Perbankan & Insuran Teknik Dapat Duit Lebih dari Bank, Bolehkah?

Teknik Dapat Duit Lebih dari Bank, Bolehkah?

  • PDF
(5 votes, average 4.80 out of 5)

lokmanhi <lokmanhi@yahoo.com> wrote:

Assalamualaikum

Ustaz, saya ada kemusykilan ttg pinjaman rumah. Bolehkah pinjaman
rumah diambil lebih dari harga rumah sbgi contoh, harga rumah 100,000,
ambil pinjaman 150 ribu utk tujuan mendapatkan wang tunai yg digunakan
utk tujuan lain (sprti berniaga etc) atau utk renovate rumah & bayar
kos2 yg berkaitan pinjaman.
Jika dibolehkan, adakah wang tersebut boleh digunakan utk menunaikan haji?

Wasalam

wa'alaikumussalam,

Ada jawapan panjang dan ada jawapan pendek bagi soalan ini.

Oleh kerana kekangan masa, saya terpaksa memilih jawapan pendek sahaja.

1) Semua pinjaman perumahan yang dibuat dari bank konvensional adalah HARAM dengan dalil al-quran, as-sunnah dan persepakatan ulama semasa (sebab zaman imam syafie dulu tiada bank lagi).

2) Jika sdr maksudkan ingin mendapatkan pembiayaan perumahan dari institusi kewangan Islam. maka aqad yang akan diguna adalah aqad Jual beli. Dalam kes sdr, katalah nilai semasa rumah sdr itu RM 100,000.

Dalam proses perbankan Islam style Malaysia ( tetapi tidak diamalkan oleh timur tgh) .

Sdr akan membeli rumah itu dari penjual asal atau pemaju dengan hanya membayar 10 % sahaja (selebihnya hutang). Ini bermakna sdr telah membayar RM10 k,  manakala baki RM 90 ribu lagi akan sdr dapatkan dari bank Islam.

Dalam kes biasa, sdr perlu menjual pula rumah sdr tadi dengan nilai RM 90 k secara ‘cash' dan pihak bank kemudiannya akan menjualkan kembali rumah itu kpd sdr dengan harga pokoknya + untungnya ( RM 90 + 7.8 % kadar keuntungan - sebagai controh) dan sdr perlu membayar harga itu kpd bank dalam masa 25 tahun.

Baiklah, itu senario biasa di institusi kewangan malaysia yang diluluskan oleh majoriti ulama Shariah di Malaysia.

Dalam kes sdr , sdr nak lebih sikit, ini bermakna sdr perlulah menjual rumah itu kepada bank bukan dengan harga RM 90 K iaitu harga pasaran, tetapi RM 150 K.

Hal ini adalah harus dari sudut Islam, kerana sdr berhak utk menentukan harga kepada sesuatu barangan yang sdr miliki apabila ingin menjualnya.

Cuma dalam praktikalnya, mungkin agak susah kerana kebiasaannya pihak bank hanya boleh bersetuju dgn sesuatu harga setelah rumah itu di nilai harganya menurut "authorized valuer" . maka valuer biasanya akan meletakkan harga sebenar sahaja dalam laporannya, dan bank hanya akan mengikut harga yang diletakkan oleh valuer bila ingin membeli rumah itu dari sdr.

Justeru, sukar utk sdr mendapat harga yang jauh lebih tinggi dari harga sebenar rumah dari sudut praktikalnya, walapun dari sudut hukum, ia adalah harus selagi kedua-dua pihak bersetuju.

Isu gunakan duit lebihan untuk menunaikan Haji dan lain-lain

Adapun, pertanyaan berkenaan gunakan duit tu untuk renovate, Haji, umrah dan lain-lain. Jika ia adalah hasil dari transaksi yang sohih dari sudut Islam dari perbankan Islam, Maka ia adalah harta yang halal dan terpulang kepada sdr untuk menggunakannya, dan harus hukumnya.

Bagaimanapun, jika ia adalah hasil perolehan dari transaksi Riba dengan bank konvensional..maka seolahnya duit yang diperoleh itu juga samada haram atau syuhbat. Tatkala itu, tidak sesuai untuk menunaikan haji dengan duit yang diperolehi dari transaski Riba. Ini kerana baginda Nabi SAW menyebut " Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik"

Dan duit dari hasil transaksi riba adalah tidak baik.

sekian

ust zaharuddin

27 Nov 2006

http://www.zaharuddin.com/



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 5 guests

Komen Terbaru

You are here: Perbankan & Insuran Teknik Dapat Duit Lebih dari Bank, Bolehkah?