Review Handphone : Samsung Nexus S (Google Phone)
Siaran : www.zaharuddin.net
Penyumbang artikel : Mustakim Adnan
Sebagai menyahut cadangan zaharuddin.net sebelum ini untuk mewujudkan budaya berkongsi pengalaman dan informasi berguna berkenaan peralatan dan produk yang berada di pasaran. Kali ini produk yang menjadi fokus penilaian adalah mobile phone jenis Samsung Nexus S iaitu Googlephone yang terbaru. Berikut adalah penilaian ringkas dari saya bagi maklumat mereka yang sedang berkira-kira untuk memilikinya.
Sumber maklumat berkenaan mobile phone ini boleh diambil dari:
http://www.google.com/nexus/tech-specs.html
Namun berikut adalah ulasan dan review saya berkenaan mobile phone ini untuk manfaat bersama.
Spesifikasi:
• OS : Andriod 2.3 (Gingerbread)
• Provider : Celcom dgn 3G Broadband (Bulanan RM99)
• Built-in SD 16GB
Kelebihan:
• Penggunaan GoogleMap tanpa Navigator. Ini kerana peta Malaysia tidak terdapat keupayaan untuk navigation map. Pergerakan tanda atas googlemap berdasarkan kelajuan kenderaan. Boleh dikatakan 90% tepat. Memerlukan keupayaan Dataline (Internet 3G) untuk menggunakannya. Kalau tiada coverage semasa penggunaan, map akan menjadi pudar, tetapi masih lagi menunjukkan perjalanan secara live.
• Banyak aplikasi untuk bisnes/kerja yang amat membantu serta percuma.
• Penggunaan servis-servis google yang memberikan lebih lagi keupayaan. Data seperti dari GMail ataupun Calendar dapat dipusatkan pada satu akaun ataupun boleh dikongsi bersama.
• Dapat menggunakan GDocs dengan mudah
• Liabiliti teruji setelah jatuh dari ketinggian 1 meter di atas Tar Jalan. Terkena pada bucu kanan atas. Hanya kemek dan calar sedikit. Masih berfungsi seperti biasa.
• Bateri mudah serta dapat tahan sehari dalam penggunaan biasa dgn internet dan panggilan.
• Boleh digunakan sebagai WiFi bergerak kpd Laptop atau Telefon lain dengan mudah.
• Paparan / skrin yg cerah dan cantik.
• Walaupun casingnya plastik tetapi masih nampak mahal
Kekurangan
• Memerlukan Dataline supaya dapat menggunakan keupayaan sebenarnya dan sepenuhnya.
• Penggunaan sepenuhnya menyebabkan perlu dibawa charger ke mana-mana. Kebiasaan separuh hari perlu caj sekali lagi.
• Aplikasi Game memang terhad.
• Berhati-hati dengan tertekan butang kurang ring volume.
Tips
• Untuk penggunaan yg kerap guna internet serta berhubung dgn keluarga, ambil Celcom Family plan dgn Broadband RM99 sebulan. Ini kerana panggilan di antara talian keluarga adalah percuma sehingga 5 line/akaun. Tiada had untuk penggunaan internet seperti maxis.
• Sekiranya terdapat internet coverage tetapi transaksi data tidak dapat dibuat (guna Browser pun tidak keluar web page). Cuba OFF Phone mode (tukar ke Flight mode), dan tukar semula ke Phone Mode. Ini akan menyebabkan Phone berhubung semula dgn communication tower di kawasan anda berada pada masa itu. Selalunya dalam 90% berjaya menggunakan cara ini.
SEKIRANYA anda mempunyai apa jua penilaian terhadap pelbagai jenis produk yang anda sedang gunakan, sebarang komentar positif atau negatif, boleh disalurkan ke email webmaster@zaharuddin.net
Anda juga dialu-alukan untuk menambah ulasan tersendiri berkenaan Nexus S ini di ruangan komentar.
Sekian
www.zaharuddin.net
28 April 2011
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites