Politik & Dakwah Politik Islam & Dakwah Hina Islam, Lagu Kebangsaan & Negara Serentak !? (with video english)

Hina Islam, Lagu Kebangsaan & Negara Serentak !? (with video english)

  • PDF
(52 votes, average 4.00 out of 5)

Hina Negara & Islam Secara Terbuka ?

Buka berita asal Perbuatan tidak waras

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ffarlin@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Perbuatan seorang pelajar dari Muar, Johor, menghina lagu Negaraku dengan menyelit nyanyian rap untuk memburukkan negara dan umat Islam di negara ini dianggap tidak waras.

"Mungkin pelajar itu sebenarnya tidak waras walaupun berpendidikan tinggi. Sebab itu dia sanggup menghina lagu Negaraku.

"Ini kerana memang ada kes pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tidak waras walaupun dia belajar hingga ke peringkat universiti," kata tokoh sejarah, Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.

Bagaimanapun, beliau berkata, siasatan terperinci perlu dijalankan bagi mengenal pasti identiti sebenar pelajar yang berasal dari Muar, Johor, itu yang hanya dikenali sebagai ‘Namewee'.

Menurutnya, terdapat juga kemungkinan pelajar itu dibayar pihak tertentu yang sengaja mahu menimbulkan masalah.

Ini kerana ada segelintir orang memang sengaja mahu menimbulkan masalah dan penyiasatan yang dijalankan boleh mendedahkan identiti sebenar dan motifnya.

"Adakah dia dibayar untuk berbuat sedemikian? Ataupun adakah dia ini sebenarnya tidak waras walaupun berpendidikan," katanya.

Khoo berkata, kemungkinan juga pelajar itu mempunyai gambaran salah serta salah faham mengenai isu di negara ini.

"Memang ada antara isu di negara ini agak kompleks dan sesetengah orang tidak dapat memahaminya walaupun berpelajaran tinggi hingga tercetus masalah salah faham. Mereka mempunyai gambaran sendiri dalam pemikiran mereka.

"Untuk menerangkan kepada mereka mengenai isu itu secara terperinci adalah satu langkah yang membuang masa saja," katanya.

Bagi aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye, tindakan pelajar itu yang menghina lagu Negaraku sangat memalukan dan mengecewakan.

Beliau yang juga Naib Presiden Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), berkata sebagai rakyat Malaysia, sesiapapun tidak boleh menyindir atau memalukan negara dalam apa jua keadaan sekalipun.

Menurutnya, lagu Negaraku lambang untuk membuktikan taat setia rakyat kepada negara.

"Saya kesal kejadian seperti ini boleh berlaku, malah ketika kita bakal menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Umno, Ahmad Ikhmal Ismail, berkata perbuatan pelajar itu yang menyanyi lagu kebangsaan dengan selitan nyanyian rap dalam bahasa Mandarin serta menyindir kerajaan dengan perkataan kasar dan lucah, jelas menunjukkan sikap biadab yang melampau.

Katanya, pelajar itu perlu dikenakan tindakan setimpal mengikut Akta Lagu Kebangsaan supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain lagu Negaraku tidak boleh diperlekehkan.

Inilah budak yang membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia & Umat Islam

"Sebagai rakyat Malaysia, dia perlu berpegang kepada prinsip Rukun Negara dan mempunyai perasaan sayang pada tempat kelahirannya. Jika sudah tak sayang dengan negara ini, tak perlulah balik lagi.

"Serahkan saja kewarganegaraan dan tinggal saja di bumi asing. Sebaik terbaca laporan berita semalam, saya berasa sangat sedih, marah dan kecewa kerana ada yang sanggup hina negara sendiri," katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Ikhmal mahu tindakan dikenakan terhadap pelajar itu walaupun dia tidak ada dalam negara sekarang ini.

"Sebaik saja dia pulang, tindakan boleh dikenakan terhadapnya. Ini penting bagi memberi amaran pada yang lain supaya tidak bersikap biadab begini.

"Penggunaan Internet memang tidak dapat dielakkan tetapi ia perlu diterapkan dengan rasa tanggungjawab. Apa yang dilakukan pelajar ini amat biadab. Bukan saja kita perlu menyiasat latar belakangnya, kita juga perlu menyiasat keluarganya untuk mencari punca mengapa dia bersikap seperti itu," katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Indian Muslim Malaysia, Amir Hamzah Allapitchay, berkata jika pelajar terbabit dilepaskan begitu saja, ramai lagi golongan biadab tampil menghina negara dengan cara masing-masing.

"Orang seperti ini sama seperti pembelot negara. Mereka tidak ada perasaan sayang pada negara sendiri dan tak layak menjadi warga bumi bertuah ini. Apa yang lebih menyakitkan hati, pelajar itu boleh pula menulis dengan sinis dalam laman web itu meminta dia tidak disaman," katanya.

Muka depan akhbar ini semalam menyiarkan perbuatan seorang pelajar jurusan Komunikasi Massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, yang dikenali sebagai ‘Namewee' menyanyikan lagu Negaraku mengikut caranya sendiri dengan menyelit nyanyian rap dalam bahasa Mandarin.

Nyanyiannya boleh dilihat dalam video klip selama lima minit 32 saat di sebuah laman web, You Tube sejak pertengahan bulan lalu.

Selain memberi nama baru kepada lagu kebangsaan iaitu ‘Negarakuku', dia yang berusia 24 tahun menyentuh sensitiviti umat Islam dengan memperlekeh ibadat mereka dan sikap orang Melayu.

Dia turut menyindir anggota polis dengan mengamalkan rasuah serta merendahkan imej kakitangan kerajaan kerana didakwa lembap menangani urusan pelanggan.

Klip video itu memaparkan ‘Namewee' menyanyikan lagu berkenaan di sebuah bilik yang berlatarbelakangkan bendera Malaysia dengan diselang-seli imej masjid, umat Islam beribadat, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Beberapa imej yang dipercayai dicedok daripada iklan Tourism Malaysia sempena promosi Tahun Melawat Malaysia 2007 turut dipaparkan.

Pada akhir klip video berkenaan pula dipaparkan ayat yang berbunyi ‘Jangan sue saye, saye takde duit' (Jangan saman saya, saya tak ada wang).

KOMEN SAYA

Saya tidak dapat menahan diri dari melahirkan kemarahan saya kerana pemuda bernama Wee Meng Chee ini dengan suka hati menjadikan Islam, orang bertudung dan lagu kebangsaan sebagai alat gurauan dan sendanya. Ia JUGA MENGATAKAN SUARA AZAN DI SUBUH HARI SEPERTI SUARA AYAM BERKOKOK!!!Selain itu, ia juga begitu biadap mempermainkan lagu kebangsaan Malaysia.

Seorang bloggers iaitu roslan sms (http://n32.blogspot.com/ ) berkata :

"Menurut berita The Sun itu lagu rap Negaraku yang dibikin oleh anak Cina Muar ini mengandungi senikata lucah dan menghina masyarakat Islam, polis dan kakitangan awam. Saya sempat menonton video klip 5 minit 32 saat itu dan terus meminta rakan saya yang boleh berbahsa Mandarin untuk menterjemahkannya dan ternayata memang video klip itu penuh dengan senikata lucah dan penghinaan.

Kita mungkin tidak ambil pusing jika yang dihina itu adalah kerajaan, polis atau kakitangan awam (biarlah mereka mempertahankan diri mereka sendiri) tetapi apabila yang dihina adalah Islam, agama rasmi Negara maka saya kira tindakan anak Cina dari Muar ini sudah melampau dan perlu diambil tindakan. (Saya melihat dalam video klip itu gambar masjid dan orang sedang solat dengan diselangi gambar seekor ayam jantan, orang yang tidak faham Mandarin pun tahu apakah maksud si biadap ini).

Dengan demikian, saya amat berharap pihak berkuasa Islam dapat memainkan peranan dalam hal ini. Saya percaya bahawa lirik yang dinyanyikannya ada unsur perkauman dan mungkin juga terdapat unsur penghinaan keagamaan. Pastinya ia dikira hasutan kepada perpecahan terutamanya dibuat dikalangan rakan-rakannya di Taiwan juga.

Sebagai bukti, anda boleh buka di youtube, dan lihat apakah komen-komen orang tyang melihat video tersebut dari pelbagai bangsa. Mula muncul maki dan caci antara bangsa melayu dan cina disebabkan video budak ini. Bukanlah itu sesuatu yang bahaya dan sememangnya boleh dikira termasuk dalam akta hasutan.

Anda juga boleh mendengar dan melihat terjemahan english yang dibuat di sini. Bagaimanapun saya tidak pasti samada terjemahan ini tepat atau tidak.

 Anda juga boleh membaca dalam petikan akhbar berbahasa inggeris bagaimana pelajar biadap ini dengan sewenang-wenangnya menyatakan kononnya ia hanyalah satu luahan perasaannya kepada negara Malaysia, malah dengan suka hati ingin menyebarkan kepada rakan-rakannya di sana buat gelak ketawa mereka tentunya. 

Islam dan maruah lagu kebangsaan negara Malaysia tidak sewajarnya dijadikan bahan gelak ketawa dia dan rakan-rakannya.

Ajaran Islam

Islam mengajar umatnya adab agar tidak menghina dan mencerca pengamalan agama lain sebagaimana firman Allah SWT :-

ولا تسبوا الذين يدعون من دون الله فيسبوا الله عدوا بغير علم

Ertinya  : "Dan janganlah kamu mencerca mereka yang mengajak kepada selain Allah nescaya mereka juga akan mencerca Allah dalam keadaan permusuhan tanpa sebarang ilmu " ( Al-Anam : 109 )

Maka para ulama tafsir mentafsirkan maksud ayat di atas dengan kata mereka :- 

أي لا تسبوا آلهتهم فيكون ذلك سببا لأن يسبوا الله

Ertinya : Iaitu janganlah kamu mencerca tuhan mereka kerana ia akan menjadi sebab pula mereka mencerca Allah  ( At-Tashil Li 'Ulum At-Tanzil, 2/18 ;Tafsir Al-Bagahawi, 2/121)

Tetapi apabila orang dari agama lain mula menghina Islam dan pengamalan umat Islam yang bertetapan dengan ajaran agama. Ia amat serius dan boleh membawa kekecohan.

Saya amat mengharap agar pihak berkuasa meneliti dengan mendalam kesan rakaman itu disebarkan kerana ia mungkin mempunyai elemen hasutan untuk membenci negara sendiri dan juga agama Islam.

Sekian

 

Sekian

8 Ogos 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 10 guests

Komen Terbaru

You are here: Politik & Dakwah Politik Islam & Dakwah Hina Islam, Lagu Kebangsaan & Negara Serentak !? (with video english)