Catatan Buku Buku Panduan Perbankan Islam : Kontrak & Produk

Buku Panduan Perbankan Islam : Kontrak & Produk

  • PDF
(5 votes, average 5.00 out of 5)

Buku Panduan Perbankan Islam : Kontrak & Produk

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

cvrmuamalatbook.jpg

 

Alhamdulillah buku saya yang ke-8 kini berada di pasaran.!

Sempena 10 Terakhir Ramadhan tahun ini, saya tampilkan buku ini, moga aktiviti kewangan kita akan mampu dibersihkan dari Riba dan seterusnya menyumbang ke arah pembentukan ibadah yang mantap, maqbul dan membenihkan sifat taqwa dalam diri. Perbincangan hal kesempurnaan ibadah tanpa berhati-hati di dalam bab urusan kewangan akan membantutkan proses taqwa. 

Dalam beberapa dekad yang lalu, kita telah dapat menyaksikan peningkatan luar biasa di dalam sector Perbankan dan Kewangan Islam, sama ada di dalam penghasilan produk-produknya, juga di dalam bentuk penulisan buku dan jurnal.

Walaupun demikian, topik ini masih kelihatan sangat asing bagi pengguna khidmat perbankan, khsusunya di kalangan warga Muslim. Asalnya perbankan Islam memfokuskan golongan Islam sebagai kumpulan sasaran mereka, namun berdasarkan statistik semasa yang dikeluarkan, terbukti golongan bukan Islam lebih meraikan produk-produk bank Islam berbadning warga Muslim. Mengapakah ini berlaku? Salah satu sebabnya adalah dihalangi oleh tembok kejahilan hingga gagal dalam memahami konsep perbankan dan kewangan Islam, ditambah pula dengan rasa kurang sensitif mereka di dalam hal ehwal halal haram.

Banyak buku ditulis di dalam topik ini sebenarnya, namun sukar dinafikan topik ini memerlukan kesungguhan yang lebih untuk memahaminya. Rasa berat ditambah lagi apabila kebanyakan buku ditulis di dalam bahasa inggeris yang dipenuhi dengan istilah-istilah kewangan, perbankan, kiraan matematik yang tentunya amat sukar difahami oleh orang kebanyakan. Walaupun kesemua tulisan ini amat baik dari sudut akademik dan ilmunya, namun majoritinya seolah ditulis khususnya buat pengamal perbankan dan individu yang ingin menjadi pakar sahaja, ia amat kurang sesuai ditatap oleh orang awam.

Akibatnya, jumlah umat Islam yang mampu memahami ilmu ini terus berkurangan dan tidak meningkat dari tahun ke tahun, malah jumlah mereka yang semakin bersangka buruk dan keliru dengan aplikasi perbankan Islam pula yang bertambah. Akhirnya, semua mereka menjauhkan diri dari perbankan Islam dan tidak mengetahui bagaimana khidmat perbankan Islam mampu memberikan manfaat yang besar buat urusan kewangan mereka di dunia dan urusan pahala serta dosa di akhirat.

Saya mengakui bidang ilmu ini masih baru, dan memerlukan usaha berterusan dari mereka yang mengetahui untuk membantu dan mengajar semua pihak.  Banyak pihak yang sudah menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari bidang ini sama ada dari kalangan para ulama, peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam, pelajar universiti dan sebagainya.

Walaupun demikian, tidak begitu mudah untuk mencari sebuah buku berbahasa Malaysia yang sesuai dicadangkan untuk pembacaan golongan yang berminat ini sebagai ‘buku permulaan' yang menerangkan konsep asas kontrak menurut Islam dan diikuti oleh cara aplikasi semasanya oleh perbankan Islam.

Bertitik tolak dari keperluan itu, lahir buku ini sebagai satu usaha kerdil saya untuk membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik. Saya cuba tampilkannya ia dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir.

Saya juga mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan fatwa berautoriti peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya di kalangan para ilmuan Syariah khususnya. Selain itu, buku ini juga mengutarakan jawapan kepada beberapa soalan kerap tentang sesebuah produk.

Saya amat berharap, buku ini mampu menjadi salah sebuah sumber bermanfaat dalam memahami konsep dan aplikasi perbankan dan kewangan Islam.

Di kesempatan ini juga saya menghukurkanj utaan penghargaan buat semua pihak yang terlibat dalam pembikinan buku ini, khususnya isteri saya Noraslina Bt Jusin dan anak-anak saya yang tidak putus memberikan sokongan moral dan fizikal buat saya.

Akhirnya, saya menadah tangan berdoa ke hadrat Allah swt agar usaha kerdil ini diterima olehNya sebagai salah satu amal soleh saya dan keluarga, serta mampu membantu penyebaran ilmu kebaikan berkenaan urusan kewangan secara Islam kepada umat. Saya juga mengakui, sehebat mana pun usaha kami untuk mengelakkan sebarang kesilapan, namun ia pasti akan wujud juga dan saya meminta keampunan kepada Allah swt atas segala kesilapan yang mungkin wujud di dalam buku ini.

Terima kasih buat penerbit yang sudi menerbitkannya walau menyedari tajuk sebegini bukanlah satu tajuk popular untuk terjual laku, berbeza dengan tajuk popular seperti novel cinta, isu cinta dan keluarga. Namun atas dasar tanggungjawab mereka menerbitkannya juga..

SILA DAPATKAN BUKU INI SEGERA, MOGA IA MEMBUKA JALAN AGAR TERGERAKNYA HATI UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DAN KELUARGA DARI URUSAN PERBANKAN HARAM.. KLIK SINI

 

Zaharuddin Abd Rahman

20 Ramadhan 2009

10 Sept 2009

www.zaharuddin.net

 


BERIKUT KANDUNGAN BUKU INI

 

Kandungan Buku

___________________________________________________________________

BAB PERTAMA : BANK  & KONTRAK DALAM MUAMALAT ISLAM

Pertama : Definisi Aqad

1)      Erti umum

2)      Erti khusus

Kedua : Rukun dan syarat bagi kontrak dalam Islam

1)      Syarat Sighah

2)      Pihak terbabit

3)      Barang atau item yang menjadi tumpuan aqad

Ketiga : Kaedah Asas Dalam Fiqh Mu'amalat

 

Keempat : Ringkasan fakta sejarah dan urusan perbankan

 

BAB KEDUA : KONTRAK PERTUKARAN BERBALAS PEMILIKAN HARTA

Pertama : Murabahah

1)    Definisi

2)    Kontrak dan aplikasi Murabahah yang asal

3)    Produk Pembiayaan Secara Murabahah

i.      Pembiayaan Murabahah antara tiga pihak (Tri-partied Murabahah)

ii.    Penerbitan sukuk Murabahah

Kedua : Bai al-inah

1)        Definisi

2)        Hukum Bai al-‘Inah

3)        Produk Pembiayaan Secara Bai al-Inah

Ketiga : Jualan Tangguh Bayaran (BBA)

1)        Definisi

2)        Hukum

3)        Nilai Masa (Time Value of Money) Dalam Jualan BBA

4)        BBA Sebagai Produk Perbankan

i.                     Produk Pembiayaan aset secara BBA

ii.                    Terbitan sukuk BBA

5)        Perkembangan Semasa Produk BBA

6)        Isu Bank Lelong Aset Tuntut Baki

Keempat: Istisna   Definisi

1)      Hukum

2)      Perbezaan Istisna, Ijarah, Jualan biasa dan As-Salam

3)      Beberapa ketetapan hukum dan syarat berkenaan Istisna

4)      Pembiayaan kewangan Islam melalui konsep Istisna  

i.                     Produk Pembiayaan : Istisna Selari (istisna  mawazi)

ii.                    Produk Pembiayaan : Istisna Selari secara al-inah

iii.                  Produk Pembiayaan : Istisna Campuran (hybrid)

iv.                  Produk Pasaran Modal : Sukuk Istisna

Kelima: Jualan as-salam

1)      Definisi  

2)      Hukum jualan As-Salam

3)      Beberapa ketetapan hukum dan syarat jual beli as-Salam

4)      Pembiayaan kewangan Islam melalui konsep as-Salam

i.                     Pembiayaan Salam secara campuran (Hybrid)

ii.                    Pembiayaan Salam bagi modal kerja (working capital)

iii.                  Pembiayaan as-Salam secara selari (parallel salam)

Keenam : Ijarah (sewaan)

1)    Definisi

2)    Jenis Ijarah

·         Ijarah ‘Ain 

·         Ijarah ‘AmaL

·         Ijarah Mawsufah Fi Az-Zimmah3)

3)  Jenis pembiayaan secara Ijarah

·         Ijarah secara operasi (Operating lease)

·         Pembiayaan secara Ijarah (Financial lease)

4) Produk Pembiayaan Secara Ijarah

         i.            Struktur pembiayaan berdasarkan Operating lease

        ii.            Struktur Ijarah dengan pembiayaan (Financing lease)

      iii.            Financial lease untuk pelanggan memperolehi aset.

      iv.            Financial lease untuk pelanggan mendapat tunai.

       v.            Sukuk Ijarah

5)    Isu dalam Ijarah jenis Financial lease

6)    Isu bank lelong aset Ijarah sambil menuntut baki

 

 

BAB  KETIGA : KONTRAK PARTISIPASI (AQAD ISHTIRAK)

 

Pertama : Mudarabah

 

1)  Definisi

2)  Hukum Mudarabah

3)  Rukun, syarat dan beberapa ketetapan hukum

4)  Mudarabah dalam produk kewangan Islam

i-                    Akaun Semasa Mudarabah

ii-                   Akaun Pelaburan Umum (Mudarabah General Investment Account - MGIA

iii-                 Pembiayaan Secara Mudarabah

iv-                 Terbitan Sukuk Mudarabah (Sukuk Mudarabah Issuance)

v-                  Produk Takaful berasaskan Mudarabah

 

Kedua : Musharakah

 

1)    Definisi

2)    Hukum

3)    Jenis Musharakah Dan Pecahannya

4)    Beberapa ketetapan hukum Musharakah

5)    Musharakah dalam produk kewangan Islam

i.          Pembiayaan pembelian rumah atau aset secara Musharakah Mutanaqisah

ii.        Pembiayaan korporat atau projek berdasarkan Musharakah Mutanaqisah

iii.      Pembiayaan melalui terbitan Sukuk Musharakah

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Buku Panduan Perbankan Islam : Kontrak & Produk