Lelaki & Wanita Sumbang Mahram & Perogol Anak : Wajar Di Hukum Mati?

Sumbang Mahram & Perogol Anak : Wajar Di Hukum Mati?

  • PDF
(115 votes, average 4.55 out of 5)

Hukuman Sebatan di Acheh 

Sumbang Mahram : Memutus Hubungan & Di Hukum Bunuh?

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya yang terpilih, juga seluruh mukminin & mukminat.

Penulisan ini akan memfokuskan persoalan berikut sahaja:

1. Seorang lelaki/wanita berzina dengan mertuanya, apakah terbatal perkahwinan?

2. Seorang lelaki/wanita berzina dengan anaknya @ merogol anaknya. Apakah terbatal perkahwinan?.

3. Seorang lelaki/wanita berzina dengan adik /bagi/kakak (seibu sebapa), apakah hukumnya?

4. Hukuman bunuh bagi pelaku sumbang mahram ?

Secara umum, gejala sumbang mahram adalah suatu penyakit yang amat buruk malah lebih buruk drpada gejala zina biasa. Hukumannya adalah sama seperti peruntukan hukuman zina, malah boleh ke atas pemerintahan Islam untuk menjatuhkan tambahan hukuman takzir ke atas si pelaku demi maslahat ‘ammah dan maksud menghalang gejala ini dari terus menular tanpa kawalan.

Dalam menjawab soalan pertama dan kedua, ulama sebenarnya berbeza pandangan dalam menentukan hukum yang terkesan dari tindakan sumbang mahram dengan ibu mertua dan anak kandung.

--------------------------------------------------------------------------------

Harus diketahui sebagai pendahuluan bagi menjawab persoalan yang dikemukakan bahawa di dalam Islam, antara sebab wanita dan lelaki dilarang untuk dikahwini oleh pasangannya adalah kerana ‘Musaharah' iaitu pengharaman yang wujud hasil daripada perkahwinan.

Secara ringkasnya, apabila berlakunya pernikahan, secara automatik beberapa kumpulan berikut menjadi haram (untuk dinikahi kerana telah menjadi seperti ahli keluarganya) ke atas pasangan tersebut, mereka terbahagi kpada 4 kumpulan iaitu:

1) Isteri bapa & suami ibu dan ke atas. Pengharaman akan jatuh sejurus setelah ‘aqad pernikahan disahkan.

2) Isteri & suami anak (samada dr lelaki atau wanita) dan ke bawah spt isteri cucu lelaki dan perempuan. Pengharaman akan jatuh sejurus setelah ‘aqad pernikahan disahkan.

3) Usul Isteri dan suami spt ibu, bapa dan neneknya ke atas (samada lelaki atau wanita). Terlaksana sejurus selepas aqad nikah.

4) Furu' isteri & suami spt anak isteri (yang bukan anak suami cthnya), cucunya samada lelaki atau perempaun dan ke bawah. Ini hanya akan terhasil dengan :

# Apabila suami telah bersetubuh dengan ibu kepada anak-anak tadi dengan aqad nikah yang sohih. Maka terus thabit pengharaman akibat persetubuhan tadi. Ia adalah syarat menurut jumhur.

Pengharaman nikah diatas terhasil dengan nikah yang shohih, bagimn pula kira nya hanya dengan penzinaan (sumbang mahram) ?. Adakah sama dengan pengharaman yang terbentuk hasil aqad nikah yang shohih seperti di atas?

Ulama berbeza pandangan seperti berikut :

1. MAZHAB SYAFI'E DAN JUMHUR MALIKIAH : Tidak tersabit dengan zina pengharaman ‘musoharah'. (Lihat Rawdah at-Tolibin 7/113 ; Bidayatul Mujtahid 2/21 )

2. MAZHAB HANAFI, HANBALI, Imam Sufyan At-Thawry, Imam al-‘Awza'ie, Ibn al-Qasim al-Maliki : Jatuh atau sabit pengharaman dengan zina. Malah sekiranya ciuman dan lain2 muqaddimah zina juga, sudah cukup untuk jatuh pengharaman. (Rujuk Al-Ikhtiyar at-Ta'lil 3/88 ; Kassyaf al-Qina' 5/72 dan Bidayah al-Mujtahid. Bagimanapun Ad-Dardir mengatakan yang lebih kuat dalam mazhab Maliki adalah pandangan kedua ini - rujuk As-Syarh al-Shoghir 2/405)

 

Dalil Mazhab Syafie dan Maliki :

a) Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW di tanya oleh seorang lelaki yang telah berzina dengan seorang wanita, kemudiannya ingin berkahwin dengan ibunya atau anaknya, lalu berkata Nabi :

لا يحرم الحلال الحرام , إنما كان يحرم ما كان من نكاح

Ertinya : "Perkara yang haram(zina) tidak akan mengharamkan perkara halal (nikah usul dan furu') sesungguhnya ia menjadi haram hanya dg nikah (shohih)" (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi, as-Suyuti mengatakan hadith ini lemah)

b) Hadith :

الزاني المجلود لا ينكح إلا مثله

Ertinya : "Penzina lelaki yang direjam tidak bernikah kecuali wanita sepertinya" ( Riwayat Ahmad & Abu Daud, berkata Ibn Hajar, perawinya dipercayai)

Nabi telah membacakan kpada seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan zina dengan mengatakan firman Allah :

الزانية لا ينكحها إلا زان 

Ertinya: "Penzina wanita tidak harus berkahwin dengannya kecuali penzina lelaki atau kafir musyrik

Melalui dalil ini, tidak diiktiraf nikah penzina dan seluruh hukum yang terhasil drpada persetubuhan haram(zina). Lalu tiada terhasil pengharaman musoharah dengan sebabnya.

c) Dalil 'aqli , iaitu pengharaman secara ‘musoharah' adalah suatu ni'mat, kerana ia menjadikan org yang dahulunya asing sbagi keluarga. Manakala zina adalah haram dan buruk, maka tidak sah menjadikan perkara haram untuk mencapai kebaikan. Sabda Nabi SAW :

المصاهرة لحمة كلحمة النسب

Ertinya : "Musoharah satu hubungan darah sbagimn hubungan darah dengan keturunan" ( riwayat Ahmad, at-Tobrani, berkata al-Hafiz Nuruddin al-Haithami, perawi dari Ahmad dipercayai)

Lalu mana mungkin untuk mengiktiraf hasil zina dengan mengiktiraf kewujudan hubungan keluarga melalui musoharah. (Lihat Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Muhd Uqlah, cet Maktabah ar-Risalah al-Hadithah, 1/282)

Justeru dari hujjah ini mazhab pertama ini, beerti, lelaki yang berzina (sumbang mahram) dengan ibu mertuanya, maka TIDAKLAH jatuh hukum haram NIKAH DENGAN ISTERINYA,

Menurut Mazhab Syafie dan Maliki, sumbang mahram dengan ibu mertua dan anak kandung tidak memberi apa-apa kesan terhadap hubungan pernikahan suami isteri serta tidaklah terfasakh perkahwinan mereka.

Dalil Mazhab Hanafi dan Hanbali

a) Di riwayatkan bhw seorg lelaki berkata : Wahai Rasulullah : sesungguhnya aku telah berzina dengan seorg wanita di zaman Jahiliyahku, apakah aku boleh bernikah dengan anak perempuannya? Maka berkata Nabi :

لا أرى ذلك , ولا يصح أن تنكح امرأة تتطلع من ابنتها على ما تطلع عليه منها

Ertinya "Aku tidak melihat demikian boleh, tidak sah untuk engkau berkahwin dengan wanita yang telah engkau setubuhi anaknya .." (Disebut oleh Kamal Ibn Hummam al-Hanafi dalam kitabnya Fath al-Qadir, bagimnpun hadith ini mursal dan munqati' katanya - Naqal drpada Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah , ms 6631)

