Perbankan & Insuran Wujudkah Pinjaman Peribadi Secara Islam Yang Halal?

Wujudkah Pinjaman Peribadi Secara Islam Yang Halal?

  • PDF
(22 votes, average 4.64 out of 5)

PINJAMAN PERIBADI DALAM ISLAM?

 

Salam.

Wujudkah pinjaman peribadi yang mengikut syarak? Jika wujud, bagaimana untuk mengenali pinjaman peribadi yang halal? Apakah syarat-syaratnya?

Terima kasih.

JAWAPAN :

salam,

Ye wujud, tapi ia tidak dinamakan pinjaman peribadim sebaliknya "pembiayaan peribadi" kerana ia melibatkan proses aqad jual beli atau sewa dan bukannay pinjam meminjam.

Antara bentuknya, cuba buka web dubai islamic bank ini  http://www.alislami.co.ae/en/personalbanking_Ijarahservices.htm

Inilah bentuk pembiayaan peribadi terbaik menurut Shariah, iaitu ia menggunakan konsep berbeza, Ijarah (sewa), Murabahah dan lain-lain aqad yang specific menurut keperluan pelanggan, sebagai contoh, apabila pelangga ingin duit untuk bayar yuran univeristinya, maka pihka bank akan menyewa dari univeristi seat di univ dan menyewakan kepada anda. Atau contoh lain, anda ingin buat majlis kahwin di hotel, tapi budjet tak cukup, maka pergi ke bank, pihak bank akan sewa ball room itu, then bank akan sewakan kepada anda pula dengan harga yang berlainan ( iaitu campur untung untuk bank).

Tapi ia memerlukan pelanggan bersikap telus dan memberitahu tujuan diperlukan ‘cash' atau duit itu. Dengan cara ini, pihak Bank Islam dapat emmantau semua wang yang keluar untuk pembiayaan peribadi digunakan untuk tujuan yang menepati Sharaih sahaja.

Adapun, jika ia dirahsiakan, maka pihak bank tidak boleh membiayainya dengan cara di atas sebaliknya terpaksa menggunakan cara yang sedikit kontreversi (kerana terdapa perbezaan pandangan ulama tentangnya) di kalangan Ulama Shariah, iaitu dengan menggunakan kaedah, Bai Inah atau Bai At-Tawarruq. Tidak sempat pula saya ingin terangkan flow konsep ini di sini.

Bagaimana nak kenalinya ? ; mudah sahaja..semua Pembiayaan Peribadi secara islam mestilah di tulis 'i' iaitu huruf i kecil di nama produknya, untuk memaklumkan bahawa ia adalah produk secara Islam. Atau lebih, mudah, di highlightkan ia adalah pembiyaan secara Islam dan organisasi itu mempunyai Penasihat Shariahnya sendiri.

sekian

uzar

15 Jan 07

25 Zulhijjah 1427 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #32 pembiayaan peribadidaniel 2011-05-11 09:06
assalamualaikum ustaz,

soalan saya ialah: dalam menyediakan sistem pembiayaan peribadi berkonsepkan islam yg diperkenalkan oleh bank-bank islam dan bank2 yg menawarkan pembiayaan peribadi berkonsepkan islam, banyak bank-bank ini menggunapakai beberapa konsep seperti yg ustaz nyatakan diatas, tetapi apa yg saya lihat dan dapati, kebanyakan pembiayaan peribadi "i" yg ditawarkan tidak berlaku seperti yg ditawarkan, contohnya seperti konsep "jual beli", kebanyakan bank-bank yg menawarkan pembiayaan peribadi berkonsepkan islam ini memberi pinjaman dalam bentuk wang kepada peminjam. Dimana wujudnya konsep "jual dan Beli" apabila akadnya "jual-beli" tetapi perlaksanaanya diberi dalam bentuk wang????...adakah ini memenuhi konsep islam????didapati perlaksanaannya bertentangan dengan konsep itu sendiri.
Quote
0 #31 pembiayaan perumahanhaizan_342 2010-11-01 22:57
salam ustaz.bleh x trgkan tentang musyarakah mutanaqishah (MM) sebagai alternatif kepada Bai' Bi Thamin Ajil (BBA) dalam pembiyaan perumahan...???saya kurang faham lah...
ustz bleh blas dekat email syer : sutera_kaseh
Quote
0 #30 EnMuallim 2010-10-27 08:31
Salam UZAR,
jika pembiayaan peribadi untuk membeli rumah, apakah lebih mahal? masih terikat dgn BFR?
Quote
0 #29 bujangshah 2010-09-28 06:11
salam, sy nak tau macam mana nak buat pijaman perkahwinan di bank, dan bank apa yang boleh menberi pijaman,
Quote
0 #28 ntah la...??? 2010-07-10 21:03
bila laa comment ni nk d blas...UZAR mst tgh sbuk skrg...heehhee
Quote
0 #27 duat duit cara islamahmad 2010-07-07 09:26
Kepada sesiapa berminat membuat duit cara islam mari sertai saya. Company saya tengah memcari rakan niaga untuk kembangkan lagi company. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di 0176494998 en ahmad
Quote
0 #26 sekadar untuk kepastian..cikgu mie 2010-07-06 08:14
salam ya UZAR..
saya sebenarnya ingin bertanya status terkini sistem perbankan di malaysia setakat julai 2010 samaada ia masih sama seperti tahun tahun sebelum ini atau sudah ada cabang cabang lain yang mempunyai cara yang sah di sisi islam..khasnya dalam soal pinjaman peribadi bukannya pembiayaan peribadi..

ini kerana ada kawan kawan saya yang telah membuat pinjaman peribadi di bank islam berhad untuk tujuan perkahwinan mereka.menurut mereka cara pinjaman mereka adalah mengikut cara cara islam..pinjaman yang dibuat adalah berjumlah rm10ribu per 10 tahun.namun mereka hanya mendapat wang sebanyak rm9ribu lebih daripada pinjaman tersebut.kemudian mengikutnya lagi baki wang yang kurang tadi sebenarnya digunakan untuk beberapa perkara iaitu rm600 untuk cagaran dan akan dikembalikan semula kepada si peminjam di akhir masa pinjaman tadi di buat.rm200 lagi adalah untuk takaful.kemudian sejumlah wang lagi ada yang diambil sebagai upah pemprosesan dan mengurus pinjaman tersebut.kemudian jumlah akhir yang perlu dibayar oleh peminjam adalah rm11ribu.saya kemudian bertanya kenapa rm11ribu dan tidak rm10ribu seperti yang dipinjam,dia menjawab itu adalah kerana mengikut kadar pinjaman yang biasanya dikenakan.maksudnya kadar yang dikenakan oleh bank tersebut yang menyebabkan mereka perlu membayar rm11ribu.saya rasa UZAR faham maksud saya.selain itu kata mereka jumlah rm11ribu tadi boleh menjadi kurang sekiranya peminjam membayar semua pinjaman lebih cepat daripada tempoh masa yang ditetapkan.

saya kurang yakin walaupun mereka berkata memang ada akad yang menyatakan berapa yang mereka pinjam dan berapa yang mereka perlu bayar.

persoalannya ADAKAH LEBIHAN WANG YANG PERLU DIBAYAR ITU TIDAK DIANGGAP RIBA???
sepanjang pembelajaran saya dalam soal pinjaman peribadi ini SAYA TIDAK PERNAH MENGAKUI BAHAWA ADA PINJAMAN PERIBADI YANG MENGIKUT CARA ISLAM...jadi saya betul betul berharap UZAR mempu memberi sedikit panduan untuk saya terus berada di jalan yang lurus...
Quote
+1 #25 keluar dari pinjaman ribaaseliza 2010-03-17 15:53
salam ustaz...

kalau dah terlibat dalam pinjaman riba seperti PTPTN,pinjaman kereta atau apa-apa pinjaman yang ada unsur riba, macamna cara nak keluar daripadanya? terpaksa teruskan sampai habis atau bayar cash? nak bayar cash, kalau tak cukup duit,wat pinjaman peribadi daripada bank islam, wajar ke?
Quote
0 #24 Kontroversi???Shaheer Shahidan 2010-01-18 03:05
Assalamualaikum ustaz...

Saya ingin bertanya, dalam artikel ini, ustaz kata bai al-inah dan tawarruq ada sedikit kontroversi daripada ulama2. Jadi mcm mana? Adakah halal jika kita membuat pembiayaan menggunakan dua konsep ini?

Mohon penjelasan...wassalam...
Quote
+1 #23 Syarikat pinjaman berlesen cara IslamHASRON 2009-12-13 20:45
Assalamualikum...

Saya ingin membuka syarikat pemberi pinjaman wang berlesen.......

Soalannya......bagaimana nak uruskan cara islam ?

terima kasih
Quote
+1 #22 bank bsnluqman usoh 2009-11-10 18:36
salam ustaz. adakah bank bsn menawarkan pinjaman peribadi secara islamic?
Quote
+1 #21 Pembiayaan Untuk PelaburanGuru Muda 2009-10-26 18:20
Salam UZAR, bolehkah buat pembiyaan peribadi(islami c) untuk membuat pelaburan ( islamic )di mana - mana koperasi / institusi kewangan yang menawarkan pulangan tinggi ???
Quote
0 #20 TawarruqShaheer bin Shahidan 2009-04-01 07:27
Assalamualaikum ,

Saya minta jasa baik ustaz untuk terangkan secara mendalam tentang konsep tawarruq. Terima kasih.

Wassalam.

UZAR : tunggu huraiannya dalam buku terbaru saya terbitan telagabiru..inshaAllah
Quote
0 #19 Bank Sama Macam Along atau Ceti?Leesa 2009-03-03 05:29
Ada orang tulis di Metro yg bank semua adalah ceto atau along berlesen. Banyak caj tersembunyi dikenakan kpd peminjam. Banyak keraguan dan kredit kad pun dari bank sampai ramai dah senarai hitam. Kalau lambat bayar kena maki dan upah samseng tarik kereta.
Quote
0 #18 mrcasanova 2008-11-29 03:42
salam, saya nak tny al-rahji selamat ke klu saya nak buat pinjaman?? sbb saya ada kawan dan saya nak buat pinjaman macam kawan saya buat dgn al-rajhi.

UZAR : Al-Rajhi adalah bank berlesen di Malaysia dan produknya pula menepati Syariah dan mempunyai pensaihat Shariah yang berwibawa dalam bab kewangan dan fiqh muamalat. Rajhi juga adalah bank islam terbesar di dunia..

mengikut kefahaman saya, tiada maslaah untuk berurusan dengan mereka
Quote
0 #17 Guest 2008-06-07 03:59
salam,ustaz.boleh tak tolong siarkan tentang ptptn atau emailkan ke . saya udah cari banyak pendapat tapi tak begitu meyakinkan.tolong ustaz masa saya begitu singkat sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti nanti..
Quote
0 #16 maryam 2008-06-07 03:58
salam ustaz.boleh tidak ustaz terangkan tentang ptptn.saya kurang jelas adakah program ini bebas dari riba?
Quote
0 #15 aPiS 2008-06-07 03:54
untuk personal loan al-rajhi bank ok x ustaz? al-rajhi bagi 8.3% rate.. mcm byk jer dr bank2 lain.. ok ke ni?

UZAR : PERSONAL FINANCING KETIKA INI ( 6 JUN 08) MUNGKIN BANK MUAMALAT PALING RENDAH KOT..
Quote
0 #14 iskandar 2008-06-04 01:52
dulu ada skim qardhu hassan. semua bank ada. sekarang tak tau la sebab hampir semua yang ambik pinjaman tu tak bayar balik.

sekarang yang ada skim qardhu hassan (bagi hutang ikhlas) cuma YPEIM kut(tak pasti). tapi dia kasi untuk orang nak meniaga kecil2lan jerr

mengenai Ba'i Al-Innah

ia adalah satu strategem untuk menghalalkan pengambilan keuntungan dari harga asal melalui penangguhan.

dengan cara membeli dan menjual kembali dengan harga lebih tinggi.

para ulamak berbeza pendapat. ada yang kata boleh ada yang kata tidak boleh.

yang boleh kata sebab dalam islam tak de halangan utk ambik untung berapa byk

yang tak boleh kata sebab niat tu yang tak betul bukan jual beli tu yang salah.
Quote
0 #13 mohd zaim 2008-05-31 23:49
assalamualaikum ustaz, dapatkah ustaz terangkan skim pembiayaan kenderaan secara islam yang ditawarkan oleh Maybank
Quote
0 #12 shahrulrizal b abu bakar 2008-03-10 05:24
:-) assalamualaikum ..saya berminat untuk mengetahui pembiayaian peribadi untuk membuka perniagaan.sebelum kahwin saya ingin mempunyai perniagaan sendiri.jd saya berminat untuk tahu tentang pembiayaian peribadi.saya hargai kerjasama ustaz..
Quote
0 #11 zaki 2008-02-13 21:38
Asalamualaikum ustaz, boleh jelaskan secara lanjut berkenaan konsep Al Bai-Bhitaman Ajil yang diaplikasikan dalam produk pembiayaan rumah. Bagaimana pula kaedah yang digunakan untuk mengira jualan akhir dan pembayaran secara ansuran. Terima kasih.
Quote
0 #10 eirfansyamil@gmail.com 2008-02-03 19:06
Apakah hukumnya mengambil insuran prudential BSN Takaful, tidakkah kita terlibat memajukan Bank riba (Prudential)

UZAR : PANJANG ULASANNYA DAN SAYA TAK CUKUP MASA. KESIMPULAN, IA HALAL DAN TIDAK DIANGGAP MAJUKAN BANK RIBA.
Quote
-1 #9 minah buntu 2007-11-25 00:05
nk wat pinjaman sekarang susah sgt....... byk syarat dikenakan.tlg bg pendapat untuk dapatkan duit yg byk dlm jangka masa yg pendek
Quote
0 #8 areef 2007-11-22 01:45
as'kum syeikh Uzar..ana nk tanya, bagaimana boleh untuk ana tkr bank konvesional kpd bank yg mengamalkan sistem Islam dalam pinjaman kereta...utk pengetahuan Syeikh Uzar,kereta ana sekarang loan eon bank ana nk tkr kpd eon islamic bank..boleh ke?syakirin!
Quote
0 #7 hasbullah 2007-11-10 05:34
assalmualiakum ustaz...
saya nak buat pinjaman peribadi, tapi tak tau bank mana yang palig baik dari berbagai segi. saya adalah pekerja di sektor swasta. harap ustaz dapat menolong saya.
e-mail saya : .my
segala pandangan ustaz saya dahulukan dengan ucapan terima kasih...

KOMEN UZAR : BOLEH PERGI KE MANA BANK ISLAM DI MALAYSIA DAN DAPATKAN PEMBIAYAAN PERIBADI HALAL. SEKIAN.. SEMUA YANG HALAL BAIK. ADAPAUN YANG PALING BAIK, MAAF ITU ANDA PERLU MENGKAJI SENDIRI
Quote
0 #6 saifudin 2007-10-22 20:21
assalamualaikum ustaz.. saya ingin meminta jasa baik ustaz untuk menulis artikel lengkap mengenai bai' al-inah.

Bagi saya agak sukar mendapatkan maklumat mengenai bai'inah ini terutamanya di internet. sememangnya banyak laman web banyak menceritakan tentang bai inah tetapi hanya mengemukakan definisi sahaja. saya dan juga mungkin pembaca lain memerlukan maklumat :

1.apa itu bai inah
2.konsepnya
3.bagaimana transaksinya
4.perbahasan ulama
5.pengamalannya di malaysia
6.keharusannya berdasarkan konsep maslahah.
Quote
0 #5 anazaa 2007-10-19 19:14
salaam..

dear ADMIN,

bolehkah kiranya UZAR yg menjawab persoalan ini. artikel ini just satu tulisan tanpa hujah asas from al-quran and hadith. baca saja boleh, tp org yg jahil bab ekonomi mcm sy ni perlukan penjelasan lanjut..

dan saya percaya web ni dibuat utk ummat dpt lebih ilmu dan berfikir, bukan terima shj bulat-bulat.. or is it bcause this kotak is for 'comment', not for 'soaln yg perlukn jwpn yg patut'.. kalau mcm tu, sila informkn sy kat mana sy kena pi utk utarakn my doubt dan mendpt jwpn yg sewajarnya.. wallahua'lam..

ADMIN : JIKA NAK HUJJAH DAN DALIL SERTA LAIN-LAIN, SILA DAFTAR POST GRADUATE ISLAMIC BANKING AND FINANCE DIPLOMA DI UIAM

SEKIAN
Quote
0 #4 anazaa 2007-10-15 17:20
salaam..

dear uzar,

daripada artikel uzar mengenai loan @ pinjaman kewangan dlm islam, apa yg sy faham adlh bhw pinjaman dlm islam adlh berkonsepkan bantu membantu dan tidak boleh ada unsur untuk mencari keuntungan dalam islamic loan. namun begitu apa yg dinyatakan di atas, pinjaman peribadi yg dinamakan 'pembiayaan peribadi' tersebut melibatkan jual beli dgn pihak bank di mana akhirnya pihak bank akan menyewa kembali kpd pelanggan dgn harga berlainan dgn mengambil kira keuntungan bank. soalan sy:

1. adakah wujud sistem pembiayaan peribadi seperti ini di dalam islam; atau nama arabnya murabahah; kerana uzar tidak menyertakan apa2 hujah berdasarkan Al-Quran, sunnah atau pandangan ulama' muktabar yg sahih.

2. walaupun namanya ditukar kpd 'pembiayaan peribadi', namun begitu pada asalnya, sebab si pemohon memohon untuk pinjaman adlh krn pemohon berada dlm kesukaran dan memerlukan bantuan kewangan; seperti yg uzar sendiri kupaskan dlm artikel uzar mengenai islamic loan. oleh itu, jikalau dilakukan jual-beli, sy pasti harga yg dijual semula oleh pihak bank adlh lebih tinggi drpd hrga sebenar; seperti konventional business lah. sy rs ada yg tak kena di sini. asalnya pinjaman kewangan dlm islam adlh utk membantu mereka yg berada di dlm kesusahan, namun begitu jikalau pemohon terpaksa membyr dgn harga yg lebih tinggi drpd harga asal, seperti ada unsur penindasan. spt kata uzar,'hanya mereka yang mempunyai keperluan kewangan mendesak terpaksa pergi ke Bank bagi mendapatkan pinjaman untuk merawati masalah kewangannya'. jk mereka perlu byr lebih, ternyata berbau penindasan; w/pun akad ditukar menjadi satu jual-beli...

ust tlh terangkan mengenai riba'. riba' sifatnya adlh seakan2 golongan munafiq di mana amat sukar untuk mengesan kehadiran golongan ini.. nmpk amat2 serupa seperti seorang islam, namun di hatinya tidak mempercayai dan membenci islam. maka adlh amat pntg untuk clarify anything about this modern banking and finance as riba' is so widespread and so subtle. even sukar bagi sahabat2 rasul utk mengenali golongan munafiq apatah lagi kita di zaman ini.. sy takut sy tergolong dlm golongan yg dinyatakan dlm al-quran yg apabila dikatakan ini adlh riba', mereka menafikan dan menyatakan ia hanyalah satu urusan jual beli..

kindly please clarify on this matter. crucially important..

wallahua'lam..

ADMIN : JAWAPAN SEMUA SOALAN ANDA DAH ADA DALAM WEB INI, PERLU BERUSAHA MENCARI NYA, SEBAGAHIAN JAWAPAN ADALAH DALAM ARTIKEL INI JUGA.

SEKIAN
Quote
+1 #3 QUZIA ARISSA 2007-10-04 03:28
Assalamualaikum Ustaz,

Saya telah membuat pembiayaan kereta dengan Mybak menurut cara Islam. Apakah hukumnya?

Aakah masih halal kerana Maybank juga menyediakan pembiayan secara konvensional. Sebelum itu, saya ingin mengucapkan Terima Kasih banyak2 di atas usaha ustaz mewujudkan website ini kerana menyayangi umat Islam yang masih jahil dan tidak mengambil berat akan hukum ALLAH di akhirat nanti.

Semoga Allah memberkati kehidupan kita semua. Amin.

UZAR : YE , MAYBNAK BAHAGIAN ISLAMIK TELAH DIWAJIBKAN MEMPUNYAI MAJLIS SYARIHA, PENGERUSINAY ADALAH DATO' HARUSSANI ZAKARIA, BELIAU LAH YANG AKAN DIPERANGUNGJAWA BKAN DI AKHIRAT JIKA ADA YANG SALAH.

SEMUA SYARAT TELAH DIAMBIL KIRA. KESIMPULAN SEMUANYA TELAH DISAHKAN HALAL OLEH MAJLIS SYARIAH MAYBANK ISLAMIC. HANYA UTK YG ISLAMIC PRODUK SAHAJA
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 83 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Wujudkah Pinjaman Peribadi Secara Islam Yang Halal?