Kewangan Peraduan Menang Camry Diarah Henti, Wang Perlu Dipulang (Kemaskini)

Peraduan Menang Camry Diarah Henti, Wang Perlu Dipulang (Kemaskini)

  • PDF
(16 votes, average 4.75 out of 5)

SKMM arah Celcom henti peraduan


Camry

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan Celcom Mobile Sdn Bhd supaya menghentikan peraduan "Celcom 100 Hari 100 Kereta" susulan bantahan orang ramai.

Dalam kenyataannya, SKMM menyatakan Celcom juga diminta mengembalikan semula bayaran kepada pelanggan yang mengambil bahagian dalam peraduan itu.

"Celcom juga diminta menyediakan maklum balas secara bertulis, menyatakan alasan kerana tidak mematuhi arahan, selewat-lewatnya 16 Jun," katanya.

SKMM menyiasat aduan mengenai peraduan itu dan mendapati wujud unsur-unsur ketidakpatuhan Kod Amalan Pelanggan Am.

Peraduan itu sepatutnya berlangsung dari 2 Jun hingga 9 September 2008. - Bernama  

 


ULASAN UZAR

 

Takziah buat CELCOM dan tahniah buat kuasa ramai, the unbeatable.. bila mereka bertindak dengan bijak.

Peserta dan mereka yang belum sertai patut mengambil iktibar dan gunakal hati, iman dan aqal lebih teliti sebelum sertai apa jua skim perniagaan dan peraduan. Amat memalukan asyik orang Islam yang ditipu dan terjebak.

Para pemenang selama seminggu lepas juga semuanya berbangsa Melayu.

Kita harapkan agar mereka yang kerugian sehingga terpaksa 'makan pasir' , 'ikat perut' disebabkan budjet sebulannya habis semasa menjawab soalan akan kembali tenang apabila wang dikembalikan. Berdoalah.

Sekitar 3 hari lepas, saya sendiri baru sahaja meneirma email dari pihak wakil CELCOM, yang menyebut  pihak pentadbiran tertinggi CELCOM ingin bertemu saya secepat mungkin untuk menerangkan berkenaan hal ini. Saya telah menyatakan kesediaan, anywhere anytime (suitable), namun setelah berita ini keluar saya kira mungkin mereka akan berfikir kembali keperluannya. Sekiranya mereka perlukan bantuan dan nasihat Shariah dalam merangka peraduan-peraduan akan datang, inshaAllah atas dasar tanggungjawab akan membantu.

Nampaknya, pihak berkuasa undang-undang lebih pantas bertindak dengan yakin dan tepat berbanding badan berwajib agama Islam.  Mengapa berlaku demikian??

Semasa segmen Bicara Islam, Selamat Pagi Malaysia  di RTM 1 pagi tadi (13 Jun 2008), saya sempat menghuraikan sedikit persoalan harta syubhat dan juga masalah dalam peraduan. Berikut disertakan rakamannya. 

 

Namun oleh kerana saya tidak kelihatan tidak bersempatan mengulasnya  dengan terperinci. Maka pihak penerbit meminta saya untuk muncul sekali lagi di segmen ini pada 27 Jun 2008 bagi mengulas lebih detail perihal pertandingan dan peraduan. 

 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

 www.zaharuddin.net

13 Jun 2008  

Sekian

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 33 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Peraduan Menang Camry Diarah Henti, Wang Perlu Dipulang (Kemaskini)