Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Perniagaan, Aqidah & Sogokan

Perniagaan, Aqidah & Sogokan

  • PDF
(8 votes, average 4.13 out of 5)

Perniagaan : Aqidah, Terdesak & Sogokan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

bribery.jpg
 

 

Soalan

Dalam menjalankan perniagaan, kedengaran keluhan terpaksa bagi under table baru dapat projek atau tender. Adakah perbuatan begini dilihat menjejaskan akidah kepada Allah sebagai Yang Maha Berkuasa dan Pemberi Rezeki kepada makhluknya?

 

Jawapan

 

Gejala rasuah atau yang disebut ‘undertable' sememangnya menjauhkan mereka yang terlibat dari Allah. Setiap kali dilakukannya, semakin jauh mereka dengan rahmat dan berkat dari Allah, kesannya harta dan wang yang mereka perolehi kering dari keberkatan yang seterusnya akan mempengaruhi hati dan jiwa semua yang menikmati harta haram terbabit. Hari demi hari mereka akan semakin berat dalam pelaksanaan ibadah, dan semakin mencintai dunia dan gemarkan maksiat. Itulah akibat dari harta yang tiada keberkatan.

 

Dari keadaan buruk itu, sememangnya tidak dinafikan dosa yang mengeras di hati dan jiwa akan mula mengikis pegangan akidah sesoerang, keyakinannya kepada Allah pemberi rezeki akan mula terhakis sedikit demi sedikit. Itulah yang disebutkan oleh Allah sebagai orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan. Kerana itu Nabi mengajar kita untuk membaca setiap kali selepas solat :-

 

اللهم لا مانع لما أعطيت، ولا معطي لما منعت، ولا ينفع ذا الجد منك الجد

Ertinya : Wahai Allah, tiada sesiapa boleh menahan apa yang ingin engkau berikan, dan tiada siapa boleh memberi apa yang engkau tahaninya, tiada daya dan guna lagi ketika itu pemilikan orang yang kaya (untuk pengaruhi penahan dan kebenaran Allah). (Riwayat al-Bukhari & Muslim)

 

Juga penegasan nabi :-

أن الأمـة لـو اجـتمـعـت عـلى أن يـنـفـعـوك بشيء لم يـنـفـعـوك إلا بشيء قـد كـتـبـه الله لك، وإن اجتمعـوا عـلى أن يـضـروك بشيء لـم يـضـروك إلا بشيء قـد كـتـبـه الله عـلـيـك

Ertinya : seluruh umat jikalau mereka berpadu untuk member manfaat kepadamu, tidak akan mendapatimu kecuali apa yang telah ditaqdirkan oleh Allah untukmu, dan sekiranya mereka berpadu untuk memudaratkanmu, tiada keburukan menganiamu kecuali apa yang telah ditaqdirkan ke atasmu. ( Riwayat At-Tirmidzi, Hadis Hasan Sohih)

Demikianlah, pentingnya menyedari dan menginsafi bahawa pendapatan dan rezeki kita TIDAK AKAN LARI dan TIDAK AKAN BOLEH DIRAMPAS oleh orang lain. Juga amat penting sentiasa menyakini kekuasan Allah dalam seluruh pendapatan dan rezeki. Jangan sesekali, terpesong aqidah kerana ujian dunia dan manusia.

Adapun berkenaan, ungkapan "tiada business yang boleh didapati tanpa rasuah" yang sering digunakan oleh usahawan zaman ini, saya nasihatkan agar membaca erti firman Allah ini:-

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang musyrik itu najis (kerana mempersekutukan Allah), maka janganlah benarkan mereka memasuki masjid al-aharam sesudah tahun ini (iaitu tahun 9 hijrah). Dan jika kamu khuwatir menjadi miskin (kerana larangan ini akan menyebabkan hilangnya punca perniagaan bagi orang Islam di Mekah), maka Allah akan memberikan kekayaan kepadamu dari KurniaNya, jika dia mengkehendaki. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi bijaksana" (At-Tawbah : 28)

Lihatlah, bagaimana Allah menginginkan umat Islam berpegang dengan arahan dan prinsip walaupun dari sudut zahirnya kelihatan akan membawa kerugian (atau tidak mendapat kontrak), Allah menguji keimanan umat Islam terhadap keyakinan mereka bahawa pemberi rezeki adalah Allah selagi kamu bertaqwa.

SITUASI SEKARANG

 

Sememang kita faham bahawa terdapat kontraktor dan peniaga yang baik-baik namun dizalimi kerana tidak bersetuju untuk menyogok pegawai tertentu. Akibatnya berterusan syarikatnya gersang dari tender dan kontrak, sedang syarikat mempunyai pekerja yang perlu dibayar gaji dan asset yang perlu diurus tadbir. Semuanya memerlukan kos. Jika keadaan seperti itu berterusan untuk jangka masa tertentu yang lama, tentunya syarikat akan tutup dan pekerja terpaksa dibuang. Pastinya ahli keluarga perkara juga akan turut merana tanpa kerana putus pendapatan bulanan. Itulah yang kerap terbayang, namun tanpa disedari, bayangan negatif cepat sekali datang, adakalanya ia sering dikawal oleh nafsu dan mainan syaitan yang mengajak kepada cara pendapatan haram.

