Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Garis Panduan Perniagaan MLM yang HALAL
  • PDF
(6 votes, average 4.00 out of 5)

 

Garis Panduan Perniagaan MLM yang HALAL

Oleh

Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

MLM_new

Saya telah menulis tulisan awalan berkenaan Multi Level Marketng pada bulan Januari 2007 dan menerima pelbagai respon positif dan negatif. Tidak kurang kurang muncul pelbagai tokoh-tokoh ilmuan lain turut serta menulis, mengemukakan pandangan masing-masing. Pun begitu, tiada satu panduan yang jelas mewakili Badan Agama yang berautoriti di tanahair. Khususnya apabila fatwa pada tahun 2006 mengharuskan MLM tanpa sebarang garis panduan yang jelas lagi terperinci.

Sejak dari itu, bertambah lagi perbincangan sehingga lahir pula beberapa syarikat MLM yang melantik penasihat Shariah bagi produk dan plan pemasaran mereka. Ini tidak syak lagi suatu perkembangan yang baik.

Saya sendiri telah dihampiri oleh sebuah syarikat tempatan untuk membantu merealisasikan sebuah syarikat multi level yang mematuhi undang-undang Islam. Alhamdulillah, niat baik syarikat tersebut berjaya dengan tertubuhnya sebuah syarikat MLM patuh Shariah.

Pun begitu, pemilik syarikat MLM yang lain, yang rata-ratanya digerakkan oleh peserta beragama Islam, masih tidak begitu mengendahkan persoalan hukum dan kritikan serta desakan orang ramai.

Tahun 2011, sejurus pulang dari United Kingdom, wakil JAKIM hadir beberapa kali bertemu saya untuk membincangkan penerbitan garis panduan MLM yang patuh Shariah yang lebih komprehensif. Akhirnya, terbitlah panduan ini.

 

MLM_syariah_150x150_p1

GARIS PANDUAN JAKIM & MAJLIS FATWA (DIPETIK DARI JAKIM)

Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara Pemasaran  Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah disediakan bagi tujuan memberi panduan  kepada syarikat jualan langsung yang menjalankan perniagaan berteraskan pelan  pemasaran berbilang tingkat (MLM), peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau  ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam  perniagaan ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung selaras  dengan prinsip-prinsip syariah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan  Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari  2006 telah memutuskan bahawa:

"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan  multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah  dengan konsep perniagaan Islam".

Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi  merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut  terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti  yang berikut:

  • Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman

             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  • En. Mohd. Talal bin Abu Bakar

             Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

  • Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali

             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  • Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin

             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

  • Ustaz Zaharudin bin Muhammad

             Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful

 

Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan  dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26  Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal  Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011  telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung  Secara  Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.

 

Download Garis Panduan MLM Patuh Shariah di link di  :- GARIS PANDUAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM) PATUH SYARIAH

 

Sekian

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

19 Sept 2011



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #33 Sudah jelas semua4g 2012-05-15 08:56
infinity downline sudah diulas oleh UZAR. boleh cari di web ini.
Quote
0 #32 inginkan kepastian...pemuda ingin tahu 2012-05-11 23:41
salam UZAR..saya ada sedikit kemusykilan..adakan Bisnes Infinity Downline(ID) halal disisi syara'..bisnes ini terkenal dengan "hanya dengan online facebook,anda boleh menjana pendapatan yang lumayan"....mohon respon ustaz...

Jazakumullahu khairan kathira...
Quote
0 #31 ragu-raguIna 2012-03-25 10:45
Assalamualaikum ustaz...Sya ada keraguan tentang klik says.my...Adakah duit yang dikumpulkan itu haram atu halal?
Quote
0 #30 Uptrend2u / I - Achiever?muhammad 2012-03-06 20:38
assalamualaikum ustaz, sy mempunyai keraguan ttg program uptrend2u.. ramai diklgn ustz2x yg join program ni, ada dikalangannya mrk2x yg sy hormati dlm bidg ilmunya...ada benar Jakim mengesahkan uptrend2u tu satu bisnes patuh syariah?
Quote
0 #29 halal ke haramcik eecah 2012-03-02 15:50
assaamualaikum ustaz, nk taanyalah bisness kkat web www.1whp tu haram ke halal?...kelirulah ustaz
Quote
0 #28 testingRezki Halal Bijak 2012-02-29 18:03
testing dulu takut x publish :)
Quote
0 #27 UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKATRaimi 2012-02-27 09:51
Assalamualaikum Ustaz,

Bole ustaz jelaskan ttg maksud yg lebih jelas ttg garis panduan spt peraturan larangan seperti d bawah..?

