Pelaburan & Perniagaan Pelaburan Internet: Ulama Kita Terlambat Lagi! (Harakahdaily)

Pelaburan Internet: Ulama Kita Terlambat Lagi! (Harakahdaily)

  • PDF
(75 votes, average 4.43 out of 5)

Pelaburan Internet: Ulamak kita terlambat lagi!

PERHATIAN : TULISAN INI ADALAH TULISAN 'ANAK MURID TOK GURU' DAN SAYA COPY DARI HARAKAHDAILY.NET DAN DIEDIT UNTUK DIMUATKAN DI WEB SAYA. ISI KANDUNGAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PERSETUJUAN SAYA.

Saya tak sempat memberi sebarang komen tentang isi kandungan tulisan ini dan yang sebelumnya. Cuma saya nak tegaskan fitnah yang dibuat dalam salah satu isi kandungan komentar yang mengatakan saya pernah kerja di bank riba. Bila dan apa bank nya ? ..Saya hanya bertugas di RHB ISLAMIC Bank Berhad sebelum ini. ia adalah sebuah bank Islam 100 % , ia bukan RHB Bank. Ia adalah dua lesen berbeza. Sila buka www.rhbislamicbank.com.my , semua modal dan operasinya telah disahkan oleh Majlis Penasihat Shariahnya. Jika anda mempertikaikan modalnya bercampur halal dan haram, maka anda perlu baca artikel ini , jika anda masih tak faham macam mana akaun di bahagikan dan operasi di bezakan, sila baca artikel ini . Jika anda tak faham juga, ia terpulang kepada anda - Ust Zaharuddin Ab Rahman

Anak Murid Tok Guru
Sun | Mar 18, 07 | 02:33:31 PM

Berbincang
 

Saya agak terkejut apabila membaca tulisan seorang pembaca bertajuk "Selagi Nik Aziz, Hadi tak fatwa pelaburan internet, aku anggap halal!"

Bermain-main di fikiran saya, masakan pendokong gerakan Islam boleh berpandangan begitu sempit sehingga hanya bersedia menerima kebenaran selepas memastikan kebenaran itu datangnya daripada orang-orang yang berada dalam kumpulannya semata-mata.

Bersama Sheikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah, Ulama Shariah & Kewangan Dunia ( Selepas Mesyuarat Shariah di Doha, Qatar )
 

Walhal, sebagai umat Islam yang prihatin, kita semestinya akur dan taat dengan kebenaran, meskipun ia datang daripada musuh kita, apatah lagi jika yang bersuara itu merupakan sahabat-sahabat kita juga. Justeru, bukan siapa yang membawa kebenaran itu yang penting, malah kita wajar berterima kasih kepada sesiapa saja yang sudi "menghadiahkan" kebenaran kepada kita.

Bukan suatu hal yang asing lagi bahawa ramai di kalangan aktivis gerakan Islam terpesona dengan tawaran "mewah tetapi mudah" yang dibawa oleh pelaburan internet yang tidak diketahui hujung pangkal halal-haramnya. Mungkin ada yang berpendapat, "sudah lama aku susah dan miskin, kini tiba masanya aku meraih nikmat orang berduit dengan cara mudah".

Pelik dan aneh memikirkan bagaimana pelaburan internet ini tiba-tiba saja mendapat sambutan hebat walhal tanpa perlu kita menyiasat lebih dalam, hati kecil kita pasti tertanya-tanya, apakah jenis pelaburan sebegitu rupa tidak terdedah kepada hal-hal yang meragukan, syuhbat? Masakan keuntungan mengalir dengan begitu mudah dan berlipat kali ganda pula, tanpa perlu melakukan apa-apa usaha niaga.

Ada orang terlalu berkira halal-haram sebelum melabur dalam sesuatu saham amanah, atau sebelum membuat pinjaman kereta atau rumah, tetapi apabila dipengaruhi untuk melabur dalam skim di internet, yang dipersoalnya bukan status halal-haram tetapi adakah skim itu menipu atau tidak sahaja.

