Pelaburan & Perniagaan Empay,SwissCash,Ebarrel,ABB Fund & Pelaburan Internet: Oleh Jabatan Mufti Perak

Empay,SwissCash,Ebarrel,ABB Fund & Pelaburan Internet: Oleh Jabatan Mufti Perak

  • PDF
(62 votes, average 3.77 out of 5)

BEBERAPA PERKARA SYUBHAH (MERAGUKAN )DALAM PELABURAN INTERNET.

Jabatan Mufti Negeri Perak

BERIKUT PETIKAN DARI KENYATAAN JABATAN MUFTI PERAK :-

 

LATAR BELAKANG

Sejak kebelakangan ini terdapat banyak persoalan hokum yang diutarakan memohon penjelasan mengenai hokum melabur dalam skim pelaburan di internet.

Banyak Syarikat Pelaburan mendakwa dan berjanji memberikan pulangan yang menarik kepada pelabur .Ternyata tawaran-tawaran ini telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan sehingga sengaja lupa atau terlupa soal halal dan haram dalam transaksi berkenaan

PENDAHULUAN

Oleh kerana terlalu benyak persoalan yang ditimbulkan mengenai isu ini dan telah membabitkan syarikat-syarikat yang berbagai namun apa yang menariknya pendekatan syarikat-syarikat ini hamper-hampir sama di antara satu sama lain samada ia menamakan syarikatnya swiss cash , em-pay, ABB Fund, Eaindex , Arabic Fund, buy barrel dan lain-lain yang mungkin banyak lagi akan muncul serta mungkin akan menggunakan nama-nama yang berbau "Islamik" untuk memancing wang-wang peserta, satu garis panduan umum perlu diketengahkan kepada masyarakat .

BEBERAPA PERKARA SYUBHAH (MERAGUKAN )DALAM PELABURAN INTERNET.

Garis panduan ini diharap dapat digunakan oleh masyarakat dalam membuat keputusan untuk terlibat dalam pelaburan berkenaan.

BEBERAPA LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH BAKAL PELABUR.

1. Pastikan jenis aqad secara jelas ketika memulakan urusan pelaburan/transaksi samada mudharabah , wadiah atau memberi pinjaman(al qardh) kerana setiap transaksi berkenaan mengandungi rukun-rukun dan syarat sah yang perlu dipatuhi agar ia sah dan diiktiraf secara syara' .

2. Bakal pelabur wajib menyelidiki sector perniagaan yang wang kita dilaburkan di dalamnya samada ia dilaburkan di dalam sector- sektor yang halal atau haram ataupun syubhah.

3. Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh bakal pelabur tentang potensi ia diperdaya atau ditipu malah tidak dilindungi oleh mana-mana undang-undang .Sering diistilahkan sebagai transaksi yang mempunyai unsur-unsur gharar.

4. Langkah yang paling mudah dan ringkas bagi mereka yang kurang memahami istilah dunia perniagaan jenis baru ini dan mengetahui status hukumnya ialah dengan menyelidik samada syarikat berkenaan mengandungi penasihat syariah ataupun tidak

.Jika syarikat berkenaan mengandungi barisan jawatankuasa pemantauan syariahnya maka para pelabur boleh terus berhubung dengan ahli-ahlinya jika berlaku apa-apa keraguan yang timbul .

SILA BACA KENYATAAN PENUH JABATAN MUFTI PERAK DI SINI

KENYATAAN JABATAN MUFTI PERAK BERKENAAN PELABURAN INTERNET

ATAU BOLEH BUKA DI SINI

WEB MUFTI PERAK

BEBERAPA PERKARA YANG AMAT MERAGUKAN DALAM PELABURAN-PELABURAN INTERNET.

Terdapat beberapa keraguan dalam pelaburan internet bila ditinjau dari keempat-empat perkara di atas .Atau dengan lain perkataan jika bakal pelabur mendapati bahawa terdapat perkara -perkara yang disebutkan di bawah dalam mana-mana pelaburan dengan memakai nama atau jenama sekalipun maka ia termasuk dalam perkara syubhat dan wajib dijauhi serta ada kalanya ia jelas haram

1. ISU AQAD

Hampir keseluruhan transaksi syarikat-syarikat ini menggunakan istilah pelaburan.Di dalam Islam pelaburan adalah dibenarkan dengan mematuhi segala syarat sah dan rukun-rukunnya.

Terdapat sekurang-kurangnya dua pelanggaran syarat sah pelaburan seperti yang telah ditetapkan oleh syara' iaitu

1.1 Ada jaminan dari syarikat sebagai pengusaha bahawa modal pelabur tidak akan berlaku pelupusan atau modal pelabur dijamin tidak akan rugi .Jaminan ini telah merosakkan aqad pelaburan .

Syarikat sebagai pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad amanah)terhadap modal yang diserahkan kepadanya .Bermaksud dia tidak perlu membayar gantirugi terhadap modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya kecualilah jika ia berlaku secara sengaja atau kerana kecuaiannya dalam melaksanakan tanggungjawabnya.Ini bermakna segala kerugian sepanjang pelaburan akan ditanggung oleh pelabur (bakal pelabur boleh merujuk secara mudah perkara ini dalam buku Kitab Feqh Mazhab Syafie jilid 7 halaman 1319 cetakan pertama 2

2005 ,prospecta printers sdn bhd -kitab ini adalah diterjemahkan dari kitab al fiqh al manhaji )

1.2 Kebanyakan syarikat pelaburan ini menawarkan jumlah tertentu serta menjamin pulangan atau keuntungan dalam jumlah yang telah ditentukan secara pasti sejak awal lagi. Sebagai contoh, jika anda meletakkan duit pelaburan sebanyak RM 10,000 bagi tempoh 5 bulan, anda pasti akan diberi pulangan dengan jumlah tertentu (seperti RM 5,000)

Jaminan ini tidak menepati syarat kontrak pelaburan dalam Islam.Disyaratkan keuntungan setiap pihak mestilah ditetapkan pada kadar tertentu bukan pada jumlah yang tertentu.Maksudnya , hasil yang bakal diperolehi akan dibahagikan mengikut peratus tertentu , contohnya 25% ,50% atau sebagainya.

Kontrak pelaburan tidak sah jika kadar keuntungan yang bakal diperolehi oleh salah satu pihak samada pelabur atau pengusaha (syarikat)ditentukan menurut jumlah tertentu .Contohnya , syarat tersebut menyatakan salah satu pihak akan menerima RM 1000.00 daripada keuntungan atau jumlah tertentu . (bakal pelabur boleh merujuk secara mudah perkara ini dalam buku Kitab Feqh Mazhab Syafie jilid 7 halaman 1317-1318 cetakan pertama 2005 ,prospecta printers sdn bhd -kitab ini adalah diterjemahkan dari kitab al fiqh al manhaji )Seperti juga dengan dijanjikan amaun tertentu akan didapati dalam tempoh tertentu seperti dengan melabur RM 1,000 dalam masa 10 hari akan menerima RM 100.00

Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang menyebut :

أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

1.3 Jika kontrak yang dibuat bukan aqad atau kontrak mudharabah adakah ia mungkin aqad atau kontrak memberi pinjaman.Kalau pun ia aqad atau kontrak memberi pinjaman , ia tetap haram kerana wang yang bakal dikembalikan oleh syarikat berkenaan akan beserta dengan amaun atau jumlah tambahan terhadap jumlah modal pinjaman dan bayaran dilakukan secara bertangguh dan kadar lebihan wang berkenaan telah ditetapkan dari awal lagi.Ia dinamakan riba yang diharamkan oleh Islam.

2. ISU DI MANA WANG KITA DILABURKAN.

Bakal pelabur mesti berusaha untuk mengetahui di manakah wang mereka dilaburkan.Jika ia dilaburkan di tempat-tempat yang diharamkan seperti sector yang bersangkutan dengan arak, pelacuran , perjudian ,instrument riba dan apa juga perkara yang jelas haram atau,maka pulangan dari pelaburan itu adalah haram.

