Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Puasa Ganti, Syawal & Ziarah Raya
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 49 guests online
Puasa Ganti, Syawal & Ziarah Raya PDF Print
User Rating: / 76
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 30-09-2009 08:00
Views 39710    
Favoured 25

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 seni islam

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Oktober 2006

(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)

TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

p/s : Anda bebas untuk tidak menyetujui kesimpulan saya dalam tulisan ini. Bagaimanapuan, pihak saya tidak mengalu-alukan sebarang perdebatan dan hujah balas dalam ruangan komen. Saya meraikan setiap pandangan tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Justeru, tidak perlulah berhujjah di sini, ini bukan tempatnya yang sesuai. 

126072008

Last update: 30-09-2009 19:12

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (55) RSS feed comment
Posted by Ummu Muhammad Tasneem., on 12-10-2009 13:01, IP 202.60.56.249, Guest
1. Pohon penjelasan
Assalamualaikum wrt. 
 
Ust, sy kurg faham penjelasan ust di sini:  
 
"5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW 
 
EF 5'E 1E6'F +E #*(9G 3*'K EF 4H'D AC#FE' 5'E 'D/G1 
 
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502). " 
 
Boleh x ust tolong jelaskan perkaitannya dgn lebih detail. 
 
Jzkk 
 
UZAR : hadis tu sebut 'TELAH BERPUASA RAMADHAN' , bagi mereka yang belum ahbis qadha mereka tak termasuk 'TELAH' berpuasa ramadhan kecuali setelah qadha. 
 
Itulah perkaitannya menurut para ulama.
 
» Reply to this comment...

Posted by Haji Khairul Hisham Kamal, on 01-10-2009 13:08, IP 210.19.80.2, Guest
2. Selamat Pulang Ke UK.......
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 
Pada kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT disini, kami sekeluarga terlebih dahulu ingin merakamkan perasaan teruja serta berbesar hati diatas kesudian Ustaz sekeluarga yang telah berziarah ke kediaman kami pada hari Rabu 4 Syawal 1430H bersamaan 23 September 2009 sempena Hari Raya Eidul Fitr baru-baru ini. 
Kami juga ingin mengucapkan kepada Ustaz sekeluarga selamat pulang ke UK untuk meneruskan pengajian sarjana kedoktoran Ustaz disana. Kami akan sentiasa mendoakan keselamatan Ustaz sekeluarga sepanjang penerbangan dari Malaysia sehingga tiba di UK, dan kami juga memohon agar Allah SWT akan sentiasa memberi kesejahteraan dan kerahmatan kepada Ustaz sekeluarga sepanjang masa sewaktu berada di perantauan sana.  
Akhir sekali, kami sekeluarga memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya terdapat apa2 salah silap atau kekurangan didalam tempoh persahabatan kita selama ini dan kami berharap agar Ustaz dapat mendoakan untuk kesejahteraan dan kejayaan kami sekeluarga didunia dan diakhirat nanti. 
Semoga persahabatan serta ukhuwwah diantara kita akan sentiasa diberi rahmat dan barakah oleh Allah SWT dan kita boleh bertemu lagi di masa hadapan, insya Allah. 
WALLAHu'alam wabarakallahufik. 
Wassalam. 
Dengan ingatan tulus ikhlas hanya kerana Allah SWT daripada, 
Haji Khairul Hisham Haji Kamal seisi keluarga
 
» Reply to this comment...

Posted by nailofar, on 30-09-2009 21:01, IP 203.82.79.101, Guest
3. kepastian
assalamualaikum ustaz. 
setelah bc article ustaz tntg puasa ganti sy xberapa jelas tentang: 
kita wajib ganti pose wajib yang kita tinggal dulu baru buat yang sunat. 
kalu kita niat pose wajib sahaja adakah kita dapat juga pahala bagi pose sunat syawal?
 
» Reply to this comment...

Posted by keliru, on 30-09-2009 20:32, IP 161.139.151.16, Guest
4. Keliru
Salam UZAR.. 
 
Terima kasih atas info yang diberi uzar. Berkenaan dengan puasa enam ini, adakah ada solat sunat hari raya enam? dimana solat sunat ini dilakukan selepas seseorang itu selesai brpuasa enam.. Saya tahu perkara ini selepas saya balik ke kg dan emak saya bgtau kepada saya. Saya harap UZAR dapat jelaskan samada ada atau tidak solat sunat puasa enam :? . Terima kasih UZAR... salam..
 
» Reply to this comment...

Posted by skupang, on 21-08-2009 11:24, IP 203.82.70.4, Guest
5. Puasa Ganti pada 30 Syaaban
Assalamualaikum, 
 
Mohon penjelasan hukum berpuasa wajib spt qadho dan nazar pada hari 30 Syaaban? adakah sah puasa tersebut? 
 
TKasih 
 
 
UZAR : HUKUMNYA harus dan boleh dilakukan.
 
» Reply to this comment...

Posted by elly, on 23-07-2009 08:54, IP 118.100.143.228, Guest
6. perlukan jawapan
assalamualaikum ustaz...saya ingin memberi komen sedikit...maafkan saya...apabila saya membaca setiap soalan yang ada disini saya tertanya tanya apakah jawapannya...sebab soalan2 semuanya merupakan pengetahuan baru bagi saya...harap ustaz jawaplah soalan soalan yang ditanya oleh pembaca yang masih kurang ilmu agama seperti saya ini..terima kasih :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Nurhani, on 03-07-2009 10:17, IP 203.121.44.55, Guest
7. Gabung puasa sunat dgn ganti
Assalamualaikum Ustat, 
Saya ada kemusykilan, sewaktu sesi persekolahan dulu, saya ada terdengar guru agama membritahu boleh niat puasa sunat(isnin, khamis) bersama dengan ganti..Apa pendapat ustat??.. Jika dilihat bahagian kesimpulan Ustat..bagi mazhab syafie 'membolehkan untuk menggabungkannya'..
 
» Reply to this comment...

Posted by zulfazli, on 06-01-2009 07:28, IP 130.88.165.85, Guest
8. Gabung puasa sunat dgn puasa sunat.
Salam ustaz. lepas balik PUISI, saya pun baca pasal gabung2 puasa ni. macam mana pulak kalau gabung puasa sunat dengan puasa sunat? maksud saya, macam niat puasa muharam dengan puasa sunat isnin/khamis yg kebetulan puasa muharam tu jatuh pada hari isnin/khamis? 
 
UZAR: SUNAT DENGAN SUNAT NO PROBLEM
 
» Reply to this comment...

Posted by ummi sakinah, on 04-11-2008 04:37, IP 194.80.178.1, Guest
9. ...
BENAR berlaku riya' jika kita menghebahkan amalan baik kita tetapi ianya terletak pada NIAT kita berbuat demikian. Saya selalu menghebahkan amalan baik saya pada anak-anak bertujuan supaya mereka terpanggil untuk berbuat demikian sebab ibubapa adalah model kepada anak-anak. Jadi apapun juga yang kita lakukan terletak pada niat kerana ALLAH Maha Mengetahui bukan manusia.
 
» Reply to this comment...

Posted by shahril, on 24-10-2008 00:09, IP 194.80.178.1, Guest
10. ...
terima kasih ! syabas dan tahniah diucapkan kepada ustaz. Moga kita semua akan dirahmati Allah sentiasa.
 
» Reply to this comment...

