Kewangan Hukum Dividen KWSP

Hukum Dividen KWSP

  • PDF
(34 votes, average 4.59 out of 5)

PERSOALAN BERKENAAN

KWSP DAN ASB

Pakdi  : Apakah yang membezakan ASB dan KWSP dari sudut halal haram?

RESPOND Ust Zaharuddin Abd Rahman (UZAR):

Bezanya adalah :-

1-     ASB adalah pilihan sendiri untuk sertai atau tidak,  tetapi KWSP adalah tiada pilihan, Ia adalah WAJIB. Justeru, pencarum tidak berdosa atas apa jua pelaburan yang dibuat oleh KWSP kerana ia bukanlah pilihan mereka, mereka juga meletakkan wang di KWSP juga bukan atas pilihan tetapi kewajiban yang ditentukan kerajaan.

2-     ASB adalah instrument yang disediakan dengan tujuan untuk pelaburan dan mendapatkan keuntungan. Ini bermakna semua orang yang menyertainya adalah dengan niat melabur, serta menggunakan aqad pelaburan (secara sedar atau tidak)  dan ingin mendapatkan untung hasil darinya kelak.

KWSP pula bukan dana pelaburan, orang awam yang meletakkan duit di dalamnya bukan dengan aqad pelaburan tetapi dengan aqad simpanan wadi'ah (safe keeping), justeru pihak pengurusan kWSP yang melaburkannya atas insiatifnya sendiri dan jika ada keuntungan, diberikan dividen, dividen ini adalah ‘hibah' dari sudut Shariah. Cuma isu pelaburannya bercampur, ia boleh diselesaikan dengan cara mendermakan beberapa peratusan dividen yang diterima (berdasarkan fakta jumlah peratusan kaunter haram yang dilaburkan). Kemudian caruman asal adalah milik penuh si individu dan baki dividen dari pelaburan halal adalah boleh dimanfaatkan.

Pak Di memberi respond setelah jawapan di atas :

KWSP adalah dana pelaburan. Tetapi ia berkonsepkan retirement fund. bila disebut retirement fund, maka investment approach KWSP adalah lebih low risk & konservatif berbanding ASB. Justeru, saya tidak bersetuju anggapan KWSP adalah savings kerana semua maklum KWSP adalah pengurus dana yang terbesar di Bursa Malaysia.

RESPOND UZAR :

Benar, anda boleh tidak setuju bahawa KWSP adalah savings, tetapi menurut Shariah, kita melihat dari sudut hubungan di antara pencarum/penyimpan dan KWSP.

Dalam hal ini, ‘takyif' atau bentuk yang terdapat dalam Shariah (samada ia pelaburan atau simpanan) terhadap hubungan pencarum boleh dilihat kepada : -

•a)     Nama dana ini sendiri , iaitu KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP). Justeru, nama ia pun sudah ‘self explanatory' tentang sifatnya kepada pencarum, iaitu satu dana simpanan.  Malah di web nya juga di sebut "tabung SIMPANAN" bukan TABUNG PELABURAN.

•b)    Disebut di dalam web KWSP juga :

"KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka." ( Rujuk : Web KWSP )

Tiada disebut langsung bahawa ia seperti sebuah dana pelaburan yang bertindak sebagai pengusaha, ia disebut jelas "pengurusan simpanan" , ia dengan jelas adalah tabung simpanan dan bukan pelaburan. Justeru pencarum tidak dianggap sebagai pelabur setiap kali ia meletakkan wangnya di KWSP. Benar, saya tahu memang disebut juga bahawa

"Alokasi  Pelaburan

Caruman bulanan anda dilaburkan melalui beberapa instrumen kewangan yang diluluskan untuk menghasilkan pendapatan. Ini termasuklah Sekuriti Kerajaan Malaysia, Instrumen Pasaran Wang, Bon & Pinjaman, Ekuiti dan Hartanah." (rujuk : web KWSP)

Tetapi dalam islam, ia adalah dikira ‘separate issue and contract', pelaburan itu adalah inisiatif yang dibuat oleh KWSP sendiri atau mungkin juga oleh pencarum tetapi dengan kontrak yang lain; Justeru hubungan antara KWSP dan pencarum (kita semua) adalah BUKAN sebagai pelabur dan pengusaha. Itulah maksud saya, hubungan pencarum dengan KWSP adalah atas asas wadiah (simpanan wang untuk hari tua), inilah yang menjadikan KWSP wajib menjamin wang caruman kita tidak lupus, jika ia dinggap sebagai pelaburan kita, maka KWSP TIDAK boleh menjamin selamatnya wang itu.  

