Fiqh Ibadah Ganti Sujud Sejadah Dengan Tasbih?

Ganti Sujud Sejadah Dengan Tasbih?

  • PDF
(6 votes, average 5.00 out of 5)

Bolehkah Ganti Sujud Sejadah? 

Soalan

Mengikut hukum, kita perlu sujud sejadah apabila terbaca ayat-ayat tersebut di dalam Al-Quran. Saya pernah diberitahu oleh beberapa sumber bahawa kita boleh menggantikan sujud sejadah dengan membaca ayat sejadah tersebut sebanyak 3 kali. Apakah itu benar? Ataupun ada cara lain yang boleh menggantikan sujud sejadah?

Kiriman Wardatun Salma

Jawapan Ust Zaharuddin:

Tempatnya di dalam al-Quran sekitar 15 ayat. Perbuatan sujud ini  disunatkan bagi orang yang membaca dan mendengar, tetapi bagi orang haid dan nifas ia tidak di tuntut menurut pendapat yang disepakati (Al-Fiqh al-islam wa Adillatuhu, 2/1128)

Sujud semasa sampai ke ayat-ayat sujud adalah sunat sahaja menurut majoriti mazhab dan wajib menurut mazhab Hanafi (Rujuk Fath al-Qadir, 1/380; Mughni al-Muhtaj, 1/214; al-Mughni 1/616), Ini kerana Rasulullah SAW pernah tidak melakukan sujud ketika dibacakan satu ayat sujud dari surat an-Najm kepada baginda; ini menyebabkan semua sahabat yang ada ketika itu tidak sujud (Hadith ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Abu Daud Ad-Dar al-Qutni dan lain-lain - hadith Shohih). 

Bagaimanapun secara umumnya Allah SWT menegur orang yang tidak melakukan sujud apabila dibaca ayat-ayat sujud sebagaimana firman Allah SWT : erti :"Dan apabila di bacakan kepada mereka ayat al-Quran mereka tidak sujud" ( al-Insyiqaq : 21)

Manakala hadith yang menyebut tentang kepentingan sujud ini adalah datangnya dari Abu Hurairah (ra) : Ertinya"Apabila anak Adam membaca ayat sajdah, dan ia sujud , maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata : „celaka ia, di perintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah di suruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka" (Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, no 133;  dan Ibn Majah)

Alternatif jika si pembaca atau pendengar ayat-ayat sujud dalam keadaan yang tidak sesuai untuk sujud, maka harus kepadanya untuk membuat isyarat sujud sahaja (iaitu menundukkan kepala sedikit sambil membaca tasbih yang biasa. Ini disepakati oleh seluruh mahzab (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/301, cet Dar al-Fikr ) Ia berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Umar ertiya :"Sesungguhnya Nabi SAW membaca ketika hari pembukaan Mekah, ayat Sajdah, maka semua sahabat sujud, ada di anataranya yag berada di atas kenderaan dan dan di atas bawah, dan terdaat yang menunggang sujud di atas tangannya" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, Abu Daud, no 1411, ms 171)  

Manakala berkenaan membaca doa sujud 3 kali sahaja tanpa melakukan sebarang isyarat sujud, maka tidaklah diketahui dari mana sumber yang mencadangkan amalan sedemikian. Wallahu a'lam



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 14 guests

Komen Terbaru

You are here: Fiqh Ibadah Ganti Sujud Sejadah Dengan Tasbih?