Posted by fazli, on 19-10-2008 19:45, IP 194.80.178.1, Guest
11. ...
salam..utz sy nak tanya mcm mana sy nak qadha puasa wajib yg telah sengaja sy tinggalkan masa remaja sy sdngkan sy tdk ingat berapa hari yg perlu sy qadha dan setahu sy puasa yg ditingalkan ini akan berganda stp tahun hrp dpt penjelasan dr utz terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by akma, on 17-10-2008 21:49, IP 194.80.178.1, Guest
12. ...
a'slm, 
ustaz saya nak tanya saya baru buat 3 hari puasa qadha dalm bulan syawal ni dgn harapan jika x kesempatan habiskan 7 hari lagi harap Allah memberi pahala puasa 6 syawal.setelah membaca penjelasan ustaz di atas terkilan rasanya jika x dapat laksanakan puasa 6 syawal. 
seandainya esok hari saya berniat puasa 6 syawal sepanjang baki hari yang tinggal dalam syawal ni dan mengqadha kan baki 7 hari (Qadha) tersebut pada bulan seterusnya.Boleh kah saya buat sedemikian? 
 
UZAR : Ye boleh,
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Guest, on 11-10-2008 17:25, IP 194.80.178.1, Guest
13. ...
Salam Ustaz 
 
Saya ingin bertanya kpd ustaz. Jika kita telah NIAT Qadha puasa dan puasa Sunat Syawal sekali (serentak) pada bulan syawal. Apakah puasa kita itu dikira Qadha puasa atau puasa Sunat Syawal...??? 
 
(pada waktu itu kita belum mengetahui yang puasa Qadha perlu diasingkan dengan puasa Sunat Syawal.) 
 
UZAR : Di kira qadha
 
» Reply to this comment...

Posted by Hidayah, on 10-10-2008 17:16, IP 194.80.178.1, Guest
14. ...
Ustaz 
Antara puasa nazar dan puasa sunat syawal mana yg perlu diutamakan 
 
UZAR : Nazar krn ia wajib
 
» Reply to this comment...

Posted by CD, on 10-10-2008 16:55, IP 194.80.178.1, Guest
15. ...
ustaz, 
sy mushkil sikit,sekiranya kita meninggal dan puasa masih lagi belum qada,ada sesetengah pendapat mengatakan tk pyah qada dan hnya sekadar membayar fidyah dan ada pula yg mengatakan byr fidyah dan qada....yg mana satu betul ustaz.. 
 
wassalam 
 
UZAR : Bayar fidyah tanpa qadha hanay abagi orang sakit yang sudah tidak akan sihat atau orang tua terlalu uzur tiada akan menjadi muda semula. 
 
yang lain, semua kena qadha. 
 
Fidyah dan qadha bagi wanita yang tak puasa kerana bimbang kesihatan anaknya yang menyusu.
 
» Reply to this comment...

Posted by Zaid, on 10-10-2008 16:49, IP 194.80.178.1, Guest
16. ...
Terharu dgn kegigihan ust menulis, dlm zaman siber serba maju duniawi ni jarang orang nak sembang bab halal haram dll. 
 
Moga Ust teruskan jangan ada rasa jemu , letih, putus asa atau kecewa. Istiqamahlah dlm perjuangan ini walaupun dipandang kecil atau remeh oleh kebanyakan orang jahil. 
 
UZAR ; Terima kasih atas sokongan dan kata galakan. ni Zaid RHB Islamic ke?
 
» Reply to this comment...

Posted by remymerican@muhammad, on 10-10-2008 16:48, IP 194.80.178.1, Guest
17. ...
Assalamualaikum UZAR, 
 
Boleh tak saya declare UZAR Guru Murshid saya(pinjam term geng Tareqat). 
 
Insyaallah,saya byk dpt ilmu yg saya praktikkan dr web ini.Buku2 UZAR pun dah saya milikki.Kursus Solat d uia bln 3 ari tu pun saya ada attend. 
 
Jazakaullah  
remymerican@muhammad 
Kuching,Sarawak 
remymerican@yahoo.com
 
» Reply to this comment...

Posted by kalau uzar masih ingat., on 10-10-2008 16:46, IP 194.80.178.1, Guest
18. ...
Salam lebaran, kami ex-pelajar dewasa uzar @felcra ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin..memang sesama kami ni saling berlumba & ingat mengingatkan utk settlekan puasa ganti dulu kemudian buat sunat syawal..bukan nak riak, tapi rasanya persaingan yang sihat..,kan.? bila uzar nak balik,kami rindu le.. 
 
