Fiqh Ibadah Di Bulan Ramadhan & Negaraku Makin Bahaya ? (with video)

Di Bulan Ramadhan & Negaraku Makin Bahaya ? (with video)

  • PDF
(50 votes, average 4.78 out of 5)

Di Bulan Ramadhan &

Negaraku Semakin Bahaya ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Berita di bawah amat kurang menyenangkan terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia. Bulan Syaitan dibelenggu, neraka ditutup dan pintu syurga dibuka. Ia menggambarkan bahayanya kesan kegagalan membentuk sifat agama dalam diri seorang manusia.

Mencari Mangsa !!

Pembentukan jatidiri agama dalam diri seseorang adalah cabaran terbesar buat sesiapa sahaja yang digelar pemimpin, samada pemimpin diri, keluarga ataupun negara. Jadikan Ramadhan ini sebagai kuasa luar biasa untuk memulakan atau memantapkannya lagi. 

Kejayaan Palsu

Kejayaan membina kekayaan dan material dengan kegagalan pembinaan diri beragama tidaklah merupakan satu kejayaan dari pandangan Allah s.w.t. Kerana itulah Allah s.w.t mengarahkan Nabi Musa dan Harun a.s untuk bertemu Firaun

ثُمَّ بَعَثْنَا مِن بَعْدِهِم مُّوسَى وَهَارُونَ إِلَى فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِ بِآيَاتِنَا فَاسْتَكْبَرُواْ وَكَانُواْ قَوْمًا مُّجْرِمِينَ

Ertinya : Kemudian sesudah rasul-rasul itu, Kami utus Musa dan Harun kepada firaun dan pemuka-pemuka kaumnya, dengan (membawa) tanda-tanda (mukjizat-mukjizat) Kami, maka mereka menyombongkan diri dan mereka adalah orang-orang yang berdosa. ( Yunus : 75 )

Dan juga ayat berikut menunjukkan bahawa kejayaan Firaun membina empayar dan tamadun yang tidak didasari oleh pembinaan jiwa dan ruh rakyat adalah GAGAL!, sebagaimana arahan Allah s.w.t ini menunjukkan kejayaan yang gersang dari keimanan kepada Allah adalah 'taghut' atau melampaui batas :-

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى

Ertinya : "Pergilah kamu berdua ( Musa & harun a.s)  kepada firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas;" ( Toha : 43 )

Kejayaan material di dunia sememangnya bersifat enak dan hebat, ia memang itu acuannya, iaitu untuk ujian dan menipu manusia yang tiada benteng iman dan ilmu. Allah s.w.t telah lama mengingatkan kita perihal kejayaan dunia (yang kering dari nilai akhirat) yang memang sifatnya mudah menipu ini di dalam firmannya :-

الَّذِينَ اتَّخَذُواْ دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا

Ertinya : orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.. ( Al-A'raf :  51)

Kesan buruk dari kegagalan ini akan terzahir dalam pelbagai bentuk dan rupa. Bermula dari kehancuran rumah tangga, baru-baru ini saya berforum bersama Ketua Pendaftar Kehakiman Syariah Selangor, sebelum forum saya sempat bertanya kepadanya berkenaan statistik penceraian di Selangor, lalu dijawabnya statistik semakin meningkat tahun demi tahun. Kehancuran ini seterusnya akan diikuti dengan kesan susulan iaitu kelahiran makhluk perosak dari sebuah rumah, dua rumah, tiga, empat, dua ratus dan seterusnya.

Lahirnya Seorang Mahkluk Perosak

Kegagalan rumah tangga akan melahirkan kanak-kanak dan individu yang sakit jiwa dan ruh, sehingga menjadi makhluk perosak di dalam rumah, di sekolah dan di luar rumah.

Jika ia seorang lelaki, ia mungkin akan berfungsi sebagai makhluk perosak dalam rumah seperti merogol adik, kakak atau pelopori sumbang mahram, derhakai ibu bapa. Perosak di sekolah sebagai perogol rakan sekolah, cikgu wanita, berzina, membuli, gangster, terlibat ajaran sesat dan karut seperti black metal dan mungkin merosakkan kereta guru, cederakan guru dan lain-lain.

Perosak di luar rumah dan sekolah adalah sebagai penagih dadah, merompak dan akhirnya boleh menjadi mahkluk perosak keamanan manusia lain seperti apa yang berlaku kepada kanak-kanak perempuan dalam berita di bawah.

