Pelaburan & Perniagaan Tipu Dunia Akhirat : Komen Menarik Pembaca

Tipu Dunia Akhirat : Komen Menarik Pembaca

  • PDF
(8 votes, average 5.00 out of 5)

Berikut ulasan menarik seorang pembaca Harakahdaily. Saya rasa bolehlah dikongsi untuk pembacaan pelawat web saya.

sekian

UZAR

24 April 07

 

Antara PELABURAN dan PENIPUAN
Dihantar oleh Izo, on 21-04-2007 02:25
Fuh...letih baca komen2 drpd user.  
 
Apa yang ingin saya sampaikan pada kali ini... ialah.. mengenai pembongkaran aktiviti-aktiviti SCAM yang dilakukan oleh pelaburan internet ini. Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini... "Terus/Masih Membayar" bukanlah kriteria yang tepat untuk menentukan sama ada sesuatu pelaburan itu benar atau tidak. 
 
Apabila sebut tentang pelaburan.. banyak aspek yang perlu dilihat dan diambilkira! Bukannya hanya dinilai sama ada pelaburan itu boleh "bayar atau tidak?" sahaja. Itu adalah penilaian orang-orang yang kurang bijak. 
 
Ok.. mari kita lihat beberapa sebab mengapa pelaburan internet itu adalah satu penipuan. 
 
1) Tidak mempunyai lesen = TIPU 
 
Sebuah syarikat pelaburan yang sah perlulah mempunyai lesen dan berdaftar dengan mana-manabadan kewangan sesebuah negara. Lebih-lebih jika mereka ingin memungut deposit dari orang ramai untuk tujuan pelaburan. Tidak kiralah jika ia adalah syarikat dari luar negara atau pun luar dunia sekali pun, jika ia berhajat untuk memungut wang-wang deposit dari orang ramai yang berada di Malaysia. Ia perlulah mendapatkan lesen terlebih dahulu. 
 
Aktiviti memungut wang tanpa lesen adalah merupakan satu aktiviti haram (dari segi undang2) dan jelas ia adalah merupakan satu aktiviti penipuan. 
 
2) Pelaburan Luar Pantai, Minyak, Komoditi = TIPU 
 
Ini sebuah lagi penipuan yang dilakukan oleh website pelaburan internet. Di laman web mereka, mereka mendakwa bahawa, mereka melaburkan wang-wang pelabur ke dalam pasaran komoditi, luar pesisir pantai dan sebagainya. Jika benar apa yang mereka dakwa, mana laporan kewangan tahunan pelaburan tersebut?... surprise!! Takde pun! 
 
3) Pulangan Tetap 300% = TIPU 
 
Fuyoooooohh! Satu penipuan terhebat di abad ini. Warren Buffet, seorang pelabur terhebat di dunia pun hanya mampu memberikan pulangan wang sebanyak 34% setahun bagi pelaburannya, inikan pula.. entah sape2 yang langsung tidak dikenali boleh berikan pulangan wang 300% setahun? Kat mana dia laburkan duit itu yer? Offshore? Warren Buffet pun ada buat Offshore Investment.. tapi takde pun dapat sampai 300% setahun?... Oh! saya tahu... duit itu sebenarnya tidak dilabur kemana-mana pun.. duit itu hanya dipusing-pusingkan, duit dari orang bawah dibahagikan kepada orang atas.. alaa.. macam yang charles ponzi & pak man telo pernah buat dulu tu.. skim cepat kaya yang tipu-tipu tu.. 
 
4) Syarikat Pelaburan berpusat di US, Switzerland, Iran, Hongkong dan mana-mana negaralah, asalkan bukan Malaysia = TIPU 
 
Hampir semua pelaburan haram internet ini adalah di dalangi oleh orang2 malaysia sendiri. Jadi, sebab itulah skim-skim pelaburan ini hanya popular di malaysia. Orang-orang luar negara tidak tahupun tentang skim pelaburan tersebut. Bukti bahawa hanya orang Malaysia sahaja yang tahu mengenai skim pelaburan ini boleh kita lihat dari jumlah carian pelaburan tersebut di internet melalui google. 
 
Jadi, jelas disini, pelaburan internet itu hanyalah satu "SCAM" dan bukannya sebuah pelaburan yang betul. Dan apabila ia bukan sebuah pelaburan.. maka prinsip.. "Hanya labur apa yang anda mampu untuk hilang" dan kata-kata " Setiap pelaburan mempunyai risiko" tidak langsung boleh digunapakai. 
 
Sebabnya? Ia bukannya PELABURAN.. tetapi hanyalah sebuah PENIPUAN! 
 
Jauh bezanya tu.. cuba eja dan sebut PELABURAN & PENIPUAN.. kan jauh beza tu..



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Tipu Dunia Akhirat : Komen Menarik Pembaca