Apabila penelitian dibuat terhadap syarikat-syarikat berkenaan di dapati mereka mencampuradukkan antara pelaburan -pelaburan halal seperti minyak dan sebagainya dan juga pelaburan-pelaburan yang haram dan syubhat seperti perniagaan mata wang .

Jawatankuasa Syariah Negeri Perak pernah mengeluarkan keputusan bahawa forex(perniagaan matawang ) yang dibenarkan dalam syariah ialah perniagaan pertukaran matawang yang berlaku (taqabudh) serah menyerah semasa transaksi berlaku seperti pertukaran wang asing semasa keluar negeri kerana ia merupakan keperluan untuk berurusniaga di negara berkenaan.Jika tidak berlaku serah menyerah pada waktu yang sama seperti serahan bertangguh maka transaksi itu adalah tidak dibenarkan dalam syarak berdasar kepada hadith Rasululullah SAW yang bermaksud

Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan) , perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( HR Muslim)

Jika ada syarikat atau individu yang mendakwa Jabatan ini mengeluarkan apa-apa sijil kebenaran perniagaan matawang , maka dakwaan berkenaan adalah tidak benar .

3. ISU POTENSI PELABUR DITIPU (GHARAR)

Kebanyakkan Syarikat hanya mendedahkan indentitinya serta aktiviti perniagaannya hanya melalui internet dan segala perjanjian hanya melalui internet .Para pelabur dengan penuh kepercayaan mungkin kerana tersilau dengan janji pulangan atau sekadar mencuba langsung tidak memikirkan di mana nasib duitnya kalau syarikat berkenaan menutup laman webnya dan tidak memikirkan undang-undang apakah yang akan melindungi haknya di mahkamah.

 

Mungkin ada yang beralasan sekadar mencuba nasib dengan melabur dengan jumlah yang sedikit tetapi hakikatnya wang yang sedikit itu juga adalah amanah Allah yang wajib kita jaga dan tetap dipersoalkan semula .

Dalil pengharamannya adalah dari hadith Nabi SAW

Ertinya : "Nabi SAW melarang dari berjual beli dengan kewujudan Gharar" ( Riwayat Muslim )

 

4. ISU PANEL SYARIAH

Panel Syariah dalam sesebuah syarikat sangat berperanan menentukan segala perjalanan transaksi samada ada menepati kehendak syara' ataupun tidak .Sepaling tidak pun kita bersandar kepada kepakaran mereka menentukan halal ataupun tidak urusniaga itu.

Syarikat-syarikat pelaburan internet tidak mempunyai panel syariahnya tersendiri , oleh itu bagaimanakah kita dapat memastikan perjalanan urusniaga syarikat ini bertepatan dengan syara'.

Terdapat beberapa laman web syarikat berkenaan yang interaktif .Pelabur boleh bertanya persoalan dimana tempat -tempat wang kita dilaburkan dan akan dijawab oleh laman web berkenaan bahawa ia tidak melabur ditempat-tempat yang diharamkan.Persoalannya badan manakah dan siapakah yang akan memastikan apa yang dijelaskan itu benar ? Maka di sinilah peranan panel syariah yang diwujudkan dalam mana-mana syarikat kewangan.

APA SIKAP KITA TERHADAP PERKARA YANG SYUBHAT (MERAGUKAN)?

Dalam menghadapi isu-isu syubhat , Islam sangat menuntut umat Islam meninggalkan perkara-perkara yang meragukan kepada perkara yang meyakinkan berdasar kepada hadith - hadith Rasulullah SAW:

Ertrinya : Daripada Abu Muhammad al Hassan Ali bin Abi Talib , cucu Rasulullah SAW dan penawar hati baginda .Beliau berkata :Aku menghafal daripada Rasulullah SAW :Tinggalkanlah apa yang meragukan kepada apa yang tidak meragukan.

