Aqidah & Kepercayaan Panduan Elak Diri Dari Sihir

Panduan Elak Diri Dari Sihir

  • PDF
(22 votes, average 5.00 out of 5)

Panduan Elak Diri dari Sihir

( petikan dari jawapan soal jawab majalah I keluaran Oktober 2006)

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

   Soalan : -

Ustaz, saya telah memulakan perniagaan kira-kira enam bulan yang lalu dengan membuka sebuah warung makanan. Pada mulanya perniagaan berjalan lancar tetapi setelah dua bulan, perniagaan mula merosot. Adakalanya saya hanya mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa dibuang begitu sahaja.

Saya ada memanggil dukun untuk menengokkan perniagaan saya. Kata dukun tersebut, ada orang yang telah menyihir saya. Kemudian baru saya teringat saya pernah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi tanah dan beberapa barangan lain ditinggalkan di kedai saya dan saya terus membuangnya ke dalam tong sampah.

Saya ingin meminta nasihat daripada ustaz, apakah amalan-amalan yang patut saya buat bagi menghindari perbuatan sihir seperti ini.

- Siti Hawa, Kajang.

Jawapan :

Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)     

Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir  secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)

Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)

Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-

1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-

Ertin firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :

         

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :  Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Comments  

0 #27 minta pendapatyati 2012-03-22 10:42
salam ustaz,

saya dan suami selalu bertengkar dan bergaduh. dulu kami tak macam ni. baru2 ini.. hubby cakap sesuatu pada saya dan kami rujuk pada mahkamah. mahkamah mengatakan jatuh talak.. dua tiga hari lepas tu, hubby ada ckp dia kata kita rujuk kembali. nanti isnin g pejabat agama.. adakah dikira rujuk atau kena tunggu pejabat agama (majlis agama)? selepas kejadian tu, saya pergi berurut, akak yang merawat saya mengatakan saya terkena sihir pembenci.. patut lah saya perasan semenjak dua menjak ni, hubby berkelakuan lain. tapi bila msg kata sayang.. bila jumpa or call ckp seperti tak nak tengok muka kita.. harap ustaz boleh tolong saya dalam hal ni
Quote
+1 #26 ciksiti 2011-07-13 13:56
salam

persoalan kedua saya adalah benarkah nabi Muhamad saw pernah disihir( dipukau) seperti apa yang diberitahu kepada bapa saya sebagai hujah apabila saya mengatakan sebagai orang yang menjaga sembahyangnya dan membaca dan mengajar alquran tidak mungkinlah bapa saya boleh dipukau untuk bersetuju mengkahwinkan saya dengan bakal suami.. oleh kerana tuduhan pukau ini perkahwinan itu masih belum terlaksana sehingga hari ini..
Quote
0 #25 ciksiti 2011-07-13 13:44
salam.
ustaz dan saudara2 semua,

saya telah dibawa oleh adik saya ke rumah seorang bekas cikgu yang mereka percayai untuk membuat rawatan atas alasan saya telah dipukau oleh bakal suami pilihan saya. ketika sampai kerumah orang itu anak saudara menangis tanpa henti dan tidak mahu masuk kerumah.
rawatan yang diberikan adalah untuk melihat apakah gabungan huruf pangkal nama saya dan bakal suami.contohnya nama saya s=sin=5,manakala bakal suami m=mim=6. 5+6=11.11 menunjukkan rumah.
rumah bermaksud akan hidup sederhana. kalau gudang=kaya, n ada beberapa kemungkinan lagi, miskin ataupun papa.
persoalannya adakah ini perbuatan syirik? sama seperti menilik nasib? minta jawapan kerana terlalu ramai orang mengunakan cara ini sebelum berkahwin.termasuk adik ipar saya ketika hendak berkahwin dengan adik.ketika itu saya tidak terfikir yang ini mungkin syirik tpi sekarang saya rasa sangat berdosa.
Quote
0 #24 SIHIR dan SANTAU — linkairul 2011-04-20 22:58
kpn lin....x payah nak terlalu taksub dgn kata2 org...semua tu tiada dalam islam....itu adalah karut semata-mata.....just amalkan je apa yg ustaz sarankan
Quote
0 #23 SIHIR dan SANTAUlin 2011-04-19 20:50
Saya nak tanya ustaz saya punya kuku ada 2 line iaitu satu line (x ade isi boleh potong bila panjang) dan satu lagi line dalam isi ( x boleh potong) muncul line kelabu seakan-akan hitam lah. Adakah saya telah disantau atau disihir kerana saya pernah dengar orang kata kalau kuku ada warna hitam telah disihir atau disantau. Kalau ada macam mana kita nak buang dan cara nak elak santau terima kasih
Quote
0 #22 SIHIRlin 2011-04-19 20:47
saya ingin menanya ustaz kuku jari saya muncul line macam kelabu di depan kuku satu line putih kan belakang sikit ada lagi satu line macam kelabu mungkin ker kena santau sebab saya pernah dengar orang kata kalau orang nak buat sihir santau kat kita kuku kita ada line hitam, terima kasih
Quote
+2 #21 sihirHamba Allah 2010-12-31 08:48
salam...
sy nk minta ptolongan dan pdapat ustaz,apa yg perlu sy buat ttg pkara ini: sy tjumpa sebekas tanah pantai yg diletakkan di hadapan rumah sy.tanah tsebut sperti telah bercampur dengan kotoran-kotoran lain yang tidak dapat dikenal pasti.sy ingin meminta pendapat dan ptolongan ustaz tentang bagaimana sy nk menguruskan benda tersebut.terima kasih...
Quote
0 #20 kuatkan kasih sayangida 2010-10-20 13:53
asslamualaikum ustaz,

saya ingin bertanya, adakah suami saya disihir. dia kata dia seolah-olah benci dan rimas tengok isteri. rasa macam nak menjauhkan diri. bila isteri buat salah sikit, bg dia jd besar. kemarahan membuak-buak.
Adakah suami saya di sihir?

