Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Dialog SPR dan BERSIH : Komen Spontan & Ringkas
  • PDF
(8 votes, average 4.50 out of 5)

 

Dialog SPR dan BERSIH : Komen Spontan & Ringkas

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 9julai

Terima kasih diucapkan kepada Karangkraf Sdn Bhd atas inisiatif cemerlang mereka untuk menjemput Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan juga Datuk Ambiga, Pengerusi BERSIH untuk berada dan berdialog di atas satu pentas.

Saya mengkagumi kesediaan wakil SPR yang sudi menerima dan hadir bagi menjelaskan letak duduk beberapa perkara yang penting berkenaan SPR. Kehadiran itu amat wajar dihargai, kerana kerap kita jumpai, individu berpangkat besar dan pihak berwajib enggan menerima jemputan dialog terbuka dari orang ramai atau NGO kerana menganggap jemputan seperti itu remeh, manakala sebahagian lain merasakannya hanya ‘membahayakan’ kredibilitinya.

SEDAR TAPI TERLUPA

Walaupun saya sedar debat atau dialog itu akan diadakan sebelum ini lagi, namun saya sebenarnya tidak teringat bila waktunya, mujurlah saya terdetik untuk membuka mobtv petang tadi, lalu rupanya dialog sedang berlangsung secara langsung. Pun begitu saya sudah terlepas agak banyak penejelasan, namun saya sempat mendengar sebahagian pentingnya. Dan kini semua pembaca boleh menontonnya semula di link berikut

Diikuti oleh Timbalan Pengerusi SPR dan Datuk Ambiga dan kemudian beberapa soalan dan jawapan sebelum tiba-tiba internet terputus dan kemudian rancangan live terbabit sudah tidak boleh diakses.

Walau hanya sempat menonton dalam beberapa puluh minit, Alhamdulillah saya sempat mendengar penjelasan penting oleh Datuk Wan Ahmad Omar.

Ringkasan dari apa yang saya sedar dan faham adalah ( semua ini boleh dirujuk kemabli di siaran rakaman di youtube):-


  • SPR tidak punyai banyak kuasa untuk meminda sewenang-wenangnya apa-apa undang-undang berkaitan pilihanraya. Walau sehebat manapun SPR berusaha , ia masih terikat untuk memanjangkan sebarang cadangan kepada Attorney General (AG) Malaysia. Kemudian beliau berkata, terpulang kepada AG untuk menggubalnya sebagai pindaan atau tambahan kepada undang-undang sedia ada, yang mana jika AG bersetuju, pindaan perlu pula dibawa ke parlimen untuk dibahas dan seterusnya diluluskan. Jika AG tidak bersetuju, bermakna semua cadangan itu walau sebaik manapun akan tersekat separuh jalan.
  • SPR juga bergantung sepenuhnya kepada Jabatan Pendafataran Negara Malaysia bagi memastikan nama-nama pemilih adalah benar wujud masih hidup atau telah meninggal dunia. Justeru, beliau menegaskan, kebergantungan itu adalah penting sebagai rekod yang sah, kerana memberikan SPR kuasa tersendiri untuk memadam mana-mana nama dalam senarai pemilih adalah lebih berbahaya.
    • Pihak SPR sentiasa bergantung kepada rekod rasmi yang diberikan oleh POLIS dan JPN bagi membuang satu-satu nama dalam senarai pemilih. Tanpa laporan rasmi dibuat oleh ahli keluarga si mati, nama mereka yang telah meninggal dunia akan tetap berada di dalam senarai pendaftaran pemilih.
    • SPR sedang membuat semakan terakhir untuk memperkenalkan Biometrik bagi menyelesaikan masalah senarai pengundi. SPR berharap teknologi ini akan dapat membuang dan mengurangkan masalah pengundi berulang kerana katanya, tiada sesiapa akan bertindan cap jarinya dengan yang lain.
     