UZAR : Masih ingat, insyaAllah 3 tahun lagi..doakan
 
» Reply to this comment...

Posted by ajumain, on 09-10-2008 16:38, IP 194.80.178.1, Guest
19. ...
Assalamualikum UZAR dan Salam Aidilfitri, 
 
Terimakasih krn artikel diatas sedikit sabanyak membantu saya utk beri penerangan kat wife saya mengenai permasalahan puasa ganti dgn puasa 6 nie (dlm konteks bole gabung ke tidak) 
 
Syukran UZAR. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Snowflake, on 08-10-2008 21:53, IP 194.80.178.1, Guest
20. ...
Assallamualaikum 
Alhamdulillah. Snow sekali lagi mengucapkan terima kasih keastas artikel yang sungguh sungguh dapat memberi Snow pengetahuan ugama ini. Takala ini juga Snow selalu memikirkan kajahilan Snow kerana sibuk orang puasa enam, Snow pun nak puasa enam, walhal puasa wajib yang lepas banyak yang perlu diperhitungkan lagi.  
Wassallam
 
» Reply to this comment...

Posted by saja, on 08-10-2008 21:52, IP 194.80.178.1, Guest
21. ...
Terima kasih, byk sungguh ilmu yg saya dpt dari laman web nie. Kalau tak keberatan, berminat juga utk mendengar pengalaman dan suasana berpuasa, tarawih dan beraya di UK. 
 
UZAR: inshaallah
 
» Reply to this comment...

Posted by watanabe, on 08-10-2008 21:06, IP 194.80.178.1, Guest
22. ...
ada dua pendapat di sini.. 
 
hujah yang lengkap bagi pihak yang cenderung untuk kata tak gabung... 
 
tapi.. 
 
perlu diletakkan juga hujah yang cenderung kepada kata bole gabung.. 
 
tulisan uzar hanya sebut " ada yang kata bole gabung" dn ssedikit penghujahan dan ulasan yang panjang untuk menolak hujah yang cenderung kata gabung.. 
 
kalau bole , nak juga tengok apa kata2 ulamak dan penghujan bole gabung dalam mughni muhtaj tu 
 
 
UZAR : Ini artikel ringkas dan tidak bersifat pure ilmiah, ia adalah ringkasan dan kesimpulan dari saya.  
 
Jika nak masuk semua pendapat, semua dalil..ia akan jadi tulisan untuk jurnal untuk terbitan universiti. Ada yang suka, dan ramai yang makin pening kepala membacanya. 
 
Justeru, jika inginkan yang lebih ilmiah, bolehlah search mana-mana artikel alain di web yahoo atau google. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Jejen Jaenuri, on 14-03-2008 17:58, IP 60.52.101.190, Guest
23. ...
Saya sangat puas banget dengan informasi yang ada yang saya butuhkan.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by sya, on 13-01-2008 16:27, IP 60.52.97.1, Guest
24. ...
soalan saya jika seseorang meninggalkan puasa hanya 1harikerana bersetubuh disiang hari pada bulan ramadhan berapa hari yang patut digantinya....??
 
» Reply to this comment...

Posted by mil, on 07-12-2007 18:54, IP 60.52.97.151, Guest
25. ...
adakah perlu di qadha solatnya apabila seseorang wanita itu haid.cth klu ia haid selama 6 hari maka ia perlu mengqadha solat 6 hari tersebut
 
» Reply to this comment...

