Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah
  • PDF
(21 votes, average 4.10 out of 5)

 

 

Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah

Oleh

Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 sm

Heboh berkenaan ketidakpuasan hati penganjur seksualiti merdeka terhadap tindakan polis ke atas mereka. Bantahan itu pula disokong oleh NGO-NGO extremis liberal di Malaysia. Bagi saya, saya bersetuju dengan tindakan Kerajaan, Polis dan jabatan Agama menghalang Seksualiti Merdeka. Saya kira telah ramai para ustaz dan ustazah yang membawa hujah dari Al-Quran dan hadis, maka maka melalui tulisan ringkas ini, saya ingin berkongsi pandangan dengan  membawakan beberapa hujah tambahan yang lebih bersifat logika normal manusia, ini sebab bantahan saya terhadap program tersebut:


1. Tuntutan dan kempen hak kemanusian untuk kebebasan seksual adalah terlalu self-centred dan selfishness tanpa memikirkan kesan negatif kepada kehidupan kemasyarakatan, ahli keluarga individu yang terlibat dan ahli komuniti. Kempen dan menuntut hak kebebasan yang mudaratnya menceroboh hak orang lain dan menimbulkan ketegangan majoriti ahli masyarakat PATUT DITEGAH, seperti hak kebebasan untuk mencuri hak cipta orang lain, seks dengan anak sendiri, seks dengan lembu dan binatang orang lain, kebebasan untuk menghina dan mengutuk agama lain dan pelbagai sepertinya. Adakah ini yang diperjuangkan oleh seksualiti merdeka? sehingga menjadi lebih rendah dari binatang dan memperjuangkannya tanpa limitasi?

 

2. Kita perlu tegaskan hak kemanusian dan kebebasan, sentiasa perlu diukur dengan neraca Allah dan RasulNya, bukan dengan logik aqal yang semata, justeru walau hebat mana sekalipun hujjah kebebasan manusia dan hak asasinya, sebagai pendakwah dan ilmuwan islam kita mesti pertegaskan hal ini sebagai guideline kita.

 

3. Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka bukan dari adab dan budaya bangsa masyarakat Malaysia, apabila ia dilakukan secara kempen, justeru kita tidak boleh bersetuju.

 

4. Kita bersetuju dengan kebebasan bersuara namun mestilah wujud limitasi dan hadnya, begitu juga dengan hal kebebasan seksual ini.

 

5. Islam juga mengawal kebebasan seksual kerana ingin menjaga keluhuran keturunan dan kejelasannya, ia juga bersangkut paut dengan kelayakan hak pusaka dan pengurusan perkahwinan agar tidak 'terkahwin' sesama adik beradik sebapa atau seibu. Seksualiti mesti ditolak kerana ia bakal mencacamarbakan keturunan manusiawi.

 

6. Jika kebebasan memilih pasangan yang ingin diperjuangkan oleh penganjur sehingga tidak mengapa lesbian dan gay, cuba bayangkan seluruh lelaki dan wanita di dalam negara ini menjadi ‘lebsian’ dan ‘gay’, maka adalah jika diandaikan berlaku di dalam large scale, adakah ia bakal membawa sesuatu yang bermanfaat dan baik serta terpuji, hasil kerana dari kebebasan itu? Jika baik, bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan anak di waktu itu?, adakah itu normal atau sebenarnya suatu penyakit ? Jika penyakit wajarkah ia dikempen kepada ramai melalui program besar-besaran sehingga boleh memudaratkan ?


7. Adakah penganjur Seksualiti Merdeka juga akan MENERIMA ‘ROGOL’ SEBAGAI HAK ASASI seseorang lelaki. Iaitu terpulang kepada dirinya bagaimana ingin mengurus nafsunya seksualnya sama ada melalui perkahwinan yang sah atau melalui merogol. Adakah ini mungkin termasuk dalam kempen penganjur Seksualiti Merdeka? Sedarkah mereka?, sudah tentu boleh wujud kumpulan perogol bersiri yang turut serta dalam kempen mereka atas kefahaman dan tafsiran mereka sendiri bahawa ia termasuk di dalam  hak asasi peribadinya, tanpa mengendahkan ia menceroboh hak asasi mangsa. Dalam kes seks sejenis atau bebas, bukankah ia juga menceroboh hak orang lain, iaitu ibubapa dan adik beradik atau suami pasangan itu?. 


8. Jika penganjur seksualiti merdeka ingin sangat membuktikan kempennya disokong oleh ramai dan membawa kebaikan, mereka patut dan MESTI mengemukakan fakta hasil interview at least 30 % ibubapa Muslim & bukan Islam di Malaysia yang bersetuju anak, adik, ibu, bapa, abang mereka menjadi gay dan lesbian. Saya yakin majoriti keluarga tidak suka dan meredai anak mereka terjebak dengan runtunan syahwat bebas ini.


Sekian dan selamat berfikir

 

Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

4 Nov 2011



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah