|
Jawapan : Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.
Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout), Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa : “ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub. Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi. |
Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.” |
|
Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya” |
Perlu juga diingat bahawa :-
Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin). Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71) Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223) Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah. |
Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi. Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71) |
Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya : “ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya” (Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)
Persoalan keputusan itu mendatangkan mudarat kepada orang lain, maka sepatutnya istikharah dibuat sebelum apa-apa langkah pertemuan dengan pihak keluarga dibuat. Dalam hal di atas, kelihatan istikharah dibuat tidak pada masanya. Wallahu ‘alam, dalam keadaan ini perbincangan dan penjelasan antara pihak terlibat perlu dibuat dengan baik bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Bagaimanapun, pada hemat saya, ia perlu bergantung kepada sejauh mana kekuatan petunjuk istikharah itu, dan adakah ia benar-benar kuat agar berpisah atau masih samar-samar kurang jelas. Implikasi sehingga menyebabkan mudarat mental kepada keluarga yang satu lagi juga patut di ambil kira. Bagaimanapun, jika petunjuk kuat dan tepat, maka ia perlualah diutamakan. Wallahu a’lam. |
2. Saya pernah berzina beberapa tahun dahulu dan sekarang saya benar-benar menyesal atas keterlanjuran tersebut. Saya selalu bertaubat memohon keampunan kepada Allah. Tetapi saya tidak yakin adakah taubat saya benar-benar diterima, kerana jika mengikut hukum hudud bererti saya perlu menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali.
Untuk menggantikan hukuman tersebut, perlukah saya menyerah diri kepada pihak berkuasa, supaya dihukum setimpal dengan hukuman yang dijalankan oleh pemerintah pada masa ini? Saya benar-benar menyesal dan ingin bertaubat bersungguh-sungguh. Harap ustaz dapat membantu saya. |
Jawapan :
Tahniah kepada saudara kerana telah insaf dan ingin benar-benar bertawbat. Untuk menjawab soalan ini, pertama saudara perlu mengetahui amat besarnya dosa zina dan mestilah dengan segera bertawbat terutamanya ke ketika tiadanya hukuman hudud dilaksanakan di Malaysia. |
| Hukuman zina terdapat dengan jelas di dalam surah An-Nur ayat 2) Bagaimanapun, tindakan menyerah diri kepada pihak berkuasa pada hemat saya tiadalah gunanya di sisi Allah SWT, kerana undang-undang yang ada hari ini hanya memperuntukan hukuman bagi penzina yang sabit kesalahannya ; beberapa ribu ringgit, beberapa kali sebatan dan beberapa tahun penjara (saya tidak ingat dengan tepat hukumannya). Apa yang jelas semua ini bukanlah undang-undang yang dapat menghilangkan dosa zina di sisi Allah, malah merugikan lagi, dihukum dengan hukuman manusia dan tidak pula diampun di sisi Allah. |
Cuma saya pernah mendapat satu pendapat yang agak ganjil tetapi ada rasionalnya iaitu, sesiapa yang ingin pasti menghapuskan dosa zinanya di zaman kini, mereka di cadangkan untuk pergi di Saudi Arabia yang mempunyai peruntukan hukuman sebat. Lalu orang yang berzina tadi bolehlah mengaku ia telah berzina dan akan dihukum di sana, maka hilangkan dosanya di sisi Allah SWT. Saya tidak mampu komen panjang akan cadangan ini, cuma pendapat peribadi saya, ia kelihatan boleh diterima dari satu sudut, walaupun mempunyai kontra dalam beberapa sudut yang lain. Bagi individu yang tidak mampu keluar mencari hukuman atau tiada peruntukan hukuman sebenar (seperti ikhlasnya pemuda bernama Ma’iz bin Malik pada zaman Nabi yang mengaku berzina berkali-kali di hadapan Nabi untuk menghapuskan dosanya dengan rejaman – demikian di dalam riwayat Abu Daud dari Abu Hurayrah r.a ), maka tanpa syak lagi, Pertama : Pihak berwajib akan menanggung dosa kerana tidak menyediakan peruntukan hukumannya. Kedua : Individu yang telah berzina mesti segera bertawbat nasuha dan jangan sekali-kali putus asa dengan rahmat dan pengampunan Allah SWT. |
