Catatan Buku Buku Baru Saya : Formula Solat Sempurna

Buku Baru Saya : Formula Solat Sempurna

  • PDF
(20 votes, average 4.80 out of 5)

Buku Baru Saya : Formula Solat Sempurna

( PEMBELIAN MELALUI WEB INI SUDAH DITUTUP SEJAK 25 JUN 2008, SEBARANG PEMBELIAN PERLU DIBUAT MELALUI WWW.TELAGABIRU.NET.MY)

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Setelah berniat untuk menerbitkan buku ini sejak awal tahun 2005. Sempena menyambut Mawlidur Rasul pada tahun ini, buku ini adalah hadiah untuk umat Islam yang memahami bahasa malaysia. Amat wajar untuk kita mengingati dan kembali memahami akan ibadat yang cukup istimewa buat ummat Muhammad s.a.w iaitu solat.

Satu-satunya ibadah khusus yang diambil terus oleh Nabi s.a.w semasa isra dan mi'raj. Tiada ibadah khusus lain sepertinya.

Pada tanggal 18 Rabi'ul Awwal 1428 H bersamaan 26 Mac 2008, buku ini siap sampai di bilik stor penerbitnya (Telaga Biru Sdn Bhd) dan siap dipindahkan ke dalam kereta saya untuk mula disebarkan kepada semua rakyat melalui proses jual beli.

cover buku solat

 

Inilah satu buku untuk mengubah cara solat anda yang biasanya didasari ilmu ikut-ikut sahaja kepada ibadat atas dasar ilmu. Pahala bagi seorang yang menunaikan ibadah dengan ilmu amat berbeza dengan solat mereka yang tidak didasari ilmu.

Khalifah Umar bin Abd Aziz berkata :

من عمل في غير علم كان ما يفسد أكثر مما يصلح

Ertinya : Sesiapa yang beramal tanpa ilmu, maka kerosakan lebih banyak dihasilkan daripada kebaikan (Jami' Bayan al-‘Ilm wa fadlihi, Ibn Abd Barr, 1/27)

Malah Nabi s.a.w bersabda :-

ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فقال رسول اللَّهِ فَضْلُ الْعَالِمِ على الْعَابِدِ كَفَضْلِي على أَدْنَاكُمْ

Ertinya : Disebutkan kepada nabi terdapat dua orang lelaki, seorang darinya ahli ibadat manakala yang satu lagi ahli ilmu, lalu Nabi memberi respon, Keutamaan orang yang punyai ilmu melebihi dari orang yang beribadah (tanpa ilmu) adalah seperti keutamaanku dengan yang paling rendah dari kalangan kamu(sahabat) : ( Riwayat Tirmizi, no 2685, 5/50 ; Tirmidzi : Hadis Ghorib, Albani : Sohih)

Syeikh Al-Mubarakfuri menghuraikan bahawa ahli ibadat yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah mereka yang banyak melakukan ibadat tetapi hanya didasari ilmu yang sedikit. Beliau juga menjelaskan bahawa nabi membandingkan keutamaan dirinya dengan seorang sahabat yang paling rendah kemuliannya, itu perbandingan si alim dengan si ahli ibadat. (Tuhfatul ahwazi, 7/379)

Justeru, buku ini insyaAllah dapat membantu kita semua menunaikan ibadat dengan ilmu dan tidak lagi dengan ilmu sedikit yang dipelajari di zaman kanak-kanak dahulu.

Bagi melengkapkan ilmu ini, pendaftaran untuk kursus solat terakhir masih dibuka sehingga 28 Mac 2008.

Info Buku

Berikut adalah info buku :-

Tajuk                                        : Formula Solat Sempurna.

Pengarang                                 : Zaharuddin Abd Rahman

Halaman                                   : 174 mukasurat.

Jenis kertas dalam buku             : Glossy berkualiti tinggi berwarna dan bergambar.

Tambahan Lain                          : Beserta glossary, index dan bibliografi.

Harga Runcit yang ditetapkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd     :  RM25.90

Petikan Belakang Buku :-

"Formula Solat sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan amalan-amalan sunat dalam solat berserta rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang dikira terbaik dari hasil nukilan ijtihad para ulama hadis dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, Hinggakan mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam pengajian ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid dari Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan puncda kehilangannya dewasa ini.

Agak sukar ditemui sebuah buku yang merawat pelbagai isu solat dalam bentuk komprehensif, padat beserta dalil sebegini. Ini menjadikan buku di hadapan  anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menuruti mazhab Syafie atau lainnya."

