kepada kita tanpa jawatan dan tugas yang kita buat tadi dan satu lagi, ia juga memang tugasan kita yang terdapat dalam senarai tugasan rasmi, berlainan jika tugas itu tidak termasuk dalam senarai tugasan rasmi kita, seperti upah dan saguhati diberikan oleh orang kuar setelah kita lakukan tugasan di luar senarai tugas rasmi di syarikat/ organisasi, tatkala itu, pendapatan hadiah itu adalah halal. Wallahu’alam.

Sekian

www.zaharuddin.net

 
 
 
 


Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 12 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Wang Hadiah Pelanggan : Rasuah ?