Pelaburan & Perniagaan Hukum Public Mutual (Ittikal) & Ejennya

Hukum Public Mutual (Ittikal) & Ejennya

  • PDF
(31 votes, average 4.65 out of 5)

Soalan Pertama :  

Assalamualaikum Ustaz,
Saya adalah consultant unit trust untuk Public Mutual. Secara peribadi saya merasa sedikit keliru dengan kerjaya ini apabila saya cuba bandingkan dengan MLM. Bagi saya memang ada persamaan dengan MLM kerana ada sale bermakna adalah komisyen.Dan juga saya hanya menjual Islamic Trust. Apa pendapat ustaz dari boleh atau tidak saya teruskan profession sambilan ini?

Sekian,terima kasih.

- Abd Razak -

Soalan Kedua :  

salam ustaz...

sebelum saya mengajukan kemusykilan, saya ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada ustaz atas usaha ustaz 'menyernihkan' kekusutan
mengenai permasalan muslimin dan muslimat di komuniti yahoogroups
ini.

soalan 1
apakah hukum keuntugan yang hanya diperolehi daripada menyertai
produk-produk yang berlandaskan shariah seperti Public Islamic Equity
Fund.

soalan 2
apakah hukum pendapatan yang hanya diperolehi daripada hasil menjual
produk-produk yang berlandaskan shariah seperti Public Islamic Equity
Fund dll memandangkan Public Mutual juga menawarkan produk2 yang
tidak berlandaskan shariah...
'betulkan saya jika salah'

sekian. wassalam.

aminuddin

 

JAWAPAN

wa'alaikumussalam,

pertamanya, tahniah atas rasa keperihatinan anda berdua dengan harta yang halal dan sistem perniagaan secara Islam yang tulen, ia sebenarnya satu tanda iman yang baik dalam diri. Ameen.

Berkenaan Public Mutual Ittikal dan Public Islamic Equity Fund. Ia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai sebuah instrument pelaburan Islam manakala Majlis Penasihat Shariah khas baginya adalah Islamic Banking and Finance Institute Malaysia ( IBFIM ) sila buka webnya di www.ibfim.com

Bagaimanapun, setelah saya berbincang dengan ‘person in charge' di IBFIM, pihak mereka menjelaskan bahawa mereka hanya memantau dan menyemak portfolio, kaedah pelaburan yang di buat, di kaunter mana di letakkan, cara kiraan dan yang berkaitan dengannya dana dan pelaburan itu sahaja.

Adapun cara pemasaran menggunakan kaedah persis MLM dan komisyen ini tidaklah di semak oleh mereka.

Saya  pula belum mengkaji secara detail cara komsiyen dan pemasaran yang dibuat oleh Public Mutual Ittikal ini mahupun Takaful Ikhlas dan lain sepertinya. Justeru bagi sesiapa yang terlibat dengan semua jenis ini, apa yang mampu saya sarankan adalah; Bawa isu ini kepada pihak pengurusan Public Mutual dan desak mereka untuk 'table' kan sistem pemasaran itu kepada Shariah Adviser masing-masing..

Itu lah yang perlu dibuat. Benar, tiada ertinya benda yang halal, jika dijual dengan cara yang tidak menepati Shariah. Hasilnya akan pasti sama iaitu HARAM. Saya TIDAK mengatakan sistem marketing Public Ittikal ataupun Takaful Ikhlas Haram, cuma saya sarankan individu terlibat bawa ke Shariah (jika belum di bawa).

Dalam pada masa itu, saya juga tiada idea buat masa ini samada ingin menasihatkan anda agar berhenti atau meneruskan. Wallahu 'alam.

Sekian,

Ust Zaharuddin Ab Rahman

15 Jan 07

25 Zulhijjah 1427 H

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 8 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Hukum Public Mutual (Ittikal) & Ejennya