Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Apa Untuk Mangsa Curi, Cukai Zalim & Pemangsa ?
  • PDF
(6 votes, average 4.17 out of 5)

Apa Untuk Mangsa Curi, Pecah Amanah,

Cukai Zalim & Pemangsa ?

Oleh

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

tax

Cuba baca beberapa keadaan di bawah:-

  • Mencuri duit dan terlepas dari hukuman.
  • Menipu dan tidak membayar hutang walau mampu.
  • Menipu dan tidak menyerahkan barang yang dijual setelah mendapat bayaran.
  • Mengenakan rasuah untuk memperolehi sesuatu tanpa hak.
  • Culas dalam kerja dan mengambil gaji tanpa kurang.
  • Menipu dalam timbangan barang jualan.
  • Mengambil barangan orang lain tanpa izin walau dipulangkan semula.
  • Mengutip cukai yang dinamakan untuk rakyat tetapi disalahguna untuk kepentingan beberapa kerat individu berkuasa.

Ini semua perbuatan menzalimi orang lain sama ada dilakukan terhadap individu atau kumpulan. Atau dilakukan oleh kumpulan atau individu perseorangan.

Ketika di dunia kelihatan mangsa mengalami kerugian manakala penipu dan penjahat beroleh keuntungan. Namun hakikatnya, Allah swt tidak alpa dari kezaliman ini, semuanya bakal mendapat habuan masing-masing. Mangsa bakal beroleh ganti yang lebih baik, manakala pemangsa beroleh balasan setimpal.

Mangsa bakal diberikan beberapa peruntukan gantirugi sebagai pilihan ganjaran. Pelaku zalim (pemangsa) pula bakal menanti beberapa jenis hukuman sama ada di dunia atau akhirat. Peraturan tersebut bukan sahaja terpakai kepada manusia malah juga haiwan dan golongan jin, selagi mereka bernyawa. Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam bersabda :

لتؤدون الحقوق إلى أهلها يوم القيامة حتى يقاد للشاة الجلحاء من الشاة القرناء

Ertinya : Pasti kan dikembalikan hak-hak kepada pemiliknya di hari Kiamat sehinggakan kambing yang tidak bertanduk akan diberi peluang membalas kesakitan yang dilakukan oleh kambing yang bertanduk. (Hadis riwayat Muslim)

Tiada satu pun kezaliman yang dilakukan sama ada tersembunyi atau terzahir kecuali diketahui oleh Allah swt. Pelaku zalim yang licik setara manapun akan dikenalpasti dan dibalas oleh Allah swt.

BAGAIMANA CARA PEMBALASANNYA ?

Allah swt memperuntukkan kepada mangsa kezaliman boleh memohon pembalasan segera sewaktu di dunia lagi, sebagaimana baginda nabi pernah bersabda kepada Muazd r.a dengan katanya:-

واتق دعوة المظلوم فإنه ليس بينها وبين الله حجاب

Ertinya : Takutilah doa mangsa kezaliman, kerana tiada di antara mereka dan Allah swt itu sebarang hijab (penghalang).

Atas sebab itu, jika mangsa berdoa agar ditimpakan musibah kepada pelaku zalim (pemangsa) di dunia ini lalu Allah swt memaqbulkan doa tersebut di dunia ini lagi, tatkala itu pelaku zalim tidak akan dikenakan hukuman atas kesalahan yang telah dikenakan kepadanya terhadap mangsa. Ini kerana itu dikira hak mangsa telah dipenuhi sewaktu dunia lagi. Ia sama dengan konsep hudud dan qisas yang mana apabila telah dilaksanakan ke atas pesalah, maka pesalah tiada lagi akan menanggungnya di akhirat.