 

Sepatutnya pihak syarikat lebih kreatif dan berusaha untuk mempelbagaikan cara kempen dan jualan agar ia tetap mampu terus berada di atas landasan bisnes halal walaupun sedikit, kerana kelak, keberkatan dari yang sedikit itu pasti membuahkan pulangan yang lumayan dalam bentuk yang pelbagai. Datangkan perasaan positif di ketika menghadapi sesuatu yang negatif, agar keykainan yang masih berbaki dapat dijana sebaiknya untuk bergerak ke hadapan.

 

Baiklah, andaikan situasi benar-benar dalam keadaan hampir ‘bangkrap', tiada jalan lain yang terdekat untuk memasarkan produk dan hasil khidmat syarikat kecuali dengan peroelhi kontrak  melalui jalan ‘sogok' atau ‘duit kopi'. Hanya ketika ia benar-benar dengan yakin bahawa keburukan sebegitu akan berlaku, barulah menurut para ulama Islam berdasarkan dalil-dalil pelbagai, sogokan dikira suatu ‘hajiat' yang terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kezaliman. Seperti contohnya seorang rakyat Malaysia dipenjara secara zalim di sebuah negara luar dengan tuduhuan palsu, kemudian polis mereka meminta sogokan jika ingin bebas. Tatkala itu dari sudut hukum, dibolehkan untuk memberi dan tiada dosa ke atas pemberi, namun dosa akan ditanggung sepepunuhnya oleh penerima dan peminta. Hal ini disebutkan oleh Imam Al-Syawkani.

 

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi menjelaskan: "Barangsiapa yang kehilangan haknya, namun tidak mungkin mendapatkannya kembali kecuali dengan jalan menyogok, atau akan berlaku kezaliman ke atasnya kecuali terpaksa memberi suapan wang, walaupun demikian, adalah lebih utama untuknya bersabar, jika tiada pilihan kecuali dengan menyogok wang, ketika itu yang berdosa adalah penerima sogokkan sahaja" (Naylul Awtar, 8/622 ; Al-Halal Wal Haram Fil Islam, hlm 301) Keadaan di atas berdasarkan hadith Riwayat Abu Ya'la dan Ahmad.

 

Jika dilihat di atas kertas, sudah tentunya pihak SPRM boleh mengambil tindakan, namun masalah yang wujud hari ini, pihak yang meminta rasuah amat bijak dan licik dalam permintaan mereka sehingga amat sukar untuk mereka yang dizalimi tadi memperolehi sebarang bukti bertulis atau rakaman jelas untuk disabitkan kesalahan rasuah.

 

JANGAN BERMUDAH-MUDAHAN

 

Pun begitu, jangan ada sesiapa yang bermain-main dari sudut hukum dan undang-undang untuk sewenang-wenangnya menghalalkan yang haram tanpa justifikasi sebenar. Ingatlah hari ini, mungkin merkea boleh menjustifkasikan kononnya mereka tgerdesak, hajiat atau dizalimi, namun di alam barzakh kelak, kebenaran akan terlihat jelas. Jika mereka sengaja menjadikannya sebagai alasan untuk terus meraih kontrak dan tender dan meraih keuntungan projek berlipat kali ganda, mereka tidak sama sekali tergolong dalam kumpulan yang diberi keringanan untuk menyogok. Malah di ketika itu mereka adalah manusia yang terus menerus menyokong sistem rasuah dan memakmurkannya. Bergandalah dosa si pemberi rasuah terbabit kerana kesudian mereka memberi rasuah, berterusan membuatkan peminta rasuah merasa berani dan seronok dengan amalan dosa mereka. Nabi meningatkan dalam hadis yang sohih:-

 

فاتقوا الله وأجملوا في الطلب ولا يحملنكم استبطاء الرزق على أن تطلبوه بمعصية الله فإن ما عند الله لا ينال إلا بطاعته

Ertinya : Takutlah kamu kepada Allah  dan perindahkan pencarian rezekimu (cara halal). Jangan disebabkan kelewatan kamu mendapat rezeki sehingga kamu mencarinya dengan melakukan maksiat kepada Allah sesungguhnya ia (rezeki) itu di sisi Allah, dan tidak kamu akan dapatinya (rezeki berkat) kecuali melalui ketaatan kepadanya. (Riwayat An-Nasaie; hadis sohih)

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

24 September 2010

15 Syawal 1431

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 18 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Perniagaan, Aqidah & Sogokan