Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Menjelaskan Poligami Syar’ie (Sinar Harian)
  • PDF
(1 vote, average 5.00 out of 5)

 

Dr. Zaharuddin Menjelaskan Poligami Syar’ie

Berikut adalah liputan dan berita yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian beberapa bulan yang lalu.

poli2

SHAH ALAM – Selepas pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI bernikah kali ketiga pada Mei lalu, seorang lagi pendakwah yang cukup dikenali, Dr. Zaharuddin Abdul Rahman juga bernikah kali kedua, baru-baru ini.

 

Dr Zaharuddin, dikenali sebagai salah seorang tokoh ilmuwan Islam dan aktif berkongsi informasi berkait hukum hakam Islam dan motivasi kerohanian melalui laman web beliau www.zaharuddin.net dan facebook beliau zaharuddin.net yang digemari oleh sekitar 416,000 orang. Beliau juga adalah Presiden kepada NGO MURSHID.

 

Difahamkan perkahwinan kali kedua itu berlangsung beberapa bulan yang lalu, sehubungan itu, bekas Mufti Perlis, Dato’ Dr Asri Zainul Abidin dilihat antara yang terawal mengucapkan tahniah di atas perkahwinan tersebut dalam laman sosial Facebook dan Twitter miliknya.

 

Bagaimanapun, pernikahan kedua-dua pendakwah ini yang tersebar melalui internet dan laman sosial, pada awalnya mendapat reaksi pelbagai pihak, ada yang bersetuju dengan mendoakan kebahagian mereka dan ada pula yang kelihatan berpersepsi negatif terhadap tindakan poligami mereka.

 

Selepas berita pernikahan tersebut tersebar, Dr. Zaharuddin tampil membuat catatan ringkas berkenaan tatacara poligami yang beliau lalui, yang mana boleh dijadikan panduan dan senarai semak bagi sesiapa jua yang ingin mengharungi dunia perkahwinan yang sama. Berikut adalah antara inti kandungan tulisannya yang sangat baik untuk diambil perhatian oleh sama ada lelaki atau wanita bujang atau telah berkahwin.

 

Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri Nabi SAW) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah SAW. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda.

Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya (Sahih Muslim).

 

Justeru,

1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.

2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah SWT. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, setiap seseorang tidak boleh merampas hak dan rezeki ketentuan ilahi khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.

3. Perkahwinan ini (jika yang kedua) hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak.

4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab ingin berpoligami, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Di ketika rumahtangga orang lain terbina dengan doa ramai, jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.

5. Walau atas apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.

 

Selain itu Dr. Zaharuddin turut memberikan beberapa langkah patut jika seseorang ingin berpoligami.

a. Istikharah dan doa istikharah di mana-mana tempat yang punyai kelebihan kemaqbulan doa seperti Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan selepas istikharah dan doa yang tulus pasti bukan hanya dari terbina dari logik dan rasional aqal semata-mata tetapi juga melalui petunjuk dan kemudahan dari Ilahi.

b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua yang terlibat.

c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.

d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.

e. Memaklumkan kepada mertua sedia ada dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.

f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak  akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.

g. Mengharmonikan hubungan bakal isteri kedua dan isteri pertama melalui pertemuan bersama dan perbincangan hati ke hati.

h. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan Dr. Zaharuddin telah diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Nasihat beliau juga agar menjadikan pernikahan di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.

i. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini akan dibentang, ditimbang dan diluluskan oleh mahkamah.

j. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.

k. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi

l. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.

m. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.

 

‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.

 

Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan maha agungnya sifar sabar baginda Nabi dan isteri-isterinya. Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.

 

Bantulah sesiapa jua yang berpoligami khususnya yang telah jelas kelihatan tanda-tanda kemampuan ilmu, fizikal dan kewangan mereka dengan mendoakan, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteri yang terlibat.

 

Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.

 

Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri mereka yang terlibat bagi menyampaikan rasa tidak puas hati kalian atau cuba menyampaikan sangsi, ‘racun amarah masing-masing’ dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, si suami pula pasti bertanggungjawab atas keluarga mereka yang terlibat. Insha Allah.

 

Bagi yang bujang, tidak perlu resah, tidak habis wanita solehah di luar sana rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.

 

Di akhirnya Dr. Zaharuddin menyebut “Akhir sekali, tidak perlu cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana bahagia kalian bukan terletak pada urusan kami atau kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan perkara dosa.”



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Menjelaskan Poligami Syar’ie (Sinar Harian)