Manakala bagi mereka yang bersabar di dunia serta tidak berdoa atau doa mereka tidak dimaqbulkan awal sewaktu di dunia. Maka pembalasan yang menanti pelaku dosa adalah seperti didialogkan oleh Nabi salla allahu ‘alaihi wasallam dalam hadis berikut:-

المفلس من يأتي يوم القيامة بحسنات مثل الجبال ، فيأتي وقد ضرب هذا ، وشتم هذا، وأخذ مال هذا، وسفك دم هذا، فيأخذ هذا من حسناته ، وهذا من حسناته، فإن بقي من حسناته شيء، وإلا أخذ من سيئاتهم فطُرحت عليه ، ثم طرح في النار

Ertinya : Muflis di hari kiamat adalah mereka yang datang ke hari qiamat hatta dengan pahala kebaikan setinggi gunung, namun dia telah memukul mangsa, mencerca orang, memakan harta orang lain (tanpa hak), menumpahkan darah orang itu nescaya akan DITEBUSI melalui amalan kebaikannya, hingga habis sebelum mampu menebus keseluruhannya, lalu akan DIAMBIL DOSA mangsanya LALU DILEMPAR kepadanya, hingga akhirnya dia tercampak ke Neraka." (Hadis sohih Muslim)

Hatta baginda Nabi saw yang terpelihara itu juga bimbang akan dirinya disebabkan peruntukan di akhirat ini sehingga baginda berkata kepada para sahabat apabila memintanya membuat sekatan harga jualan bagi peniaga, baginda menjawab:

وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال

Ertinya : ..Sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada sesiapa yang menuntut dariku kerana dizalimi dari sudut harta dan jua jiwa” (Riwayat Abu Daud; hadis Sohih)

Juga dapat diperhatikan bagaimana pantasnya baginda nabi salla allahu ‘alaihi wasallam apabila pernah terlanjur menyakiti tubuh sahabatnya, baginda terus memberi peluang dibalas oleh sahabatnya bernama Sawad bin Ghaziyyah r.a.

استوِ يا سوادُ فقال يا رسولَ اللهِ أوجَعْتَني وقد بعثك اللهُ بالحقِّ والعدلِ فأقِدْني قال فكشف رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عن بطنِه وقال استقِدْ

Ertinya : Nabi berkata sewaktu memeriksa barisan tentera Badr “Luruskan barisan wahai Sawad( sambil baginda menolak perut Sawad dengan busur panahnya)”, lalu berkata Sawad : Ya Rasulullah saw, engkau telah menyakitiku, sesungguhnya telah engkau dibutuskan Allah dengan kebenaran dan keadilan, maka berikan aku menolak mu (sebagaimana Nabi mencucuk perutnya tadi), lalu dengan segra baginda mengangkat bajunya (kerana Sawad tidak berbaju sewaktu ditolak tadi justeru, ingin dipastikan keadilan) sehingga ternampak perut baginda yang mulia, lalu nabi bersabda : sekarang tolaklah (cucuklah).. (Tarikh At-Tabari, jilid 2, hlmn 32)

Dari kisah tersebut, jelas bahawa Rasulullah salla allahu ‘alaihi wasallam menunjukkan cara terbaik menebus kesalahan di dunia bagi mengelakkan masalah yang lebih besar di akhirat.

PERLU MINTA HALAL SEGERA

Bagi mereka yang telah menzalimi mangsa, antara kaedah bagi mengelak dikenakan hukuman adalah segera memohon halal dari mangsa. Bermakna, jika ada mengambil harta mangsa tanpa hak, segeralah mohon dihalalkan sekiranya tidak mampu dipulangkan. Jika ada memfitnah, umpat, cerca mangsa, segera memohon maaf secara verbal atau membayar wang ganti rugi bagi memudahkan mangsa lapang hati memgampunkan pemangsa. Menurut para ulama, kaedah ini ternyata dari hadis nabi salla allahu ‘alaihi yang baginda bersabda :

من كانت عنده مَظلمةٌ لأخيه فليتحلَّلْه منها ، فإنَّه ليس ثَمَّ دينارٌ ولا درهمٌ ، من قبلِ أن يُؤخَذَ لأخيه من حسناتِه ، فإن لم يكُنْ له حسناتٌ أخذ من سيِّئاتِ أخيه فطُرِحت عليه

Ertinya : Barangsiapa yang ada melakukan kezaliman kepada saudaranya hendaklah segera minta halal (atas hak yang dicerobohi itu), sesungguhnya sebelum sampai sampai hari yang tiada dinar atau dirham lagi, lalu akan diambil dari pelaku zalim itu akan kebaikannya (diberikan kepada mangsa), dan sekiranya pelaku zalim tidak punyai pahala kebaikan yang cukup, lalu akan diambil dosa mangsa lalu akibatnya dilontar dia ke dalam neraka. (Hadis sohih riwayat Al-Bukhari)

Para alim ulama menjelaskan kaitan baginda menyebut ‘di hari yang tiada lagi dinar dan dirham’ merujuk kepada keharusan menebus kesalahan dengan bayaran bagi merayu keampunan dari mangsa. Ia juga merupakan satu bentuk dari konsep diat dalam tatacara hukuman qisas.

