Lisa Zaharan <ayong136@yahoo.com
Assalamualaikum maaf kalau soalan ni pernah ditanya Belum dapat cari sepenuhnya jawapan pada persoalan saya saya sekarang menetap di luar negara dan negara ni tak der sistem perbankan islam (tak seperti UK) Ramai kawan kawan yg dah bekerja membeli rumah secara mortgage dgn pinjaman bank di sini ( bersama interest) ramai juga membeli kereta Kebanyakan mereka mmg alim dlm agama jadi saya sentiasa assume yg perkara ni dibenarkan seperti kata mereka hukumnya harus sbb kat sini memang tak der sistem perbankan islam, rumah adalah rumah pertama dan tujuan utk didiami dan dlm keadaan darurat. dan yusuf qardawi membenarkannya. (tak sure fatwa penuh) Juga disebabkan interest yg dikenakan adalah fixed interest. Adakah dibenarkan perkara ini dlm syarak islam? ataupun lebih utama tidak mengambilnya dan hanya menyewa rumah dan membeli kereta murah secara tunai?
terima kasih
yg ingin tahu
LISA.
| |
JAWAPAN wa'alaikumussalam,
Ye benar, Dr Yusof al-qaradawi dan Majlis Fatwa Eropah menyebut bahwa harus ketika itu apabila tiada langsung bank islam dan keprluan untuk memiliki rumah pula adalah amat tinggi. Sewaan juga tinggi. Pandangan ini juga disokong oleh Syeikh Prof Mustafa Az-Zarqa di dalam kitabnya al-Fatawa.
Bagaimanapun ada syarat-syaratnya...antara yang mereka letakkan adalah mestilah anda perlu duduk sama untuk tempoh yang lama dan bukannya hanya sekadar 4 thaun belajar BA je. meaning, untuk mereka yg bekerja di sana mungkin. juga sudah samapi tahap hajiat iaitu keperluan mendesak. dan bukan dengan niat melabur dan mendapat untung, tetapi utk kediaman dan kegunaaan sendiri.
Ada lagi syarat-syarat mereka yang tidak sempat saya keluarkan di sini buat masa ini. mungkin saya akan buatkan artikel ringkas kelak.
Kesimpulan : Mereka mengharuskan mengambil pandangan syaz (ganjil dan lemah) berkenaan keharusan bermualamat dengan kafir harbi.
sekian
ust zaharuddin 1 dis 2006 |
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites