Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Masalah Belanja Kahwin Mahal
  • PDF
(5 votes, average 5.00 out of 5)

 

Masalah Belanja Kahwin Mahal

Oleh

Dr Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net 

dowry

Assalamualaikum uzar,

InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.

Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?

Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.

Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.

Pemuda ingin tahu 

 

JAWAPAN

Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-

 1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan.  Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang terbaik. 

Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا

Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)

Dalam sebuah hadis lain :

خَيْرُكُنَّ أَيْسَرُكُنَّ صَدَاقًا 

Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)

Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا

Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)

Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing. 

2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.

 3.  Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara  riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di kemudian hari.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

10 Oktober 2011



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #17 hantaranotak semak 2012-05-16 02:10
30k utk pihak pompuan..camne nih ? gaji pun adalah lebih kurang 2k lebih..bpe yg dpt simpan?keje sendiri je...maknye da ckp..xde ujung thn..nak nikah kan ngan org lain..anaknye x bole watpe..aku lagila x bole nak wat ape2..nak dibawak lari..x elok lah..hmm..kami mau idup bersama..3 thn bercinta..tpi kes hantaran buat jadi gini..
Quote
0 #16 Hantaran tinggiKapten Amirul Akmal 2012-04-30 11:22
assalamualaikom ustaz

saya hendak bertanyakan satu perkara.. apa kah hukuman nyer jika pihak perempuan meletakkan harga hantaran yg tinggi kerna ingin mengunakan wang hantaran itu utk tujuan pmajlis perkahwinan dan hantaran kepada pengantin lelaki.
Quote
0 #15 ramlijohorramlijohor 2012-03-06 23:33
:lol: kahwin dan tak kahwin.......mana satu ye...yang tak best nie
Quote
0 #14 ramlijohorramlijohor 2012-03-06 23:32
Kahwin...belanja mahal....itu kahwin dengan anak dara....tapi kalau dengan mak dara...lagi mahal...kerana mak dara...ada anak dara.....pening pening....
Quote
0 #13 hukum beli emasnormaniza wahib 2012-02-27 16:30
salam..ust zahar

apakah hukum membeli emas dengan membuat pinjaman bank
Quote
+4 #12 saya ingin bertanyanor 2012-01-17 14:35
ustaz,saya nak tanya..masa saya nikah dengan suami, saya tak nak susahkan suami jadi kami bersetuju mas kawin yang RM300 tu duit suami dan untuk mengelakkan cakap2 family saya saya dan suami bersetuju membuat pinjaman dikalangan ahli keluarga suami sebanyak RM8000. asalnya suami sediakan RM400 mas kawen..tiba2 masa akad nikah tok kadi kata mas kawen akan dicampurkan dengan hantaran .saya terkejut dan tok kadi kata kene sebut semua..jadi akhirnya mas kawen saya jadi RM8400. selesai esoknya saya memulangkan kembali RM8000 tersebut kepada suami supaya memulangkan semula kepada ahli keluarganya...apakah hukumnya Dr.?...
Quote
+4 #11 bank konvensionalNur 2011-12-20 13:00
Salam, ustaz saya ingin bertanya bank konvensional tersebut bank-bank yang bagaimana? Bolehkah saya membuat pinjaman dengan maybank untuk membayar hutang dan perbelanjaan perkahwinan. Terima kasih.
Quote
-14 #10 Komen Akademik dan Membina Sahajaremain_anonymous 2011-12-19 21:58
saya fikir anda kurang bijak dalam melontarkan komen. memang rukun nikah dan rendahnya mahar/mas kahwin diketahui ramai.

persoalannya, ramai dari kalangan kita yg masih terjerat dgn kebiasaan adat Melayu dengan meletakkan hantaran yang tinggi dan mas kahwin yg rendah.

di johor misalnya, mas kahwin adalah rm22.50 (tetapi hantaran tetap perlu diberi). kalau diikutkan, mmg sudah rendah maharnya tetapi yang menghantui pasangan sekarang ini ialah hantaran (ini adalah adat) yang tinggi dan belanja mengadakan majlis perkahwinan....