Posted by roslan, on 05-12-2007 19:57, IP 60.52.99.178, Guest
26. ...
banyak menafaatnya melayari web ini :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Nourhayati, on 18-11-2007 18:41, IP 60.52.102.175, Guest
27. ...
Saya ingin komen tentang soalan penari zapin mengenai perempuan menari dengan menutup aurat. Walaupun dia dah tutup aurat dengan berbaju sepenuhnya, dia dah membuka semula auratnya bila bergoyang-goyang menari. Kulitnya tidak kelihatan tetapi seksinya akan kelihatan. Istilah tutup aurat bukan sekadar balut tubuh tetapi lebih jauh lagi. Walaupun dah berbaju seluruhnya tetapi jika asyik lalu lalang depan lelaki dengan sengaja untuk tonjolkan diri (tarik perhatian) pun dah dikira buka aurat. Gitu kan ustaz?  
 
KOMEN UZAR : BETUL
 
» Reply to this comment...

Posted by ILIYAS, on 16-11-2007 22:31, IP 60.52.96.255, Guest
28. ...
SAYA AMAT BERTERIMA KASIH PADA USTAZ . MOGA DENGAN ARTIKEL INI DAPAT MENDIDIK UMAT ISLAM YANG LAIN 
 
IKHLAS 
HTTP://ILIYAS.COM 
 
 
ISLAM ITU PERLU DICARI.Page Title
 
» Reply to this comment...

Posted by Ridzwan, on 16-11-2007 16:38, IP 211.25.130.42, Guest
29. ...
Salam ustaz, 
 
Di bulan Ramadhan yang lepas, ada ketikanya di waktu siang hari, saya berasa was-was sama ada saya telah berniat di malam hari ataupun tidak. Perkara ini berlaku untuk beberapa hari di bulan Ramadhan lepas. Adakah perlu saya puasa Qadha untuk menggantikan hari-hari di mana saya berasa ragu-ragu? 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by aqiel_qil, on 15-11-2007 14:19, IP 60.52.97.111, Guest
30. ...
salam..sy mushkil la..berdosakah atau kurang pahalakah bila kte ganti puase..kte beri tau pd orang..atau orang mengajak kte makan..tp kte bgtau yg kte puase...wlaupn pd hakikatnya kte x nk bgtau..dgn alasan utk menjaga hati mereka???? 
 
tlg sy ustaz!!! 
terima kasih.. 
salam.... :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by nasuha, on 12-11-2007 18:35, IP 60.52.103.178, Guest
31. ...
adakah boleh membuka puasa ganti dengan sengaja? 
 
KOMEN UZAR ; TAK BOLEH, DISPLINYA SAMA DENGAN PUASA WAJIB RAMADHAN. HANYA BOLEH BUKA JIKA UZUR SHJ
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by fahmi, on 11-11-2007 16:21, IP 60.52.97.167, Guest
32. ...
Assalamualaikum. 
 
saya cuma ingin tanya bagaimana niat puasa&solat qadha :?
 
» Reply to this comment...

Posted by abu adib, on 06-11-2007 18:16, IP 60.52.97.83, Guest
33. ...
saya yang bagaimana dan tahap mana dibenarkan berbuka puasa?
 
» Reply to this comment...

Posted by penari zapin, on 04-11-2007 11:14, IP 60.52.99.1, Guest
34. ...
salam ustaz. 
 
mcm mana dgn pahala puasa kalau kita(perempuan) menari di khalayk umum pada bulan ramadhan? 
 
huu..sy pening dengan soalan adik sy pasal menari-nari ni.ustaz tlg sy utk bgi jawapan ya! 
 
p/s: 
perempuan boleh menari ke ustaz kat khalayak ramai? kalau dah jaga aurat ok x? 
 
 
KOMEN UZAR : TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN MENZIARAHI WEB INI.  
 
MENURUT HUKUM ISLAM, WANITA WP TUTUP AURAT TIDAK BOLEH MENARI DI HADAPAN BUKAN MAHRAM (LELAKI LUAR), INI KERANA MENGOYANGKAN TUBUH DALAM TARIAN ADLAAH SATU PERGERAKAN YANG DILARANG OLEH NABI S.A.W KERANA MENAIKKAN SYAHWAT LELAKI.  
 
