Pelaburan & Perniagaan Pelabur Swiss Cash Ingin Bertawbat

Pelabur Swiss Cash Ingin Bertawbat

  • PDF
(3 votes, average 5.00 out of 5)

Saiful Wan <aku_gerilla83@ yahoo.com> wrote:

Assalammualaikum,

Saya salah seorang pelabur di swisscash, ingin bertanya beberapa soalan kepada ust.

1. Apakah caranya untuk menghapuskan dosa ini?

2. Bolehkah jika saya mengambil semula modal pelaburan selepas 15 bulan ?

3. Dan apakah yang patut saya lakukan dengan keuntungan pelaburan saya itu,

    adakah jika saya dermakan wang tersebut saya boleh mendapat pahala

    daripadanya ataupun ianya berdosa kerana ia wang riba?  

Diharap ust. dapat memberikan nasihat kerana sesungguhnya saya amat bimbang dengan masaalah ini. 

Saya amat menyesal kerana tidak menyiasat terlebih dahulu status halal/haramnya, biarlah saya miskin di dunia asal tidak di akhirat kelak.

Wan Mohd Saiful Sobry

Kuantan



Assalamualaikum..

Saya salah seorang pelabur di swisscass dan ingin bertanyakan ust. satu soalan..

Benarkah duit keuntungan yang diperolehi dari pelaburan tersebut yang dikatakan haram dapat dibersihkan dengan mengeluarkan zakat? 

Harap ust dapat memberikan jawapan secepat mungkin ..

Terima kasih.

Jawapan Ust Zaharuddin Abd Rahman :-

1) Caranya adalah memberhentikan keterlibatan dalamnya dan melarang rakan-rakan yang ahli keluarga dari terlibat dengannya. Ia berdasarkan hadith Riwayat Ahmad & At-Tirmizi yang bertafarf Hasan ertinya : " Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah perbuatan jahatmu dengan amalan soleh, maka ia mampu memadamkan dosa-dosa yang telah dialkukan dan menjadikan kamu sebagai seorang yang berakhlak mulia"

2) Dari sudut Shariah, sebuah pelaburan di bawah konsep ‘Mudarabah' , adalah dibenarkan untuk anda membatalkan pelaburan anda sejurus selepas tarikh matang (maturity) atau sebelumnya sekiranya ia tidak disyaratkan di dalam kontrak pelaburan, Tetapi dalam hal pelaburan yang tidak menepati keperluan Shariah, adalah lebih elok jika anda dapat mengeluarkannya lebih awal (kerana ia dikira pelaburan yang tidak sah dan menepati hukum Syara'), maka lebih elok untuk anda mengeluarkan diri darinya secepat mungkin. Terutamanya semakin banyak info dari pelbagai pihak media dan yang berwajib menunjukkan pelaburan Swiss Cash ini diuruskan oleh badan pelaburan yang secara tidak sah atau terlibat unsur penipuan. Justeru, sebelum duit modal anda hangus, adalah lebih baik untuk menyelamatkannya dari hilang lebih banyak. Modal anda adalah hak anda, boleh ambil semula tanpa kurang atau lebih.

3) Keuntungan itu boleh terus didermakan kepada orang faqir dan miskin, tiada dosa bagi anda untuk mendermakannya. Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (OIC International Fiqh Academy) yang dianggotai oleh ulama terhebat sedunia telah membuat keputusan agar wang yang haram ini di berikan kepada faqir dan miskin. Demikian juga pandangan Syeikh Mustafa Az-Zarqa dalam kitab 'fatawa' nya.

Tahniah dan semoga saudara mampu berterusan menjaga hukum agama dalam kehidupan.

Tidak benar sama sekali, wang yang haram tidak cukup syarat untuk dikeluarkan zakat. Yangmana antara syarat wang untuk dikelaurkan zakat adalah ianya dimiliki oleh anda secara sah dan pemilikan anda adalah pemilikan penuh serta cukup nisab.

Dalam hal ini, duit hasil keuntungan yang anda pegang itu bukanlah wang anda (kerana cara pemilikannya tidak sah menurrut Shariah) sehingga anda diperlukan mengeluarkan zakat. Jika dikeluarkan juga maka ia tidak dinamakan zakat, cuma hanya sedeqah biasa.

Apa yang anda perlu buat adalah memberinya kesemunya kepada faqir miskin ...dan anda tidak berdosa tatkala itu, anda juga tidak mendapat pahala dari sumbangan itu kerana ia bukanlah wang yang anda miliki secara sah menurut Shariah. Bagaimanapun anda berhak mendapat pahala atas keazaman serta taubat dan pengorbanan anda sehingga mampu memberikan wang itu kepada miskin faqir serta menahan diri dari menggunakan wang haram untuk keperluan anda.

Allahumma ameen ya rabb. 

 Ust Zaharuddin Abd Rahman

PANDANGAN DARI SEORANG AHLI YAHOOGROUP

Saudara Bob..Sekalung tahniah saya ucapkan kepada saudara atas prinsip tersebut...
InsyaAllah..jadikan ini satu pengajaran kepada kita... Manusia tidak sunyi daripada melakukan dosa dan sebaik-baiknya ialah bertaubat kepada Allah S.W.T. Dia Maha Pengampun dan suka Mengampun...
Hak hamba untuk bertaubat dan Hak Allah untuk mengampunkan...

Percayalah...kita bantu menegakkan hukum Allah, Pasti Allah akan bantu... Semoga Allah menggantikan dengan yang lebih baik lagi kepada saudara dan mereka yang bertaubat..semoga saya juga termasuk didalamnya insyaAllah..amin...


Untuk Saiful Wan,

Saya nak tambah sikit bab zakat tu... Maksud zakat 'menyucikan' harta tu bukan bermaksud menjadikan harta haram kepada halal dengan dikeluarkan zakat atas harta haram itu tadi... Mungkin saudara keliru dengan perkara ini.

Saya pernah mendapat 'fatwa' ini daripada leader SwissCash tidak lama dulu dan mungkin saudara mendapat 'fatwa' yang sama ini dan beliau menyatakan harta hasil swisscash ini boleh disucikan dengan mengeluarkan zakat.. (Sebenarnya bukan fatwa - hanya yang mujtahid sahaja, eg Mufti yang boleh keluarkan fatwa. Sengaja saya guna ayat fatwa nak menunjukan mereka mengada ngadakan hukum sendiri sedangkan mereka tidak layak)

Yang dimaksudkan menyucikan harta kita itu adalah atas perkara perkara yang kita terlepas pandang atau di luar kemampuan kita. COntohnya, waktu kerja adalah sekian sekian jam. Dalam pada itu, ada antaranya kita terlalai misalnya terlajak waktu makan hingga masuk waktu kerja tanpa sedar...Atau mungkin terlewat masuk kerja contohnya bas rosak ke apa ke. Ini untuk orang bekerja lah..untuk peniaga pulak mungkin kita terlewat membuat pelarasan kepada alat penimbang kita menyebabkan timbangan yang tidak tepat dalam beberapa gram...Ataupun perkara perkara lainnya yang berlaku tanpa kita sedari dalam proses mendapatkan harta itu tadi, atas dasar kelemahan kita sebagai seorang manusia, hasilnya akan menjadi harta Syubhah maka perkara perkara inilah antaranya bermaksud zakat akan menyucikan harta kita itu. Harta haram tak wajib zakat. Wallahu'alam



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 19 guests

Komen Terbaru

You are here: Pelaburan & Perniagaan Pelabur Swiss Cash Ingin Bertawbat