Hal Ehwal Riba Musim Harga Naik : Bala Menunggu Pengguna Bank Riba

Musim Harga Naik : Bala Menunggu Pengguna Bank Riba

  • PDF
(13 votes, average 4.38 out of 5)

Malang Menunggu Pengguna

Bank Konvensional Riba

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

bala menunggu
 

Harga minyak dijangkakan akan terus naik, demikian juga yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan Kedua. Walalupun di ketika ini Bank Negara Malaysia menyatakan, kadar pinjaman asas (BLR) masih lagi mampu dikekalkan, namun jika keadaan peningkatan berterusan dan inflasi bertambah naik. Kadar BLR pasti tiada jalan lain kecuali naik juga.

Kadar inflasi kini pada 4.8%. Menurut Prof Dr Arief, Pengarah Eksekutif MIER.

"kami menjangka kadar inflasi akan berlegar-legar antara empat hingga lima peratus, punca utama ialah kenaikan kos pengangkutan kerana semua aktiviti termasuk pertanian perlu diangkut ke sana kemari dan ini akan melonjakkan harga barangan. Kadar faedah negara pula akan dinaikkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyekat kenaikan kadar inflasi dan dijangka berada di bawah lima peratus, bergantung kepada sejauh mana kadar inflasi naik.

Ini bermakna, jika harga minyak naik lagi, inflasi akan turut naik sebagaimana inflasi naik kepada 4.8 % apabila kenaikan 5 Jun 2008 baru-baru ini.

Tatkala itu, BLR akan terpaksa naik juga akhirnya jika inflasi menokok kepada 5 % atau lebih. Semua menjangkakan harga minyak akan naik lagi dan lagi. Apabaila ia naik, satu berita BURUK buat sesiapa sahaja yang terlibat dengan pinjaman rumah secara konvesional, pinjaman perniagaan dan lain-lain.

Tekanan intuk menaikkan kadar faedah asas semakin kuat, ia juga dilaporkan oleh media seperti berikut :-

Impak inflasi terhadap kos bahan api dan tarif elektrik akan menyaksikan perubahan struktur dalam ekonomi dan ia akan memberi tekanan kepada Bank Pusat untuk menaikkan kadar faedah bagi membendung kadar faedah negatif ke atas deposit, yang akhirnya akan meningkatkan kadar pinjaman, katanya. (rujuk)  

AKHIRNYA

Selain dari kehancuran dari sudut spiritual dan hilangnya rahmat Allah swt, individu terlibat ini juga akan terperangkap dalam kiraan BLR yang semakin naik.

Telah kita ingatkan berkali-kali kelebihan ban-bank Islam yang tidak bergantung kepada BLR.

Benar ada bank-bank Islam yang kelihatan menggunakan BLR, tetapi ia tidak sama dengan apa yang digunakan oleh bank riba. BLR hanyalah digunakan dalam penentuan bayaran bulanan, iaitu untuk menentukan ada diskaun atau tidak, atau dalam sebahagian produk lain, untuk menentukan berapa harga sewaan yang akan dikenakan kepada pelanggan. Namun semua bentuk yang digunakan oleh bank-bank Islam WAJIB ada ceiling, lalu jika BLR melebihi kadar ceiling, ia akan tersekat di sana sahaja, tidak seperti bank konvensional.

Pelanggan di bank-bank Islam masih boleh menarik nafas lega walalupun bila BLr naik, tidak bagi pelanggan konvensional

Jika anda rasa kurang faham dan merasakan bank-bank Islam  lebih mahal, anda WAJIB membaca dua artikel saya yang berikut :-

1) Benarkah Bank Islam Zalim ?

2) Bank Islam enipu & Lebih Mahal ?

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

10 Jun 2008

Berikut petikan artikel saya yang lalu, untuk ingatan kembali:-

sejarah blr

 

Gambar : Kadar Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate) 1991 - 2006

Bagaimana apabila peratusan BLR melambung tinggi seperti 10 peratus seperti yang berlaku ketika krisis ekonomi? Bukankah ketika itu, kadar faedah yang perlu dibayar oleh pelanggan juga amat tinggi. Ini tidak akan berlaku dalam praktis bank Islam kerana di awal kontrak lagi menetapkan harga jualannya, tanpa terikat dengan BLR dan tidak akan naik malah mungkin boleh turun sekiranya bank Islam memberikan rebate (ibra') apabila pihak pelanggan ingin membuat penyelesaian hutang awal. Perlu dingat BLR naik beberapa kali sepanjang tahun lepas dan tahun ini daripada 6 peratus sehingga 6.75 peratus. Ia juga boleh melonjak lagi mengikut keadaan ekonomi.

Ada pihak yang mendakwa kadar BLR sekiranya naik sekalipun ia tidak akan berpanjangan. Jika anda melihat statistik di atas, kadar BLR melebihi 8 peratus bermula tahun 1995 sehingga 1998. Ini bermakna 36 bulan anda dikehendaki membayar dengan kadar yang amat tinggi. Ia mungkin mampu ditanggung oleh orang yang berada, tetapi tidak bagi orang yang sederhana dan mempunyai gaji yang sekadar cukup makan setiap bulan.

Perlu diingat juga, jika dalam tempoh tersebut anda tidak boleh membayar, anda akan dikenakan penalti yang tinggi oleh Bank Konvensional dan jumlah pinjaman pokok akan bertambah menggunung. Tatkala itu kadar BLR yang telah jatuh semula tidak banyak memberikan manfaat, kerana tiga tahun kadar BLR tinggi itu telah menjadikan pembayaran anda selama ini seperti membuang duit di dalam sungai kerana ia akan menaikkan semula jumlah pinjaman pokok anda. Akan didedahkan selepas ini mengapa ia berlaku.

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 17 guests

Komen Terbaru

You are here: Hal Ehwal Riba Musim Harga Naik : Bala Menunggu Pengguna Bank Riba