APA PILIHAN BAGI MANGSA?

Bagi mangsa, jika hatinya terbuka untuk menghalalkan setelah dipohon oleh pemangsa, maka kedua-duanya beroleh kebaikan. Namun, jika pemangsa tidak memohon maaf, apakah yang boleh dilakukan oleh mangsa?

Terdapat beberapa cara menghadapi cabaran pemangsa yang zalim ini, antara asasnya adalah menyakini janji Allah swt bahawa mangsa akan beroleh pahala dari amalan pemangsanya di akhirat atau memberikan dosanya kepada pemangsa sebagaimana disebut sebelum ini. Jika pemangsa adalah seorang yang bukan Islam dan tiada berpahala di akhirat, maka beban dosa mangsa akan diberikan kepada pemangsa untuk menambah azabnya lagi. Selain itu, mangsa juga punyai pilihan lain seperti disebut dalam hadis ini.

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا إِلَّا كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً ، وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةٌ ، وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ مِنْهُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ ، وَمَا أَكَلَتِ الطَّيْرُ فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ ، وَلَا يَرْزَؤُهُ (ينقصه) أَحَدٌ إِلَّا كَانَ لَهُ صَدَقَةٌ

Ertinya : Tiada seorang muslim pun yang menanam sesuatu tanaman kecuali apa-apa yang dimakan darinya baginya pahala sedeqah, tiada apa yang dicuri darinya dan bagi pemilik itu pahala sedeqahdan tiada pla dimakan oleh binatang buas, lalu ia turut menjadi sedeqah, dan tidak dimakan oleh burung maka baginya pahala sedeqah dan tidak dikurangkan hasilnya itu oleh sesuatu kecuali baginya pahala sedeqah. (Hadis sahih Muslim)

Hasil dari itu, bagi mangsa kezaliman, mereka boleh memilih sama ada:-

  1. Bertindak mengikut lunas perundangan bagi kes individu zalim atau melalui perubahan melalui proses pilihanraya bagi kes sekumpulan pemimpin zalim. 
  2. Berdoa agar balasan setimpal ditimpakan ke atas pemangsanya di dunia lagi. Jika dimaqbulkan, tiada sebarang kebaikan tambahan akhirat diperolehi kecuali beroleh kepuasan di dunia.
  3. Bersabar dan mendiamkan diri dan menunggu untuk menuntut di akhirat dalam bentuk mengambil pahala pelaku zalim atau menyerahkan dosa sekadar berat kezaliman yang kena atasnya kepada pelaku zalim. Maka akan beroleh pahala sabar.
  4. Bersabar dan menghalalkan & meniatkannya sebagai sedeqah untuk setiap harta yang dirampas, curi dan hak (dari jenis yang boleh dihalalkan seperti umpatan, tohmahan, cacian dan lainnya) yang dicerobohi. Jika itu dilakukan, mangsa bakal beroleh pahala atas kesabaran dan pahala sedeqah (bagi jenis tertentu seperti harta yang dicerobohi) yang berpotensi digandakan kebaikan kepada sepuluh kali berdasarkan hadis sahih al-Bukhari bagi setiap amalan kebaikan. Malah sebahagian riwayat enyebut boleh digandakan sehingga tujuh ratus kali ganda.