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan An Nasai .Imam Tirmizi telah berkata :Hadith ini hadith hasan Sahih)

Dalam hadith yang lain Baginda SAW menyebut :

لاق امهنع للها ىضر ريشب نب نامعنلا للها دبع ىبأ نع : للها لوسر تعمس لوقي ملسو هيلع للها ىلص : تاهبتشم رومأ امهنيبو نيب مارحلاو نيب للاحلا نإ سانلا نم ريثآ نهملعي لا , هضرعو هنيدل أربتسا تاهبشلا ىقتا نمف , نمولا لوح ىعري ىعارلاآ مارحلا ىف عقو تاهبشلا ىف عقو عتري نأ كشوي ىمح اذإ ةغضم دسجلا ىف نإو لاا همراحم للها ىمح نإو ىمح كلم لكل نإو لاا هيفبلقلا ىهو لاا هلآ دسجلا دسف تدسف اذإو هلآ دسجلا حلص تحلص

Daripada Abu Abdullah an-Nu'man bin Basyir r.a katanya:"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram.Seperti pengembala yang mengembala di sekitar kawasan larangan ,dibimbangi gembalaannya akan meragut makanan di dalam nya .Ketahuilah sesungguhnya bagi setiap raja itu ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah perkara-perkara yang diharamkannya .Ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia ada seketul daging , apabila ia baik , maka baiklah seluruh jasadnya .Apabila ia rosak , rosaklah seluruh jasadnya , ketahuilah bahawa seketul daging itu adalah hati.

(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Hadith ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam kitab "iman' pada bab siapa yang membersihkan agamanya ,juga dalam kitab jual beli , Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab jualbeli dalam bab mengambil yang halal dan meninggalkan syubhat.

Rasulullah SAW bersabda:

نابتسا ام عقاوي نأ كشوأ مثلإا نم هيف كشي ام ىلع أرتجا نمو

Sesiapa yang berani melakukan dosa yang diraguinya , hamper-hampir dia akan melakukan dosa yang jelas (Hadith Riwayat al Bukhari )

Dalam satu riwayat

رسجي نأ كشوي ةبيرلا طلاخي نم

Sesiapa yang bergelumang dengan perkara yang diragui hamper-hampir ia akan berani melakukan perkara yang jelas haramnya.

DI MANAKAH SEPATUTNYA WANG KITA LABURKAN

Wang kita sepatutnya dilaburkan di tempat-tempat yang benar-benar halal kerana kadang-kadang isu pelaburan di internet dibincang dengan dilatari dengan ketamakan dan haloba kita kepada harta tanpa memikir soal syubhat atau tidak dan diburukkan lagi dengan sentiment emosi seperti tuduhan berdengki apabila melihat orang lain kaya dan sebagainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya menjadi kaya raya namun mestilah kekayaan itu diperolehi secara halal , dibelanjakan secara halal , tidak sombong dengan kekayaan yang ada dan menunaikan tanggungjawab social dan agama menerusi hartanya.

Para pelabur boleh mencari tempat-tempat pelaburan yang sah mengikut syara' dengan meneliti laman web berikut

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=279&Itemid=72

http://www.investaaa.com/

http://www.albaraka.com/index.htm

Anda boleh membeli saham-saham atau melabur di saham amanah islam di tawarkan oleh mana-mana Bank Islam, Institusi Kewangan dan lain-lain Syarikat yang menawarkannya dengan syarat ia diktiraf sebagai Saham Amanah Islam. Selain itu boleh juga membeli ‘Islamic bond' atau Sukuk' yang diiktiraf menepati Shariah oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti, untuk info lanjut sila buka:-

PENUTUP

Mudah-mudahan sama-sama kita berdoa kepada Yang Maha Pemurah agar dengan panduan ringkas ini dapat memberi sedikit kefahaman kepada kita mengenai beberapa perkara yang paling asas berkaitan isu-isu yang meragukan dalam bentuk urusniaga pelaburan diinternet dan dicadangkan beberapa tempat pelaburan yang diyakini dapat menyelamatkan kita dari bergelumang dengan perkara-perkara syubhat.

 

KOMEN UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

Alhamdulillah, kini kebenaran semakin terserlah, Jabatan Mufti Perak juga mengambil hujjah-hujjah yang diutarakan oleh saya dan juga menceduk beberapa teks dari web saya. Moga ia dapat membantu umat Islam seluruh malaysia khasnya.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 9 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Empay,SwissCash,Ebarrel,ABB Fund & Pelaburan Internet: Oleh Jabatan Mufti Perak