Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Kewangan arrow Harga Minyak, Elektrik & Beras Naik : Nikmat Dunia Tergugat
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 46 guests online
PDF Print
User Rating: / 46
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 05-06-2008 14:16
Views 12302    
Favoured 19

Harga Minyak Naik : Nikmat Dunia Tergugat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

MInyak oh minyak
 

Kenaikan harga minyak petrol dan diesel bermula 5 Jun 2008 dan tariff elektrik mulai 1 Julai 2008 menyebabkan rakyat Malaysia ramai yang mencarut, memaki dan marah, hal ini dapat dilihat di sana sini.

Ada yang tidak boleh tidur memikirkan cara mengurus belanjawan baru keluarga. Bagi keluarga yang berpendapatan jenis ‘cukup-cukup makan sebulan' pasti semakin resah dan marah, sedih dan rasa terzalim.

Di Malaysia kita ini, sebenarnya banyak isu selain kenaikkan harga-harga ini, kita ada isu murtad, riba, syirik, bomoh, tangkal, zina, maksiat, culik, sumbang mahram dan pelbagai lagi.

Namun dari banyak-banyak isu, isu kenaikan harga beras dan minyak ini yang paling meriah sambutannya dari masyarakat. Hiruk pikuk dari segenap blog dan media.Kenapa??!!

Inilah realiti masyarakat kita, kehidupan dunia sangat memberi kesan kepada minda dan hati. Berbanding kenaikan pelbagai masalah berkaitan agama yang hanya mendapat sambutan beberapa kerat kumpulan masyarakat sahaja. Malah tidak dipedulikan oleh majoritinya.

Mudahnya, apabila perut sendiri tergugat dan libatkan dunianya yang DIKASIHI barulah ramai mahu bising dan protes. Selagi belum mengenai mereka dan hanya mengugat hal ghaib akhirat sahaja, JARANG DIHIRAUKANNYA.

Kita patut bimbang dengan iman kita sekarang ini, sangat patut bimbang. Kelihatan pengaruh dunia sangat mendalam kesannya dalam jiwa.

Jika sekiranya kedua-dua jenis isu dunia dan akhirat mendapat perhatian anda sejak sekian lama. Tahniah saya ucapkan, teruskan menjaga imanmu tersebut wahai teman.

Sebagai mengulas ringkas isu kenaikan harga ini, berikut beberapa fakta secara ‘adil' dan ulasan ringkas dan spontan saya (spontan ini menyebabkan mungkin saya ada terlepas pandangan aspek-aspek lain) :-

FAKTA : Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.

ULASAN :

Terima kasih namun mengurangkan subsidi dalam sebuah masyarakat yang belum bersedia akan pasti menyakitkan orang awam berpendapatan rendah dan sederhana. Maksud saya ‘bersedia' antaranya :

1-      Ilmu dan skill . Purata masyarakat Malaysia terutamanya bumiputra masih terkial-kial dan mencari kehidupan dan pendapatan secara sihat. Skim cepat kaya, pelaburan haram interent, perjudian sms, rancangan hiburan masih bersarang dalam minda kebanyakkan mereka. Masyarakat sebegini masih manja dan perlukan perancangan terbaik dari kerajaan dari sudut pendidikan dan kewangan.

2-      Penghapusan Rasuah : Selagi rasuah menggila dalam Negara ia pasti menyekat perkembangan skill dan kemampuan diri rakyat. Maka apabila subsidi dikurangkan, kumpulan kurang pendapatan akan terus tertindas disebabkan rasuah. Malah lebih dahsyat, rasuah akan bertambah pula akibat dari segala kenaikan ini. Lihat sahaja Negara-negara maju, pra syarat mereka adalah mesti minimakan rasuah dahulu.

3-      Gaji minima ; Gaji minima diperlukan bagi membantu masyarakat kurang pendapatan mengharungi kenaikan demi kenaikan ini. Adalah amat dihargai jika gaji miniam dapat dinaikkan sedikit agar rakyat pendapatan rendah boleh menikmatinya sedikit.  Gaji minima di negara-negara yang mengapungkan harga minyak mereka adalah tinggi, ini seimbang dengan harga minyak, adapun Negara kita tidak sedemikian dan kita juga belum mampu untuk menawarkan gaji minima yang tinggi.

4-      Harga kereta belum wajar : Baik juga jika harga kereta sepatutnya di buka mengikut harga pasaran sebenar juga. Menurut faktanya harga kereta di Malaysia adalah antara yang termahal. Biar semua berlumba-lumba menjadi lebih kompetitif seperti Air Asia dan MAS. Mereka berlumba-lumba menawarkan harga rendah. Namun keuntungan mereka masih juga bertambah.

5-      Pengangkutan Awam Belum Sedia : Saya jarang menggunakan pengangkutan awam namun saya sedar akan kurang mampunya pengangkutan awam ini untuk menampung keperluan dan permintaan sekiranya semakin ramai ahli masyarakat ingin beralih dari kenderaan sendiri kepada pengangkutan awam. Ringkasnya, ia masih belum cukup efisyen.

 

FAKTA : Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.

ULASAN :

Wallahu'alam, menurut pandangan saya, ia kelihatan baik dan wajar. Namun dalam konteks realiti yang sudah naik sebegini sukar untuk turun kembali.

FAKTA : Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.

ULASAN :

Saya kira ini adalah teknik kerajaan agar memastikan semua pengguna yang berkelayakan membayar cukai jalan, ini mungkin kerana ramai pengguna jalanraya tidak punyai road tax yang sah. Ia serampang dua mata.

Bagaimana pula  bagi keluarag miskin yang tiada kenderaan bermotor langsung?. Walaupun mereka tidak perlu mengisi minyak namun mereka masih perlu membeli barangan yang diangkut menggunakan kenderaan penjual. Sudah tentu si penjual akan menaikkan harga barangnya kelak. Bagaimana dengan rebate bagi kumpulan sasar sebegini?

Apa yang boleh membantu mereka. Kita bimbang mereka akan menjadi semakin miskin dan susah. Moga Allah membantu mereka.

FAKTA :

a- Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc. Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.

b- Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.

c- Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.

ULASAN

Saya kira ia sebenarnya cuba bertoleransi dengan kumpulan pendapatan sederhana dan cuba mengenakan kenaikan kepada kumpulan sasar kaya sahaja. Dalam hal ini, kerajaan dilihat meletakkan cc kenderaan sebagai kayu ukur, individu itu kaya atau miskin. 2000cc kereta dan 25cc ke atas dikira kaya lalu tidak layak mendapat sebarang subsidi rebate dan petrol (kecuali 30sen sebagaimana di atas).

Persoalannya, betulkah kayu ukur sebegini?

Kerajaan juga cuba toleransi dengan memberikan rebate cukai jalan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan mewah. Ini bermakna, orang berpendapatan sederhana mendapat RM625 setahun dan orang kaya dapat RM200 setahun. Sebenar jumlah RM625 setahun hanya mungkin cukup untuk 'cover' harga beras untuk kegunaan satu-satu keluarga.

FAKTA : Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

ULASAN

Terima kasih. Perlu diteruskan.

FAKTA : Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.

ULASAN :


Satu tindakan yang mungkin kurang toleransi, adalah lebih wajar jika kenaikan demi kenaikan ini dibuat secara ansuran dan sedikit demi sedikit. Kita baru sahaja menghadapi kenaiakn harga beras sebanyak 80-100%. Kini diikuti minyak dan seterusnya tariff elektrik.

Harga besi dan lain-lain juga baru sahaja naik, yang membawa kesan kenaikan harga rumah dan sudah tentu sewa,

Saya faham, diwartakan penggunaan yang MELEBIHI 200 kilowatt atau RM43.60 sahaja yang AKAN NAIK. Adapun kurang dari itu TIDAK BERUBAH. Ia jelas cuba mengenakan kumpulan sasar orang kaya dan tidak mengenai golongan miskin yang kurang menggunakan elektrik secara puratanya.