Jika ia seorang wanita pula, ia berfungsi sebagai alat kepada syaitan setiap hari. Tujuannya adalah untuk merosakkan iman setiap hati dan mata orang beriman. Akhirnya bolehlah si lelaki lemah iman serta gagal menahan nafsunya tadi bertindak ganas untuk menculik, merogol, membunuh, mencari kekayaan untuk membeli kasih palsu sang wanita hiasan dan lain-lain. Maka rosaklah rumah tangga yang sudah retak ..hancur sehancur-hancurnya.

Atau apakah pandangan anda jika dikuatkuasakan perihal aurat wanita ini sebagaimana tayangan video ringkas ini?. Biar manusia marah asalkan jangan Allah s.w.t murka !..

Sebagaimana disebutkan oleh Nabi s.a.w :-

المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان وأقرب ما تكون من ربها إذا هي في قعر بيتها

Ertinya : "Wanita itu adalah aurat (seluruh tubuhnya kecuali tangan dan wajah menurut jumhur ulama), dan apabila ia keluar dari rumah, maka Syaitan akan menghiaskannya (sehingga mampu menarik padnangan lelaki), dan paling hampir wanita dengan tuhannya adalah apabila ia berada di rumah" (Riwayat at-tirmidzi, no 1173, 3/476 ; Ibn Hibban, 12/413 ; Imam Tirmizi berkata : Hasan Gharib ; Syuaib Arnout : Sanadnya sohih ; Albani : Sohih )

Imam Al Hafiz Muhammad Al-Mubarakfuri menyebutkan bahawa wanita dihiasi Syaitan adalah apabila ia keluar dengan perhiasan ditayangkan (termasuk auratnya) yang sengaja untuk menarik perhatian lelaki kepadanya. (Tuhfatul ahwazi , 4/283)

Tindakan Kita

Keluhan tanpa usaha dan kembali kepada silibus kehidupan yang tiada keraguan padanya iaitu al-quran dan al-hadis pastinya tidak mampu menghasilkan ketenangan yang diidamkan oleh semua. Tiada tudingan jari diperlukan di sini, semua perlu dimulakan dari diri sendiri. Dan wajib disampaikan dengan serius dan usaha gigih keluar sempadan rumah kita kepada rakan, jiran dan orang ramai. Kembalikan mereka kepada Islam...

Allah melihat usaha bersungguh kita semua dan bukan hasilnya. Allah menyebut :-

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى

Ertinya : "dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya" ( An-Najm : 39 )

Peluang di Ramadhan

Di bulan yang Ramadhan ini, peluang untuk memantapkan dan menebalkan saiz iman dan amal kita terbentang luas. Jangan sombong diketika kita senang dan janganlah ditunggu musibah menimpa untuk dijadikan 'bateri' dan momentum kepada melakukan amal soleh. Kembalilah saudara dan saudariku. Moga kita semua berjaya.

Allah mengeji orang yang hanya kembali dan mengangkat tangan berdoa tatkala ditimpa kesusahan dan ketakutan, kerana orang begini biasanya akan kembali melupakan Allah di waktu senang dan sihat mereka, Allah s.w.t menyebut :-

وَإِذَا مَسَّ الإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَآئِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَّسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Ertinya : Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya  itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. ( Yunus : 12 )

Kita Bimbang

Saya faham, kita semua merasa bimbang dengan keselamatan diri dan ahli keluarga kita sekarang ini. Hinggakan hasrat untuk membawa anak perempuan ke masjid untuk berterawih juga boleh menjadi ancaman kepada anak. Mana tidaknya, di bulan mulia ini, masjid kelihatan penuh dengan pelbagai jenis manusia. termasuk yang bukan mencari Allah s.w.t, tetapi mencari 'kasut baru' (untuk dicuri) atau mangsa.

Sesungguhnya tanpa disedari, ia mungkin adalah hasil tangan kita semua juga dek kerana terlalu leka mencari harta dunia, hingga dilalaikan pembinaan jiwa anak dan kelaurga. Segeralah nasihatkan diri, seluruh keluarga dan rakan taulan kita agar tidak menjadi penyumbang lagi kepada kezaliman. Hanya dengan ilmu dan amal mampu menyelamatkan, dan Allah pasti membalas kezaliman dengan kesan yang buruk secara merata tanpa mengira lagi kamu terlibat atau tidak.

Ingatan Allah :-

فَأَصَابَهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَالَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْ هَؤُلَاء سَيُصِيبُهُمْ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَمَا هُم بِمُعْجِزِينَ

Ertinya : Maka mereka ditimpa akibat buruk dari apa yang mereka usahakan. Dan orang-orang yang zalim di antara mereka akan ditimpa akibat buruk dari usahanya dan mereka tidak dapat melepaskan diri ( Az-Zumar : 51 )

Berdoa dan berusahalah kita, bersama-sama..  

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

7 Ramadhan 1427 H

19 Sept 2007

p/s : Maaflah kiranya tidak tersusun, sekadar coretan ringkas dan cepat saya untuk manfaat semua.


 

PETIKAN BERITA MENGERIKAN

Baca berita asal di sini.

Polis dapat petunjuk kes mayat dalam beg 

KUALA LUMPUR: Penemuan beberapa helaian rambut pada mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam beg pakaian (gambar) di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin, dijangka dapat membantu polis mengenal pasti identiti pembunuhnya.

Helaian rambut itu serta sampel darah mangsa dikatakan dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut sumber, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya yang disumbat dalam beg pakaian dengan kaki mangsa dilipat ke dada, ditinggalkan berhampiran pejabat sebuah syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama.

"Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya kepada Berita Harian.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk di bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras, yang dipercayai timun dan terung.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Forensik HKL turut mengesahkan terdapat banyak kesan lebam di badan mangsa, dipercayai dipukul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG ditemui pada lengannya.

"Berdasarkan keadaan fizikalnya, mangsa dipercayai berusia lapan hingga 10 tahun, dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat kira-kira 18 kilogram serta mempunyai tanda lahir pada paha kiri.

"Mangsa bertubuh kurus, kulit cerah dan berambut kerinting paras telinga," katanya kepada pemberita di sini.

Polis semalam turut mengedarkan gambar mangsa dalam usaha mengesan waris kanak-kanak itu kerana mayatnya ditemui tanpa dokumen pengenalan diri.

Orang ramai yang mengenali mangsa atau kehilangan anak perempuan diminta menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.


Keluarga mangsa rogol kena ugut

Baca Berita Penuh di sini

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, beliau sekeluarga diserang dan diugut samseng dan didesak menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap mereka selepas anak perempuannya berusia lapan tahun diculik dan dirogol.

Ibu berusia 32 tahun itu berkata, pada 12 Julai 2001, anak perempuannya diculik dan dirogol sekumpulan lelaki ketika pulang dari sekolah.

Katanya, selepas dua jam waktu persekolahan tamat, anaknya pulang dan menceritakan bahawa lima lelaki menculik dan membawanya ke dalam sebuah van, memukul dan menyuntik badannya sehingga pengsan


Statistik Hilang

Baca Berita Penuh di sini

(Petikan berita Utusan Malaysia tarikh 19 Sept 2007)  

Sementara itu, Statistik Orang Hilang/Jumpa Seluruh Negara yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan sebanyak 759 kes kanak-kanak dan remaja hilang dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 34 kes melibatkan kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah, 66 kes (10-13 tahun) dan 659 kes membabitkan remaja berusia 14 hingga 17 tahun.

Statistik itu juga menunjukkan remaja perempuan Melayu paling ramai dilaporkan hilang iaitu 497 orang diikuti remaja lelaki Melayu sebanyak 119 orang.


Mangsa Di Rodok Secara Seksual

Di Bulan Ramadhan

Berita Kanak-kanak yang dijumpai dalam beg dari utusan Malaysia 

Berita Penuh

Mangsa mati akibat kecederaan dalam perut ekoran dirodok dengan objek tumpul secara seksual.

Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan, pembunuhan kejam itu telah mendorong polis untuk mengkaji semula kes ‘Pencabul Kampung Baru' yang diburu pihak berkuasa sejak tiga bulan lepas.

‘Pencabul' itu dipercayai boleh membantu pihak polis untuk menyelesaikan dua kes pencabulan kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dengan mangsa turut mengalami serangan seksual.

Penjenayah itu dipercayai menggunakan taktik memujuk mangsa supaya mengikutnya untuk mencari kucing milik suspek yang kononnya hilang sebelum mencabul mangsa.

Antara dialog yang pernah digunakan suspek; ‘‘Adik nampak kucing abang tak? Boleh tolong abang carikan kucing abang?''

Sementara itu, mereka yang mempunyai maklumat berhubung kes bunuh itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di talian 03-7966-2222.





Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 12 guests

Komen Terbaru

You are here: Fiqh Ibadah Di Bulan Ramadhan & Negaraku Makin Bahaya ? (with video)