Catatan Buku Buku Baru : Isu ‘Murabahah' di Perbankan Islam

Buku Baru : Isu ‘Murabahah' di Perbankan Islam

  • PDF
(8 votes, average 4.25 out of 5)

Apa Itu ‘Murabahah' di Bank Islam?

Buku Terbaru Saya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

murabahahcoveredited.jpg

 

Segala puji bagi Allah swt, di celah kesibukan minda untuk menyiapkan tesis PhD, dan segala macam tugasan hakiki dan sementara. Dapat juga dicari waktu kosong untuk menulis buku khas berkaitan salah satu konsep jual beli yang dikira amat popular di dalam Islam, sama ada di zaman silamnya, mahupun dalam konteks moden.

Sudah  tentu, konsepnya sama tetapi kaedah pelaksanaannya kelihatan berbeza lalu mencetus pelbagai kritikan dan perdebatan. Kalau sebelum ini saya menulis buku yang ditujukan benar-benar buat orang awam iaitu buku "Wang, Islam dan Anda", kali ini buku ini saya  tingkatkan sedikit tahap  ulasan keilmuannya agar lebih sesuai buat mereka yang ingin menjadi PAKAR, memahami teori, aplikasi dan isu di sekitar produk kewangan Islam yang diperkenalkan berdasarkan konsep Murabahah ini.

Justeru itu, bagi semua pencinta ilmu kewangan Islam, Fiqh Muamalat, pelajar yang ingin mendalaminya untuk ilmu, amalan dan prospek kerjaya atau juga pensyarah fiqh muamalat dan perbankan yang seding kepeningan kepala mencari formula dan cara mudah untuk memahamkan pelajar mereka. Saya sarankan cubalah jenguk-jenguk buku ini, moga apa yang saya usahakan ini mampu memberi sesuatu yang baik buat semua.

Sebagai manusia biasa, saya dan penerbit sudah cuba meminimakan segala kesilapan namun kami amat mengalu-alukan sebarang infromasi dari pembaca jika sekiaranya dijumpai sebarang kesilapan atau kekeliruan di dalam buku ini. Harap dapat terus dipanjangkan kepada saya melalui web ini.

Inilah hasil usaha yang maha kerdil dibandingkan dengan tugas dan jasa sahabat-sahabat pejuang Islam sejak zaman silam sehinggalah ke hari ini. Walau kerdil, saya berdoa ia mampu memberatkan timbangan amal saya serta isteri dan keluarga yang terus membantu saya secara langsung, di akhirat kelak. Ameen. Juga buat raka-rakan pelawat yang tiada jemu-jemu menatapi mutiara ilmu di web dan penulisan saya.

 

 

Buku ini telah berada di pasaran. Berikut adalah indeks kandungannya :-

SILA DAPATKANNYA DI LINK BERIKUT 

Contents:

Pendahuluan
Bab 1 KONTRAK DALAM MUAMALAT ISLAM
    Bahagian Pertama: Definisi Akad Atau Kontrak
    Bahagian Kedua: Rukun Dan Syarat Kontrak Dalam Islam
    Bahagian Ketiga: Kaedah Asas Dalam Fiqh Muamalat

Bab 2 PENGENALAN MURABAHAH
    Bahagian Pertama: Jenis-jenis Jual Beli Dalam Perbankan Islam
    Bahagian Kedua: Definisi Murabahah
    Bahagian Ketiga: Dalil Hukum Murabahah
    Bahagian Keempat: Rukun Dan Syarat Murabahah
    Bahagian Kelima: Bentuk-bentuk Murabahah

APLIKASI MURABAHAH DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM
    Bahagian Pertama: Murabahah Dengan Pihak Yang Pinta Beli (Murabahah Lil Amir Bishira)
      a) Definisi
      b) Hukum
      c) Modus Operandi
      d) Isu berbangkit dalam Murabahah Lil Amir Bishira
          ISU 1 Bayaran muka (down payment), deposit atau tempahan
          ISU 2 Bank beli dengan 90 peratus harga penuh, bagaimana dengan 10 peratus dibayar oleh pelanggan?
          ISU 3 Hak manfaat (beneficial ownership)
          ISU 4 Al-Muwa'adah; bank dan pelanggan berjanji jual beli
          ISU 5 Pelanggan membeli daripada dirinya sendiri sebagai wakil bank
          ISU 6 Penetapan harga menggunakan Base Lending Rate (BLR)
          ISU 7 Penalti lewat bayaran hutang Murabahah
          ISU 8 Potongan (rebate) jika hutang diselesaikan lebih awal
          ISU 9 Penjadualan semula (rescheduling) bayaran ansuran
          ISU 10 Caj proses (processing fee) di awal permohonan
          ISU 11 Caj penalti jika diselesaikan terlalu awal (early settlement fee)
          ISU 12 Bank lepas tangan terhadap kerosakan pada aset
          ISU 13 Nilai masa (time value of money) dalam harga Murabahah
    Bahagian Kedua: Bahagian Kedua: Surat Jaminan Hutang (Letter of Credit)
      a) Definisi
      c) Modus Operandi
      d) Isu berbangkit
    Bahagian Ketiga: Pembiayaan Melalui Terbitan Sukuk Murabahah
      a) Definisi
      c) Modus Operandi
      d) Isu berbangkit
        ISU 1 Sukuk Murabahah adalah Bai Ad-Dayn
        ISU 2 Pemilikan aset
        ISU 3 Menjual aset melebihi atau kurang daripada harga pasaran
    Bahagian Keempat: Produk Komoditi Murabahah
      a) Definisi Sukuk Murabahah
      c) Modus Operandi
      d) Isu berbangkit
          ISU 1 Pemilikan komoditi yang tidak pasti
          ISU 2 Tempat serahan komoditi tidak ditentukan
          ISU 3 Harga tidak dijual dengan harga pasaran
          ISU 4 Penjual menjual aset kepada bank dalam masa bertindan
          ISU 5 Pembeli selaku wakil penjual
          ISU 6 Komoditi Murabahah dengan bank konvensional

Bab 4 PERBINCANGAN HUKUM KOMODITI MURABAHAH ANTARA BANK ISLAM DAN KONVENSIONAL
    a) Kumpulan Ulama Yang Mengharuskan
        HUJAH PERTAMA: Kepentingan umum dan khusus (Maslahat ‘Ammah dan Khassah)
        HUJAH KEDUA: Keharusan berjual beli dengan bukan Islam
        HUJAH KETIGA: Keharusan bermusharakah dengan bukan Islam
        HUJAH KEEMPAT: Sumber harta dan aktiviti pembeli atau penjual bukan tanggungjawab kita
        HUJAH KELIMA: Larangan Nabi s.a.w daripada memboikot Musyrik Mekah
        HUJAH KEENAM: Mengambil pendapat harus dan makruh dalam isu jualan anggur kepada pengilang arak
    a) Kumpulan Ulama Yang Mengharamkan
        HUJAH PERTAMA: Larangan Allah dalam membantu kemaksiatan
        HUJAH KEDUA: Larangan bersubahat dengan perkara yang diketahui haram
        HUJAH KETIGA: Mengambil hukum haram jual anggur kepada pengilang arak
        HUJAH KEEMPAT: Bercanggah dengan Maqasid As-Syariah
        HUJAH KELIMA: Haram berurusan dengan musuh yang sedang memerangi Islam
        HUJAH KEENAM: Menolak mafsadah lebih patut didahulukan daripada memperoleh manfaat

Penutup
Apendiks

 

Sekian,

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 4 Julai 2009



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 5 guests

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Buku Baru : Isu ‘Murabahah' di Perbankan Islam