Kewangan Hukum Piramiding Cara Wang Pos

Hukum Piramiding Cara Wang Pos

  • PDF
(21 votes, average 3.38 out of 5)

"NIK SHUKRAN NIK S.O." <rozan_da7171@yahoo.com.my> wrote:

Assalamualaikum,

Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima 'di atas' kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas drpd kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 drpd ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yg diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.

Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut?Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan.

Saya banyak mendapat ilmu ttg ekonomi Islam drpd tulisan-tulisan ustaz di media. Semoga Ustaz dpt menjawab e-mel saya dan saya merakamkan jutaan terima kasih.

"Hidup Islam"

JAWAPAN

wa'alaikumussalam,

setelah membaca penerangan anda di bawah.

Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.

Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah : -

1) Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

2) Pelabur

3) Pengusaha

4) Bisnes yang halal / Pekerjaannya

Antara syarat sahnya pula :-

1) Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

2) Tiada jaminan modal selamat.

3) Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.

Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kpd untung dan rugi. Dalam kes anda, duit pelabur ( peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi taida perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, 'pelaburan' atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula "profit sharing ratio" nye? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.

Produk menjual pusingan dan piramid penyertaan adalah tidak diteruima oleh Islam.

Ringkasnya, ia seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di bawah. Dalam bentuk yang anda berikan, ia jelas tidak dibenarkan.

Akhir sekali, terima kasih kerana memanfaatkan tulisan saya. Silalah membacanya lanjut di http://www.zaharuddin.com/

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman

12 Disember 2006

21 Zulakedah 1427 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini
  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 7 guests
Latest members:
  • Mohd Nasir

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Hukum Piramiding Cara Wang Pos