Kerjaya Rasuah, Kontrak dan Dharurat

Rasuah, Kontrak dan Dharurat

  • PDF
(5 votes, average 4.20 out of 5)

Assalamualaikum....
> > Saya ada satu kemuskilan yang perlu dijelaskan.
> >
> > Saya adalah kakitangan awam yang bekerja di sebuah institusi.
Tugas
> > hakiki saya adalah sebagai seorang pensyarah. Disamping itu saya
> > juga ditugaskan sebagai ketua bengkel (bukan tugas hakiki, tetapi
> > tugas membantu ketua jabatan didalam soal perolehan bengkel)di
> > insitusi tersebut.Satu hari saya didatangi seorang kawan lama
yang
> > merupakan seorang pembekal didalam soal pembekalan barangan..
Ianya
> > mempunyai syarikat sendiri dan mampu membekalkan apa-apa barangan
> > jika saya ingin membelinya.Pada suatu ketika bengkel saya ingin
> > membeli barang tertentu, dan dia mengetahuinya,lalu datang
berjumpa
> > saya. Saya menanyalah jika syarikatnya boleh membekalkan barang
yang
> > hendak saya beli itu,katanya syarikatnya mampu membekalkan kepada
> > saya sekiranya syarikatnya berjaya, dan dia memohon supaya saya
> > menolongnya mendapatkan pembekalan tersebut dan bersetuju memberi
> > sedikit imbuhan setelah semua peringkat selesai hingga ke proses
> > pembayaran oleh insitusi tersebut. Oleh kerana syarikatnya
mengikuti
> > segala aspek barangan yang dikehendaki,mengikut apa yang
dikehendaki
> > oleh bengkel,tidak ada keraguan dr segi barang yang ditawarkan,
maka
> > saya telah mengambil syarikatnya supaya membekalkan kepada
bengkel
> > saya.
> >
> > Selepas beberapa minggu dia datang dan ucapkan terima kasih
kerana
> > membeli dr syarikatnya dan mengotakan janjinya.Katanya dia ikhlas
> > menolong saya, kerana saya telah membeli dr syarikatnya.
> >
> > Jadi adakah imbuhan yang saya terima itu dianggap rasuah,
sedangkan
> > tugas yang saya buat itu bukan digajikan untuk proses pembelian
> > barang, tetapi tugas hakiki adalah pensyarah.Tolonglah saya.
> > Terima KAsih.

Jawapan Ringkas Ust Zaharuddin Abd Rahman ( ini jawapan lanjutan kedua, sila baca jawapan pertama di bawah sekali)

wa'alaikumussalam

Ye benar, ia tidak boleh dianggap dharurat. Malah jika kita meneruskan demikian maka kita dikira bersyubahat bagi memakmurkan lagi amalan haram rasuah ini. Adapun berkenaan, ungkapan "tiada business yang boleh didapati tanpa rasuah" yang sering digunakan oleh usahawan zaman ini...maka saya nasihatkan agar membaca erti firman Allah ini..

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang musyrik itu najis (kerana mempersekutukan Allah) , maka janganlah benarkan mereka memasuki masjid al-aharam sesudah tahun ini (iaitu tahun 9 hijrah). Dan jika kamu khuwatir menjadi miskin (kerana larangan ini akan menyebabkan hilangnya punca perniagaan bagi orang Islam di Mekah), maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu dari KurniaNya, jika dia mengkehendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana" (At-Tawbah : 28)

Lihatlah, bagaimana Allah menginginkan umat Islam berpegang dengan arahan dan prinsip walaupun dari sudut zahirnya kelihatan akan membawa kerugian (atau tak dapat kontrak), Allah menguji keiman umat Islam terhadap keyakinan mereka bahawa pemberi rezseki adalah Allah selagi kamu bertaqwa .. Sebuah ayat lagi menyebut :-

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya... ( At-Talaq : 2-3)

Jelas, kuatkan iman dan banyakkan tawakkal, saya pernah bertugas di Ingress Corporation berhad. Syarikat ini begitu teguh mengelak dari rasuah (setakat pengetahuan saya), hinggakan banyak kali mereka gagal mendapat kontrak yang biasanya diperolehi oleh syarikat Cina yang menawarkan rasuah, tetapi berkat kesabaran dan berpegang dengan prinsip Islam ini, mereka akhirnya berjaya menembusi pasaran Thailand dan Indonesia, malah keuntungan berlipat kali ganda pula selepas itu. Itulah fakta yang berlaku depan mata saya yang cukup menarik.

