Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Polemik DNA Babi Dalam Makanan & Istihalah (Transformasi)
  • PDF
(2 votes, average 5.00 out of 5)

 

Polemik DNA Babi Dalam Makanan

& Istihalah (Transformasi)

Oleh : Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

dna

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-negeri perlu membuat kenyataan semula atau 'highlight' tiga perkara :- 

Pertama : Keputusan hukum yang dipilih untuk rakyat Malaysia dalam hal sama ada Istihalah item najis 'aini seperti babi adalah suci atau tidak. Ini kerana ulama Fiqh mazhab berbeza ijtihad dalam hal tersebut. 

Kedua : Sama ada proses istihalah (tranformasi) unsur babi boleh berlaku sebelum menjadi gelatin dalam proses pembuatan makanan di negara ini. 

Ketiga : Istihalah elemen najis kepada suci dalam produk selain perubatan boleh diterima atau tidak.

Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan fatwa dalam hal ini pada 1999 mengenai barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi, yang diputuskan HARAM dan bercanggah dengan hukum syarak. 

Apapun, badan berwajib ini perlu mengutarakannya kembali dan memberi hujjah-hujjah ringkas. Selain itu, ada baiknya juga keputusan makmal halal berkenaan boleh MENGESAHKAN sama ada boleh berlaku istihalah atau tidak kepada bahan berunsur babi khususnya dalam pembuatan makanan seperti coklat. Ini kerana ada sebahagian menafikannya.

Pada asasnya, prinsip istihalah boleh berlaku dalam pelbagai jenis najis dan bangkai binatang iaitu dengan berlakunya perubahan kimia sehingga seluruh molekul item najis berubah kepada suatu bentuk baru. Tatkala itu, sebahagian ulama anggap ia telah suci dan halal sama ada untuk ubatan dan makanan.

Perkara tersebut telah dibuktikan boleh berlaku oleh sebahagian besar pengkaji dan ulama serta telah menjadi ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia OIC dalam sidang mereka pada 18 -22 November 2013.

Menurut keputusan mereka, najis ‘ain’ termasuk babi dan arak boleh menjadi harus apabila disahkan berlakunya istihalah yang sempurna. 

PANDANGAN SILAM 

Manakala mazhab-mazhab Fiqh silam pula terbahagi kepada dua kumpulan besar dalam menanggapi istihalah ini.

1. Mazhab Hanafi, sebahagian besar ulama Maliki, Ibnu Taimiyah dan Zohiri berpandangan jika berubah zatnya kepada benda baru maka ia tidak lagi najis dan bertukar menjadi suci dan boleh digunakan atau dimakan.

2. Mazhab Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh berlaku kepada najis ain termasuk babi. Justeru, ia tetap tidak halal.

KENYATAAN SHEIKH DR. YUSUF AL-QARADAWI 

Kenyataan ulama terkenal, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan DNA babi halal adalah telah disalah ertikan tajuknya.

Beliau sebenarnya mahu menjelaskan berlaku istihalah dalam zat babi sehingga tiada lagi kesan babi dan yang tidak boleh lagi dikatakan wujudnya babi yang najis. Itu BUKAN PENDAPAT beliau seorang tetapi sekumpulan ulama berautorti dari seluruh dunia melalui PERSIDANGAN Majlis Fiqh Antarabangsa OIC.

Perlu difahami, pandangan mazhab Fiqh dalam hal melibatkan muamalat seperti ini bukan semestinya kekal pendapat terkuat kerana fatwa terkuat masih boleh berubah mengikut peredaran zaman khsusunya apabila adanya peralatan teknologi yang boleh mengesan sebarang kandungan dalam sesuatu produk.

Isu ini adalah isu perbezaan ijtihad fiqh dan tidak perlu mana-mana kumpulan terlalu menghentam pendapat yang lain. Kerana masing-masing disokong oleh hujah yang benar. Dapatan kajian makmal pula mungkin berbeza dari satu makmal dengan yang lain menyebabkan nasihat kepada para ulama menghasilkan pendapat yang berbeza. 

KESIMPULAN AKHIRNYA 

Nasihat ringkas saya kepada masyarakat, 

a. Jangan mudah menghentam para ulama dan pihak berbeza pendapat kerana masing-masing ada hujah sendiri.
b. Perbezaan pendapat jangan dicerca namun ambillah ia secara positif sebagai keterbukaan dalam Fiqh Islam. Ini penting bagi meuwjudkan masyarakat yang berfikir, membaca dan peka .
c. Apapun saya bersetuju jika sesiapa ingin lebih selamat dan tiada faktor keterdesakan, sebaiknya menjauhi semua produk yang terlibat dengan elemen babi walaupun sudah berlaku istihalah khususnya yang bukan dalam bab makanan yang bukan pula makanan asasi. Selain terdapat banyak alternatif yang lebih tidak diragui.
d. Selain umat Islam bimbang perihal babi, sehingga DNA. Lebih perlu juga umat Islam ambil berat sumber harta yang haram seperti rasuah, tiris wang kerajaan, penipuan dan sepertinya. Itu semua haram digunakan WALAU dibeli makanan yang mempunyai 100 logo halal sekalipun, makanan itu juga haram akibat wang yang diperolehi cara haram. 

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden
Multaqa Asatizah & Du'at (MURSHID)
10 Jun 2014


Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Polemik DNA Babi Dalam Makanan & Istihalah (Transformasi)