Sebab itu menjadi fenomena biasa hari Jumaat apabila iklan atau risalah pelaburan internet ini disebarkan di setiap masjid, malah ada para jemaah yang ghairah bersembang mengenainya, sibuk menghitung untung, selepas selesai solat berjemaah, di dalam kawasan solat di masjid!

Bersama Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli di Jordan, Selepas Menghadiri Kuliahnya.
 

Kajian Ustaz Zaharuddin seperti dapat kita akui mengikuti akhbar harakah dan laman webnya tidak semestinya tidak boleh disanggah. Tetapi janganlah kerana beliau bukan pemimpin PAS, ataupun ulamak yang setanding dengan sarjana Islam tersohor, maka kajian beliau diketepikan begitu saja. Saya sendiri terdengar pandangan yang memperlekehkan Ustaz Zaharuddin sedangkan penemuan kajiannya tidak didebatkan secara ilmiah.

Lebih sedih lagi apabila ada yang bimbang menyuarakan pandangan takut-takut PAS rugi apabila pelabur yang terkilan itu tidak lagi menyokong parti kita. Sedangkan sepatutnya kita yang mengetahui hukum pelaburan internet itu, atas misi menyelamatkan saudara seakidah kita, menasihati mereka agar segera menghindari perkara-perkara haram kerana hasil rezeki yang haram akan disambar api neraka.

Ulamak-ulamak pula perlu tangkas dan pantas menangani masalah halal-haram yang berkaitan dengan sumber rezeki, yang darinya anak-anak dan isteri kita membesar. Bayangkan, bukan senang hendak membersihkan punca pendapatan daripada sumber yang haram itu apatah lagi jika jumlahnya sudah melimpah-ruah. Satu jihad juga untuk pelabur-pelabur mengasingkan duit haram itu walaupun sudah ada panduan jelas bagaimana melakukannya.

Bersama Guru-guruku Yang Berjasa : dari kiri saya (Sheikh Prof. Dr Abd Malik As-Sa'di, Sheikh Prof Dr Muhammad Uqlah El-Ibrahim, Prof. Madya Dr Zakariya al-Qudah & Sheikh Prof. Dr Abd Nasser Abul Basal)
 

Bukankah ulamak-ulamak mempunyai kaedah lebih mudah untuk memutuskan pelaburan internet itu haram atau harus kerana Ustaz Zaharuddin sudahpun membuat kajian terperinci. Saya yakin Zaharuddin bersedia memberikan kerjasama kepada PAS sepertimana beliau memberi penjelasan secukupnya kepada persidangan Majlis Fatwa Negeri Perlis, yang kemudiannya memutuskan pelaburan internet seumpama Em-Pay, Swiss Cash dan sebagainya adalah haram. Bukankah wawancara panjangnya dengan Harakah membuktikan Zaharuddin bersedia berbuat begitu?

Bersama Sheikh Dr Solah Al-Khalidi, Ulama tafsir terulung di Jordan. Selepas Kuliah Talaqqi Tafsir & Aqidah

Berikut saya rakamkan semula surat pembaca "Pencinta Kebenaran", Kajang, Selangor, yang dimuatkan dalam detikdaily itu sebagai renungan bersama:

Dr Haron Din sudah bagi pandangan, Majlis Fatwa Negeri Perlis pun sudah, sebelumnya anak muda Zaharuddin Abdul Rahman yang memulakan kontroversi mengenai pelaburan di internet (sebenarnya bagi saya, Zaharuddin bukan mencetuskan polemik ini kerana beliau cuma bersuara selepas melihat kecelaruan dalam masyarakat, termasuk golongan agama untuk menghalalkan benda-benda, yang kalaupun tidak haram tetapi syubhat).

Tapi ramai yang marah-marah, mengungkit siapa itu Zaharuddin, apa latar belakangnya, dia pun bekerja dengan bank riba satu masa dulu! Lalu cerita buruk tentang Zaharudin pun keluar bagi menggambarkan pandangannya bahawa beberapa skim pelaburan internet itu haram adalah diragukan.

Selepas Perbincangan Empat Mata Dengan Sheikh Dr Yusof Al-Qaradawi di Jordan.
Peliknya, pihak yang tidak bersetuju dengan Zaharuddin tidak pula membawa hujah konkrit tetapi hanya menyelitkan unsur emosi dan sentimen. Saya sendiri tidak pernah mendengar satu alasan kukuh untuk menyanggah pendapat Zaharuddin, yang sebenarnya disokong kuat oleh Jakim dan Mufti Perlis. (Pastinya ramai lagi yang akan sindir Zaharuddin bila mendapat tahu Mufti Perlis pula yang menyokong pandangannya).

Soal halal haram tidak boleh dibuat main, apatah lagi ia menyentuh soal makan minum kita anak beranak, juga sumber untuk membeli kereta, rumah, membiayai pendidikan anak-anak, tidak terkecuali belanja menunaikan umrah dan haji. Apa jadinya jika wang yang kita perolehi itu datang daripada sumber yang haram, atau dalam kes ini, kalau dikatakan belum ada fatwa, boleh digolongkan dalam syubhah.

Ada orang kata, "Aku selagi Haron Din tak kata haram, setakat Zaharuddin itu, aku tak heranlah." Pelik memikirkan kenapa sampai jadi begitu sekali. Sebenarnya orang itu sudah melabur dan mendapat banyak keuntungan, dia hanya mencari daleh untuk membenarkan tindakannya, dan kita sendiri dapat membayangkan bagaimana kalau kita sendiri, yang boleh raih untung beribu sehari, tiba-tiba diberitahu pelaburan kita itu haram. Besar dugaan untuk menerima hukum sebegitu rupa kalau iman tak kuat di hati.

Wabak pelaburan internet ini juga sedang melanda hebat ahli-ahli gerakan Islam, termasuk PAS. Maka menjadi tanggungjawab yang segera kepada pimpinan ulamak PAS untuk membincangkan hukum bisnes caca-marba itu. Jika tiada, siapa akan tanggung dosa apabila "pelabur-pelabur" itu berkeras mengatakan: "Selagi Nik Aziz dan Ustaz Hadi tak beri fatwa, aku akan terus melabur!"


Jumlah dilihat: 3508 |
Cetak | Emel
Komen oleh (10) Pembaca

KOMENTAR PEMBACA

 

 

Nak Seribu Daya...
Dihantar oleh IbnuBakrin Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 20-03-2007 10:30

Mengapa perlu babitkan PAS dalam hal ni..,yang perlu dipersalahkan ialah Majlis Fatwa Kebangsaan,Jakim,Yadim,Majlis Mufti dan institusi2 seumpamanya. 
Yang kata.." Selagi Nik Aziz dan Ustaz Hadi tak beri fatwa, aku akan terus melabur!" ...sebenar nya cuba meng'kambing-hitam'kan orang lain demi kepentingan peribadi. Nik Aziz dan Ustaz Hadi mana boleh bagi Fatwa, lebih-lebih lagi PAS...'perangkap' tu..jaga-jaga.., 
Ustaz Zaharudin dan Jakim dah bagi pandangan..Majlis Mufti Perlis dah bagi fatwa...so..apa lagi..? 
Fahami hujah-hujah yang dikemukakan dan sumber rujukan, sekira nya sahih dan tepat terima ajelah, tak kira lah siapa yang bercakap. 
Percanggahan pendapat dengan MAZA sebelum ini bukan lah kerana batang tubuhnya, tetapi beberapa tindakannya tidak tepat, lebih-lebih lagi dari sudut pendekatan, keutamaan dan kesesuaian sasaran, nasa dan tempat. Bukan nya dari sudut ilmiah ( dalil, hujah dan rujukan)