|
Syarat tawbat ini adalah :- Perlunya bersegera dan berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah) . Firman Allah SWT ertinya : “ Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Justeru ia mestilah menjauhkan dirinya dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Tinggalkan semua jalan dan tempat yang boleh mengembalikan kepada zina. Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah ertinya : “ Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang” ( Al-Furqaan : 70 ). Justeru, banyakkan bersedakah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Maka dengan pahala kebaiakn ini diharap ianya dapat menutup dosa zina tadi. Sekiranya melibatkan rogol, maka hukuman dan tawbatnya berbeza kerana ia melibatkan pencabulan hak manusia lain, dosanya lebih besar. Dalam hal zina denga rela kedua-dua belah pihak. Imam Abu Yusof (anak murid Imam Abu Hanifah) pernah mencadangkan agar kedua-dua pasangan berkahwin (sekiranya si wanita belum berkahwin) bagi menggugurkan hukuman hudud tetapi pandangan ini ditolak oleh seluruh ulama Mazhab empat. (Bada’I as-Sonai’ , Al-Kasani, 7/62 ; Al-Tasryi’ Al-Jinaie Al-Islami, Abd Qadir Awdah, 2/454). Walaubagaimanapun, dalam hal tawbat, pada hemat saya, ia elok dilakukan bagi menunjukkan kesungguhan tawbat seseorang. Wallahu ‘alam |
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
saya nk tnya ustaz,saya ad tunang, perlu ke saya kawal aktiviti dia cntohnya cara duduk,pakaian,p ergaqulan dengan lelaki lain????
perlu ke sedangkn kami belum ad hubungan yg sah????
Jazakallah
Ustaz saya juga sangat perlukan nasihat untuk masalah di bawah ini:
Dipendekkan ceritanya begini:
Saya telah beristikharah atas seorang perempuan sejak Ramadhan.
Setelah diistikharah, Allah tetapkan hati saya padanya dari Ramadhan hingga kini. Setelah itu, oleh kerana kedua-dua keluarga seolah merestui.. saya dan keluarga saya ingin bertanyakan hal masuk meminang yang mana telah saya tangguhkan kerana sebab ini: 1)Beberapa hari lepas perempuan ini beristikharah 3-4 hari dan Allah telah datangkan 4 mimpi buruk yang berbeza hasil istikharah ini. 2)Abangnya kawan saya, dan kerana risau dia juga turut beristikharah dan dalam mimpinya Allah datangkan bisikan suara bahawa saya tidak sesuai dengan adiknya
Mereka ini hati mereka lebih bersih dari saya.Sebelum saya bertindak yang kemungkinan menjurus pada tanda istikharah Allah beri pada mereka, boleh kah ustaz nasihatkan saya?
sy tlh brtunang dan sptutnya tlh bernikah pd bln 5 ari 2..ttpi tba2 kluarga sy mnghalang dan minta ditangguhkan ats sbb bkal suami bkan org yg baik2,ttp spnjg prknalan sy dgn dia sblm ini direstui kluarga.malah kluarga yg bria2 nk tunangkan km. sebulan sblum km dinikahkn ada hlngan yg dtg, sy tlh buat solat istikhrah dan sy tdk psti bntuk ptunjuk itu,antara ptnjuk yg sy dpt ialah smkin rmai yg mnghalang hbngan km dan smua mndesak agr km ptuskn prtunangan km ttp smkin hari ati sy kuat mngatakan dia plihan yg trbaik buat sy...apa yg hrus sy lakukan ustaz?
1) sebelum seminggu berkahwin, mereka telah berzina….. pada hari akad nikah, si pengantin perempuan berasa was-was samada sudah mandi junub atau tidak… sekarang mereka telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak… persoalannya di sini, adakah nikahnya telah terbatal sedangkan si isteri dan si suami telah menyesali perbuatan mereka dan telah bertaubat nasuha…..
2) dalam keadaan junub @ haid bernikah di dalam surau?
3) apakah ada istilah 'iddah' bagi perempuan zina?
4) latar belakang seorang isteri adalah pelacur sebelum dia berkahwin… setelah berkahwin, si isteri telah berterus-terang dgn suami sikap buruknya dulu..si isteri juga telah taubat nasuha dan amat menyesali di atas perbuatannya…
a) adakah dia juga berdosa kepada suaminya kerana kesilapanya
yang dulu?
b) adakah taubat nasuha si isteri akan diterima Allah?
saya ad seorang kekasih & kami telah terlanjur,
kami pn sdh d'ikat dgn keluarge msg-msg. ttp takdir nya sudah tibe & die sdh kembli ke rahmatuallah.
sedih b'cmpur kcewa & takut m'ngenang kn nasib kami.
sy b'taubat & b'jnji pd dri takkn ulag kembli dosa tu.
tp sy tkutkn nsibnye disne. ap yg boleh sy lakukn untk m'nbus kmbli dose kami.
Saya ingin menanyakan, bagaimana ingin menghadapi situasi berikut,
Seorang kawan saya telah terlanjur dengan pasangan nya dan jodoh mereka tidak ada.
Dan kini dia insaf atas perbuatannya, masih adakah sinar harapan untuk die mendirikan rumah tangga.
Dia sering kali meminta nasihat pada saya kerana tida kuat untuk menghadapi pergolakkan jiwannya.
Saya memohon nasihat dari ustaz sebgai yang arif mengenai ini.
tak tertanggung hati ni, pilihan keluarga atau teman sendiri.
redha Allah yang saya cari... semoga berhasil.amin
diharap Ustaz dan family sentiasa dalam rahmatNya insyaAllah.berkenaan dgn istikharah,saya ada satu soalan. ada seorg lelaki yg saya baru kenal, yg saye hanya tahu kewujudannya selepas dia meluahkan hasratnya pada saya untuk berkenalan dan nampaknya seperti serius sebab dia ingin berkenalan dgn family juga.dia pun baru kenal saya tapi sbnrya telah lama menyimpan perasaan (terlihat gambar rakan2 nya). cuma ada beberapa sebab yg membuat dia pasti untuk serius dgn saya.
jadi, saya yg terkejut tidaklah mereject terus tetapi kagum dgn keseriusan yg ditunjukkan. untuk mengelakkan saya berkawan baik dgnnya tetapi takut akan memberi harapan secara tidak sedar pd diri ataupun dia, saye pun membuat keputusan utk beristikharah..cuma saya keliru,perlukah saya meminta padanya untuk tidak berhubung selama saya beristikharah agar perasaan saya tidak terpengaruh/cenderung padanya atau bagaimana ye?
terima kasih ats pandangan dari Ustaz :)
saya tergerak hati untuk bertny ustaz mengenai mimpi sy slps sy melakukan solat istikarah. slps sy melkukan solat istikarah dan melakukan adab2 tidur pd malam tu saya ada bermimpi tp sy tidak fhm mimpi yg sy alami samada memberi alamat atau mimpi yg biasa2 saja.
dlm mimpi tu sy berada di atas awangan berpijak pada 1 tapak mcm 1 titian yg mana syperlu melompat dr satu titian ke titian dihdpn sy kalu tersalah lompat sy akan jatuh ke bawah. titian itu sgt panjg sehingga sy tidk nmpak ke mana arah itu sebenarnya. suasananya sngt gelap dan sy hny nmpak titian tu sj dan terdengr suara org yg menyuruh sy menjwb soalan tp sy lupa akan pertnyaan ituyg pasti soalan itu berkenaan agama islam. boleh ustaz jelaskan apa yg dimksudkn oleh mimpi itu sehingga hr ini sy msh tdk fhm akan mimpi tu. hrp ustaz dpt memberi sedikit komen...terima kasih
salam ustaz..
pmpuan ni mmg exted nk brtunang.dan bjnji ngn org ke2 suh kmpul duit 4bln ni tunang stlah 4thun knal.bkrja la siang mlm ke2 ni..
ttbe dtg org ke3 ni bkrjya ttap ajk pmpuan ni jmpe fmly ke3 lalu ajk btunang dan nk bg duit2 blnje sdngkn dia thu adanya org ke2 ni.
x lme kmudian trus trauma orang ke2 ni, "dtang ksdran baru n hidyah ats ksushan kita slama ni kata pmpuan tu..sama-sama la kita istikrah mnta ptnjuk Allh.insyallah akn ad ksudhnnye,.."
"sy solat istikrah mtk jdoh tbaik tuk jge mruah dri, fmly dan agama.mtk jodoh tak kira la dgn awk,dia atau org lain skli pn sy akn redha seadany."
........
"semnggu sy istkrah dpat ptnjuk yg sme 2,3kli iaitu fmly org ke3 dtg mminang..wlaupn bkn ksluruhn hati sy plih org ke3."
"bercinta 10thun pn klau tak ada jodoh sia-sia jgk.Allah bg ptunjuk jodoh org tu kita kena trima dgn redha la, lambat laun sama jgk, akn kawin dgn ptunjuk tu jgk.sbb Allah tak mmutar belit kjap jdoh dgn org ni kjap dgn orang tu. jgn smpai kite sesat, Allah nk tnjuk kjap je!"
-ape itu jdoh? solat istkrah tuk tau jodoh ngn sapa kita kawin ke??
-klu nk solt istkrah bkn kena smbunyikn peminangn mngejut ke??
-klau sseorg yg byk dosa Allah tnjuk ke ptunjuk kt sseorg 2??
ustaz...wallahualam.
sy ada 1 pertanyaan..baru2 ni, sy sudah putus dgn bf sy..sy yg mnta.kemudian sy menyesal.sy nk balik kt die.mslhnye die ckp die sudah tawar hati dekat sy.die suruh sy sabar. kalau ada jodoh dgn die ada la.sy buat istikarah sama ada lupakan die @ tunggu die.slps buat istikarah, dlm mmpi die ckp kt sy supaya lupakan die dan cari org lain.sy dpt mmpi ni slama 5 kali.stiap kali lps mmpi sy akn terjaga.kemudian, 1 ari sy mmpi die ckp suruh tnglkn die, kemudian sy mmbuat istikarah, sy berdoa klu die jodoh sy, dtgkn dlm mmpi sy kawen dgn die.kemudian, sy tidur dan dlm tidur sy mmpi kawen dgn die.masalhnya sy keliru sama ada hendak tnglkn dia @ x..sbb hati sy msh pd dia.dan sy keliru dgn mmpi yg die ckp suruh sy tnglkn die dan mmpi kawen tu. apa yg perlu sy buat? yg mna 1 harus sy percaya?
Kawin sahaja buka penyelesaian untuk mengelakkan zina.. kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal nafsu menggunakan iman. Cuba bayangkan, jika kita berkahwin dan jodoh tak panjang dan pada masa tue anak dah 5.. dan pada masa tue tak de sape nak kawin kita lagi.. apa yg perlu dilakukan untuk mengawal nafsu???... adakah kita akan berzina lagi.. jadi segalanya adalah iman.. Tak mustahil Allah akan uji saudari lagi tapi kita berdoa agar dijauhkan.
Mengenai mengaitkan ibu dalam masalah ini... "Matlamat tidak menghalalkan cara".. Sedarlah dosa zina adalah teramat berat sehinggkan Allah menyuruh pelaksana hukuman zina agar tidak berbelas kasihan terhadap pesalah.. apetah lagi balasan Allah nnt.. adakah Allah akan berbelas kasihan..
Walaupun kita tidak mampu menghentikan perkara tersebut drp terus berlaku tapi USAHA yg bersungguh2 itu teramat penting..
Saya mbuat istikharah utk M yg saya kenal mlalui perantara. Dengan melihat gambar M sahaja, saya terus melakukan istikharah. Hanya utk tahu samada M orgnya ataupun tidak.
Tetapi, saya bmimpi orglain. Selama 3 malam berturut2,ustaz . Dia adalah R, jiran saya.
Namun harap ustaz tidak salah faham. Selama 3bulan R menjadi jiran, tidaklah pula saya bertegur, memandang lagikan hendak berseloroh dengannya. Dia kan lelaki, saya perempuan. Segan, menyekat segalanya.
Bila saya bermimpi dia, saya ambil keputusan untuk berterus terang dengan R. Selepas 2 bulan, saya berterus terang padanya. Hingga kini dia tidak memberikan jawapan. Cuma berkali-kali dia beritahu yang dia tidak bersedia lagi.
Ada juga sekali, dia minta saya mencari lain.
Saya redha,mungkin dia bukan orgnya kerana suruh saya mencari lain. Tapi, entah hati saya seolah semacam tahu yang dia tidak 'bersungguh' bila dia suruh mencari lain. Dari selidik kawan2nya, R seorang yang ego tinggi.
Dan saya tahu walaupun slps menyuurh cari lain, dia tetap akan memerhatikan saya jika saya berada di tempat yang sama dengan dia. Dia juga seorang pemalu, dan saya seorang yg suka bcakap dan berani.
Cuma..sehingga kini sudah hampir 10 bulan dia tidak memberikan jawapan ustaz.
Saya keliru perlu menunggu dia atau mencari yg lain?
Namun setipkali saya mahu mencari lain, ada sahaja perkara yg merapatkan saya n dia. Sbg cthnya mgu lepas bru dia buat 'xtahu' dengan saya...namun minggu ni saya perlu bersama dengannya selama 2 hari diatas urusan kursus.
Setiapkali mahu cari lain, setiapkali ingin menjauhkan diri dari dia..pasti ada perkara yg membuatkan saya tpaksa bjumpa dgn dia.
Kalau ditanya hati ini, ya..sekarang pun (bukan kerana nfsu) saya dapat merasakan dia dekat dgn saya.
Tapi..saya kecewa dgn tindak-tanduk nya.
Saya keliru kerana petunjuk istikharah kata dia, tapi dia btindak disebaliknya..(wpun dia memndang saya dimana sahja, saja mhmpiri tnpa bsmbg dgn saya)
Entahlah...Minta pdpt ya ustaz.
Salam
terima kasih atas maklumbalas ustaz..
UZAR : ya, tindakan yang betul
Ada orang berkongsi bahawa untuk mengetahui jawapan istikharah, mereka letak beberapa gulungan kertas yang ditulis pilihan jawapan di bawah sejadah kemudian setelah solat istikharah, mereka memilih salah satu daripada kertas itu dan apa yang tertulis pada kertas itu adalah jawapan solat istikharah. Ustaz, apakah hukum perbuatan ini?
Terima kasih atas respon ustaz.
Contohnya,
Niat 1: ingin berkahwin; ingin mendapat petunjuk sama ada bakal pasangan adalah sesuai dengan diri.
Niat 2: ingin bekerja atau sambung belajar; ingin mendapat petunjuk sama ada bekerjakah terbaik ataupun sambung belajarkah terbaik.
Harap dapat perhatian Ustaz dalam soal ini. Terima kasih didahulukan.
UZAR : perlu diasingkan..one by one adalah lebih berkesan
saya dan bf saya telah menjalinkan hubungan hampir 2 tahun. Dalam bulan mac tahun ini kami telah mula berjinak-jinak ke arah melakukan zina. Kami tinggal berjauhan, saya di klntan di negeri kelahirannya, manakala dia tinggal di melaka kerana bekerja di sana. Apabila berjumpa sahaja, kami pasti akan cuba untuk melakukan perbuatan zina itu.
Kami merancang untuk berkahwin bagi mengelakkan lagi perbuatan ini berulang lagi. Akan tetapi, masalah timbul dari ibu saya yang tidak bagi kami berkahwin dengan alasan saya masih terlalu muda lagi kerana umur saya 20thn serta bf saya ini tidak sesuai dengan keluarga kami disebabkan dia bekerja sendirian bagi perniagaan welding manakala ibu saya seorg ibu tunggal dengan 2org anak dan bekrja sbg agency manager insurans.
Wlaubgmanapun, ibu saya juga berkahwin pada umur 20thn tetapi bercerai dengan ayah saya ketika saya berumur 7thn. Bf saya pula berumur 28 tahun dan telah mempunyai kemampuan utk berkahwin.
Kini, saya telah menyambung pelajaran di sebuah IPTS. Saya serta bf masih lagi berhubung tanpa pengetahuan ibu saya. Kerana ibu saya beranggapan kami tidak lagi berhubung disbbkan sy perlu fokus kpd pelajaran. Tapi, malangnya, tempat saya belajar ini lebih hampir dengan bf saya. Baru-baru ini, saya ke rumahnya dan bermalam disana. Itula pertama kali saya melakukan perkara itu.
Kami mahu kahwin segera bagi mengelakkan kami melakukan zina. tetapi, ibu saya masih lagi melarang keras hubungan kami.
Pernah bf saya ajak saya kawin lari, tapi apabila kami memikirkan kembali keluarga masing2, kami tak sampai hati untuk melukakan hati keluarga kami dengan kahwin lari.Ustaz, tolong berikan pandangan untuk saya melakukan apa yang terbaik bagi saya.
Dan adakah dalam hal saya berzina, ibu saya turut bersalah kerana berkeras melarang kami untuk berkahwin sehingga kami berzina?
Terima kasih ustaz kerana sudi untuk membaca masalah saya ini
statistik berkenaan ceramah ust akil Hayy, cuma statistik, bagus jika ianya menakutkan gadis, tak bagus jika ianya mengundang gadis untuk kata tak apa jika terlanjur boleh bertobat, apa yang lebih bagus ialah kesedaran semua golongan umat supaya menjaga diri dan jauhkan diri dari zina...hatta 'terlanjur' sekalipun...wallahhu'alam
saya telah berkahwin selama 9 bulan dan belum lagi hamil..saya telah mendapatkan pelbagai jenis rawatan dan sudah berhabis setakat yang terdaya.saya sedar diri yang penuh dengan dosa..saya berdoa moga Allah mempertemukan saya dan membuka jalan...akhirnya saya bertemu seorang ustaz yang sangat alim dan saya dan suami pun terus berubat dengannya.bulan pertama haid tetap datang.masuk bulan ke2 haid saya berhenti..sekarang sudah pun lewat 10 hari...ya Allah apakah saya hamil.Lalu saya pun menyuruh ustaz tersebut membuat solat istikharah bagi pihak saya dan memohon agar Tuhan menunjukkan apakah saya sedang hamil atau tidak..tunjukkan saya satu kebenaran...biarpun pedih.selang beberapa hari ustaz mengatakan saya mengandung.lalu saya pun begitu gembira dan banyak nasihat yang diberikan.saya terlalu gembira walaupun tidak membuat urin test.saya sangat percaya pada petunjuk Allah.lalu saya pun bertanya pada ustaz..benarkah saya hamil?apa alamat yang ustaz sudah dapat?ustaz menjawab,dia dapat melihat melihat dan merasa kandungan saya.tapi bagaimana sekalipun dia mengatakan itu adalah ma'rifat dari Allah.
saya terdiam seketika.dia mengatakan dia melihat sekatul darah yang melekat pada dinding rahim saya.dan beberapa tanda lain lagi.lalu saya pun membuat urin test.dan keputusannya negatif.betapa kesalnya saya!!
suami dan keluarga sudah pun mengharap.saya dalam dilema.apa yang perlu saya lakukan?lantas saya melakukan solat istikharah...walaupun saya seorang yang masih belum sempurna dalam solat 5 waktu.saya menangis sepuas hati..saya pohon Allah tunjukkan saya kebenaran,dan beritahulah saya apa yang sedang berlaku.dugaan ini terasa begitu berat untuk dipikul.malamnya saya tertidur tanpa sempat solat isyak..sungguh tiada niat ketika itu.saya bermimpi saya telah melahirkan seorang anak lelaki yang sangat comel..dan dia memandang wajah saya..lalu saya menyusuinya..dia menghisap susu saya dan di dalam mimpi itu.apakah itu petunjuk istikharah?
UZAR : inshaAllah akan adalah rezeki anak ..yakini ALlah dan banyak berdoa di bulan ramadhan yang mulia ini.
sy sudah bertaubat dan brjanji x akan mengulangi pbuatan sblm ni. sy sdh mula memakai tudung, x bgaul dgn rakan lelaki d kampus dan sy ikhlas dgn perubahan ini. tetapi sy msh ada teman lelaki,wlpun hubungan kami x intim. dia lah yg nasihat sy utk berubah dan sy terima nasihat nya. sy brterima kasih krna dia jg masih sudi terima sy slps apa yg tlh sy buat. slps kjadian itu, sy mula melakukan solat sunat istikharah. sudah brpa kali, perasaan sy padanya sudah hampir tiada tp dia masi mngharapkn sy. Untuk pengetahuan ustaz slps mlakukan istiqarah, hati sy trgerak kpd ssorg rakan sy. cuma sy rasa rakan sy itu xakan terima sy sbb dia mrupakan bekas teman lelaki sy. sy sdh cuba bertegur dgn nya tetapi dia masih mengelak drpd bertgur dgn sy. apakah sbnrnya jwpn yg sy dpt drpd solat istiqarah itu? sy brharp ustaz blh tlg jelaskan. terima kasih
RSS feed for comments to this post