Namun demikian, apabila tarif elektrik lebih RM43.60 ini naik, kilang-kilang yang menghasilkan barang makanan dan industri akan menganggung kos tambahan. Pastinya semua barang akan naik lagi. Peniaga juga pastinya menggunakan kenderaan untuk menghantar barangan. Apabila harga minyak naik, sekali lagi peniaga mendapat sebab munasabah untuk menaikkan harga.  Akhirnya sampai juga kesan kenaikan kepada kumpulan miskin yang menggunakan tarif 43.60 sahaja. MAKA SEPATUNYA SABAR-SABARLAH UNTUK MENAIKKAN BEBAN ASASI.

 

 

KESIMPULAN RINGKAS

Rakyat miskin yang tiada kenderaan, terabai? Yang punyai kenderaan kurang 2000cc dapatlah RM625 setahun, pemilik kenderaan 2000cc ke atas dapat berjimat RM200 dari cukai jalan? Itu sahaja?.

Bagaimana dengan pertambahan pendapatan kerajaan. Ini yang perlu didedahkan secara telus. Malah ia juga menyebabkan Tun Dr Mahathir membuat kira-kira mudah :-

"Can the Government subsidise? I am the "adviser" to Petronas but I know very little about it beyond what is published in its accounts. What I do know may not be very accurate but should be sufficient for me to draw certain conclusions.

Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.

Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 - an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.

Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000,000 (twenty seven billion Ringgit).

But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.

By all accounts the Government is flushed with money.

But besides petrol the prices of palm oil, rubber and tin have also increased by about 400 per cent. Plantation companies and banks now earn as much as RM3 billion in profits each. Taxes paid by them must have also increased greatly.

I feel sure that maintaining the subsidy and gradually decreasing it would not hurt the Government finances."

 

FAKTA : Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

ULASAN :

Bagus dalam perancangan untuk subsidi makanan, namun subsidi makana diambil dari subsidi minyak. Maka harga makanan akan pasti naik juga. Justeru pusing-pusing semuanya ke satu destinasim, iaitu HARGA NAIK!. Gaji minima untuk kumpulan sasar miskin, masih tidak diperbaiki . Golongan bumiputra yang paling ramai miskin.

Saya juga bimbang, lagi terdesak orang bumiputra kita, lebih mudah mereka ditipu dan diperangkap oleh penyangak Ah-long, skim cepat kaya, MLM piramid, peraduan pelik, peraduan melancong percuma, elaun lumayan  dari khidmat hantar barang (dadah) di keluar negara dan lain-lain. Akhirnaya semakin terdesak. Semuanya kononnya ingin mencari side income selain kerja full time mereka.

 

PANDANGAN ISLAM

Sukar untuk saya menulis kesemuanya di waktu ini, ringkasnya tanggungjawab sebuah kerajaan menurut Islam memang tidak mudah. Pandangan mereka perlu sentiasa lebih hadapan dari pemikiran rakyat biasa. Kerana itulah mereka pimpinan mesti dilantik dari mereka yang berkelayakan.

Mereka perlu bermiskin dahulu berbanding rakyat, gunakan dahulu harta mereka sebelum rakyat.  Apa sahaja yang kurang merekalah yang perlu menyalurkan pendapatan mereka demi kebaikan rakyat. Mimpikah kita untuk mendapat pemimpin sebegini?

Kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam ; petiakn dari www.drmaza.com).

 

Demikian sedikit pandangan spontan saya berkenaan isu terkini terhangat. Anda juga bebas menolak dan menerimannya. Cuma dinasihatkan jangalah ada yang memaki dan mencarut di ruangan komentar saya ye. Cukuplah memberi idea dan komentar atau kritik dalam bentuk berhemah. Agar semua dapat manfaat termasuk saya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

5 Jun 2008

 

 

Last update: 11-06-2008 09:12

Published in : Soal Jawab, Kewangan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (77) RSS feed comment
Posted by siswi_ekonomi, on 01-09-2008 17:29, IP 90.240.186.250, Guest
1. ...
:)  
 
kestabilan negara kita perlukan seorang pemimpin yang tahu apa itu agama dan apa itu ekonomi.... 
 
 
bukan pemimpin yang hanya tahu apa itu wang tanpa tahu nilai ekonomi disebalik wang tersebut...tambang gas yang ditingkatkan sempena aidilfitri...just nak wish thanks paklah coz paling terbeban adalah pelajar lagi2 kami orang selatan yang belajar diutara dan sebalik nya
 
» Reply to this comment...

Posted by Jebat92004, on 12-06-2008 10:58, IP 60.52.97.134, Guest
2. ...
Ana ade sikit idea untuk bakal pemimpin kpd kerajaan Malaysia kelak. Walaupun otak udang ana tak berapa cemerlang mase amik subject ekonomi, tapi ana rasa idea ini ok gak. 
 
Minyak naik makin tinggi makin bagus untuk negara. Malaysia gak yg untung banyak. Tetapi, bila negara dah untung banyak, SEMUA wang itu perlulah dimnikmati bersama rakyat.  
Cara nak nikmati camnie.... 
a) Beli balik Tenaga Nasional, JBA, Telekom & Plus. Mereka dikehendaki beroperasi dgn keuntungan yg minima disamping perbelanjaan berhemah tanpa pembaziran. Rakyat akan mendapat nikmat kos kehidupan yg rendah. 
 
b) Ade lagi ana nak cakap pasal macam mane nak handle masalah kos pertanian, pengangkutan dan pemakanan yg makin meningkat. Tapi until next time ana info.
 
» Reply to this comment...

Posted by kandare, on 11-06-2008 11:30, IP 60.52.100.74, Guest
3. ...
usah risau dan merasa gundah gelana..kerana orang-orang yg beriman dan bertakwa akan sentiasa tenang dan bersabar atas ujian ini..disamping terus berusaha mencari jalan penyelesaiannya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Tuah, on 11-06-2008 11:30, IP 60.52.100.74, Guest
4. ...
Salam, 
 
Pandangan saya seperti berikut: 
 
Antara sebab harga minyak dunia naik adalah kelemahan matawang USA. Umum tahu bahawa didunia ini ada 2 tempat atau exchange dimana minyak didagangkan iaitu di London & New York. Kedua-duanya mengunakan US Dollar sebagai medium jual beli. Secara amnya sebagai penjual apabila Dollar lemah maka margin atau keuntungan akan berkurangan, maka nak tak nak si penjual mungkin akan "push" harga minyak menjadi lebih tinggi. Ditambah pula faktor spekulator maka bertambahlah kenaikan harga minyak. Malah Federal Reserve telah akui bahawa antara faktor kenaikan mendadak harga minyak dunia adalah kelemahan US Dollar.
 
» Reply to this comment...

Posted by KAMARUL, on 10-06-2008 17:07, IP 60.52.101.248, Guest
5. ...
Setahu saya negara2 OPEC tidak mengurangkan kadar pengeluarannya, tapi nape harga minyak terus naik. Manyak pulak tu. Kerja sape ek!! Yahudi ke zionis, ke puak2 orientalis barat/ US??. Ada sape2 ada info....? Amerika sibuk suruh negara2 OPEC tingkatkan pengeluaran, nape ek....tapi alhamdulillah...tak di layan. Kalau dilayan, ntah la apa nak jadi dlm jgka masa pnjg.. Kita sama tengok apa permainan mereka2 ini....Saya teringat kata2 ustaz saya sms kanak2 dulu, yg pd akhir zaman ni ada dajal yang bermata satu. Sape yg ikut dajal, mereka akan selamat...yg enggan nescaya tak selamat. Perangai dajal ni macam amerika je kan!!tak nak ikut jadi mcm saddam, mujahideen etc. Yg ikut...mcm kerajaan boneka palestin , afganistan....UZAR, betul ke pendapat saya ni. Ada komen...
 
» Reply to this comment...

Posted by MinyakPhobia, on 10-06-2008 15:40, IP 60.52.101.248, Guest
6. ...
LATEST NEWS: 
kerajaan mengumumkan pemotongan elaun keraian Menteri2 sebanyak 10%. 
 
Berapa banyak sgt tu?? Apa kata kalau minyak naik 35% gaji menteri potong 35% 
 
Lu fikir la sendiri... Tahniah....
 
» Reply to this comment...