      PANDANGAN SPONTAN SAYA

      Berdasarkan kesempatan untuk menonton hampir sejam, pandangan SPONTAN saya sebagai pendengar dan rakyat Malaysia adalah seperti berikut :-

      1. KESUKARAN SPR : Saya kini memahami betapa SPR menghadapi pelbagai kesukaran dan kesulitan dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk memastikan ketelusan dan kebersihan senarai pemilih disebabkan kerana mereka terpaksa bergantung kepada pelbagai pihak lain dalam kerajaan.

         

        YANG PENTING : Sepatutnya, tugas memastikan SPR lebih ‘independence’ dalam bidang kuasanya adalah sangat penting. Justeru, semua pihak khususnya kerajaan dengan bantuan pakar perundangan mungkin perlu bertanggungjawab mencari jalan agar SPR boleh diberikan kuasa menggubal undang-undang secara tersendiri dengan perkenan Agung. Atau mungkin boleh diwujudkan satu klausa dalam perlemabgaan yang menambah kuasa SPR agar ia tidak lagi perlu melalui AG dan juga parlimen yang tentunya akan sentiasa berat kepada parti yang sedang memerintah.

         

        AKAN KELIHATAN : Hasil dari itu, pendedahan Timbalan SPR itu, secara langsung memaklumkan betapa SPR masih kuat dalam kawalan AG. Maka siapa yang mampu menguasai dan mempengaruhi AG, tentunya akan dapat menjinakkan SPR, walau sehebat manapun usaha SPR untuk memberikan ketelusan dalam undang-undang pilihanraya.

         

        2. SPR DIKAWAL OLEH MAJORITI PARLIMEN : Hasil dari pendedahan itu, juga kelihatan SPR mampu dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh parti yang menguasai majoriti di parlimen. Maka apa sahaja pindaan dan tambahan undang-undang yang mungkin merugikan parti majoriti pastinya akan sampai bila-bila ternafi dan tidak akan berjaya diperkenalkan.

           

        SEPATUTNYA : Justeru, pada hemat saya, pihak berwajib jika benar-benar telus, dengan bantuan pakar undang-undang Malaysia perlu berfikir bagaimana ingin membebaskan SPR dari kekangan seperti ini.

         

        3.  DAFTAR PEMILIH BERTERABUR : Hasil pendedahan itu juga, selaku orang awam, saya memahami bahawa sistem rekod rakyat hidup dan mati di Malaysia sangat tidak efisyen dan hanya bergantung kepada waris untuk melaporkan kepada SPR. Saya menganggap mungkin hanya kurang dari 20 % waris yang akan berbuat demikian.

           

          Sebagaimana disahkan oleh Timbalan SPR bahawa banyak didapati nama-nama pemilih yang kelihatan umurnya sudah melebih 100 tahun, itu adalah kerana warisnya tidak memaklumkan kepada SPR melalui laporan rasmi yang saya sendiri tidak pernah tahu prosedurnya. Ibu dan ayah saya telah meninggal dunia sejak tahun 1998, kami sekeluarga tiodak pernah tahu adanya keperluan melaporkan ini. Mungkin kelemahan di pihak kami, namun bagi saya, kebergantungan terhadap waris membuat laporan ini amat tidak efisyen bagi memaastikan senarai pemilih up to dtae dan bersih.

           

          AMAT PERLU : Justeru, saya menyeru pihak berwajib untuk berusaha melabur bagi mendapatkan satu system elektronik yang mampu mencatat secara automatic setiap kematian yang diambil terus dari semua hospital di seluruh Negara.

           

          BAKAL LEBIH JATUH KREDIBILITI : Tanpa cara itu, SPR akan hilang kredibilti kerana terlalu bergantung kepada JPN, dan boleh terbayang pula, jika JPN boleh dikuasai oleh mana-mana menteri atau parti, maka semua nama boleh dimanipulasi dengan mudah menyebabkan senarai pemilih tidak lagi telus. Justreu, saya kira, mendapat rekod automatik terus dari hospital adalah yang terbaik dan paling kecil kemungkinan untuk dimanipulasi oleh mana-mana pihak, kerana sejurus ditekan status oleh doktor sebagai ‘mati’ rekod terus sampai ke SPR. Doktor pula sukar dikuasai kerana profesionalisme mereka tinggi dan perlunya mereka menekan status mati bagi waris menguruskan tindakan selanjutnya termasuk pembahagian harta pusaka.

           

          4. SISTEM BIOMETRIK : Jawapan Timbalan Pengerusi SPR berkenaan keperluan sistem biometrik kelihatan ada benarnya, namun tidak mampu dijelaskan dengan baik oleh beliau, mengapa sistem itu ebih dipercayai berbanding dakwat celupan di jari. Cuma hanya diberitahu berkenaan berita kemasukan dakwat palsu ke dalam Negara.

           

             

            Pun begitu, beliau mengesahkan apabila ditanya mengapa keputusan penggunaan dakwat yang telah disetujui oleh SPR sebenarnya tidak konkrit kerana kerana keputusan itu belum dirujukkan kepada pihak kerajaan. Jawapan ini disorak oleh pendengar kerana pastinya kekebalan dan sikap tidak menyebelah SPR dirasakan tergugat.

             

            PASTI ADA RUNGUTAN : Saya terbayang, selain komen-komen bahawa system itu masih boleh diperkotak katikkan oleh pemegang system dan data, sistem ‘sophisticated’ sebegitu juga mudah rosak. Saya teringat betapa sistem mengenalpasti cap jari dan passport di JPN, ketika orang beratur panjang di kiosk, setelah beratur berjam-jam, sampai gilirannya, sistem rosak dan tidak dapat mengenal jari pemegang passport. Saya terbayang betapa kroniknya keadaan jika suasana itu berlaku di pusat-pusat pembuangan undi.

             

            ‘Jammed’ yang teramat sangat pasti berlaku dan pertengkaran yang kronik mungkin berlaku. Saya juga selalu terlihat sistem mengenal cap jari tidak berfungsi dengan baik di KLIA, menyebabkan warga Malaysia mencuba berkali-kali dan akhirnya terpaksa pergi ke kuanter lain.

             

            Itulah pandangan saya sebagai rakyat biasa dan tidak menyebelahi mana-mana pihak kecuali untuk melihat SPR patutnya mempunyai lebih kuasa tersendiri agar lebih diyakini ‘role’ mereka selaku pengurus pilihanraya di tanahair tercinta ini.

             

            AKHIRNYA

            Pandangan ini hanyalah respon spontan selepas mendengar beberapa inti penting yang disampaikan oleh panel di dalam dialog petang tadi. Sukar untuk mencadangkan solusi paling tepat tanpa sebarang statistik, namun tulisan hanyalah usaha kerdil untuk menambah harmoni system pilihanraya di dalam Negara serta menambah kepercayaan sebahagian kumpulan masyarakat terhadap SPR.

             

            Sekian

             

            Dr. Zaharuddin Abd Rahman

            www.zaharuddin.net

            26 Julai 2011

            Catatan di Kuala Lumpur International Airport



            Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

            Add comment


            Security code
            Refresh

            Pengumuman

            Wang, Anda dan Islam
            Panduan Perbankan Islam

            Untukmu Wanita

             
            Untukmu Umat
            Formula Solat Sempurna
            Murabahah
             A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
            Akidah dan IbadatRiba
            cover_maqasid_arab 
            Money, You and Islam
             cover_bicaralah_new ledakan_FB 
            indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


             

            Ruangan Iklan




            RSS Feed

            Pengisian Terkini Pengisian Terkini

            Statistik

            Site Meter

            Pelawat

            Now online:
            • 5 guests

            Komen Terbaru

            You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Dialog SPR dan BERSIH : Komen Spontan & Ringkas