Hukum Pelaburan Internet
Dihantar oleh Azahari Hussein Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 20-03-2007 10:29
Hukum telah diputuskan berdasarkan rujukan Quran dan hadis. Tidak timbul soal siapa tetapi mahu atau tidak mahu mematuhi hukum. Pandangan mengatakan tunggu fatwa dari tuan guru Haji Hadi dan Nik Aziz adalah usaha menghalalkan cara.Suatu yang jelas haram tetap haram.Jadi pendokong Pas apa lagi ditunggu jika ada kembalilah ke pangkal jalan.Biar hilang wang jangan hilang pedoman beragama.Samalah juga isu merokok haram, sekalipun tuan guru menekankan lagi betapa haramnya merokok dari pelbagai sudut, kalau ahli degil dan tak ambil peduli maka ianya seperti menyiram air di atas daun keladi.

zaharuddin bukan pemimpin pas
Dihantar oleh islam Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 20-03-2007 10:20
mmg ust zaharuddin bukan ahli pas,tapi hak peribadi dier undi siapa mana kita tau?

Sokong Zaharuddin
Dihantar oleh ArRijal Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 20-03-2007 10:19

Terlebih dahulu saya ingin sampaikan ucapan terima kasih dan tahniah kepada saudara Zaharuddin yang berani dalam menyampaikan berita tersebut dangan telus. Syabas kerana anda adalah bakal pemimpin yang berani. Sifat keberanian itu telah terserlah semasa anda memimpin GAMIS lagi. Saya yakin Tok Guru dan Tuan Guru juga bersetuju dengan saudara. Wahai pelabur internet, marilah kita sama-sama buka minda sambil mempelajari ilmu Muamalat. Saya yakin selepas itu anda semua akan memahami apa yang dijelaskan oleh saudara Zaharuddin itu adalah betul. Janganlah kita mudah kelabu mata dengan habuan wang ringgit kalau ianya datang dari arah yang bertentangan dengan naluri keimanan kita. (minta maaf cakap) Harta dunia seperti wang ringgit boleh buat orang yang berjubah serban tebal pun akan terbang habis itu semua kalau tak kena gaya. Malah yang dok mengaji setiap hari pun boleh hanyut inikan pula yang 'zero' ilmu rohaninya. Ada seorang ustaz (otai) yang mengajar tempat saya pun awalnya masuk juga tapi dah terkena dan sudah insaf. Kini sedang berusaha untuk menyelamatkan saudara yang lain agar tidak terkena. Jadi saya rasa tak payahlah tunggu fatwa dari Haji Hadi atau Nik Aziz kerana bila mereka berdua buat kenyataan tentu akan dipandang serong dan berkepentingan politik. Kita terimalah walaupun ianya datang dari seorang budak kecik selagi ada rujukan AlQuran dan Hadith. 
Wallau'alam.

jangan biarkan masyarakat keliru
Dihantar oleh ahismail83 Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 20-03-2007 10:01
Assalamualaikum wrt wbt  
 
Apa yang diperkatakan di atas memang ada kebenarannya. Saya sendiri agak terkasima melihat teman-teman sepengajian yang bergelar ustaz mahupun ustazah yang bersungguh-sungguh mempromosikan perkara-perkara seumpama ini.  
 
Saya merasakan tidak perlu kita menunggu fatwa pimpinan tertinggi barulah kita hendak menjauhi perkara-perkara seumpama ini kerana penerangan dan hujah yang diberikan oleh Al Fadhil Ustaz Zaharuddin itu sudah memadai.  
 
Buat Ustaz2 dan Ustazah2, hadith Rasulullah saw yang dinyatakan oleh Ustaz Zaharuddin itu sudah memadai untuk kita mengatakan ianya haram.  
 
Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)"  
 
(Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

nak kaya cepat
Dihantar oleh aiman Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 19-03-2007 18:03
Assalamualaikum... pernah saye menghadiri kuliah Us. Zahar... ape yg die sampaikan semuanya adalah berdasarkan fakta yg berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah... jgnla kita yg cetek agama ni buat2 lebih pandai drpd diorg.... Takbir.... Allahuakbar

BARU ADIL
Dihantar oleh asa Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 19-03-2007 18:00
Sila tuan keluarkan juga fatwa yang sudahpun diketahui oleh umum masyarakat Islam di Malaysia mengenai pelaboran di dalam ASN, ASB, EPF/KWSP (Wajib) oleh Kakitang K'jaan dan swasta. Lepas tu sila cetak dilaman utama akhbar2 Kerajaan. 
 
Bolehkan, baru lah adil boss...

caya lu
Dihantar oleh asas, on 19-03-2007 17:47
laman web harakah ni macam harakah ni boleh caya ka?

Tugas Dewan Ulamak
Dihantar oleh din yusuf Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 19-03-2007 17:59
Nampaknya rakyat Malayisa sudah ramai yang mempunyai kesedaran mengenai halal haram yang perlu diambil kira setiap masa dalam setiap urusan mereka dan khususnya punca rezeki mereka walaupun jumlah itu terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan jumlah yang tidak mempedulikan halal haram samada atas dasar memang tidak mahu ambil tahu ataupun tiada kesedaran. 
 
Sebagaimana yang disebut oleh ulamak kita dalam mensyarahkan salah satu hadis 40 Imam Nawawi kalaulah rezeki yang masuk ke dalam tubuh seseorang itu haram maka natijahnya perbuatan seseorang itu juga akan menjadi tidak baik begitulah sebaliknya bahkan lebih dari itu doa kita tidak mustajab. Bayangkan keadaan tersebut yang mana semua perkara samada baik dan buruk adalah ditangan Allah dan kalau Allah tidak mahu menunaikan kehendak kita walaupun satu tiada beza mati dan hidup untuk seseorang kerana kedua-duanya adalah satu penyeksaan yang tidak kehabisan kerana di tangan Allah sahajalah tempat keluar dan pelepasan. Sudahlah melakukan dosa dengan makan perkara haram kemudian doa pula tidak mustjab untuk melepaskan diri daripada dosa, seolah-olah lebih baik tidak wujud terus di dunia ini lebih baik daripada hidup dalam keadaan begini, bayangkan saudara-saudara sekelian. 
 
Oleh itu Dewan Ulamak PAS perlulah memainkan peranan yang sebesar-besarnya dalam menangani isu ini supaya kita yang mengaku sebagai harakah Islamiah ini benar-benar melaksanakan tugas kita dan semoga kita tidak tergolong dikalangan orang yang bercakap apa yang kita tidak buat seterusnya mendapat kemurkaan Allah Ta'ala. 
 
Cadangan saya kepada Dewan Ulamak PAS kalaulah mereka sibuk untuk menangani perkara ini bolehlah mereka menghubungi pelajar-pelajar agama yang belajar di luar negara untuk menyelsaikan beberapa kes seperti ini, dan saya sendiri adalah salah seorang penuntut di luar negara di Syria dan untuk berjumpa dengan ulamak-ulamak besar di Syria seperti Dr Wahbah Az-Zuhaili, Dr Said Ramadan Al-Buti adalah mudah dan lain2 ulamak lagi yang mempunyai kelayakan untuk bercakap soal halal haram, kita bolehlah menggunakan khidmat ulamak-ulamak ini dengan mudah dengan kita hanya menghubungi pelajar-pelajar kita di luar negara dan saya percaya ramai yang boleh menolong termasuk saya sendiri, sekian wassalam.

albania hancur kerna skim internet?

Dihantar oleh anuwa Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya , on 19-03-2007 17:29
saya pernah terdengar ekonomi albania hancur kerana skim sebegini? ada sesapa pernah dengar tolong melkan kepada saya



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 17 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Pelaburan Internet: Ulama Kita Terlambat Lagi! (Harakahdaily)