Posted by kamarul, on 10-06-2008 15:36, IP 60.52.101.248, Guest
7. ...
Pertama: "negara akan musnah apabila kekayaan negara hanya berlegar dikalangan tertentu sahaja, juga apabila kuasa dipegang oleh yang bukan ahlinya". Boleh UZAR tolong jelaskan/ elaborate...saya tak berapa pasti dari mana...dari Hadith kan!! 
Kedua: Satu lagi, alangkah bahagianya kalau dikalangan pemimpin terdiri dari golongan yang baik dan bijak. Baik sahaja tak ke mana...Bijak sahaja tapi jahat, parah dibuatnya. The best is " bijak dan baik". 
Ketiga: Bagi saya Malaysia sekarang dalam keadaan amat parah...dari segi ekonomi, memang dah jelas. Semua ambil tahu. Tapi dari segi sahsiah dan agama...amat2 teruk!! Kalau Tuhan nak turunkan bala sekarang pun, saya tidak akan rasa ralat... BUNUH + ROGOL + JUDI + RASUAH + MURTAD + DLL....amat menjadi-jadi. Hukum Allah terus dihalang!! Bila kata Hudud & Kisas...mereka kata ianya politik... Kalau betul kerajaan sekarang ni ikhlas dan "BERIMAN", mereka akan usahakan sebagaimana mereka usahakan "islam hadhari mereka"...tak ke begitu.. Kalau mereka betul2 nak buat, sekarang juga saya boleh berikan cara2nya w/pun saya bukan dari golongan pemimpin....saya adalah seorang pemikir...negara perlukan pemikir, bukan pengampu... 
Ke-4:Nak laksanakan hudud senang je... Wartakan hukum tsb utk orang Islam sahaja, ataupun golongan kafir yang melakukan jenayah ke atas orang Islam. Selain itu...mereka bebas untuk gunakan hukuman barat. Saya percaya, lama kelamaan mereka akan turut bersetuju mengguna pakai hukuman hudud apabila ternyata kadar jenayah turun. Tapi ada satu masalah....kalau hukum ini dilaksanakan...puak2 mereka ini yang kena hukum dulu...rasuah! arak! zina!...tak ke begitu... 
 
» Reply to this comment...

Posted by entahlah..., on 09-06-2008 23:32, IP 60.52.97.214, Guest
8. ...
budak baik nun di tasik, 
Bermain sakan tidak terkata, 
Minyak naik lain pun naik, 
Selain hujan dan air mata.... :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by kubung, on 09-06-2008 18:07, IP 60.52.99.48, Guest
9. ...
ttg rega minyak naik ni kita kena periksa kembali bbrp perkara: 
sapa yg Dajalkan kita, 
adakah kita dizalimi, atau sendiri salah, atau kombinasi kedua2nya? 
 
pokok pangkal kembali kpd Allah, walau apa pun berlaku 
percayalah umat tiada jalan selamat dunia akhirat selain Islam..takbir!! 
 
» Reply to this comment...

Posted by al wasilah, on 08-06-2008 15:49, IP 60.52.103.103, Guest
10. ...
I agree with all the comment above ..but the more important thing is we need to be patient with all the things that happened ..it will add value to ourself..it is definitely a test from Allah as He is observing and He is the one that make this happened indirectly..so how we accept this is very important since it reflect our status of beleive..better if we percieve it positively and thanked Allah for this and definitely He will top up his gift or nikmat to us ..as what He has promised in the quran ..what happened is really reflect that we not thanked Him enough..so let we think of ourself also and stop say bad to others..coz prophet has say if we stil say bad to others..than Allah will never even look at us..may Allah lead our understanding ..wwallahua'lam..!
 
» Reply to this comment...

Posted by elf, on 08-06-2008 15:49, IP 60.52.103.103, Guest
11. ...
salam... isu myk naik ni mmg melampau.bkn x bersykur ngan subsidi yg k'jaan bg.kita bkn saja2 atau suka2 hati nk salahkan k'jaan... tp kalau dah hasil minyak aje k'jaan untung 80 billion berbanding 30 billion masa anwar ibrahim jd mnteri kwangan... ni kes parah ni.. naye rakyat..
 
» Reply to this comment...

Posted by akhi_MARSAH, on 08-06-2008 15:26, IP 60.52.103.103, Guest
12. ...
Assalamualaikum 
 
Pada ana, selagi sistem ribawi masih berterusan dan bermaharajalela, selagi itulah Allah timbakan musibah ini kepada kita. Dari itu, ana seru kita semua kaji semula cara kita urus kewangan kita. Kemana dilaburkan. Kemana dibelanjakan.  
 
UZAR, ana suka buku terbaru enta. Terima kasih atas penulisan. Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Saintis.., on 08-06-2008 15:26, IP 60.52.103.103, Guest
13. ...
Harga minyak naik lagi.. Dan ia akan terus naik lagi sebab minyak dalam perut bumi dah semakin sikit. 
 
So, marilah kita bersama-sama berfikir cara baru menggantikan minyak... Mari galakkan anak-abak kita sepanya mencintai sains, belajar dan akhirnya mencipta satu umber alternative kepada minyak.. 
 
Jepun tengah mencipta kereta berkuasa bateri. Eropah mencipta kereta berkuasa elektrik.. Nissan dah ada dah kereta berkuasa eletrtrik.. kalau jadi 2010 dah boleh pasarkan. Malaysia bila lagi? Sibuk dengan minyak naik.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 08-06-2008 15:26, IP 60.52.103.103, Guest
14. ...
Jom ikut tips ni untuk berjimat: 
 
(1)Tak payah langgan ASTRO (sebab banyak yg langgan untuk hiburan je..) 
 
(2)Tak payah ikut SMS untuk hiburan realiti TV. 
 
(3)Tak payah pasang sport rim besar 16", 17" kat kereta.. buat habis minyak je. 
 
(4)Tak payah la asyik tukar handphone konon ikut trend.. 
 
(5)Terus rajin di tempat kerja. Jangan malas. Sentiasa tingkat skill dan belajar benda baru walaupun bukan dalam bidang kita.. Nanti baru boleh demand. 
 
(6) Beribadah banyak2 dan berdoa dimurahkan rezeki untuk diri sendiri, keluarga & negara. Kita ni kurang berdoa dan banyak yg tinggal sembahyang. Sebab tu lah agaknya Allah tarik balik subsidi minyak.
 
» Reply to this comment...

Posted by seri, on 08-06-2008 15:25, IP 60.52.103.103, Guest
15. ...
Assalamualaikum UZAR dan para pengunjung. Honestly saya stuju apa yg UZAR ulaskan ttg kenaikan harga minyak ni.  
 
Sbnrnya kita bukan kesal pasal kita sorg je yg perit menghadapi kenaikan ni,tapi kita memikirkan saudara2 kita yang lebih sakit dari kita. Mmg kita tak dapat nak nafikan fenomena kanaikan harga minyak ni, tapi kita mintak kerajaan lebih bertimbang rasa dan berfikir dgn wajar sblm membuat tindakan2 yg mendadak ni.  
 
Semuanya saya lihat tergesa2..Dulu masa naik 3posen, gov kata nak upgrade sistem pengangkutan awam. Tapi tak berkesan juga..Masa harga minyak turun kejap dulu, kita mintak gov turunkan, tak turun jugak...kerajaan ni mcm mak bapak jugak.jgn asyik cakap tak mampu, tak boleh sbg alasan/cara melepaskan diri.  
 
Klu kerajaan sendiri tak pandang hasil yg melimpah ruah ni kurniaan dari Allah untuk disempurnakan amanahnya, yakinlah, Allah pasti akan menjadikan apa yang selalu disebut2 tu suatu kenyataan.  
 
Sebenarnya hasil negara kita cukup byk, tapi bak kata Tun Mahathir, urus tadbir yg tidak cekap tlh menyebabkab pembaziran yg banyak.. 
 
Hentikan perbelanjaan yang tak perlu..saya tak paham satu perkara, apa perlunya agensi2 kerajaan bermesyuarat di hotel sedangkan bangunan2 kerajaan yang baru dibina mewah, dan lengkap dgn segala kemudahan bermesyuarat dan seminar? Satu perkara yang saya harap kita semua tidak lupa adalah, berdo pada Allah agar Allah lindungi kita dari orang2 yang zalim.. 
 