Pun begitu, jika ingin mengambil pendekatan keempat, pastikan benar-benar telah dapat merawat ketidakikhlasan dan tidak merasa sebarang kerugian atas apa yang dihalal dan disedeqahkan kerana keyakinan ianaya sebagai simpanan di akhirat dan pasti diganjari. Jika tidak, kemungkinan sedeqah itu tidak dikira pula. Ia berdasarkan firman Allah swt:

وَمَا مَنَعَهُمْ أَنْ تُقْبَلَ مِنْهُمْ نَفَقَاتُهُمْ إِلَّا أَنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَبِرَسُولِهِوَلَا يَأْتُونَ الصَّلَاةَ إِلَّا وَهُمْ كُسَالَى وَلَا يُنْفِقُونَ إِلَّا وَهُمْ كَارِهُونَ

Ertinya : Dan tidak ada yang menghalangi mereka untuk diterima dari mereka nafkah-nafkahnya melainkan karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan. (Taubat :54)

Dan juga firmanNya :

وَمِنَ الأَعْرَابِ مَن يَتَّخِذُ مَا يُنفِقُ مَغْرَمًا وَيَتَرَبَّصُ بِكُمُ الدَّوَائِرَ عَلَيْهِمْ دَآئِرَةُ السَّوْءِ وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ertinya : Di antara orang-orang Arab Badwi itu, ada orang yang memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah) sebagai suatu kerugian dan dia menanti-nanti merbahaya menimpamu; merekalah yang akan ditimpa merbahaya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Taubat :98)

KESIMPULANNYA

  1. Besar sungguh kebahayaan orang yang menzalimi dan mencerobohi hak orang lain dari sudut harta, maruah, termasuklah dari tindakan curi, pecah amanah, mungkir janji, tidak lunas hutang, paksa cukai serta salah guna cukai yang dikutip dan salah guna, cerobohi tanah orang, memfitnah, mencerca dan pelbagai lagi. Pelaku kezaliman ini boleh jadi secara individu atau para pemerintah hatta baginda Nabi saw turut memastikan baginda tiada terceroboh hak sahabatnya. Apabila ada, dengan segera menebusnya.
  2. Bahayanya dari sudut menerima azab di dunia, kehilangan pahala di akhirat, menerima dosa mangsanya dan dihumban ke neraka.
  3. Terdapat tiga pilihan bagi mangsa untuk mengendalikan kedukacitaannya, dan yang terbaik adalah yang paling besar manfaatnya di akhirat dan yang paling sukar berdasarkan pertimbangan nafsu kemarahan, benar ini kerana untuk menghalalkan harta yang dirampas dan bersabar adalah sangat sukar bagi hati serta memerlukan mujahadah yang tinggi. Ketiga-tiga pilihan telah disebut sebelum ini dan terbuka kepada semua mangsa.

Pun begitu, adalah tidak diharuskan sekiranya pemangsa ingin menggunakan hadis dan peruntukan di atas untuk meneruskan kezalimannya, contohnya, pencuri datang lagi ke rumah mangsa dan sambil berkata kepada mangsa :

“aku mencuri ini, engkau halalkan sahaja atau sedeqahkan, kelak engkau beroleh pahala berganda”.

Itu adalah tindakan salah dan perbuatan mencuri akan tetap berdosa walau mangsa meniatkannya sebagai sedeqah selepas kecurian berlaku. Demikian bagi pemungut cukai dan disalah guna hasil cukai yang jatuh dalam hukum haram, tiada boleh sewaktu ingin terus mengutip cukai itu, lalu digunakan dalil tadi untuk membolehkannya terus memungut dengan jayanya. Kerana itu dibimbangi menjadi seolah menghalalkan tindakan yang haram secara salah guna konteks dalil. Dalil itu ditujukan kepada mangsa dan konteks TELAH menjadi mangsa. Itu perlu difahami.

Akhirnya, bagi pemangsa, fikirlah masak-masak sebelum mengambil mudah atas pencerbohan hak orang lain, manakala bagi mangsa, cerialah dan fikirkan peruntukan balasan yang diberikan dalam Islam. JANGAN pula akibat dizalimi ini, maka mangsa terikut-ikut dengan bisikan Iblis lalu membantah dengan cacian, makian secara rambang, kutukan sehabis dahsyat.  Ia hanya mampu memuaskan nafsu ammarah dan Syaitan, namun tiada faedahnya. Jika ingin bantah, bantahlah dengan rasional menurut saluran yang betul bukan dengan caci maki serta membuka aib yang tidak perlu. Ia hanya menjadikan mangsa terus rugi akhirnya, di dunia dan akhirat.

Sekian

 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

14 April 2015



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Apa Untuk Mangsa Curi, Cukai Zalim & Pemangsa ?