Kewangan Hukum Gaji Penjawat Awam Malaysia : Jawapan Jabatan Mufti Selangor

Hukum Gaji Penjawat Awam Malaysia : Jawapan Jabatan Mufti Selangor

  • PDF
(41 votes, average 4.22 out of 5)

 

HUKUM GAJI PENJAWAT AWAM 

 Soalan :
 

 

 

Apakah hukum sumber rezeki bagi penjawat jawatan di dalam kerajaan Malaysia? Apakah hukum bagi pendukung agama dan kakitangan organisasi jabatan agama yang mengambil gaji/upah didalam menyampaikan agama Islam seperti mana yang dinyatakan didalam hadis dan Al-Quran?

Apakah pula hukum bagi manusia yang Islam yang mengubah hukum Islam dan apa pula hukum bagi mereka yang melaksanakannya?

Bagi jabatan agama Islam yang melaksanakan hukum sebagai contoh ZINA dengan bayaran matawang tidakkah di kira sebagai mengubah sesuatu hukum? Dan sebagai mana jawapan tuan berkisar mengenai perkara sembahyang seperti diatas, tidakkah tuan tertakluk sebagai orang yang mengubah hukum dan tidak kah tuan termaktub sebagai mana orang yang murtad dan layak untuk dipancung jua? Atau adakah alasan lain yang menyokong pendirian tuan? Harap tuan memberi penjelasan kepada saya jika tidak disiarkan didalam web sekalipun mohon jasa baik tuan menjawab didalam email saya.

  
 Jawapan :
 1.

Hukum sumber rezeki bagi penjawat awam di dalam Kerajaan Malaysia adalah halal. Ini adalah kerana sumber kewangan yang diperolehi telah diasingkan kepada dua akaun iaitu sumber kewangan yang halal dan sumber kewangan yang tak halal. Sumber kewangan yang halal digunakan untuk membayar gaji pekerja manakala sumber kewanan yang tidak halal digunakan untuk kemaslahatan ummah seperti membina sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya.

 2.

Hukum bagi kakitangan organisasi jabatan agama yang mengambil gaji/upah di dalam menyampaikan ajaran Islam adalah harus dengan syarat kakitangan tersebut perlu melaksanakan tanggungjawab setimpal dengan gaji/upah yang diperolehi.

 3.

Orang-orang Islam yang mengubah hukum yang terdapat di dalam Al-Quran dan As Sunnah dianggap telah murtad begitu juga orang yang melaksanakan.

 4.

Bagi Jabatan Agama menggantikan hukuman Jenayah Islam dengan bayaran matawang bukan disebabkan Jabatan Agama tidak mahu melaksanakan hukuman tersebut. Setiap tindakan atau hukuman yang hendak dijatuhkan perlu mengikut undang-undang yang diperuntukkan. Menjadi tanggungjawab pemerintah atasan untuk menggubal semula undang-undang yang sedia ada agar selaras dengan hukum Islam yang sebenar. Dalam hal ini kita patut bersyukur sekurang-kurangnya pemerintah atasan masih memperuntukkan hukuman bagi setiap kesalahan Jenayah Islam yang dilakukan walaupun hukuman yang dikenakan tidak setimpal. Sebagai umat Islam, apa yang boleh kita lakukan hanya berdoa mudah-mudahan dibukakan pintu hati umara' di negara ini agar dapat menerima pemerintah Islam yang sebenar



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 11 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Hukum Gaji Penjawat Awam Malaysia : Jawapan Jabatan Mufti Selangor