Aqidah & Kepercayaan Ketagih Maksiat & Nazar Murtad

Ketagih Maksiat & Nazar Murtad

  • PDF
(14 votes, average 4.43 out of 5)

Ketagih Maksiat & Nazar Murtad 

Soalan 

Saya pernah melakukan satu perbuatan yang ditegah oleh agama ke atas diri saya. Saya telah mencuba dengan pelbagai cara untuk menghentikannya, sehingga saya  sanggup mengucapkan, "Sekiranya aku melakukannya lagi, aku akan murtad". Namun saya masih melakukannya kerana ketagih. Saya ingin tahu, apakah kedudukan sumpah saya itu  dari sudut syarak? Dan apakah hukum saya melakukan perbuatan itu sekadar untuk menghilangkan ketagihan?

- ingin tahu.

Jawapan Ust Zaharuddin:

Anda tidak menjelaskan apakah kesalahan yang anda ketagihi itu, justeru saya tidak dapat menilai sejauh mana besar atau kecil dosa tersebut dan sukar juga untuk memberikan komen lanjut terhadap ketagihan anda.

Perkataan anda tadi tidak dianggap sumpah, kerana syarat sumpah di dalam Islam yang sah hanyalah dengan mengguunakan kalimah Allah SWT, sifat-sifat Allah, dan nama-nama Asma al-Husna seperti "Wallahi", atau "Wabillahi" atau juga "Demi Allah", "Demi Tuhan yang Maha Pemurah", (Rujuk Ikhtilaf Aimmah Al-Ulama, Ibn Hubayrah, 2/364; Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, 4/2440)).

Perlu diingat apa-apa sumpah atau nazar ke arah maksiat wajib untuk di tinggalkan. dan perlu ia membayar kifarah berdasarkan hadith " Sesiapa yang telah bersumpah dengan satu sumpah, dan kemudian ia melihat bahawa meninggalkan adalah lebih baik, maka hendaklah ia memperbuat yang terlebih baik dan dikehendaki ke atasnya untuk membayar kafarahnya" ( Riwayat Muslim dan Tirmidzi )

Juga Nabi pernah ditanya tentang seseorang yang bernazar untuk melakukan maksiat seperti berkata "Demi Allah aku akan minum arak dan membunuh seseroang" maka tidak harus baginya untuk menunaikannya secara Ijma', demikian menurut hadith : " Tiada nazar dalam hal maksiat" ( Riwayat Muslim dan Abu Daud) . Manakala berkenaan kifarah dalam hal ini, mazhab Syafie mengatakan tiada kifarah. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 3/357)

Justeru, "nazar maksiat" atau "sumpah" anda untuk murtad tadi adalah tidak harus di dalam Islam dan nazar itu terbatal dan anda tidak dikenakan kafarah kerananya (Ikhtilaf Aimmah al-Ulama, Ibn Hubayrah, 2/390) . Selain itu terdapat implikasi yang bahaya terhadap aqidah anda. Justeru saya menasihatkan anda agar bertawbat, mengucap dua "kalimah shahadah" kembali dengan penuh insaf dan faham, serta tidak lagi bermain-main dengan kalimah "murtad" walaupun dengan tujuan baik seperti untuk menghilangkan ketagihan maksiat.

Saya yakin, ucapan anda itu merupakan bukti keazaman untuk meninggalkan kesalahan dan penyesalan terhadap kesalahan yang di lakukan, tetapi ia mestilah dibuat tanpa mengggunakan ayat sedemikian lagi, sekarang anda perlu terus melakukan taubat dengan diringi amal soleh bagi memantapkan azam menjauhkan diri dari ketagihan perkara maksiat itu, sekadar azam dengan menggunakan kata-kata sememangnya kurang kukuh sebagai benteng dari ketagihan. Tingkatkan ilmu dan hadiri solat berjemaah dan kuliah ilmu, benteng iman akan bertambah kuat dengannya.

Manakala amalan orang sekarang yang bersumpah dengan al-Quran adalah juga sah malah menurut kebanyakan mazhab tetapi yang pentingnya bukanlah memegang al-Quran itu tetapi lafaznya dan menyedari ia sedang bersumpah dengan kalam Allah. Walaubagaimanapun "trend" dengan memegang al-Quran ini boleh menjadi kurang sihat pada hemat saya, kerana ia di bimbangi menyerupai amalan orang-orang Kristian yang memegang bible.

Sekian

Oktober 2005



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 2 guests

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Ketagih Maksiat & Nazar Murtad