Harga Istimewa Pembelian Melalui Pengarang

KHAS BUAT Semua peserta kursus solat pada 30 Mac 2008 ini, anda boleh membeli buku ini terhad satu naskhah seorang peserta pada harga sangat istimewa iaitu RM18.

Selain peserta kursus solat terakhir pada 30 Mac ini, anda boleh membeli secara online dari web ini, berikut adalah skim harga masih lagi istimewa bagi pembeli melalui zaharuddin.net     

Harga buku                                            : TUTUP

Harga pos setiap naskhah                        : TUTUP

                                                            : TUTUP

Lagi Diskaun Pembelian.

Bagi mereka yang ingin membeli secara banyak, berikut adalah skim tawaran saya :- 

1) Pembelian 30 hingga 99 naskhah     : RM )

                                                            : RM hah )           

 

2) Pembelian 100 naskhah ke atas       : RM 

                                                            : RM 

CARA PEMBELIAN  

Terdapat tiga cara pembelian iaitu :-

1)         MELALUI INTERNET PEMBAYARAN BANK-IN / INTERNET BANKING

No akaun :

TUTUP

 

 Selepas membuat bayaran, sila email TUTUP dengan info berikut:

  • Nama
  • Alamat E-Mail anda
  • Nombor transaksi (PENTING)
  • Alamat untuk menghantar buku anda
  • Scan bank-in slip pembayaran anda (sekiranya menggunakan bank-in)
  • Maklumat perkhidmatan online banking yang anda gunakan (sekiranya menggunakan online banking)
  • ATAU FAX KE TUTUP

2)        Di tempat-tempat tertentu saya berceramah.

3)        Di kedai-kedai yang menjual buku terbitan telaga biru sdn bhd.

4)        Di pejabat saya di Kuliyyah Ekonomi &  Sains Pengurusan, UIAM, Gombak.

 

Niat utama saya ketika menghasilkan tulisan ini sebenarnya adalah untuk memperkemaskan solat saya sendiri. Setelah kajian demi kajian dibuat, berpuluh buah kitab silam dikhatamkan untuk mendapat gambaran terbaik dari ulama fiqh dan hadis terunggul di setiap zaman, saya kira amat rugi jika ilmu sebegini hanya dinikmati oleh saya seorang sahaja. Justeru, amat elok kajian ini diterbitkan bagi manfaat lebih ramai dan merata.

Justeru, objektif penulisan ini adalah untuk mengajak umat Islam mendekati solat mereka dengan lebih terperinci agar mereka mampu menunaikan solat dengan lebih berilmu berbanding sebelum ini.

Ia juga membentangkan pandangan mazhab Syafie sebagai asas di samping mempersembahkan sebahagian dalil-dalil yang disebutkan oleh mazhab Syafie, keutamaan sentiasa diberikan kepada mazhab Syafie sebagai meraikan mazhab di negara ini.

Namun adakalanya saya memberikan sedikit input tambahan berkenaan pandangan sahabat nabi dan ulama-ulama dari mazhab lain bagi memperkukuh perbincangan. Kebiasaannya saya mengutarakannya dalam perkara-perkara sunat sahaja. Sebagai contoh, ada beberapa pergerakan yang tidak dianggap wajib atau sunat oleh mazhab Syafie tapi ia dianggap sunat oleh mazhab lain, saya bentangkan sebagai motivasi untuk kita memantapkan lagi ibadah solat. Demikian juga sebaliknya.

Terbukti dari seluruh kursus-kursus yang telah saya anjurkan, ramai orang di Malaysia dan Brunei mengganggap solat mereka telah sempurna serta berpaksi kepada mazhab Syafie, namun rupanya mereka tidak pun menunaikan ibadah solat seperti yang tercatat di dalam kitab mazhab Syafie yang muktamad. Namun demikian, ia bukanlah satu isu yang besar kerana kebanyakkannya hanya melibatkan hal-hal sunat atau tidak sunat pun, ia sememangnya tidak menjejaskan solat, cuma objektif dari buku ini adalah untuk memperkemas dan mempercantikkan solat kita

Hadiah Buat Orang Dewasa 

Agak ramai individu menyangka buku sebegini adalah untuk kanak-kanak sahaja. Padahal si ibu dan ayah sendiri pun solat masih tunggang langgang. Lebih malang tiada siapa yang ingin membantu sang ibu dan ayah. Kem solat dan buku solat kanak-kanak memang banyak, bagaimana pula untuk si ayah dan ibu?

Inilah dia satu buku rahsia solat sempurna sesuai untuk pembacaan dewasa bagi menyemak  tatacara solat mereka. Buku ini tidak menyalahkan mana-mana fatwa dan mazhab. Saya hanya mencadangkan dalam buku ini seperti berikut :-

"bagaimana jika buat begini berdasarkan dalil ini dan tafsiran ulama berikut", mungkin dengan niat ikhlas kita, akan dapat pahala sunatnya itu, tetapi jika tak buat pun, tiada masalah besar".

Saya sama sekali tidak mendabik dada mengatakan saya mengetahui yang terbaik serta menafikan ilmu para ustaz dan ilmuan Shariah yang lain, ia hanyalah usaha kerdil saya setelah menelaah beberapa puluh kitab ulama silam dan moden bagi memperolehi ilmu yang ingin disampaikan dalam bentuk yang termudah.

Bagi saya, jumlah buku rujukan utama sebanyak itu sudah mencukupi. Kuantiti buku tidaklah begitu penting, kualiti setiap kitab yang dirujuk adalah lebih penting. Justeru saya terpaksa memilih beberapa buah kitab Fiqh silam dan kontemporari yang dikira berkualiti tinggi untuk digali ilmunya dan dikongsi bersama.

Saya tidak mampu untuk mengkaji semua kitab yang ada di pasaran dan ilmu kita memang sedikit dan saling memerlukan, namun jangan dijadikan alasan belum khatam 1000 kitab lalu kita tidak boleh untuk memberikan sesuatu kefahaman. Jika anda mampu menghasilkan sebuah lagi buku dalam bab solat sebegini untuk membantu orang ramai, saya amat mengalu-alukan dan menyokong usaha anda.

Semoga ia tergolong dari kalangan amal-amal saya yang soleh serta diterima oleh Allah swt. Didoakan juga pembacaan anda memberikan manfaat yang terbaik buat dunia dan akhirat anda sekalian. Ameen.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

26 Mac 2008

 


Kandungan buku

Bahagian Pertama : Pendahuluan

  • 1) Latar Belakang Penulisan
  • 2) Manhaj Penulisan
  • 3) Persoalan taqlid mazhab dan campur mazhab

Bahagian Kedua : Maklumat Asas Berkaitan Solat

  • 1) Tempat-tempat tidak digalakkan solat padanya
  • 2) Syarat sah solat
  • 3) Rukun- rukun solat
  • 4) Perkara yang membatalkan Solat


 

Bahagian Ketiga : Tatacara Solat Dari Takbir Ke Salam

1) Berwudhu

2) Menghadap qiblat

  • a. Dalil
  • b. Kiblat ketika musafir
  • c. Musafir tidak mengetahui qiblat
  • d. Tersilap ijtihad dalam menentukan qiblat bagi musafir
  • e. Ahli rombongan punyai kiblat berbeza

3) Meletakkan Penghadang di hadapan ketika solat

  • a. Hikmah dan falsafah
  • b. Dalil
  • c. Kesimpulan

4) Berdiri Tegak

  • a. Falsafah berdiri tegak
  • b. Dalil
  • c. Jarak di antara dua kaki ketika berdiri.
  • d. Kesimpulan

5) Niat

  • a. Falsafah Niat
  • b. Dalil
  • c. Waktu berniat
  • d. Kandungan asas niat
  • e. Perbincangan niat secara berlafaz

6) TakbiratulIhram                                                                                                           

  • a. Falsafah takbiratul Ihram
  • b. Dalil
  • c. Arah pandangan mata ketika solat
  • d. Memejamkan mata ketika solat
  • e. Mengangkat tangan semasa takbiratul ihram
  • f.  Keadaan tangan dan jari ketika takbiratul ihram
  • g. Lafaz takbir : cara betul & salah

7)       Tangan Bersedekap Ketika Berdiri

  • a. Dalil serta perbezaan ijtihad tentangnya
  • b. Kesimpulan hukum yang dipilih.

8) Membaca Doa Iftitah

9) Membaca Surah Al-fatihah

  • a. Dalil
  • b. Membaca isti'azah
  • c. Membaca Basmalah : Kuat atau Perlahan
  • d. Bacaan Al-Fatihah di belakang imam
  • e. Kesalahan di dalam bacaan al-Fatihah
  • f.  Menyebut 'Amin' di akhir al-Fatihah
  • g. Saktah sebelum dan selepas Al-Fatihah

10) Membaca Surah Pendek

  • a. Bagi Imam
  • b. Bagi solat sendirian
  • c. Jenis surah
  • d. Kaedah dan cara bacaan
  • e. Mestikah membaca mengikut tertib?
  • f.  Bacaan surah di rak'at ketiga dan keempat

11) Ruku' dan Bacaannya

  • a. Dalil Ruku'
  • b. Bacaan semasa ruku'
  • c. Megangkat tangan sebelum dan selepas ruku'
  • d. Tomakninah ketika ruku'
  • e. Jari ketika ruku'
  • f.  Keadaan belakang dan kepala
  • g. Kedudukan lengan
  • h. Doa dan bacaan Al-Quran ketika ruku'

12)   I'tidal dan Bacaannya                   

  • a. Dalil
  • b. Bacaan semasa berdiri
  • c. Bacaan tambahan terbaik

13)   Sujud

  • a. Lutut atau tangan mencecah bumi dahulu

        i. Tangan dahulu

        ii. Lutut dahulu

  • b. Tujuh anggota sujud dan kedudukan jari kaki
  • c. Hidung anggota sujud ?
  • d. Keadaan dahi semasa sujud
  • e. Kedudukan tangan ketika sujud

     i. Merenggangkan lengan dari tubuh

     ii. Mengangkat siku

     iii. Merapatkan jari-jari

     iv. Ijtihad Imam Syafie berkenaan cara sujud wanita 

  • f. Meletakkan wajah di antara kedua tangan
  • g. Bacaan ketika sujud
  • h. Kelebihan doa semasa sujud & bolehkah doa perihal dunia?
  • i. Wanita tidak merengangkan tangan?
  • j. Faedah kesihatan semasa sujud

14) Duduk antara dua sujud

  • a. Cara duduk Iftirash
  • b. Kedudukan tangan                                                                                          
  • c. Cara duduk yang ditegah 
  • d. Bacaan ketika duduk
  • e. Cara dan bacaan ketika bangun.
  • f.  Duduk istirehat sebentar sebelum bangun.

15) Sujud Kedua

16) Duduk Tasyahhud / Tahiyyat Awal

  • a. Hukum tasyahhud awal
  • b. Kedudukan kaki
  • c. Bacaan tasyahhud awal
  • d. Masalah angkat dan goyangkan jari.

       i.  Isyarat jari

       ii.  Hikmah dan sebab menaikkan jari telunjuk

       iii. Boleh diangkat dua jari?

       iv. Perlukah digoyangkan jari?

        v.  Waktu jari diangkat

       vi. Jari dibengkokkan sedikit

  • e.  Melihat jari telunjuk ketika tasyahhud
  • f.  Mengangkat tangan ketika berdiri.

17) Tasyahhud Akhir

  • a. Hukum tasyahhud akhir
  • b. Cara duduk tasyahhud
  • c. Bacaan ketika tasyahhud
  • d. Hukum selawat atas nabi ketika tasyahhud
  • e. Doa tambahan terbaik selepas tasyyahud
  • f.  Lafaz "sayyidina" semasa selawat

18 ) Salam

  • a.     Hukum salam
  • b.     Pergerakan kepala ketika salam dan bacaannya.                                 

19)     Menyapu Dahi Dan Hidung Ketika Solat Dan Sesudahnya                        

  • a. Hadis berkaitan
  • b. Sapu muka sebelum tamat solat
  • c. Kesimpulan

20)     Mengangkat Tangan  Dan Membaca Doa Selepas Solat.                              

21)     Bersalaman Secara Berjemaah Selepas Solat                                                    

Bahagian Keempat : Zikir & Doa Nabawi                     

  • 1) Bacaan ketika waswas
  • 2) Zikir menggunakan jari jemari
  • 3) Wirid Selepas Semua Solat Fardhu
  • 4) Zikir Subuh & Maghrib


Bahagian Kelima : Khusyuk Dalam Solat

Hakikat Khusyuk

Fadhilat Khusyuk

Tuntutan Khusyuk Dalam Solat

Kaedah Mendapatkan Khusyuk

Faktor Utama Gagal Perolehi Khusyuk

Usaha Tambahan Bagi Mendapatkan Khusyuk 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 18 guests

Komen Terbaru

You are here: Catatan Buku Buku Baru Saya : Formula Solat Sempurna