Politik & Dakwah Politik Islam & Dakwah Teknologi Tanya Hukum & Pandangan

Teknologi Tanya Hukum & Pandangan

  • PDF
(14 votes, average 5.00 out of 5)

Taip UZAR dan hantar ke 33221 :

Teknologi Tanya Hukum & Pandangan ?

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kewujudan laman web saya memberikan serba sedikit manfaat kepada umat Islam yang ingin mencari jawapan terhadap pelbagai soalan berkenaan Islam dan hukum hakamnya.

Taip UZAR & hantar ke 33221
 

Selain web site, zaharuddin yahoogroup juga telah mempunyai sekitar 1900 ahli dengan hamper 400 email dihantar setiap bulan kepada saya melalui group ini. Bagaimanapun pihak admin yang mengawal group ini adakalanya terpaksa men‘delete' beberapa email yang tidak memenuhi  piawaian khas kami. Forum saya yang sudah terbengkalai itu juga mempunyai  353 ahli berdaftar, banyak soalan-soalan yang tidak mampu lagi saya menjawabnya kerana kesuntukan masa.

Semua ini tidak lagi dicampurkan dengan mereka yang berjaya menembusi email peribadi saya dan mengajukan pelbagai soalan. Terus terang saya katakan, email soalan yang telah saya buka tetapi belum sempat dijawab adalah sekitar 2900 email.  Manakala sebahagian yang belum sempat saya buka berjumlah 850 email.

Selain itu, saya juga dihujani sejumlah sms ke handphone peribadi saya, ini bagi mereka yang mengetahui nombor telefon bimbit saya. Tidak kurang juga soalan melalui ‘shout box' di web site.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh setiap individu yang menghantar soalan, ada yang meminta jawapan segera, ada yang meminta dirahsiakan, malah tidak kurang juga ada yang marah-marah kerana soalan mereka tidak berbalas, ada yang merajuk, ada yang menuduh saya bacul kerana mendiamkan diri dan lain-lain.  Hakikatnya, saya tiada masa yang cukup..

Dengan fenomena soalan yang sedemikian rupa, menyebabkan saya menutup ruangan ‘contact us' di web saya agar saya boleh bernafas. Pun begitu, soalan demi soalan masih tidak henti-henti memasuki samada email, sms dan lain-lain.

Bukan Lari

Bukan saya ingin lari dari tanggungjawab untuk menjawab. Saya akur, sebagai manusia biasa yang juga bekerja ‘full time', berceramah di sana sini, kolumnis di akhbar dan majalah serta juga dalam proses menerbitkan buku; saya memang TIDAK MAMPU membantu anda semua dengan segera. Saya cuba sedaya upaya, tetapi adakalanya ia menyebabkan saya pening dan sakit kepala kerana membaca email yang terlalu banyak.

Sakit Kepala
 

Ada yang mencadangkan saya mengambil pembantu, atau membuat gabungan para ustaz..hmm, mencadang memang mudah, tetapi semua itu telah pun saya fikirkan dan mencapai jalan buntu disebabkan oleh pelbagai  masalah dan alasan serta perasaan rendah diri ‘tawadhu' ustaz-ustaz.

Masalah Bertambah Rumit

Masalah menjadi semakin rumit apabila terdapat juga di kalangan yang bertanya, jelas bukan untuk ilmu, tetapi ingin berdebat, berhujjah panjang lebar dan tidak kurang juga yang menghina dan mencemuh, tidak dinafikan juga yang memuji dan menghargai.

Bagi saya, ia perkara biasa, cuma yang ‘disadvantage' nya, ia membuang masa saya dari membantu individu yang benar-benar inginkan ilmu. Membuka email seperti ini menyebabkan masa saya habis begitu saja.

Kos Melambung

Selain email yang merugikan tadi, berpuluh-email masuk ke kotak sms saya minta nasihat itu ini, yang menghantanya termasuklah juga para ustaz yang saya kenali..bermakna bukan saja orang awam yang bertanya, malah ustaz-ustaz juga bertanya kepada saya. Hmm, maaf, saya kerap melewatkan jawapan kepada ustaz kerana bagi saya mereka mampu membuat rujukan sendiri, Cuma mungkin ia bermaksud untuk berbincang, Jika perbincangan yang diinginkan, sila telefon saya.

Keadaan ini menyebabkan bil telefon saya melambung beratus-ratus ringgit sebulan. Mana tidaknya, saya seorang menjawab, yang bertanya pula beratus-ratus orang..mereka bayar sekali sahaja, saya bayar berkali-kali.

PENYELESAIAN

Satu hari, tiba kepada saya email yang mencadangkan penyelesaian kepada masalah saya ini. Iaitu satu syarikat yang menawarkan perkhidmatan sms beserta sistem email computer untuk menjawab. Bagaimanapaun ia melibatkan kos kepada si penanya.

Saya bersetuju kerana system ini membantu saya untuk meletakkan priority dalam menjawab soalan yang diutarakan. Maka bermula minggu ini , saya akan mempunyai sebuah kotak SMS eletkronik. Bagi saya ia dapat menapis soalan-soalan yang diajukan kepada saya. Jika sebelum ini saya kelam kabut untuk menjawab berencam soalan dari pelbagai sudut, Kali ini sesiapa yang menghantar ke sistem ini akan saya berikan ‘priority' utama untuk saya jawab berbanding shout box, email, yahoogroup saya dan forum.

JUSTERU, JIKA ANDA INGIN BERTANYA KEPADA SAYA APA JUA SOALAN AGAMA, BOLEHLAH DI HANTAR KE, SILA TAIP :

UZAR TANYA  

dan kemudian diikuti dengan apa jua soalan anda sekitar 160 huruf atau lebih,dan hantarkan ke 33221 .

InshaAllah, saya akan pastikan saya menjawabnya..akan saya berikan prioriti utama untuk memberikan respond.

Setiap sms yang dihantar akan di caj 15 sen oleh syarikat telefon anda ( 100 % mereka ambil).

Manakala setiap SMS jawapan balasan akan di caj 50 sen. Jika saya menjawab dalam dua sms, maka caj yang dikenakan berjumlah RM 1.00. Saya akan cuba menjawab seringkas dan sepadat mungkin.

Sistem ini telah saya semak hukumnya, bagi memastikan tiada gharar, cuma harga mestilah saya nyatakan seperti di atas tadi. Kemudian, tiada caj akan dikenakan selagi mana saya belum menjawab. Bagaimanapun caj oleh penggubal sistem dan syarikat telefon iaitu 15 sen tetap akan dikenakan.

Dengan sistem ini saya dapat memastikan bahawa hanya individu yang benar-benar ingin bertanya sahaja akan sanggup menghantar melaluinya, dan ia juga dapat membantu saya mengurangkan kos ke atas saya untuk menjawab soalan-soalan yang pelbagai.

Selamat menggunakan sistem baru ini.

Taip

UZAR  TANYA

diikuti pertanyaan anda dan hantarkan ke 33221. Caj oleh syarikat telefon anda dan sistem adalah 15 sen setiap sms di hantar (caj biasa oleh syarikat telefon), 50 sen setiap sms di balas beserta jawapan.

 

Bagaimanapun, saya masih akan terus juga menjawab soalan-soalan di email, shoutbox dan lain-lain, cuma prioriti adalah soalan melalui 33221 ini. SAYA AKAN CUBA PASTIKAN MENJAWAB SOALAN YANG DITANYAKAN MELALUI SISTEM DALAM MASA 24 JAM. INSHAALLAH

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

26 Mei 2007



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 6 guests

Komen Terbaru

You are here: Politik & Dakwah Politik Islam & Dakwah Teknologi Tanya Hukum & Pandangan