Terima kasih

( Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya ).
Quote
0 #26 MrsRosZenik 2012-02-04 19:29
Bukan nak kata sapa-sapa tapi kebanyakan trend Business MLM sekarang ini, secara online atau offline, terlibat secara langsung dengan perkara2 di bawah butiran 1(c) dan 4(b), Unsur-Unsur Yang Di Larang Di Dalam Perniagaan Jualan Langsung Berbilang Tingkat, kepada Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Berbilang Tingkat Menurut Syariah.
Quote
+1 #25 HEBAT!Fadzrul Hakim Maula 2012-02-03 21:13
:lol: Ustad zaharuddin..saya tunggu kedatangan ustad tentang 'rahsie disebalik MLM' 8hb ni... insyaALLAH...
^_^
Quote
0 #24 Kepatuhan Syariahhatishah ismail 2012-01-14 19:13
Alhamdullilah, saya amt berminat dgn topik kepatuhan syariah ini. Saya bersyukur kerana bisnes yg saya ceburi dibawah syariah compliance dan saya d landasan yg betul. Ini amat penting utk kita menjalani kehidupan harian kerana ia melibatkan soal riba, halal dan haram. sbgai umat islam marilah kta sama2 menegak perkara2 yg benar dan buang jauh2 yg tidak baik. amin
Quote
+1 #23 bukan hukum.. tap kenyataannya.. anda kena tipufuad 2011-12-21 11:43
Quoting Mustafa Bakri:
Assalamualaikum Ustaz

Apakah hukumnya beli Dinar Iraq ketika nilainya jatuh seperti sekarang ini dan jual kembeli ketika nilainya naik, Iaitu semasa ekonomi Iraq sudah pulih pada suatu hari nanti.

anda sebenarnya kena tipu.. sbb dinar iraq nanti dorang bakar je yg lama dan buat dinar baru.. duit lama akan dimansuhkan terus penggunaannya.. macam duit saddam.. mana ada dah sekarang... dah ramai dah yg terkena.. sbb nak untung dlm masa sekejap.. kan dah dekat dengan buat untung duit dengan duit tu.. riba kan?
Quote
0 #22 hai-o ok x ?? patuh syariah?nur 2011-11-21 16:58
assalam ustaz...hai-o company termasuk dlm syarikat yang patuh syariah x? sah ke? coz hai-o ni popular dan dh lama di malaysia....19thn dah.....
Quote
0 #21 ads4buckszol 2011-11-16 00:36
salam...nk tnya..yg ads4bucks tu mlm gak ke..??...cube terangkan lebih detail..plz...or emel me..urgent..!!
Quote
+1 #20 Mari kita semak sama-samafauzi 2011-11-08 11:38
Mari sama-sama kita buat sedikit kajian tentang MLM yang kita rasa ragui. Panduan dari JAKIM sudah ada. Yang perlu sekarang kita cuba fahamkan garispanduan itu, kemudian bandingkan dengan MLM yang kita mahu. Boleh download percuma garis panduan tu.

Memang makan masa, tapi kalau nak ilmu kita kena usaha lebih dan cuba baca sendiri.
Jika taidak fajam lepas baca, boleh tanya pada sesiapa yang dirakan boleh menjelaskan.
Tapi, cuba kita usaha bandingkan sendiri dahulu.
Susah juga kalau semua UZAR nak suapkan pada kita..

Tapi secara amnya, untuk dapat status patuh syariah, antaranya MLM tu mesti ada panel syariah yang dilantik oleh syarikat (seperti disebut dalam garis panduan JAKIM). Boleh bilang dengan jari MLM yang ada penasihat syariah. PEnasihat syariah juga mesti orang yang ahli dalam bidang muamalat.
Quote
+7 #19 herbalifeNita 2011-10-17 21:29
Assalamualaikum ustaz,
saya ingin bertanyakan mengenai herbalife, sama ada sistem MLM mematuhi syariah.Sijil halal produk ini adalah drpd Halal Food Councial of Europe. Mohon penjelasan ustaz. Terima kasih
Quote
+1 #18 alhamdulillahyan 2011-10-17 12:32
dah keluar dah pun yang semua orang tunggu2... baca dengan jelas ape yang diperkatakan di dalam garis panduan tersebut..
Quote
+2 #17 MLM MONAVIE...terkini!zinnirah 2011-10-16 15:05
assalamualaikum wth

ustaz, skrg tgh hot dgn MLM Monavie, dpd penerangan yg sy dpt dr salah seorg agen MLM monavie ini spt ianya sistem piramid. wbagaimana pun, sy berminat dgn product monavie iaitu jus acai berry nya yg dikatan bagus utk kesihatan.

dpd penerangan agen tsebut, jika sy beli dan terus register (supaya blh dpt harga distributor) wpun saya hanya nak guna produk, dia akan masukkan downline yg dia dapat, dibawah sy supaya sy dpt menikmati hasil PV apabila downline tersebut menjalankan aktiviti mengembangkan downline beliau.

bagaimana ya ustaz, sy nak beli produk tu tak kira salah kan, sbb menurut testimoni bagus utk gout, saya nak beli utk suami yg menghidapai gout teruk.
Quote
+1 #16 syarikat zhulianzul azmi hasibuan bi 2011-10-09 18:50
assalamualaikum ustaz. saya nak tanya ustaz. Adakah syarikat zhulian dikirasebagai salah satu syarikat MLM halal di malaysia. Setahu saya syarikat ini telah di senarai di bursa malaysia papan utama kaunter syariah. dan tabung hai adalah pemegang saham ketiga terbesar
Quote
+15 #15 Syarikat MLM Patuh Syariah di Malaysia yg sy tahu...Muhammad 2011-10-07 23:27
1.Stormreaders
2.HPA
3.Kenshido (Score A)
Quote
+4 #14 Soalan Dinar IraqMustafa Bakri 2011-10-05 16:34
Assalamualaikum Ustaz

Apakah hukumnya beli Dinar Iraq ketika nilainya jatuh seperti sekarang ini dan jual kembeli ketika nilainya naik, Iaitu ketika ekonomi Iraq pulih pada suatu hari nanti.
Quote
0 #13 Soalan Dinar IraqMustafa Bakri 2011-10-05 16:31
Assalamualaikum Ustaz

Apakah hukumnya beli Dinar Iraq ketika nilainya jatuh seperti sekarang ini dan jual kembeli ketika nilainya naik, Iaitu semasa ekonomi Iraq sudah pulih pada suatu hari nanti.
Quote
0 #12 Alhamdulillah,s udah ada garis panduanShardi 2011-10-05 12:01
Salam ustaz..selepas membaca garisan panduan tersebut boleh kah saya membuat kesimpulan bahawa overriding comision adalah halal? saya merujuk pada Public Mutual dan juga Produk takaful... :D
Quote
+1 #11 Tahniahmahyuddin 2011-10-03 13:58
Alhamdulillah kerana panduan yang ditunggu-tunggu sudah tiba. :lol:
Quote
+2 #10 minta penjelasanhamba 2011-09-29 11:11
salam..minta ustaz jelaskan tentang undang2 islam, khususnya hukum hudud yang menjadi kekeliruan di ahkbar perdana malaysia.utusan, berita harian,the star,nst,sinar harian.apakah hukum sekiranya seorang berkata hudud tidak sesuai di malaysia kerana masyarakat majmuk dan berbilang kaum.?sekitanya seseorang berkata saya tidak bercadang melaksanakan hukum dudud.
Quote
0 #9 Tahniah dah ada panduanHanafi Wawi 2011-09-22 08:32
Salam ustaz, saya bersyukur dan berterima kasih kepada ustaz dan pihak JAKIM telah keluarkan garis panduan yang selama ini ditunggu-tunggu bagi saya untuk menilai syarikat MLM yang mematuhi garis panduan untuk disertai dan barulah saya merasakan berpuashati jika saya berasa di landasan yang betul dalam perniagaan.
Quote
+1 #8 inquiryRuqayah 2011-09-22 01:18
Salam Ustz Dr.Hj,

saya memerlukan pendapat ustaz, bolehkah kita menikmati sesuatu perkhidmatan yang menawarkan faedah insurans konvesional dengan syarat kita menggunakan perkhidmatan tersebut melebihi had yang ditetapkan?.jazakallah
Quote
-1 #7 mlm yang menurut syar'ibunda 2011-09-21 22:04
salam ustaz,
apakah perniagaan kosmetik Oriflame secara MLM termasuk sebagai perniagaan MLM yang memenuhi syar'i?
terimakasih panduan dan jawaban ustaz
Quote
+1 #6 apakah nama syarikat multilevel yg 'menghampiri' ustaz tusyed mohd azli 2011-09-21 20:43
salam...terima kasih atas artikel yg cukup baik ini....1. saya nk bertanya boleh tak ustaz senaraikan MLM yg patuh syariah yg ada di Malaysia pada hari ini....2. apakah nama MLM YG MENGHAMPIRI ustaz?apakah status kehalalannya?
Quote
-1 #5 bersetuju dengan garis panduannur fauzi 2011-09-21 09:59
Alhamdulillah, tah niah kepada pihak JAKIM dan ustaz atas usaha ini.

Setelah membaca garis panduan tersebut, pada pendapat saya kebanyakan MLM yang beroperasi di Malaysia melakukan perkara yang dilarang dalam garis panduan tersebut. Ini termasuklah kebanyakan syarikat MLM yang besar dan sudah dikenali oleh masyarakat di Malaysia.
Quote
+4 #4 Sijil pengiktirafanIfah 2011-09-20 16:50
Salam Ustaz, selepas wujudnya garis panduan ini, saya berharap agar pihak JAKIM juga dapat mengeluarkan satu sijil pengiktirafan patuh syariah (seperti sijil pengiktirafan halal) kepada syarikat2 yang mengamalkan MLM di Malaysia. Ini bertujuan untuk mengelakkan orang ramai dari terjebak dengan syarikat MLM yang tidak patuh syariah.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 107 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Garis Panduan Perniagaan MLM yang HALAL