BUKAN SEKADAR MENARI NABI LARANG, MALAH NABI JUGA MELARANG WANITA BERJALAN LENGGANG LENGGOK.. DALAM HADISNYA. 
 
JUSTERU, MENARI DI KHALAYAK RAMAI DALAM BULAN RAMADHAN, MEMBAWA HILANGNYA PAHALA PUASA DAN BERDOSA. MENARI DILUAR RAMADHAN DI HADAPAN UMUM, MEMBAWA DOSA. 
 
» Reply to this comment...

Posted by NOORZALINA, on 03-11-2007 22:11, IP 60.52.98.67, Guest
35. ...
Saya ada masalah... sepertimana yang saya tau.. kalau kita nak puasa Qadha, kita mesti habiskan mcam puasa wajib.. tak boleh berbuka sesuka hati.. tapi sekiranya kita berbuka juga atas alasan kesihatan walaupun sudah separuh hari berpuasa, adakah kita perlu menggantikan hari puasa qadha itu? contohnye,, kalau saya perlu menggantikan puasa sebanyak 7 hari, tetapi disebabkan puasa Qadha yang terbatal tue, saya terpaksa menggantikan puasa selama 8 hari.. mcam tue ke ustaz? saya betul2 tak tau permasalahan nie... :?
 
» Reply to this comment...

Posted by nisaq, on 02-11-2007 17:49, IP 60.52.100.199, Guest
36. ...
sy nk tnye klo b4 nih ah buat pose tp niat utama utk qadha ttpi disusuli ngn pose sunat jdk bagaimna dgn pose itu?? 
 
adkh ianya diterima sbg pose qadha shj @ mmg kne buat smula qadha n pose sunat yg berasingn sekali lagi?
 
» Reply to this comment...

Posted by borhanjaguar, on 28-10-2007 21:08, IP 60.52.96.53, Guest
37. ...
Sama ada puasa qada, puasa nazar atau sunat isnin dan khamis jika ditunaikan di dalam bulan syawal memperolehi pahala.
 
» Reply to this comment...

Posted by Jai, on 27-10-2007 20:07, IP 60.52.102.241, Guest
38. ...
orang yang telah meninggal dunia dan mempunyai hutang puasa, maka para ulama' fikih berbeda pendapat:  
 
mayoritas ulama' seperti Abu Hanifah, Malik, Syafi'i dalam pendapatnya yang masyhur, mereka berpendapat bahwa walinya atau kerabatnya tidak berkewajiban untuk menggantikan puasanya, akan tetapi cukup memberi makan kepada satu orang miskin sejumlah hari yang menjadi hutang puasa si mayit.  
 
Sebagian pendapat madzhab syafi'i yang lain mengatakan; bahwa wali/kerabat si mayit dianjurkan untuk berpuasa sebagai ganti hutang puasanya, dan tidak perlu lagi memberi makan orang fakir miskin. hal ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari Aisyah Ra: bahwa Rasulullah Saw bersabda: barang siapa yang mati dan ia mempunyai hutang puasa, maka walinya berpuasa untuknya.  
 
dan dari Ibnu Abbas Ra berkata: ada seorang laki-laki datang kepada Rasulullah Saw dan bertanya: wahai Rasulullah, ibuku telah meninggal dan dia mempunyai hutang puasa, apakah saya harus meng qadla'nya? maka Rasulullah menjawab: apakah jika ibumu meninggal dan mempunyai hutang (harta), kamu akan membayarnya? orang itu menjawab:iya, maka Rasulullah berkata: hutang kepada Allah lebih berhak untuk di tunaikan.  
 
pendapat yang kedua tersebut yang dikuatkan dan dipilih oleh Imam Nawawi, karena didalamnya menggabungkan antara fikih dan hadits-hadits yang ada.  
 
 
yang dimaksud dengan wali disini adalah kerabat dekatnya atau ahli warisnya, atau kerabatnya yang lain. namun apabila ada orang lain di luar kerabatnya yang hendak melakukan puasa untuk si mati, hukumnya boleh/sah, dengan syarat atas ijin dari wali atau kerabat, jika tidak dengan ijin dari wali, maka tidak sah puasa orang lain tersebut untuk si mati. adapun caranya adalah melakukan puasa sebagaiman puasa-puasa pada umumnya (Ramadhan atau puasa sunah), dengan niat untuk orang yang telah meninggal itu. wallahu a'lam.  
 