Bagaimanapun perlu saya ingatkan terdapat sedikit kelonggaran yang diberi oleh Islam dalam hal rasuah seperti berikut :-

Dr. Syeikh Yusof Al-Qaradawi mengatakan, terdapat beberapa pengecualian seperti "Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja" (Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301) Keadaan di atas berdasarkan hadith Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad.

Sekadar itu dahulu

Ust Zaharuddin Abd Rahman

11 Sept 2006

Mohd Masri Mohd Ramli <muslimz87@yahoo.com> wrote:

wslm wbt

wallahu'alam..sblm ustaz zaharuddin menjwb, saya merasakan ia
bukanlah satu kes yang darurat. Bahkan berdosa yg mengamalkannya,
termasuklah dlm mereka yg terliabt dgn rasuah. Rasuah2 yg besar
bermula dgn yang kecil. Hatta yg disaman polis pun akan menggunakan
alasan darurat utk menyogok polis dgn alasan bayaran saman terlalu
mahal. Hatta businessman2 pun akan menggunakan alasan yg sama dgn
alasan utk maintain business mrk.

Maka pada pandangan saya, ia bukanlah darurat bahkan membuka pintu
kpd maksiat2 yg lbih besar.

wslm wbt

--- In
zaharuddin@yahoogroups.com, "abuamirul haziq"
<abuamirulhaziq@...> wrote:
>
> ustaz,
> bagaimana pula jika kes tender, kita tahu adalah menjadi satu
tradisi
> sogokan diberikan kpd
> pihak tertentu. Contohnya, kalau tak dibagi masuk 10 tender pun
memang tak
> sangkut manakala
> kita berniaga dan perlukan income utk hidup. Adakah itu termasuk
dalam
> darurat yg dibenarkan?
>
>
>
> On 9/7/06, zaharuddin arahman <zaharuddin@...> wrote:
> >
> > wa'alaikumussalam
,
> >
> > jwpn atau pandangan ringkas saya.
> >
> > Ia dikira sbg salah satu jenis rasuah kerana komsiyen itu telah
> > mempengrahui keputusan anda utk mengambil kontraknya, sedangkan
mungkin ada
> > peniaga lain yang lebih layak. Ikhlas yang dikatakan oleh
peniaga itu tiada
> > sebarang nilai , ia hanyalah topeng untuk menhilangkan rasa
berdosa dalam
> > membuat dosa. macam artis menyebut syukur dan alhamdulillah dan
ikhlas
> > bernyanyi untuk rakyat malaysia. ia tetap haram.
> >
> > Tetapai jika tiada sbrg arrangement awal utk beri komisyen, lalu
anda
> > memilihnya adalah berdasarkan merit.,..kemudian hasil terima
kasihnya, ia
> > beri some komsieyn pada anda...tatkala itu, hasil komisyen itu
menjadi
> > syubhah sahja. lebih elok di berikan kpd bengkel datau
institusi. kerana
> > upah atau komsiyen itu diberikan kerana kita bekerja di situ,
jika tidak,
> > mesti tiada sapa yang ingin beri kita komsiyen itu.
> >
> > Ia adalah tugasan hakiki anda skrg kerana anda telah di tugaskan
utk buat
> > kerja itu oleh institusi, maka anda perlulah melakukan pemilihan
secara
> > kolektif bagi mengelak unsur rasuah dan godaannya menyerang.
> >
> > untuk tamhaban penerangan, sila baca jwpn saya dalam majalah i
yang lepas,
> > di laman
> >
> >
http://www.zaharuddin.com/artikel_soal_jawab_6.htm
> >
> > sekian
> >
> > sila lawat www.zaharuddin.com
> > dan join Yahoogroup :
http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/
 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 24 guests

Komen Terbaru

You are here: Kerjaya Rasuah, Kontrak dan Dharurat