Memang hadith ini tidak menyebut perkataan terputus hubungan secara ‘perkataan' (zahir Nas) tapi dalam kaedah memahami hukum dalam Ilmu Usul Fiqh, kefahaman ini disebut (Isyarat an-Nas) iaitu ia termasuk dalam pengertian zahir nas. (Rujuk kitab Usul Fiqh Islami, Dr Wahabh Zuhayli, jld 1, ms 350, cet Dar al-Fikr ; juga lihat Al-Manahij al-Usuliyyah fi al-ijtihad bi al-Rakyi, Dr Fathi Ad-Durayni, ms 229 cet muassash ar-Risalah)

Apabila zahir dari nas menyebut " TIDAK SAH UNTUK ENGKAU KAHWINI" maka ia mengharamkan mana2 lelaki yang telah bersetubuh dengan wanita A untuk mengahwini ibu kpada wanita tersebut. Secara isyarat an-Nas 2 hukum dapat dikeluarkan dari Nas dalil ini iaitu :

1. Sebarang persetubuhan samada daripada aqad yang halal (nikah shohih) atau yang haram (zina) menyebabkan jatuhnya hukum haram secara ‘musoharah' atau haram kahwin seluruh usul dan furu' wanita A tadi.

2. Sebarang pernikahan yang ada sebelum persetubuhan akan terputus ( tertalak atau terfasakh atau terputus ) secara automatik. Kerana bila Nabi mengharamkan nikah, sudahtentulah semua nikah yang ada sebelum itu (kiranya ada) juga akan rosak, lalu kerana itulah ia terfasakh atau tertalak dalam ertilkata terputus hubungan perkahwinannya.

Bagaimana kaitan hadith tadi dengan fasakh nikah?

Demikianlah satu bantahan dari seorang pembaca kepada saya, lalu jawapannya :-

Kaitannya terletak pada ‘persetubuhan' haram itu. Bila setubuh, maka seluruh furu' dan usul kpada bapa mertua tadi haram berkahwin dengan wanita A (salah seorg furu' bapa mertuanya adalah suaminya). Bila haram kahwin, maka hubungan kahwin yang telah sedia ada, adalah tidak sah dari hukum syara' (persetubuhan slps itu dikira zina!), lalu kerana itu ianya ter'fasakh' atau ter'talaq' (bermakna terpisah).

Bagi memahami perkara ini dengan berkesan, anda perlu mempelajari salah satu tajuk dalam ilmu usul Fiqh iaitu (Dalalah an-Nas fil ahkam) iaitu kaedah memahami maksud daripada dalil-dalil Quran dan Hadith. Iaitu bab Dalil yang terang (Soreh) dan dalil yang tidak kelihatan dengan jelas.

Bagaimanapun, perkara ini tidak mudah difahami oleh orang awam, sebagaimana hal teknikal kejuruteraan, kedoktoran, ekonomi dan lain-lain yang hanya mampu difahami orang khusus dalam bidang itu dan sukar ke atas yang lainnya. Demikian juga halnya ilmu Islam. Tidak semua mampu memberi fatwa. Tidak semua kaedah juga boleh penulis terangkan dengan mudah kepada awam, kerana itulah kursus Bachelor mengambil 3-5 tahun, Sarjana 2,3,4 tahun, Phd 2 -3 tahun. Kerana semua ilmu perlu mempunyai asas, jadi penulis tidak hairan kiranya masih terdapat individu yang gagal memahaminya kerana ia memerlukan asas Fiqh dan Usul Fiqh.

b) Firman Allah :

لا تنكحوا ما نكح أبائكم من النساء

Mafhum : "Jangan kamu bernikah dengan sesiapa yang telah dinikahi oleh bapa-bapa kamu dari kalangan wanita.."