•c)     Dengan merujuk kepada borang mencarum di KWSP (hanya diisi sekali di permulaan kerjaya) . sila buka link borang KWSP di http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=320

Anda akan dapati tiada langsung tanda-tanda bahawa kita sedang melabur di KWSP apabila mencarum. Ia berbeza dengan ASB sudah tentunya.

Malah jika KWSP menggunakan aqad pelaburan, pasti timbul isu Shariah baru iaitu ia gunakan Mudarabah atau Musharakah? Jika mudarabah, beraspa nisbah pembahagian keuntungan antara pelabur dan pengusaha? Sedangkan ia mesti diketahui di awal kontrak. JIka ia gunakan konsep Pelaburan Musharakah, maka berapakah jumlah pelaburan yang diletakkan oleh KWSP sebagai partner ? dan banayk lagi rukun dan syarat yang ditetapkan oleh Shariah tidak jelas. Akhirnya, Sememangnya ia bukan aqad pelaburan seperti ASB.


PAK DI : Malah KWSP memberikan pilihan kepada para pencarum untuk mengeluarkan akaun 1 mereka untuk melabur ke dalam dana amanah yang diluluskan.

Quote:

Misi utama kami ialah menyediakan faedah persaraan bagi semua ahli melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai.

RESPOND UZAR :

Ini isu lain, ini adalah si pencarum dibenar keluarkan wangnya dalam tabung simpanan KWSP itu untuk diguna sebagai pelaburan di tempat lain. Ia adalah satu lagi kontrak lain yang akan dimeterai oleh pelanggan selepas ia jumlahnya terkumpul dan sampai ke sesuatu ‘limit' (jumlah) yang layak. Yang jelas, ia BUKAN KONTRAK ASAS bagi semua pencarum yang mencarum dengan KWSP, tetapi iaa adalah pilihan yang hanya dimeterai selepas aqad wadiah dibuat dan berasingan dengannya pula.


PAK DI : Sekiranya KWSP adalah simpanan semata-mata, kenapa KWSP membenarkan sejumlah pelaburan luar dibuat oleh pencarum sendiri? Sudah tentu ia bertentangan dengan matlamat asal KWSP, kerana savings is savings dan investment is investment. Justeru lebih tepat kita menyatakan KWSP adalah invesment for retirement.

malah dinyatakan dalam Akta KWSP, Seksyen 26. dibenarkan oleh undang-undang untuk Lembaga Pengurusan KWSP untuk melabur.

RESPOND UZAR :

MasyaAllah, ini amat tiada kaitan dengan aqad asas pencarum dengan KWSP yang telah saya nyatakan tadi, ia adalah wadiah atau simpanan sahaja..

Isu jika anda ingin keluarkan sebahagian dari kumpulan wang anda yang tersimpan untuk pelaburan lain, ia adalah hal yang berasingan lain dan menggunakan kontrak lain. Malah dengan mengeluarkan satu bahagian dari kumpulan wang simpanan kita itu, sudah tentu tidak menjadikan seluruh kumpulan wang itu menjadi pelaburan secara automatik. Tidak sama sekali.

Malah apabila disebut dalam Akta tadi bahawa dibenar untuk melabur, ia sebaik-baik bukti bahawa aqad asas KWSP dengan pencarum adalah wadiah dan bukan pelaburan sebagaimana ASB. Jika aqad (kontrak) asas adalah pelaburan, tiada lagi keperluan disebut "DIBENARKAN UNTUK MELABUR" lagi.


PAK DI : Kita boleh saman KWSP kalau simpanan menjadi pelaburan. Ia sudah melanggar kontrak kalau betul KWSP adalah simpanan semata-mata, tetapi duit sudah dilaburkan. Criminal Breach of Trust.

RESPOND UZAR :

Ia adalah simpanan dan samada kita suka atau tidak suka, telah tertulis bahawa pihak KWSP akan gunakan untuk melaburkannya.  So ia different story.  Dan aqad asas antara kita dan KWSP masih tetap simpanan.

PAK DI : Justeru saya kurang jelas perbezaan aqad ASB dan KWSP. Saya melihat konsep asas ASB dan KWSP adalah sama, iaitu pelaburan, cuma ASB tidak diwajibkan kita melabur di dalamnya oleh kerajaan, dan KWSP diwajibkan oleh semua pekerja dan majikan di Malaysia.

RESPOND UZAR : Justeru, adalah jelas ia berbeza, harapnya sdr Pak Di juga boleh jelas. Isu wajib menyimpan di KWSP dan secara pilihan di ASb adalah besar impaknya kepada hukum ke atas individu itu.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman

18 Jan 07

28 Zulhijjah 1427 H



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 3 guests

Komen Terbaru

You are here: Kewangan Hukum Dividen KWSP