jadi apakah penyelesainnya yg paling praktikal. setakat memberi komen sebegini, ianya telah pun disentuh didalam semua kursus kahwin..

mohon beri pandangan yg lebih akademik dan membina..
Quote
0 #9 respon to Ain-Nikah sah k takhalimaton mohamad 2011-10-21 19:57
Bismillah...
sekadar berkongsi pendapat..setakat ilmu yang ada...pertama..anda kene paham..sah k tak nikah anda bergantung pada cukup tak rukun dan syarat sah nikah...kalau cukup...sah la..kalu xcukup..xsah..maksudnya...takde wali...bukan muslim dan sebagainya..

harus difahami...wang hantaran bukanlah antara syarat sah nikah..cumanya..mungkin menjadi persoalan..haram k halal untuk menggunakannya...klu ikut apa yg saya belajar..klu kita tak tahu....dimaafkan..tp kalu lepas kawen..baru tahu...cara nak bersihkan..perbanyakkan sedeqah..
wallahu'alam...sebarang kelemahan dan kesilapan adalah dari diri saya
Quote
0 #8 SimpananHairie 2011-10-18 15:36
Salam Ustaz,saya ada satu soalan yang menjurus kepada simpanan.Adakah dibolehkan membeli emas menggunakan kad kredit melalui kad kredit bank islam?.Saya ingin menyimpan emas sebelum melangsungkan perkahwinan (maybe next 2 year) kerana itu salah satu cara yang membuatkan saya dapat menyimpan wang.Slalunya klu ada tunai kat tgn cepat habis.Klu boleh simpan pun sedikit sangat.
Quote
+4 #7 mas kahwin drpd asbain 2011-10-18 12:43
salam. nak tnye sah tk nikah if suami bg mas kahwin drpd akaun asb nya....kerana asb ni pun kan syubhah.
terima kasih.
Quote
+1 #6 masalah mas kahwinain 2011-10-18 12:29
assalamualaikum wbt uztaz.

saya ada sedikit kemusykilan. begini ya. saya telah berkahwin baru2 ni. dan suami saya menggunakan duit drpd asb utk mas kahwin saya. dengan pelbagai pendapat mengenai asb ni, adakah nikah saya sah kerana menggunakan mas kahwin drpd asb atau haram, atau tidak sah? sbb asb ni boleh dikira syubhah kan...

terima kasih.
Quote
+2 #5 YANG TERBAIKMM 2011-10-12 09:48
ustaz boleh beri panduan bank mana yang terbaik utk loan perkahwinan ni..
Quote
+4 #4 mas kahwinMOHD 2011-10-08 18:18
mas kahwin xmahal...tp masalahnya hantaran...melampau2 jugak mahalnya...
Quote
+1 #3 keluargaismet 2011-10-08 15:56
salam ustaz.
Apakah hukumnya seorang anak gadis (baligh),buat request pd seorang lelaki bukan mahram,utk jd rakan facebook.Dan apa hukumnya seorang anak gadis (baligh) menerima request dari seorang lelaki yg bukan mahram nya untuk jd rakan facebook.
Minta penjelasan ustaz.
Quote
+1 #2 Renungkan...=)Ariff Ar-Razi Ar-Riz 2011-10-08 12:09
perkahwinan sunnah yg mulia...=)
Quote
+14 #1 mudahkn jgn dipayahkn..zek 2011-10-08 08:10
In general, we're taking babystep dlm hal mempermudahkan hal perkahwinan. kdg2 nak suarakan pendapat pada ibu bapa nak bermudah2 dlm kurang perbelanjaan shj pun susah takut tersinggung. Kdg2 sama2 juga dgr kuliah agama tapi malangnya, applikasi dlm hal kahwin kurang menjadi. inshaAllah generasi akan datang, anak2 kepada generasi muda skrg akan lebih memudahkn urusan perkahwinan. menggalakkn anak2 kahwin awal menjauhkn perkara zina dan tidak megah2. Allahumma Amin.
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer Formula Contracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan Ibadat Riba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new  ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 87 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Bahasa Articles Masalah Belanja Kahwin Mahal