Sesiapa yang berniat baik dan berbuat baik, pasti Allah akan melindungi mereka dunia dan akhirat. Wallahua'lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by abu wijaz, on 07-06-2008 21:33, IP 60.52.96.71, Guest
16. ...
salam. 
bagi yang dok keje kat sarawak ni pun...ada terasa gak...walpun dapat elaun...tapi dok habis ko minyak je...nak simpan duit pun takleh...
 
» Reply to this comment...

Posted by Rakyat Malaysia, on 07-06-2008 14:58, IP 60.52.96.71, Guest
17. ...
Assalamualaikum UZAR, 
Sy ingin mengutarakn soalan semasa, " Jika seorang pemimpin telah diundi dan menang kerusi Parlimen. Namun,parti yg diwakilinya tidak dpt memegang kuasa pemerintah negeri tersebut (seperti di Kuala Lumpur, parti kerajaan still memerintah walaupun hanya mendapat 1 kerusi). MP merupakan wakil bagi rakyat dan bukan hanya pengundinya sahaja.. 
 
Soalannya, jika sekiranya dalam isu pembinaan rumah ibadah, seperti masjid, kuil, tokong, church dan sebagainya. Apakah status MP tersebut sekiranya dia seorang Muslim.  
 
Setakat ilmu cetek yg Allah pinjamkan ini, Muslim tidak boleh membantu kearah menyekutukan Allah (dlm kes ini merujuk pada pembinaan rumah ibadah selain drp masjid). Otherwise, sekiranya KL diperintah secara total oleh parti pembangkang, maka wajib bagi mereka untuk membangunkan facilities yg disebut.  
 
Apakah alternative untuk MP tersebut untuk membantu memenuhi keperluan penduduk selain memberi surat sokongan dan dsb. Dengan hanya capacity MP pembangkang, tidak berkuasa dan tidak mampu menjayakan/meluluskan pembinaannya, kerana kuasa sebenar dipegang Kerajaan, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar dan DBKL di bawah PM skrg." Syukran.
 
» Reply to this comment...

Posted by abu saifulllah, on 07-06-2008 10:05, IP 60.52.96.71, Guest
18. ...
akum uzar, sori out of topic,,, nak mintak komen tentang kubah masjid yang 'terbang sendiri' di indon.. agak2 anta, ada unsur2 jin tak? Satu lagi, bila dengar zikir yang dibuat oleh orang ramai sekitar kawasan tu, sebut lailahaillallah.. tapi sebut kuat2 macam tu saya rasa ianya tak sunnnah dan Nabi sendiri pernah tegah. 
Pemindahan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru di Desa Kailolo, Pulau Haruku, Maluku Tengah, Indon hanya dengan zikirullah.  
 
Seramai 3000 orang qiyai telah berkumpul dan berzikir di masjid tersebut dan dengan izin Allah kubah dari masjid lama "diangkat" dan "diletakkan" di atas menara masjid yang baru... 
 
sila rujuk: 
http://www.youtube.com/watch? v=Cs0taJrwYII 
 
UZAR : Wallahu'alam. nampak macam kain aja..Jin pun mungkin kalau betul-betul. demikianjuga cara dia terbang sebenarnya macam ada tali. Itu teknik pembinaan masjid kot, sebba tu kubah tu 'landing' di tempat yang betul
 
» Reply to this comment...

Posted by Orang Muda, on 07-06-2008 08:47, IP 60.52.96.71, Guest
19. ...
kenapa rakyat yang perlu tanggung kenaikan harga minyak..kenapa tak pemimpin sedangkan mereka naik jadi pemimpin atas pilihan rakyat.Malah gaji mereka dibayar oleh rakyat melalui cukai. 
 
rakyat bayar minyak mahal..tapi menteri2 dapat minyak percuma kerajaan tanggung sepenuhnya walaupun diluar tugas rasmi. 
 
menteri naik kereta mewah tapi rakyat disuruh naik motor dan pengangkutan awam..ADILKAH itu???... 
 
menteri dapat bil air, api percuma sedangkan rakyat disuruh berjimat cermat. 
 
menteri duk rumah mewah tapi rakyat ramai tak mampu beli rumah..setakat layak duk rumah pangsa yang sesak... 
 
TIDAK ADIL SUNGGUH TIDAK ADIL...
 
» Reply to this comment...

Posted by anak titi, on 07-06-2008 08:47, IP 60.52.96.71, Guest
20. ...
Assalamualaikum. 
 
Saya baru nk lontar satu idea,tapi bila tgk2 dh ada idea tersebut. agak2 betulla mcm shiha ketengahkan. jadi pada masa itu akan naiklah imej KERAJAAN TERBAIK ABAD INI. 
 
Buat semua rakyat Malaysia, fikirkanlah. Bila ada orang tawarkan apa saja pakej sistem untuk keharmonian hidup ini,buang saja ke tepi jika pada dasarnya Islam tidak menapak kukuh. 
 
Politik bukanlah kuasa memutus sewenang-wenang. Tetapi merupakan satu amanah untuk menyusun hidup sejatera dunia dan akhirat.
 
» Reply to this comment...

Posted by ali, on 07-06-2008 08:46, IP 60.52.96.71, Guest
21. ...
Saya rs ni adalah secara terus datang dr Pencipta jugak. Rakyat Malaysia sudah telalu mewah, sampai lupa diri. Sya cadangkan semua pelajar2 IPT untuk duduk satu bulan di pedalaman Myanmar, Kemboja, atau Sumatra/Kalimantan untuk memahami kepayahan sebenar kehidupan. Biar depa wat keje kampung, dudk di rumah buruk, mandi air parit, bercampur dgn orang2 susah. Baru la menghargai nikmat, cinta dunia pon kurang la rsnye, mata hati pon terbukak, kerisauan tentang perkara POKOK akan terbina. 
 
...di sana tentu xde astro, akademi fantasiak, pasangan untuk dating pn jauh, baju2 yang smart2 pon akan jadi pelik bila d kampung, mandian panas di pagi hari pon jangan mimpi, apatahlagi aircond, lagu2 yang merosakkan, dan budaya2 barat yang penih tipu dayaaaa.... 
 
itu suggestion, bukan ke tarbiah ni banyak cara, tu pasal Islam suruh campur ngn orang miskin. Maaf cakap, 'orang miskin' di Malaysia adalah unik, kerana masih mampu berhibur dan membuang masa dalam keadaan miskin itu.  
 
sekian.
 
» Reply to this comment...

Posted by c&p, on 07-06-2008 08:42, IP 60.52.96.71, Guest
22. ...
still, saya rasa pemberian "subsidi" rm625 tu tak adil untuk semua org. 
 
katakanlah ada 2 org ni - dua2 ada kereta proton saga (bawah 2000cc). Dua2 dapat setahun rm625. 
 
Tapi yg A ni tiap2 hari berulang-alik Sungai Petani to Butterworth, sbb keje kilang. Tiap2 hari drive dekat 2 jam pegi balik. 
 
Yang B pula kerja dia pegawai kerajaan biasa. Dari rumah dia drive ke Wisma Persekutuan, cuma 10 minit. Tiap2 hari 20 minit pegi balik. 
 
So, simple maths, kita boleh agak berapa banyak minyak yg A guna, berbanding dengan yang B guna. Tetapi kedua-duanya dapat rm625 setahun juga. Adilkah? 
 
Bagaimana pula sekiranya yg B tu dah berkeluarga? Nak hantar bini ke tempat kerja, anak ke sekolah, pergi ke pasar di hujung minggu serta drive pulang ke kampung setiap bulan. Sudah tentu penggunaannya pun dah jadi berlainan. rm625 sudah tak cukup untuk dia pula! 
 
Harus diingat adil itu bukannya bermaksud semua orang dapat benda yang sama regardless of anything. Adil itu bermakna meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. T_T 
 
(Just terfikir, sbb ada di antara rakan dan saudara mara saya yg dari kedua2 golongan A dan B tu. betulkn mana yg silap.)
 
