Kewangan Penasihat Shariah & Intitusi Kewangan(28 August 06)

Penasihat Shariah & Intitusi Kewangan(28 August 06)

  • PDF
(5 votes, average 5.00 out of 5)

Penasihat Shariah & Intitusi Kewangan

Oleh : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

(Artikel ini diterbitkan oleh Metro Ahad, 27 Ogos 2006)

 

Ilmuan Shariah atau yang kerap juga digelar "Ulama" sememangnya mempunyai peranan yang amat besar di dalam memastikan perkembangan Islam di dalam sesebuah Negara. Demi memastikan kehadiran, idea dan cadangan penyelesaian mereka dirasai, dihargai dan dilaksanakan oleh pihak yang berwajib; para ulama kini berdepan dengan cabaran getir untuk menaik tarafkan ilmu masing-masing agar mampu menanggapi masalah semasa dengan lebih berkesan dan seterusnya mampu memberikan penyelesian mantap bertepatan dengan Al-Quran dan As-sunnah, seterusnya tampak ‘cantik' dengan logik aqal. Tidak dinafikan sepatutnya, aqal yang waras tidak akan sesekali bertentangan dengan nas (al-quran dan as-sunnah yang qat'ie), tetapi kegagalan para ulama dalam memberikan penjelasan yang cemerlang pastinya akan menampakkan seolah-olah ada hukum yang ditetapkan Allah secara putus di dalam Al-Quran bertembung dengan logic aqal.

Amat banyak sekali bidang yang perlu difahami dan dilihat oleh ulama ini. Jika dilihat dari senarai panjang bidang-bidang ini, antara salah satu bidang yang amat penting dan popular di kalangan masyarakat tetapi amat paling ulama yang berkemahiran di dalamnya adalah bidang Kewangan dan Perbankan Islam.

Kekurangan ini bukan sahaja di rasai di Malaysia malah juga di seluruh dunia. Nama-nama ilmuan Shariah yang cekap lagi mahir dalam bidang ini mungkin sukar untuk melepasi jumlah 20 orang di seluruh dunia. Benar, sememangnya ramai nama-nama ulama ‘gah' tetapi tidak semua berani dan berkemampuan untuk memberikan fatwa tepat dalam bidang kewangan moden disebabkan kewujudan instrument kewangan moden yang sentiasa berkembang dan amat asing dari sebarang bentuk transaksi di dalamkitab-kitab Fiqh silam. Keadaan ini menyebabkan ijtihad-ijtihad kontemporari diperlukan.

Penasihat-penasihat Shariah bagi bank-bank dan Takaful di Malaysia khasnya, seringkali dilihat begitu ‘gah' dan hebat. Bagaimanapun, saya suka mengingatkan bahawa banyak nama-nama yang ‘gah', di tambah dengan gelaran-gelaran besarnya seperti Profesor, prof. Madya, Doktor, ustaz, Dato' dan pelbagai lagi tetapi amat sukar mencari mereka yang benar-benar mempunyai kemampuan dalam mengeluarkan fatwa berkenaan kewangan yang meyakinkan. Justeru, di ruangan ini saya suka berkongsi pandangan dengan para  penasihat-penasihat Shariah di industri kewangan Islam dengan beberapa fakta seperti berikut :-

  • a) Orang awam bergantung sepenuhnya kepada ‘cop' Bank Islam atau perbankan Islam dan TAKAFUL, perlu diingat, cop ini terhasil dari pengesahan ‘Majlis Penasihat Shariah'. Ini menjadikan logo dan nama ‘Islam' yang terdapat di institusi kewangan ini ibarat satu cop JAKIM bagi dalam industri makanan. Oleh itu, semua penasihat Shariah WAJIB menyedari bahawa mereka bertanggung jawab di hadapan Allah akan apa jua transaksi institusi kewangan yang mereka selia agar bertepatan dengan Shariah. Menurut hukum, orang awam tidak berdosa jika terdapat sebarang kesilapan sengaja atau tidak, bagaimanapun penasihat Shariah yang leka mungkin akan menanggungnya di akhirat. Jika mereka benar-benar telah ber'ijtihad' atau bekerja dan berfikir serius dalam mengeluarkan fatwa, alhamdulillah, pastinya selamat berdasarkan hadis : " Apabila seorang hakim (penjatuh hukuman) itu telah bersungguh-sungguh ‘berijtihad' dan benar ijtihadnya, maka ia beroleh dua pahala, jika silap ia beroleh satu pahala" (Riwayat Muslim, no 3240).

Bagaimanapun jika para penasihat Shariah ini menjalankan tugas sambil lewa dan melepas batuk di tangga sahaja, pastinya mereka akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah kelak serta tidak layak mendapat tawaran dari hadis di atas tadi. Imam AN-Nawawi juga menyebut bahawa telah sepakat (ijma' selurh ulama bahawa hadihs ini adalah untuk para ilmuan yang benar-benar layak sahaja, adapaun yang tiada kelayakan tidaklah merkea layak untuk mengeluarkan hukum ( Syarah Sohih Muslim). Hal ini boleh menjadi semakin serius apabila pihak Bank juga akan menggunakan nama penasihat-penasihat ini bagi meyakinkan pelanggan mereka.

  • b) Penasihat Shariah perlu lebih penelitian ilmu terutama dalam bidang Fiqh Mu'malat, Usul Fiqh dan Maqasid Shariah. Selain itu pembacaan dan perbincangan dengan para pegawai Bank mesti dilakukan dengan lebih kerap. Ini amat perlu bagi memastikan mereka mampu memahami proses, konsep dan aplikasi sesebuah transaksi dengan lengkap dan sempurna, jejak di bumi nyata, hanya dengan kefahaman yang sedemikian sahaja pandangan mereka mampu dilaksanakan oleh para pengurusan institusi kewangan dengan baik dan cermat. Pihak institusi kewangan tidak inginkan pandanagan teori semata-semata di momokkan kepada mereka, ia tidak banyak membantu.

  • c) Penasihat Shariah perlu menghiaskan diri dengan ilmu-ilmu alat berkaitan kewangan dan perbankan moden dengan lebih baik. Selain itu, kemampuan bahasa inggeris juga amat diperlukan bagi pihak penasihat Shariah ini meneliti dokumen-dokumen undang-undang yang kerap kali di meterai di dalam bahasa ini. Kegagalan mereka, pastinya akan melemah dan melewatkan proses fatwa.

  • d) Penasihat Shariah tidak harus hanya berseronok dengan gelaran "Penasihat Shariah" dan ‘gaji dan elaun' bulanan tambahan yang diperolehi. Perlu diingat, bahawa melaksanakan tugas secara sambil lewa dan ‘last minute' tidak akan mampu menghasilkan fatwa yang tepat. Lebih dari itu, ia hanya akan memburukan nama ‘ilmuan Shariah' di kaca mata pelaksana industri kewangan.

  • e) Penasihat Shariah perlu bersikap proaktif dan ambil kisah dengan sebarang produk dan transaksi yang dilakukan oleh institusi kewangan seliaan mereka. Adakalanya, terdapat beberapa isu langsung tidak diketahui oleh Penasihat Shariah telah dilakukan oleh institusi kewangan seliaan mereka. Saya tahu, penaishat ini pastinya akan mengatakan " saya tak tahu tentang itu dan tidak bertanggung jawab tentangnya, tidak ada pun di bawa ke perbincangan dengan kami". Itulah ayat-ayat melepas diri sebagaimana yang di warwarkan oleh rakan-rakan saya di seluruh negara. Betapa sedihnya, melihat jawapan sebegini, elaun dan gaji di ambil tetapi hanya menjalankan tugas secara longgar.

  • f) Penasihat Shariah juga perlu berterus terang dengan pihak wakil bank sekiranya mereka tidak memahami sesuatu konsep atau produk dengan segera. Kita tidak mahu penasihat yang ‘berlagak faham' di dalam keadaan tidak faham. Ini boleh berlaku jika mereka merasa malu di atas ketidakfahaman mereka. Hal ini tidak sepatutnya berlaku dan kita tidak sepatutnya boleh meluluskan sesuatu produk hanya dengan anggapan " alah orang lain faham kot, jadi betul le tu". Penaishat perlu bertanggung jawab atas setiap anggukan dan tandatangan pengesahan masing-masing tanpa bertenggek di atas anggukan orang lain.

Sebagai akhirnya, semua ilmuan Shariah yang terpilih sebagai Penasihat Shariah di institusi kewangan perlu mengukur ilmu masing-masing sebelum dengan senang hati menerima jawatan Penasihat Shariah ini. Jika tidak, banyak implikasi negatif akan lahir darinya. Saya tahu, kebanyakan mereka menerima jawatan seperti ini dengan niat ‘mahu belajar' dan akhirnya menjadi pakar. Jika demikian niatnya, suatu kesungguhan WAJIB di perlihatkan untuk memperbaiki ilmu dalam diri dan bukannya ber'main-main' sambil belajar.  Apa yang saya tulis ini tidak ditujukan khas kepada mana-mana Penasihat Shariah, tetapi ia adalah secara umum berlandaskan keluhan-keluhan rakan-rakan pegawai Shariah di institusi kewangan Malaysia. Bukan sebuah, tetapi banyak buah.

 

 

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 17 guests

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Penasihat Shariah & Intitusi Kewangan(28 August 06)