Tolong ulas artikel di atas UZAR.. 
Masa ayanda saya meninggal saya membayar fidyah..cuma nk ulasan dari UZAR mengenai artikel di atas 
di petik dari 
www.syariahonline.com  
 
wassalam 
 
» Reply to this comment...

Posted by Aida, on 27-10-2007 17:55, IP 60.52.102.241, Guest
39. ...
Ustaz, 
 
Saya terdengar di radio IKIM, bahawa anak dibolehkan menggantikan puasa orang tuanya yang telah meninggal dunia. Bolehkah saya berpuasa untuk mereka sesudah saya melakukan kewajipan saya (puasa qada')? 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by IbnRajab, on 27-10-2007 17:42, IP 60.52.102.241, Guest
40. ...
Salamullahi 'alaik ust.. 
 
Pada ana yg dhaif ilmu ini ustaz, berdasarkan hadith Nabi "Man Saama Ramadhan...ilakh" tu bebas dari niat. Puasa sunat ni x wajib niat khusus mcm puasa ramadhan. Nabi pernah tanya isteri dia, ada makanan tak? lalu dijawab tiada, maka Nabi sabda: hari ini aku puasa. Maksudnya bila kita baca hadith di atas, kita kena beramal dgn zahir lafaz dia. Puasa 6 hari dlm bulan syawwal mean 6 hari lah, samada ia puasa qadha, puasa isnin khamis dll. Asal berpuasa. Mungkin ilmu ana tak sampai kpd adanya niat khusus sahaja aku puasa esok hari menunaikan 6 hari syawwal... ilakh. 
 
Maaf ustaz, hanya sebahagian sahaja ilmu yang ana tahu, byk lagi yang tidak tahu. terima kasih di atas web ini, saya banyak belajar. 
 
Jazakallah... 
http://ibnrajab.wordpress.com
 
» Reply to this comment...

Posted by khadijah, on 25-10-2007 19:18, IP 60.52.96.173, Guest
41. ...
Assalamualaikum.... 
 
Saya ingin brtanya ustaz, sekiranya seseorang itu dengan sengaja berbuka puasa untuk puasa Qadha yg dilakukan pada bulan syawal, adakah dia dikenakan bayar fidyah atas kesalahan tersebut dan bagaimana untuk menggantikan semula puasa tersebut?adakah dia dianggap berdosa kerana perbuatannya itu. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Fateema, on 25-10-2007 13:38, IP 211.25.51.1, Guest
42. ...
askum Ustaz...issue ni dah lama memeningkan kepala saya..macam2 cara bpuasa syawal saya dengar... terima kasihlah kerana menyediakan bahan ulasan begini. terbuka minda saya.selama ni saya bpuasa ganti sahaja pada bulan syawal dengan harapan dapat pahala pausa sunat sekali. seperti ulasan ustaz, perlu langsaikan yang wajib kemudian sunat agak membebankan perempuan kerana terlalu banyak hari perlu bpuasa sekaligus.saya biasanya perlu qada dalam 14 hari dan tambah 6 hari jadi 20 hari.hari raya tidak dapat pausa kerana kesibukan hari raya dalam 6 hari.sukar untuk saya berpuasa terus menerus lagi2 saya berkerjaya.Ini mengurangkan semangat ramai perempuan untuk menggantikan puasa qada dulu, baru bpuasa sunat. apa komen ustad?terima kasihlah kerana sudi menjawab...
 
» Reply to this comment...

Posted by Menantu Arwah PakAjis, on 25-10-2007 09:29, IP 211.25.51.1, Guest
43. ...
Assalamualaikom Ustaz 
Sy amat keliru dgn pendapat menggantikan qadha puasa org yg sudah meninggal dunia,sy mendengar 2 pendapat yg berbeza: 
1. hanya membayar fidyah tanpa warisnya menggantikan puasanya 
2. Bayar fidyah dan waris wajib mengqadha kan puasanya. 
Sila berikan jawapan pada kekeliruan saya ini serta dalil nya sekali.... 8)
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 22-10-2007 12:22, IP 211.25.51.1, Guest
44. ...
akm, Apakah pandangan ulama-ulama mu'tabar tentang....... 
- mendahulukan qada 
- mendahulukan Sunat Syawal 
-menggabungkan kedua-duanya sekali 
atau begini.....kita dahulukan puasa qada dalam Bln Syawal kemudian diikuti Puasa Sunat Syawal( kan masa puasa sunat Syawal selama sebulan dlm Bulan Syawal )? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by put3_77, on 22-10-2007 12:20, IP 211.25.51.1, Guest
45. ...
Salam. Saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan UZAR.Insyaallah...di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. 
 
Bulan Syaawal kan sebulan kalau puasa 2 minggu pun masih sempat.( Cth puasa ganti sbb uzur 7 hari + 6 hari puasa sunat syawal baru 13 hari...)
 
» Reply to this comment...

Posted by ayu, on 19-10-2007 15:57, IP 60.52.101.74, Guest
46. ...
salam. ustaz, 
 
kalau kite pernah tak ganti puasa hinggalah datang bulan puasa seterusnya, bagaimana nak ganti puasa ? 
 
perlukah bayar fidyah atau ganti puasa untuk bilangan hari yang ditinggalkan?
 
» Reply to this comment...

Posted by azlin_azizan, on 18-10-2007 09:03, IP 60.52.102.107, Guest
47. ...
Assalamualaikum.. 
 
Tiada ape yang ingin saya komen cuma ingin bertanya... sekiranya saya ingin berpuasa ganti tetapi terlupa niat pada malam harinya.. adakah puasa saya diterima sekiranya saya berniat pada awal pagi hari tersebut... 
 
KOMEN UZAR : PUASA GANTI ADALAH SAMA MCM PUASA RAMADHAN, WAJIB NIAT SEBELUM AZAN SUBUH
 
» Reply to this comment...

Posted by rahiman, on 17-10-2007 22:42, IP 60.52.103.41, Guest
48. ...
rujuk juga tulisan ringkas ust khairuddin tentang isu ini dalam www.darulfuqaha.com
 
» Reply to this comment...

Posted by raihan, on 17-10-2007 12:39, IP 211.25.51.1, Guest
49. ...
ustaz, 
 
mak saya pernah cakap juga, qada' kan dulu puasa tetapi bila niat puasa qada' tu niatlah bahawa aku qada' puasa ramadhan dalam bulan syawal,  
 
insyaAllah dapat pahala berpuasa dalam bulan syawal. tak tahulah dia belajar kat mana. tapi saya buat macam tulah. dan seperti ustaz kata, semoga Allah swt memberi ganjaran kerana melakukan qada' puasa dalam bulan syawal. wallahualam.
 
» Reply to this comment...

Posted by nandradin, on 17-10-2007 12:38, IP 211.25.51.1, Guest
50. ...
Assalamualaikum. 
 
Saya ingin tahu sama ada kita boleh mengganti puasa ramadahan bagi pihak saudara kita sudah tua (ibu, bapa, datuk,nenek) dan sangat uzur yang tidak menampakkan dia mampu untuk menggantikannya. Atau adakah orang tersebut di kenakan fidyah? Harap ustaz boleh terangkan. Terima Kasih 
 
KOMEN UZAR : HANYA BAYAR FIDYAH
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom