Pelaburan & Perniagaan 37 Web Skim Cepat Kaya Dipantau

37 Web Skim Cepat Kaya Dipantau

  • PDF
(25 votes, average 4.28 out of 5)

37 laman Web Skim

Cepat Kaya Dipantau

PETIKAN UTUSAN MALAYSIA 

KUALA LUMPUR 17 Mei - Pusat Keselamatan Siber Malaysia mengenal pasti 37 laman web yang dipercayai menawarkan aktiviti pelaburan skim cepat kaya melalui Internet berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai dalam tempoh dua tahun lalu.

Banyak Juga Yang Mendakwa Menawarkan Skim Halal, Padahal Tiada Kepakaran Dalam Kenalpasti Halal Haram
 

Antara laman web yang menawarkan pelaburan mencurigakan ialah www.carigold.com, www.cakapgold.com, www.jutawan.org, www.jomklik.com, www. gurumalaysia.com, www. wangcyber.com, e-bazaar2u. com dan www.bicarajutawan. com (Nota : Sebahagian dari nama ini seperti bicarajutawan, carigold & wangcyber hanyalah  forum bersembang sahaja, justeru pihak berkuasa perlu lebih serius sikit dalam mengkaji, kemungkinan kenyataan mereka ini berdasarkan laporan orang semata-mata sebelum membuat sebarang semakan terperinci, wallahu'alam. Yang pastinya pihak berkuasa semestinya mempunyai alasan tentang apa yang mereka senaraikan, justeru eloklah menghubungi mereka di nombor di bawah ini - ust zaharuddin )

Pemangku Pegawai Ketua Eksekutif pusat itu, Leftenan Kolonel (B) Husin Jazri berkata, orang ramai mudah tertarik dengan laman-laman web itu kerana ia kononnya menjanjikan pulangan lumayan dalam jangka masa singkat.

"Laman web skim pelaburan itu mendapat sambutan ekoran sikap para pelabur sendiri yang mudah terpedaya dengan tawaran dan janji manis yang tanpa disedari sebenarnya satu penipuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya bagaimana badan itu mengesan status sesebuah laman web itu sama ada ia mencurigakan atau tidak, Husin menjelaskan, pihaknya sentiasa membuat penyelidikan dan siasatan secara menyeluruh terhadap setiap aduan yang diterima.

Ujar beliau, skim cepat kaya menerusi Internet biasanya didalangi orang tempatan namun kebanyakan laman web yang menawarkan pelaburan itu menggunakan hos di luar negara.

"Orang yang ingin menipu sentiasa ada di mana-mana saja tidak kira ia dilakukan oleh rakyat tempatan atau orang asing," ujarnya.

Menurutnya, Pusat Keselamatan Siber Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dalam menguatkuasakan undang undang yang lebih berkesan.

Husin menambah, dalang skim cepat kaya Internet yang berjaya dikesan akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak terlalu tamak dan mudah terpedaya dengan skim-skim pelaburan di Internet.

"Jangan sekali-kali melabur dalam skim cepat kaya Internet. Orang ramai perlu bekerjasama dengan Pusat Keselamatan Siber Malaysia untuk membanteras kegiatan haram ini.

"Kalau betul-betul minat ingin melabur, orang ramai boleh mendapatkan pengesahan daripada pihak kami sama ada laman web berkenaan sah atau tidak sebelum membuat keputusan," katanya.

Orang ramai boleh membuat laporan berhubung laman-laman web yang mencurigakan dengan menghubungi Bahagian MyCERT di Pusat Keselamatan Siber Malaysia melalui talian 03-8992 6969 atau mengirim e-mel kepada cyber999@cybersecurity.org.my



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 17 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan 37 Web Skim Cepat Kaya Dipantau