» Reply to this comment...

Posted by Abang Long, on 07-06-2008 08:41, IP 60.52.96.71, Guest
23. ...
Saya adalah seorang penganggur. Sudah 3 bulan masih mencari kerja. Terasa perit, siksa dan azab ! Dengan tanggungan yang ramai, jika sahabat ditempat saya, masih bolehkah bersabar dengan situasi ini ?
 
» Reply to this comment...

Posted by tok janggut, on 07-06-2008 08:40, IP 60.52.96.71, Guest
24. ...
salam UZAR... emmm semua pening kepala bila minyak naik...nape yek??? sume pun dah tahu minyak waktu ini adalah nadi kepada kelancaran ekonomi negara... kenapa kita masih lagi terus bergantung pada minyak berasaskan petroleum sedangkan kini kita boleh beralih kepada teknologi terkini antaranya biodisel... KELAPA SAWIT!!!.... dalam beberapa bulan yang lepas saya ada menonton rancangan Discovery kat Astro.. dalam rancangan tu ada ditunjukkan caranya membuat bahan bakar kereta dari minyak masak terpakai.. cara membuatnya sungguh simple...minyak dimasukan kedalam blender dicampurkan satu bahan utk merubahkan molekul minyak supaya mudah untuk dibakar oleh enjin kenderaan....selepas proses pengisaran beberapa minit...minyak tadi dibiarkan untuk beberapa jam...selepas beberapa jam sedia untuk diguna..sungguh mudah!! asap yang keluar dari kenderaan siap bau fried chiken lagi!!  
teknologi Biodisel kan sudah ada.... kenapa kerajaan tidak mahu bersungguh2 untuk develope dan guna pakai sumber alternatif yang terbukti boleh menjana pendapatan negara dalam jangka masa panjang. Negara kita kaya dgn keluaran kelapa sawit, justeru akan menaik taraf ekonomi petani2 di negara kita ini... 
Kan lebih baik subsidi yang di tarik itu diguna untuk memajukan teknologi ini.. daripada duit tu buat koridor sana sini yang belum pasti akan terlaksana... atau pun membanggunkan wilayah iskandar yang ternyata hanya mengadaikan tanah kepada warga singapore dalam jangka panjang!!!  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by sufie, on 07-06-2008 08:39, IP 60.52.96.71, Guest
25. ...
Setahu Saya ,dari sudut kaedah ekonomi terus menerus hidup dalam subsidi tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi jangka panjang.Hidup dengan subsidi akan mengurangkan daya saing dan produktiviti.Bantuan hanya perlu kepada mereka benar2 miskin,tak mampu.Manakala yg lain tu perlu mencari kreativiti menyelesaikan masalah sendiri,kalau tak mampu berkereta besar,tukar yg lebih kecil,kalau tak mampu berkereta tukar ke motor dsbnya. 
 
Negara2 pengeluar minyak yg ekonomi mereka terkedepan mengambil pendekatan tidak mengsubsidi,cuma negara2 yg ekonomi mereka kurang maju mengambil pendekatan beri subsidi. 
 
Negara kita sekarang menghadapi dua krisis,pertama krisis harga minyak,kedua krisis harga makanan.Kerajaan ambil pendekatan kurangkan subsidi minyak untuk tampung subsidi makanan kerana makanan lebih penting.Memang kenaikan minyak menaikkan harga makanan,tapi kalau tak disubsidi harga makanan jauh lebih tinggi. 
 
Duit lain perlu digunakan untuk pembangunan,kerana pembangunan menyumbang kepada pendapatan kepada negara.Bukan saja perlu fikir belanja untuk rakyat,tapi pendapatan perlu difikirkan juga.
 
» Reply to this comment...

Posted by Orang Minyak, on 06-06-2008 19:58, IP 60.52.96.104, Guest
26. ...
4 me kerajaan prihatin dgn masalah rakyat apabila memberikan subsidi dlm bentuk rebate tunai.  
 
Perlu kita ingat bukan Malaysia saje minyak naik. Negara lain termasuk negara pengerluar minyak juga menerima kesan. 
 
Kenaikan harga minyak ini adalah masalah dunia. Dunia yg fana. Bila kita asyik fikir pasal problem dunia .. kita tak kemana. Apatah lagi yg buat demontrasi ... buang masa ... harga minyak tetap naik. Lagi baik tolong bini basuh baju... dpt pahala. 
 
Kita kena ubah cara hidup kita. jgn membazir. Dekatkan diri dgn Islam. Bukan memaki hamun kerajaan. sikit2 salah kerajaan. Govt bagi subsidi pun marah - tak bersyukur. Tak dpt biasiswa salahkan govt. Harga beras naik salahkan govt. harga rokok naik salahkan govt. Bini mintak cerai pun salahkan govt. Tak pass SPM salahkan cikgu. cakap cikgu tak pandai mengajar. eh apalah aku mengarut ni! 
www.cikguwandy.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by 3Amali, on 06-06-2008 19:57, IP 60.52.96.104, Guest
27. ...
Assalamualaikum..  
saya ingin berkongsi sesuatu yang saya dpt.. harap dapat beri manfaat kpd pembaca..  
 
(tiada apa2 kaitan dgn politik semasa.. ) 
saya tak layak mengundi lagi, tapi saya tahu apa yang saya akan undi..I/Allah 
 
TIPS ON FILLING YOUR CAR(S) (Good information)  
 
I don't know what you guys are paying for petrol.... but here in Durban 
we are also paying  
higher, up to R7.35 per litre.  
But my line of work is in petroleum for about 31 years now, so here are 
some tricks to get more of your money's worth for every litre. Here at 
the Marian Hill Pipeline where I work in Durban, we deliver about 4 
million litres in a 24-hour period thru the pipeline. One day is diesel 
the next day is jet fuel, and petrol, LRP and Unleaded.  
 
We have 34-storage tanks here with a total capacity of 16,800,000 litres.  
 
Only buy or fill up your car or bakkie in the early morning when the 
ground temperature is still cold. Remember that all service stations 
have their storage tanks buried below ground. The colder the ground the 
more dense the fuel, when it gets warmer petrol expands,so buying in the 
afternoon or in the evening....your litre is not exactly a litre.  
 
In the petroleum business, the specific gravity and the temperature of the petrol, diesel and jet fuel, ethanol and other petroleum products plays 
an important role. A 1-degree rise in temperature is a big deal for this 
business.  
 
But the service stations do not have temperature compensation at the pumps.  
 
When you're filling up do not squeeze the trigger of the nozzle to a fast mode. If you look you will see that the trigger has three (3) stages: low, middle, and high. In slow mode you should be pumping on low speed, thereby minimizing the vapours that are created while you are 
pumping.  
 
All hoses at the pump have a vapour return. If you are pumping on the fast rate, some of the liquid that goes to your tank becomes vapour. Those vapours are being sucked up and back into the underground storage tank so you're getting less worth for your money.  
 
 
One of the most important tips is to fill up when your tank is HALF FULL. The reason for this is, the more fuel you have in your tank the 
less air occupying its empty space. petrol evaporates faster than you can imagine. Petroleum storage tanks have an internal floating roof. 
 
This roof serves as zero clearance between the petrol and the atmosphere, so it minimizes the evaporation. Unlike service stations, 
here where I work, every truck that we load is temperature compensated so that every litre is actually the exact amount.  
 
 
Another reminder, if there is a fuel truck pumping into the storage tanks when you stop to buy, DO NOT fill up--most likely the 
petrol/diesel is being stirred up as the fuel is being delivered, and 
you might pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.  
Hope this will help you get the most value for your money.  
 
 
 
 
null :x :x :x :x :x
 
» Reply to this comment...

Posted by ZaidiRazali, on 06-06-2008 19:53, IP 60.52.96.104, Guest
28. ...
memang pelik. naik banyak sangat. nak main politik pun, jangan minyak dipergunakan. rakyat sekarang ni dah ramai yang celik dan tidak mudah diperbodohkan. Diharap pemimpin2 ini sedar..rakyat tanggungjawab mereka. beramanahlah dan utamakan kebajikan rakyat.. 
 
adakah masih wujud lagi pemimpin seperti umar al-khatab di zaman ini..
 