Lafaz nikah dipakai untuk aqad nikah dan juga persetubuhan (termasuk zina). Iaitu mana-mana perempuan yang telah disetubuhi samada dengan jln halal atau haram, tidak boleh kamu kahwini anak-anaknya dan ibu-ibunya.

Justeru, zahir dari mazhab kedua ini adalah, apabila berlaku sumbang mahram oleh lelaki dengan ibu mertuanya atau anaknya (begitu juga perempuan, dengan bapa mertua dan anak lelakinya) jatuhlah hukum haram nikah akibat ‘musoharah' dengan zina, LALU DENGAN SEBAB ITU TERFASAKHLAH NIKAH ANTARANYA DENGAN ISTERI ATAU SUAMINYA SECARA SYAR'IE.

Menurut As-Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah Al-Ibrahim, pandangan kedua adalah lebih kuat dan sesuai dengan masalahat ummat skrg. Walaupun demikian, Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mentarjihkan pandangan Mazhab Syafie.

Manakala, diteliti dari sudut kekuatan dalil, kelihatan dalil mazhab pertama adalah lebih kukuh, bagaimanapun jika dilihat kepada maslahat dan keperluan masyarakat di Malaysia hari ini, dengan perkembangan pesat gejala amat mungkar sumbang mahram, maka tersangat eloklah kiranya pandangan mazhab kedua di sebarkan dan dahulukan, agar ia mampu menjadi penghalang gejala ini dari terus subur. Ia juga dapat meningkatkan kesedaran ramai.

Bagaimanapun ia masalah yang diikhtilafkan di kalangan fuqaha' dan bukannya masalah qat'ieyyah. Justeru, hukuman yang terpakai adalah hukuman yang diwartakan oleh kerajaan. Tetapi dalam hal kerajaan tidak mengamalkan hukuman Islam, hal ini menjadi sukar.

HUKUMAN BUNUH BAGI PELAKU SUMBANG MAHRAM DIIKTIRAF ISLAM?

Berikut perbincangan fuqaha' tentang zina atau nikah sesama mahram (Lihat Ma'alim As-Sunan, Imam Al-Khattabi, Dar kutub ilmiah , 1996 , juz 3 , ms 284 ):

1. Maliki, Syafie dan Imam Hasan Al-Basri

Sekiranya pelaku tahu pengharamnya, wajib dilaksanakan hudud ke atasnya

2. Hanafi

Tidak dikenakan Hudud, tetapi dikenakan hukuman terkeras dalam peruntukan Takzir, dan boleh mencapai tahap bunuh menurut mazhab Hanafi.

3. Imam Ahmad, mazhab Hanbali dan Imam Ishak Rahawaih rh

Pelaku mesti dibunuh dan dirampas hartanya

Pendapat yang lebih kuat adalah pendapat pertama dari majority mazhab iaitu yang pertama .

Dalil terhadap hukum ini adalah :-

Dinaqalkan bahawa Imam Ahmad Bin Hanbal dan Imam Ishak Rahawaih rh mengatakan wajib dibunuh si pelaku samada Muhson (telah berkahwin) ataupun tidak. Iaitu apabila si pelaku melakukan zina dengan ibunya. Ini berdasarkan hadith :

a) Dari Yazid Bin al-Barra' dari bapanya berkata : "Rasulullah telah mengutuskan aku kepada seorang lelaki yang berzina dengan ibunya, lalu (Nabi ) mengarahku agar memancung kepalanya dan merampas hartanya " ( Riwayat Abu Daud dan At-Tirmdizi , ia berkata Hadith ini Hasan Gharib, Albani mengatakan ianya shohih)

b) Dari Ibnu ‘Abbas ra "Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : " Sesiapa yang berzina dengan mahramnya, bunuhlah ia" ( Ibnu Majah) Berkata Syeikh Abd Rahman Al-Jazairi (meninggal 1941) dalam kitabnya Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba'ah : arahan bunuh kerana ia seolah menghalalkan perkara yang diharamkan Allah SWT , maka si pelaku jatuh Murtad dan halal membunuhnya, hartanya pula dibagikan ke Bait al-Mal

c) Dari Mu'awiyyah bin Qurrah dari bapanya bahawa Nabi SAW mengutuskan datuk Mu'awiyah kepada seorang lelaki yang berzina dengan isteri anaknya (menantunya) agar dipenggal lehernya dan dibahagikan hartanya.

d) Dari al-Barra Bin ‘azib "......... dikeluarkan seorang lelaki dari rumahnya maka dipenggal lehernya , maka aku bertanya sebabnya , mereka berkata , dia telah berzina dengan ibunya" (Abu Daud, Al-Albani menyatakan ianya shohih)

Dalil ini bukti bahawa si pelaku menghalalkan yang haram lalu ia murtad dengan sebabnya dan apabila ia tahu hukum haramnya ini wajib dilaksanakan hukuman hudud kepadanya. Bgmnpun Imam Al-Khattabi (w 388 H) menyatakan takwilan murtad ini adalah tidak tepat, dan sebenarnya Nabi SAW mengarahkan bunuh bagi penzina kerana ia telah melanggari pengharaman pada ibunya. ( Lihat Ma'alim as-Sunan, Juz 3, ms 284 )

Menurut kitab Al-Fiqh Ala mazahib al-Arba'ah, telah Ijma' para ulama' bahawa sesiapa yang berzina dengan mana-mana mahramnya yang diharamkan Allah secara ‘muabbad' (kekal selama-lamanya). Mereka dibunuh kerana telah melakukan perkara yang bersalahan dengan fitrah manusia dan menjatuhkannya ke martabat binatang, maka bunuh satu-satunya jalan menghentikannya.

BEBERAPA PERSOALAN DARI PEMBACA

Persoalan : Talaq yang dimaksudkan termasuk dalam kelas talaq apa??

Ini sebenarnya adalah ‘fasakh'. Justeru, ia bukankan talaq tetapi ‘terbatal' atau ‘terfasakh' aqad nikah di antara keduanya.

Fasakh dalam hubungan nikah kahwin bermaksud: Terputus aqad perkahwinan di antara pasangan samada dengan redha mahupun tanpa redha dari kedua pasangan. Ia datang dengan sebab-sebab yang mendesak. Ia bukan datang dari lafaz suami (talaq biasa) dan bukan juga dari permintaan isteri (spt tebus talaq). Tetapi ia datang secara wajib dari syara', atau dengan perintah qadhi.

Fasakh mempunyai banyak cabangan dan jenisnya. Antara bentuknya ( rujuk al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, jld 9 hlm 6872, Cet ke 4, Dar al-Fikr ):

1. Fasakh yang datangnya dari penilaian Qadhi.

a. Akibat tiada keserasian antara pasangan. Lalu Qadhi menjatuhkan fasakh (memisahkan pasangan).

b. Akibat mahar yang diberikan kurang drpada ‘mahar misl'.

Ada beberapa yang lain, tetapi cukuplah dua ini bagi memberikan gambaran kpada tuan-tuan.

2. Fasakh ( Faraq) yang dtg tidak di atas penilaian qadhi bahkan secara syara' terputus dengan sendiri.

a. Kerana aqad yang rosak, seperti berkahwin tanpa saksi atau berkahwin dengan adik kandung.

b. Kerana salah seorg pasangan disedari berkahwin dengan furu' atau usul pasangannya. ( Inilah kes sumbang mahram dan bapa rogol anak dan yang seumapamanya, yang menjadi isu kita)

c. Kerana salah seorg pasangan murtad (keluar dari Islam).

Persoalan: Seorg lelaki berzina dengan adik atau kakaknya (seibu sebapa) atau kakak dengan adik dsbagi, @ iparnya apakah hukumnya?

Majoriti Ulama kecuali Hanafi menyatakan bahwa si pelaku wajib dilaksanakan hukuman Hudud dan semua mazhab empat termasuk Hanafi telah ijma' menyatakan pelaku zina dengan mahram dalam semua peringkat wajib DIBUNUH kiranya ia melakukannya dengan mengetahui perihal haramnya. Ia berdasarkan hadith2 shohih.

KESIMPULAN JAWAPAN TERHADAP SOALAN DAN HUKUMAN BERKAITAN :

1. Seorg berzina dengan mertuanya samada lelaki atau wanita, apakah terbatal perkahwinan dengan isterinya/ suaminya?

= Ya , terbatal (terfasakh) perkahwinan secara automatik. Iaitu dengan sebab musoharah dengan zina.

2. Seorg lelaki berzina dengan anaknya (demikian juga halnya rogol). Apakah terbatal perkahwinan dengan isterinya.

= Ya, sebagaimana di atas

3. Adakah hukum ‘iddah, dalam hal ini dan adakah pasangan boleh mewarisi harta antara satu sama lain sekiranya berlaku kematian.

= Tiada ‘iddah, dan tidak ada sebrg perwarisan, kerana secara automatik wanita tersebut menjadi wanita ajnabi (asing) dalam hukum syara'.

4. Adakah boleh dijatuhkan talaq sesudah berlaku penzinaan itu?

= Tidak boleh, kerana tiada sebarang ikatan hubungan suami isteri lagi. Serta mereka telah tertalaq@terfasakh secara automatik.

5. Perlu diketahui pemutusan hubungan ini adalah untuk selama-lamanya.?

= Pengharaman kahwin yang terbentuk drpada zina ini adalah pengharaman selama-lamanya tanpa boleh dihilangkan. Justeru, dengan zina atau nikah shohih terhdp mana-mana wanita atau lelaki, menyebabkan haramnya hubungan nikah dengan usul dan furu' wanita dan lelaki tersebut selama-lamanya.

6. Apakah lagi yang akan terjadi dengan perzinaan ini selain tertalaq secara automatik?

= Individu yang telah berkahwin (lelaki atau perempuan) yang berzina akan dijatuhkan hukuman rejam sampai mati dengan ijma' ulama' dan para sahabat berdasarkan dalil yang sabit dari Hadith. Manakala , bagi yang belum berkahwin, sebatan 100 kali. Dengan hukuman ini, maka terlepaslah mereka yang terlibat dr azab Allah di akhirat kelak, insyaAllah, tanpanya eloklah pelaku bertawbat sehabis-habis tawbat, dan berserah kepada Allah. Sebrg hukuman ciptaan kerajaan Malaysia tidak akan melepaskan pelaku dari hukuman Allah.

Hukuman di atas adalah bagi lelaki atau wanita yang berzina dengan anak kandungnya, serta wanita atau lelaki berzina dengan mertua mereka sahaja. Manakala hukuman umum bagi semua jenis sumbang mahram adalah di nombor 7 .

7. Adakah sipelaku dihukum bunuh ?

Majoriti Ulama kecuali Hanafi menyatakan bahwa si pelaku wajib dilaksanakan hukuman Hudud dan semua mazhab empat termasuk Hanafi telah ijma' menyatakan pelaku zina dengan mahram dalam semua peringkat wajib DIBUNUH kiranya ia melakukannya dengan mengetahui perihal haramnya. Ia berdasarkan hadith-hadith shohih.

Demikianlah beberapa untaian jawapan bagi persoalan yang ditujukan, artikel ini terbuka kepada sebarang pembetulan, kritikan dan pertanyaan kiranya diperlukan.

Apa yang benar datangnya dari Allah SWT dan apa yang tersilap dari kelemahan diri dan gangguan syaitan.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 4 guests

Komen Terbaru

You are here: Lelaki & Wanita Sumbang Mahram & Perogol Anak : Wajar Di Hukum Mati?