Fiqh Ibadah Kursus Solat Terakhir : Berjaya !! (Bergambar)

Kursus Solat Terakhir : Berjaya !! (Bergambar)

  • PDF
(31 votes, average 4.94 out of 5)

Terima Kasih : Kursus Solat

Terakhir Menggalakkan 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman 

Sebahagian Peserta dalam Dewan KUrsus SOlat 2 Mac 08

Gambar : Peserta Di Bahagian Tengah Dewan 

Alhamdulillah,semalam (2 Mac 08) berakhirnya kursus solat terakhir yang dibuka kepada awam. Adapun kursus solat yang dianjurkan tertutup untuk syarikat dan kakitangan khas, masih ada yang berbaki inshaAllah.

Saya juga telah nyatakan sebab musabbab mengapa ia terakhir dalam kursus tersebut namun ia masih belum boleh dinyatakan secara terbuka di web saya ini.

Peserta Yang Terlebih dari Kerusi, Terpaksa Dibawa Kerusi Tambahan Sehingga Ke Dinding
 

Gambar Atas : Peserta Yang Terlebih dari Kerusi, Terpaksa Dibawa Kerusi Tambahan Sehingga Ke Dinding 

Kursus semalam saya kira adalah terhebat sambutannya dari lebih 70 kursus sebelum ini. Penyertaan terpaksa ditutup seminggu sebelum program, dan dewan yang hanya boleh memuatkan 250 peserta juga tidak mampu menanggung jumlah peserta yang berdaftar. Malah ramai yang cuba mendaftar terpaksa ditolak penyertaannya kerana melebihi had dewan. Lalu terpaksalah rakan-rakan TIBYAN memunggah berpuluh-puluh kerusi ke dewan tersebut.

Sebahagian Peserta Di Bahagian Sebelah Kiri Saya 

Gambar : Peserta Di Sebelah Kiri Saya 

Lebih menarik lagi, apabila saya bertanya siapakah dari kalangan peserta yang mendaftar dan mengetahui kursus ini dari web site zaharuddin.net, 95 % dari mereka mengangkat tangan. Hanya 5 % mengetahuinya dari sumber-sumber lain. Namun, kursus ini hanya diiklan di web dan yahoogroup saya sahaja.

Jika sebelum ini,  kursus ini perlu diklankan di akhbar dan radio ikim.fm, namun kali ini belum sempat kami mengiklankan..penyertaan sudah penuh. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang menyertai , semoga beroleh manfaat semaksimumnya. Selain itu, sekitar 15 orang peserta mengangkat tangan apabila saya bertanya siapakah yang menyertai kursus ini buat kali kedua dan seterusnya.  Tahniah juga buat anda. Moga masih beroleh ilmu baru walaupun telah menghadirinya sekali atau dua kali sebelum ini.

Peserta Di Bahagian Sebalah Kanan Saya 

 

Gambar : Peserta Di Sebelah Kanan Saya 

Buku Wang Anda & Islam

Buku "Wang, Anda dan Islam" juga baru sampai 'direct' dari kilang ke UIAM semalam. Alhamdulillah dapat juga peserta membeli buku tersebut. Sebahagian peserta yang telah membelinya agak pelik apabila melihat ketebalan buku itu berbeza dari apa yang mereka beli sebelum ini. Bagi mereka yang telah membeli sebelum ini, jangan bimbang, saya hanya memanjangkan prakata dan penutup, dan memasukkan tajuk berikut "Forex trading melalui internet, Hukum Kerja Penjawat Awam, dan beberapa tajuk artikel yang ada di web ini sahaja.

Tidak dapat saya nafikan bahawa atas perbincangan dengan penerbit, beberapa isi tambahan dimuatkan selain pembetulan kecil dari cetakan pertama.  Atas sebab itu, harga pos dijangka berubah kerana berat buku juga berubah.

Akhir kata, terima kasih semua pengunjung dan peserta kursus solat semalam.

Perlukah Satu Lagi Kursus Terakhir Selepas Yang Terakhir Ini?

Agak sukar membuat keputusan untuk ini, permintaan agak banyak dan ramai yang terpaksa ditolak pada minggu terakhir kursus ini, demikian juga apa yang berlaku semasa kursus di UTM Skudai yang lalu. Kursus pada 2 Mac yang lalu dihadiri oleh rakan-rakan dari Jauh seperti Singapura, Terengganu, Johor, Pahang, Kedah, Melaka dan lain-lain, sehingga sebahagian mereka ada yang mengambil hotel di KL dan ada juga yang berehat di surau di UIAM sementara menanti pendafatran dibuka.

Sedang membentang 

Gambar : Saya Sedang Menyampaikan Mesej Dakwah Solat & Pengisiannya

Hasil dari perkembangan sebegitu, saya sedang memikirkan cara untuk menganjurkan sekali lagi yang dikira terakhir di tempat yang sama, terutamanya apabila melihat dewan kursus di UIAM ini bermeja dan parking juga mudah. Mungkin boleh juga dipersembahkan buku Fiqh Solat saya yang sedang proses akhir ketika ini. 

Bersama Sebahagian Peserta di akhir Majlis jam 7.05 pm

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

3 Mac 2008



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 52 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Fiqh Ibadah Kursus Solat Terakhir : Berjaya !! (Bergambar)