» Reply to this comment...

Posted by Razz Muhamad, on 06-06-2008 17:08, IP 60.52.96.104, Guest
29. ...
Salam, 
 
Ini pertama kali saya ke sini, saya dpt rasakan UZAR amat berlapik dlm berbicara, tidak kedengaran sdktpun menghentam Kerajaan Paklah sekarang..patut pun tengok CV Ust memang berjela.. 
 
bab pelaburan yg berkaitan org Islam, company org Islam, Koperasi ke, apa2 badan, boleh tak drp terus pukul HARAM, adalah lebih baik jika kita boleh bg cadangan2 @ kaedah utk meng'HALAL'kan.. 
saya rasa rugi kalau kita umat islam yg sekerat ni yg cuba utk bermuamalat, berpecah dan terus tertindas di bumi sendiri..ekonomi lemah, dan minyak naik lg.. 
 
Salam  
As-Syakirin
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibnu Mohamed, on 06-06-2008 16:59, IP 60.52.96.104, Guest
30. ...
Asl. Ana ada cebisan yang dipetik 
Petik dari: anakbapa.blogspot. com  
 
Kajian terbaru yang dibuat oleh AIRINC, Associates For International Research Inc. yang berpengkalan di Amerika antara Mac 17 hingga April 1, 2008 telah menunjukkan bahawa Malaysia adalah antara negara pengeluar minyak yang mempunyai harga minyak petrol domestik yang amat tinggi.  
 
Berdasarkan harga RM1.92 seliter dan 1 gelen bersamaan 4 liter, maka harga minyak petrol negara ialah USD2.40 segelen.( tapi selepas 5hb Jun 2008 harganya ialah RM 2.70 seliter maka jadi $ 3.375 segelen) 
 
 
 
Berikut adalah perbandingan harga-harga minyak petrol negara lain untuk perbandingan berdasarkan USD segelen: 
 
1. Venezuela 12 cents 
2. Iran 40 cents 
3. Saudi Arabia 45 cents 
4. Libya 50 cents 
5. Swaziland 54 cents 
6. Qatar 73 cents 
7. Bahrain 81 cents 
8. Egypt 89 cents 
9. Kuwait 90 cents 
10. Seychelles 98 cents 
38. Malaysia $2.40 ( sebelum 5hb ), sekarang ni $3.375 
45. United States $3.45 
 
Perhatikan betapa murahnya harga minyak di negara-negara pengeluar minyak lain seperti Venezuela, Iran, Arab Saudi dan Libya. Malah di negara yang bukan pengeluar minyak seperti Swaziland dan Seychelles pun harganya amat murah. 
 
Anak Bapa: Persoalannya kenapa harga minyak negara kita sangat mahal sedangkan kita adalah negara pengekspot minyak dunia. Mudah…..kerana kita mempunyai pemimpin yang tidak cekap dan hanya mementingkan diri mereka dan puak mereka sahaja
 
» Reply to this comment...

Posted by MYY, on 06-06-2008 14:20, IP 211.25.51.205, Guest
31. ...
Assalamu'alaykum, 
 
Memaki kerajaan pun dah tak guna kerana kerajaan terbukti zalim kepada rakyat.Masih terdapat alternatif yang boleh diambil dengan kenaikan harga petrol, mkanan & seterusnya barangan lain akibat domino effect/chain reaction ini. Maka saya mencadangkan kepada diri saya sendiri dan saudar/i sekalian dengan: 
 
A. Jagkamasa pendek (1 tahun) 
1. Berpindah ke lokasi berhampiran tempat kerja/belajar/stesen LRT (bas&teksi tak  
praktikal).Ini sdikit sebanyak dpt menjimatkan kos pengangkutan. Jika 
tinggal di rumah sendiri (semestinya dibeli dgn pembiayaan Islam), bolehla sewakan kat org berpandukan nasihat Azizi Ali (Buku Tuan Rumah Jutawan) dgn menepati syarak. Tapi bukan utk menjadi jutawan, hanya melindungi harta dpd dirosakkan slepas ditinggalkan penyewa. 
 
2. Memasang tangki NGV (hanya kereta sedan, Sori motor tak boleh). Tidak dinafikan perkhidmatan NGV masih kurang di Lembah Klang (luar tak ada lagi). Namun ksesakan di stesen2 yang terhad ini hanya berlaku pada waktu puncak (jem) iaitu pada waktu pergi dan balik kerja saja. Ini kerana pada waktu ini pemandu teksi akan berehat sambil beratur mnunggu  
giliran untuk mengisi tangki gas mereka. Maka bolehla kita mengambil kesempatan pada waktu tidak puncak iaitu pada waktu mereka sibuk mencari penumpang.  
 
Jika perjalanan jauh tak dapat dielakkan, terutamanya bagi yang selalu outstation atau pada musim cuti sekolah/perayaan, petrol masih boleh digunakan sebagai backup jika kekurangn gas. Ini dinamakan dual fuel system. 
 
3. Menukar kereta ke kapasiti enjin (CC) yang lebih rendah (Mungkin tak praktikal). 
Atau menggunakan basikal/berjalan kaki untuk ke tempat yg berdekatan (1-2km) terutamanya pada waktu tidak panas/hujan dan pada hari minggu atau lepas waktu kerja.  
 
4. Berpuasa sunat pada hari Isnin-Khamis dan pada hari-hari yang disunatkan. Tapi perlu dielakkan pembaziran ketika berbuka. Maka, bolehla kita umat Islam mengambil kesempatan atas musibah kenaikan harga makanan. Jika pada awalnya, berpuasa hanya kerana terpaksa, 
lama kelamaan pasti kita biasa dan redha disamping mendapat ganjaran pahala dpd ALLAH. Perut yang tak penuh secara tidak langsung memudahkan kita utk bangun malam bertahajud. Bolehla kita meminta kepada ALLAH agar dijauhi musibah kenaikan harga ini. Sultan Salahuddin Al-Ayubi dan Panglima Khalid Al-Walid (Saifullah) pun selalu berpuasa ketika berjihad dan 
bertahajud walaupun di medan perang. 
 
5. Mendidik hati untuk berbelanja pada barangan keperluan saja. Secara tak langsung, kita boleh kikiskan penyakit 'wahn' iaitu cinta dunia. Semoga umat Islam mendapat hikmah di seblaik musibah ini utk tidak lagi menjadi buih di lautan. 
 
6. Kepada yang sudahpun berbelanja pada kadar yang minimum tapi masih tak mampu menanggung beban kenaikan, InsyaAllah doa kita mudah dikabulkan. Maka berdoalah banyak2 agar dijauhi musibah ini. Tun Mahathir sendiri berpendapat keputusan kerajaan tidak tepat & wajar. 
 
 
B. Jangkamsa sederhana & panjang (1-5tahun / 5 thn keatas) 
1. Merayu agar kerajaan mempertimbangkan menaikkan harga minyak (susah sikitbagi orang yang bekerja). Mungkin pelajar Univ / pakatan Rakyat ada idea untuk menggunakan kaedah berkesan. 
 
2. Mengundi Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 kerana banyak bijak pandai berada dlm kumpulan ini. Mungkin pada waktu itu pembangkang (kerajaan skrg) dapat mengubah gaya hidup mereka, spertimana kita mengubah gaya hidup kita sekrang. 
 
 
'Membangun Bersama Islam' demi 'Negara Berkebajikan'. Wallahu'alam  
 
-rakyat yg lemah-  
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by linda_58, on 06-06-2008 12:56, IP 211.25.51.205, Guest
32. ...
aduh susah jugak kan ... tak tahu nak cakap macam mana semua dah tertulis dah. Cuma kita nie kena kembali semula ke jalan ISLAM. Moga dilimpahi Rahmat.. Amin
 
» Reply to this comment...

Posted by FirdHad, on 06-06-2008 12:55, IP 211.25.51.205, Guest
33. ...
fakta M'sia...nilai la bersama...xsepatutnya harga minyak naik disebabkan harga dunia tapi sebenarnya disebabkan ekonomi m'sia yg makin turun... 
 
 
* Population: 25.3 million 
* GDP (PPP):  
$275.8 billion 
5.2% growth in 2005 
5.6% 5-yr. comp. ann. growth 
$10,882 per capita 
 
* Unemployment:  
3.6% 
 
* Inflation (CPI):  
3% 
 
* FDI (net inflow):  
$996.0 million 
 
* Official Development Assistance:  
$219.3 million (1.5% from the U.S.) 
 
* External Debt:  
$51.0 billion 
 
* Exports:  
$161.4 billion 
 
Primarily electronic equipment,petroleum and liquefied natural gas, wood and wood products, palm oil, rubber 
 
* Imports: 
$130.6 billion 
Primarily electronics, machinery, petroleum products, plastics, vehicles, iron and steel products, chemicals 
ekonomi m'sia :upset
 
» Reply to this comment...

Posted by EnCikApiEs, on 06-06-2008 12:54, IP 211.25.51.205, Guest
34. ...
Patut belajar dari sejarah orang-orang terdahulu.,pemerintahan kini tidak ubah seperti pemerintahan pada zaman Uthman bin Affan.,apa mungkin kesudahannya juga akan sedemikian rupa juga..,???  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 06-06-2008 12:54, IP 211.25.51.205, Guest
35. ...
nasib baik UZAR bagi komen pasal isu ini..kalau tidak, saya tertanya-tanya juga ke manakah perginya suara mufti/ulamak/agamawan tentang isu semasa.. 
nak dengar jugak ulasan mereka dari segi pandangan agama, tak begitu? 
 
yang lain2 tu senyap je nampaknya...
 
» Reply to this comment...

Posted by Ita, on 06-06-2008 12:54, IP 211.25.51.205, Guest
36. ...
Setuju dgn pendapat2 Ustaz dll. 
 
Simpati sangat2 pada yg betul2 tertekan walaupun dah cuba macam2 usaha & ubah gaya hidup. 
(Cuba pi kat wakil2 rakyat masing2- klu terdesak betul2. Klu selalu sangat parah juga, esp wakil rakyat PAS/PKR di negeri2 BN. Dapat sikit bantuan sekurang2 menolong juga.  
 
Ditempat kami, kami ada juga pakat2 hulur bantuan kpd wakil rakyat PAS/PKR kerana mereka tak dapat peruntukan kerajaan. Klu wakil rakyat BN depa ada peruntukan.) 
 
Berikut ni amacam?: 
 
1) Rokok masih hisap? 
2) astro masih langgan? 
(bukankah baik sewa bulanan dicarum kat insuran takaful misalnya? - klu disebabkan tengok astro iman masih tak berubah, sia2 aja miliki astro - ni mungkin agak kasar, tapi itulah realitinya sbb saya tinggal berhampiran rumah rakyat, kebanyakan miliki astro, bila kelas mengaji & fardhu ain dibuka PERCUMA di surau, tak de pun sambutan.) 
 
3) Majlis kawin sewa karoeke >RM400. 
Klu nak muzik juga pasang radio kaset biasa tak leh ke .Tu lum masuk sewa pelamin lebih2, mak andam dll.(saya dah buat masa anak kawin, alhamdulillah majlis tak cacat pun).  
 
4) Makan berlebih2.  
KURANGKAN santan,daging, makanan laut. Sesekali makan dlm dulang (sekor 2 ikan mambung, salad & bilis goreng share 4, 5 org). Jimat, berkat, jaga kesihatan & keharmonian keluarga - kami dah buat) 
 
4) Puasa isnin khamis? 
 
5) Sedekah/derma jadikan amalan walaupun RM1.00 sebulan (Jgn kata cam ne nak derma, nak makan pun susah?. RM1.00 tak susah pun berbanding rokok, lipstik, cd, majalah URTV ke) 
 
6) Didik anak klu ada hp, jgn salahguna.  
Logik ke sekarang ni budak darjah satu dah de tel. Ya tak ya juga kan. Keperluan! 
Ikut macam kanak2 Cina, pi sekolah bawa air masak. Sesekali aja mintum air kantin. 
 
7) Dll..cuba fikir2 ya .. 
 
Ni mesti ada yg tak setuju kat saya. Org sedang tension, suruh ubah gaya hidup. 
Saya pun tension juga sikit. Biasalah tu.  
 
Ni x de kaitan dgn kenyataan TPM ttg ubah cara hidup. Semua kena ubah apalagi pemimpin, sebab mereka mesti cakap serupa bikin. Macam TGNAziz. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ajumain, on 06-06-2008 12:53, IP 211.25.51.205, Guest
37. ...
Salam Semua, 
 
Saya rasa apa yang UZAR katakan itu ada betulnya...Namun bagi saya, orang2 kita (terutamanya Melayu-ISLAM nih...) memang mudah tertarik (tertipu) pada benda @ skim yang senang & cepat dapat...contoh mcm dalam pelaburan...punyalah byk pelaburan islam yang ditawarkan oleh bank2 di Msia tapi diorang ni masih nak kan yang Skim Pelaburan Merapu...nak dividen tiap2 bulanlah...dividen sikitlah....dan memacam alasan yang diberi...  
 
Kekadang saya sebagai salah satu perunding unit amanah pening kepala nak memaham masyarakat MELAYU nih... tp itu mungkin cabaran yg perlu dihadapi dlm usaha utk menyedarkan masyarakat MELAYU mengenai pentingnya pelaburan dan simpanan (secara ISLAMIK khususnya). Lebih2 lagi sekarang nih... Harga Minyak Naik, Barang menyusul Naik... (Kadar Inflasi mungkin Naik Lagi). Kesedaran & kemahiran mengenai pengurusan kewangan secara Islam kini adalah PENTING dan wajar dipraktikkan dan saya sendiri cuba sedaya-upaya mempraktikkannya...Insyaallah. Itu yang kekadang sampai promotelah web UZAR nih :p pada klien saya.  
 
Apa2 pun dalam usaha kita mengejar saham dunia & saham akhirat; ianya mestilah seimbang...tak guna hidup senang di dunia tp merana di akhirat. Apa-apa pun WEB UZAR nih memang menjadi salah satu rujukan harian saya. Terima Kasih. Ajumain  
www.ajumain.unittrust.com 
null 
ajumain_ibrahim@yahoo.comnull 
017-385 3626nullnull
 
» Reply to this comment...

Posted by Nasir Abu, on 06-06-2008 12:53, IP 211.25.51.205, Guest
38. ...
Assalammualaikum....saya membaca tulisan UZAR dan saya bersetuju dengan ulasan beliau. Saya sehingga kini masih berasa keliru dengan dasar kerajaan berkenaan dengan isu minyak.Perbandingan yang dibuat tidak kena pada keluaran sesebuah negara.Perbandingan yang dibuat adalah antara Malaysia-Singapura.Malaysia- Thailand.Kalau hendak buat perbandingan,buatlah dengan negara pengeluar "emas hitam" ini.Barulah adil....Kenaikan harga minyak ini cukup menekan rakyat.Memang benar rakyat perlu ubah cara hidup,tapi pemimpin perlu ubah cara hidup mereka dahulu...Bagi rakyat yang sudah miskin,bagaimana cara hidup yang dapat mereka ubah?Apabila berlaku kenaikan minyak,tak mustahil masalah sosial akan meningkat.Rasuah akan bermaharajalela....nampaknya matlamat kerajaan untuk membendung rasuah sukar dicapai kerana kerajaan sendiri yang menekan rakyat dengan kenaikan mendadak ini.Marilah kita bersama-sama menguatkan iman dan taqwa kita agar tidak terjerumus ke dalam lembah kehinaan.Insyaallah, kita akan dilindungi oleh Allah SWT.Amin.....
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 06-06-2008 12:52, IP 211.25.51.205, Guest
39. ...
satu pandangan yang sangat bernas dan dapat membuka mata masyarakat tentang isu ini. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 06-06-2008 10:00, IP 211.25.51.205, Guest
40. ...
ramai dah komen, aku setuju sangat2.. tapi apakan daya, degil betul (deleted) . tukar je la .. ful stop
 
» Reply to this comment...

Posted by Icik Pendang, on 06-06-2008 09:59, IP 211.25.51.205, Guest
41. ...
Assalamualaikum Ustaz...Saya Pelajar Universiti Malaya KL yang tertekan dengan kos kehidupan sara hidup kat KL Yang dah keterlaluan ditambah rumit lagi dengan peningkatan Kos harga bahan Api.....WAhai Sahabat-sahabatku golongan Muda Diseluruh IPTA,IPG,IPTS,POliteknik dan Seumpama dengannya kita gunakan kuasa yang pada tangan golongan Muda..kita bersedia untuk ajar kerajaan yang ada sekarang dengan mengubahnya dalam masa terdekat ini....selagi kerajaan tak diubah semakin padan muka lah kita....takbir
 
» Reply to this comment...

Posted by KILOMETRICO, on 06-06-2008 09:58, IP 211.25.51.205, Guest
42. ...
Assalamualaikum, 
ini semua bala utk org yg zalim, ujian utk org yg beriman. 
wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by nesloais, on 06-06-2008 09:58, IP 211.25.51.205, Guest
43. ...
saya baru bercadang nak beli umah yg saya tgh sewa skrg ni, dekat dgn KL dan tempat kerja. Tiba2 PM dah umum harga minyak naik. Nampak gaya nya kena ambil Islamic Financing, harap2 kadar % nya tak membebankan sangat bagi saya. BLR dijangka akan naik..  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by ANBU, on 06-06-2008 09:57, IP 211.25.51.205, Guest
44. ...
semua fakta dan ulasan yang UZAR berikan begitu bernas..saya secara peribadi pun sangat tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ini...kenapa hanya golongan yang dibawah sahaja yang perlu menerima beban ini sedangkan pihak yang menaikkan harga ini...masih lagi mengamalkan budaya hidup mewah dengan membelanjakan duit dengan sesuka hati...masih lagi menerima subsidi penuh...adilkah begtu??
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 06-06-2008 06:23, IP 60.52.98.167, Guest
45. ...
Salam UZAR, 
 
Isu minyak takkan berakhir, kerana menurut pengamatan saya, MINYAK adalah IBU kepada punca kenaikan harga semua barangan. Minyak digunakan untuk pengangkutan,peniaga memerlukan minyak untuk membekal barangan,bas memerlukan minyak untuk mengangkut penumpang dan tidak keterlaluan kalau saya katakan hampir 90% rakyat menggunakan minyak bagi mengisi kenderaan dari sekecil-kecilnya motosikal sehinggalah kepada kereta mewah. 
 
Memang diakui Malaysia bukanlah termasuk dari 27 buah negara terbesar pengeluar minyak dunia, akan tetapi Malaysia adalah pengeksport minyak dunia utama kerana kualitinya yang bermutu. Ini boleh dijadikan hujah bagi kerajaan meneruskan subsidi yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.  
 
(DELETED) 
 
Tapi itulah nikmat dunia, sekelip mata ALLAH boleh memberi dan boleh mengambilnya. Tidak mustahil kalau satu masa ALLAH mengambil kembali semua pemberiannya kerana terdapat segolongan manusia berlagak Khalifah yang memanipulasi nikmat tersebut. 
 
Apa-apa pun, ada pengajaran disebalik musibah ini, renung-renungkanlah. Mungkin cara hidup kita perlukan perubahan, dekatkan diri kepada Allah. 
 
Luahan hati bukan apa, sekadar mengelakkan 'naik minyak', sabar-sabar......
 
» Reply to this comment...

Posted by Arcy, on 06-06-2008 06:23, IP 60.52.98.167, Guest
46. ...
Pusat pelancaran roket akan dibangun di pantai timur Sabah 
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat pelancaran roket kemungkinan akan dibangunkan di pantai timur Sabah khususnya di sekitar Tawau berikutan keadaan geografinya yang dikatakan sesuai. 
 
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof, berkata kajian terperinci perlu dilaksanakan terlebih dahulu. 
 
“Tetapi buat masa ini kerajaan belum mempunyai cadangan kukuh untuk membangunkannya,” katanya. 
 
--> apa pndangan anda sume?patutkah kerajaan membuat projek mega di kala rakyat menderita? 
 
dipetik dari: 
http://www.hmetro.com.my/ Current_News/myMetro/Thursday/ Setempat/20080605091628/ Article/index_html
 
» Reply to this comment...

Posted by faizal, on 06-06-2008 06:22, IP 60.52.98.167, Guest
47. ...
salam,ana pljr msia kat iskandariah,mesir yg guna motor.harga mnyak sini naik nus genih(0.294 sen msia)tu pun dah agak terasa.apatah lagi rakyat msia.sabarlah banyak2..
 
» Reply to this comment...

Posted by ABDUL HALIM, on 06-06-2008 06:22, IP 60.52.98.167, Guest
48. ...
kesian rakyat yang berpendapatan rendah..
 
» Reply to this comment...

Posted by shiha, on 06-06-2008 06:22, IP 60.52.98.167, Guest
49. ...
Salam.. 
 
(copypaste komen sendiri dari SIO) 
 
Memang terkesan dengan kenaikan harga minyak ini. Kalau nak mengeluh, memang panjang berjela keluhan tu. Kalau nak menyalahkan, banyak jugak pihak yg nak disalahkan. Macam2 yg nak dicakapkan, agar sekurang - kurangnya reda perasaan membara di hati. 
 
Tak dinafikan, kesian kat pakcik makcik di kampung2 (tapi at least, diorang tak teruk kena bayar tol..), kesian jugak pada golongan yg berpendapatan rendah dan sederhana di bandar2 besar, juga kesian pada ibu2 tunggal yg perlu lebih struggle selepas ini. Tapi, buat masa sekarang, life goes on! 
 
Ada jugak yg dah start usha2 nak pakai ngv. Ada yg resort nak naik public transport. Ada yg dah planning lepas ni takleh nak cuti2 Malaysia macam dulu lagi dah. Ada yg dah plan nak bawak bekal dari rumah utk lunch tengahari. Dalam pada mulut dok mengomel tak puas hati tu, terpaksalah adapt dgn situation baru ni, agar terus timbul dan tak tenggelam2.  
 
Sangat setuju dgn pendapat En. Zul di bawah sana. Satu lagi pro yg dapat difikirkan (tapi ramai yg menganggapkan ia sebagai kontra), iaitu, inilah antara ujian iman yang besar. Macam mana tindakan kita? Nak resort kepada mencuri/rasuah/ah long/judi terhormat dll, atau tingkatkan jati diri dan tahan semua godaan itu? Good luck rakyat Malaysia! 
 
Wasalam. 
 
» Reply to this comment...

Posted by oh i see, on 06-06-2008 06:21, IP 60.52.98.167, Guest
50. ...
Semua ini adalah permainan politik. 
 
Pada pendapat saya, sebenarnya kerajaan memang berniat untuk menaikkan harga minyak. Tetapi bukannya dengan harga 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel RM1 kepada RM2.58 seliter. Mungkin sekadar menaikkan harga minyak dengan kedar 50 sen dan mungkin 40 sen.  
 
Ini adalah taktik kerajaan untuk memenangi hati rakyat dan juga menaikkan harga minyak. Sekarang, kerajaan hanya tunggu dan lihat sejauh mana reaksi orang ramai terhadap kenaikan harga yang melampau dalam masa yang agak mendadak. 
 
Apabila rakyat mula memprotes dan tidak setuju dengan kenaikan harga ini, maka pihak kerajaan akan menurunkan harga minyak. TETAPI, HARGA MINYAK TETAP NAIK, mungkin pada harga RM2.20 seliter dan diesel mungkin pada harga RM2.08 seliter. 
 
Hanya masa yang menentukan. Apabila kerajaan bertindak menurunkan harga minyak, maka akan teerpampang di dada akhbar "Kerajaan Perihatin", "Syabas Kerajaan!", "Kerajaan Penyanyang" dan bermacam-macam lagi pujian yang akan diberi. Jadi, tak perlulah kita melenting kerana ini hanyalah permainan politik dan juga cara kerajaan untuk menaikkan harga minyak. 
 
kot? mcm2 kepala fikir..isk!!
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom