Aqidah & Kepercayaan Benang Hitam Di Tangan Bayi

Benang Hitam Di Tangan Bayi

  • PDF
(16 votes, average 4.56 out of 5)

HUKUM BENANG HITAM DI TANGAN BAYI

Soalan
MENJADI kebiasaan atau kelaziman di kampung saya, apabila terdapat kanak-­kanak menghadapi masalah kesihatan khususnya yang kerap menangis lebih daripada biasa, dibawa kepada perawat, lalu tangannya diikat dengan benang hitam atau benang berwarna lain, dengan pelbagai warna sebagai ikhtiar untuk perlindungan daripada pelbagai gangguan. Apakah rawatan dan amalan seperti ini diharuskan oleh syarak?

SHAMSIAH ABU BAKAR
Jerantut


Jawapan OLEH DATO' DR HARON DIN


Saya sendiri pernah melihat perbuatan seperti itu dan sudah banyak kali kanak-kanak yang pada tangannya dipakaikan benang dibawa kepada saya untuk dirawat, Saya dengan bahasa yang penuh diplomasi meminta supaya benang hitam atau sebagainya termasuk tangkal, hendaklah dibuang dahulu sebelum saya mengikhtiarkan rawatan.

Amalan dan kelaziman yang disebut dalam soalan tadi, sebenarnya berten­tangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis yang memberi penjelasan, antaranya hadis yang bermaksud: "Uqbah Ibnu ‘Amir berkata, ‘Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, barang siapa yang meng­gantung tangkal (Damimah) maka Allah SWT tidak akan menyempurnakan hajat­nya dan barang siapa yang menggantung objek seperti kulit siput (Wada'ah), maka Allah tidak akan menenteramkannya.'"

Jelas daripada hadis ini Nabi s.a.w. melarang sebarang penggunaan tangkal. Tangkal dirujuk kepada benang, tali atau apa sahaja yang dipakai pada badan, untuk tujuan mendapat faedah yang diharamkan kepada orang yang memakainya.

Dalam hadis lain (mahfumnya ): Rasulullah s.a.w. telah lihat ada satu lilitan seperti gelang (halaqah) yang dipakai di tangan seorang lelaki, lalu baginda bertanya lelaki itu, ‘Apakah yang kamu pakai ini? "Lelaki itu menjawab, "Aku jadikannya sebagai pendinding atau pengadang diriku daripada sebarang kelemahan."

"Lalu baginda bersabda kepadanya, ‘Sesungguhnya benda-benda seperti ini, tidak akan menambahkan kepada mu melainkan kelemahan jua, buanglah ia kerana sesungguhnya, sekiranya kamu mati dalam keadaan memakai benda seperti ini, kamu akan diserahkan kepada benda itu." (Hadis riwayat ‘Imran bin Hussain dan Imam Ahmad Ibni Hambal).
Dalam hadis lain (mafhumnya): "Dan Abu Bashir al-Ansari meriwayatkan, pada suatu ketika beliau telah bersama dengan Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan dengan menunggang unta, maka baginda melihat ada unta-unta yang dipakaikan tangkal kepada unta tersebut.

"Lalu baginda memerintahkan kepada kami, agar apa sahaja rantai, kalungan (qilaadah) yang terdapat pada mana-mana unta hendaklah dipotong dan dibuang." (Hadis riwayat aI-Bukhari dan Muslim).

Sebab utama mengapa Nabi s.a.w. memerintah dilakukan demikian, sebab utamanya seperti yang disebut oleh Imam Ibnu Jauzi iaitu, orang-orang Arab mem­percayai bahawa dengan memakai tangkal pada unta, akan selamat daripada gangguan. Kepercayaan sedemikian boleh membawa kepada syirik, samalah dengan persoalan yang dikemukakan tadi.


Ingatlah bahawa dengan mengikat benang hitam pada lengan kanak-kanak, atau membuat tangkal dengan simpulan benang pelbagai warna dipakai di leher atau di pinggang kanak-kanak atau orang tua­-tua, atas kepercayaan ia boleh memberi manfaat kepada manusia, kesemuanya dilarang.

Terdapat dalam hadis lain Nabi saw. menyebut (mafhumnya): "Sesiapa yang mengikat simpulan benang lalu meniup kepada benang itu dan dipakai, maka dia telah syirik kepada Allah SWT."

Oleh yang demikian maka eloklah dihentikan amalan-amalan seperti itu.

Waalahu a'lam.

(Petikan dari Harakah Bil.1335)

Komentar Saya :

Perkara karut dan syirik seperti ini sememangnya amat banyak dalam masyarakat. bagi saya, ia adalah salah satu punca kerapuhan iman umat Islam yang akhirnya dengan mudah tertarik kepada harta haram dan seks bebas.

Media tidak terkecuali mempelopori kesyirikan dan kekarutan ini melalui cerita yang ditayangkan. Selain itu, apabila ada sahaja kisah orang meninggal, maka media akan temuramah si ibu bapa atau keluarga berkenaan perkara pelik yang dilakukan oleh si mati sebelum menemui ajal, alalu didedahkanlah konnnya si mati sebelum itu muram,   ada juga yang kata, dia tak pernah mandi awal, tiba-tiba pagi semalam mandi awal, rupanya tanda nak mati dan lain-lain. INI SEMUA KHURAFAT KARUT SERTA BOLEH MEMBAWA SYIRIK.!

Baca juga bentuk-bentuk kepercayaan karut dan syirik seperti rama-rama masuk rumah, tangan gatal tanda dapat duit, sebelah mata bergerak tanda nak mati dalam tempoh tertentu, cawan pecah tanda perkara buruk akan berlaku dan banyak lagi.

Sila baca sebahagiannya di sini. Masalah Kepercayaan Umat Islam

ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

www.zaharuddin.net

INFO HUKUM 

taip UZAR TANYA diikuti soalan anda, sms ke 33221 untuk bantuan sms kaunseling ringkas dan hukum. caj 50 sen dikenakan bagi setiap balasan SMS. Penghantaran sms hanya dikenakan caj oleh syarikat telefon dengan kadadr biasa sms iaitu 15 sen.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 5 guests

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Benang Hitam Di Tangan Bayi