Minta tlg bg penyelesaian. dan minta doa supaya kami diselamatkan daripada segala sihir dan hasad dengki.

Terima kasih ustaz
Quote
+2 #19 Sihir PembenciFauzy 2010-09-04 20:35
Assalamualaikum Ustaz,
Saya dan isteri sering bertengkar dan bergaduh hinggakan isteri tiba2 menampar dan meludah saya.Isteri saya yg selalu mulakan pertengkaran tersebut dgn punca yg tak masuk akal.Bila keadaan menjadi tenang, beliau berkata dia tak tau kenapa tiba2 menjadi marah dan benci pd saya.Perkara ini sering berlaku selepas saya bercerai dgn isteri dulu dan berkahwin lain.Saya syak kami disihir org yg sakit hati pd kami.Apakah amalan2 yg perlu kami amalkan ustaz?Tkasih byk2.
Quote
0 #18 MASALAH SAYAAida F. 2010-05-08 22:31
Assalamualaikum ustaz,

Masalah saya ni ialah saya tidak mahu & benci untuk turun ke tempat kerja. Sekira nya saya memaksa diri untuk turun kerja, saya akan menangis. kadang2 badan saya menjadi lemah.. Keadaan badan saya lemah dan tidak mengira masa. dan menjadi takut. macam2 cara tradisional saya ubat sama ada melalui dukun & ustaz2. Sehingga saya mengambil cuti sebulan tanpa gaji.
Diharap ustaz dapat membalas comment saya.
Terima kasih
Quote
0 #17 ditabur garam halus depan rumahNOOR ZURINA BT ISMAIL 2010-04-09 11:02
Askm Ustaz, tadi malam dalam kul 745 mlm saya keluar untuk ambil kakak pulang kerja. pukul 815 malam sampainye di depan pintu rumah saya dapati banyak garam halus yang ditabur depan pintu masuk rumah. adalah ini suatu sihir untuk dikenakan kepada saya @ kakak saya yang tinggal dirumah itu. Ustaz tolong bagi penjelasan ye untuk masalah ini.

UZAR : bersihkan garam2 tu, setelah baca panduan2 yang ada dalam artikel ini. dan yakin dgn Allah tidak akan ada apa2 yg buruk akan berlaku.
Quote
0 #16 RuqyahGeez 2010-03-21 08:02
Assalamualaikum wbt Ustaz,

Ustaz, beberapa tahun dulu saya penah sakit akibat sihir and alhamdulillah saya sudah beransur baik. Tapi masalah yg saya hadapi sekarang, setiap kali saya mendengar ayat Ruqyah, pinggang and badan2 saya akan sakit. Mintak panduan dan nasihat dari Ustaz. Terima kasih.
Quote
0 #15 masalah sihir dan kelirunurul 2010-02-23 04:19
saya mempunyai masalah besar. tolong lah saya. saya tak boleh cerita sepenuhnyer dengan keluarga atau kawan-kawan. tapi keluaga saya tahu saya tengah ader masalah. nombor teleon saya 017-311 2300. saya harap ustaz boleh tolong saya sangat-sangat
Quote
0 #14 mimpi diganggu syaitanhuzairy 2010-02-07 08:10
Assalamualaikum ustaz,saya ingin penjelasan berkenaan mimpi diganggu/bertarung dengan syaitan.Sejak kebelakangan ini saya sering mengalami mimpi yg agak ngeri @diganggu syaitan.terbaru saya hairan mengapa syaitan yang menggangu saya masih mampu melawan walaupun saya membaca ayat kursi berkali2 sehingga akhirnya terjaga dari tidur sambil masih meneruskan bacaan,sedangka n sebelum ini perkara ini mudah ditangani dengan 3 qul/belum habis baca ayat kursi syaitan dah cabut lari?
Quote
0 #13 sihirsalahuddin fisabillillah 2009-12-28 01:13
salam....saya nak tanya ustaz, saya ada dapat satu ayat yang boleh mengelak dari terkena pukau atau sihir ke atas orng yang mengamalkannya....ayat tersebut diambil dari surah musa...yang saya confius setiap ayat dalam doa tersebut diambil dari ayat-ayat dalam surah musa lalu digabungkan menjadi satu ayat doa...adakah doa tersebut diterima Allah atau adakah ia menyalahi hukum?MINTA PENJELASAN ustaz.....
Quote
+1 #12 pagi dan petangMohd Azam 2009-12-26 05:31
Terima kasih Ustaz, di atas artikel yang cukup berguna ni. Hanya ALLAH yang terbaik membalasnya, insyaALLAH, aminnn... :-)

Ustaz, kalau tak silap saya, kebanyakan bacaan-bacaan ni ada terkandung dalam susunan bacaan Al-Ma'thurat (susunan As-Syahid Sheikh Hassan Al-Banna). Betul tak Ustaz?

Dan, saya nak bertanya lagi.

Yang dimaksudkan waktu pagi tu adalah selepas solat Subuh kan? Tetapi, yang dimaksudkan waktu petang tu, adakah ianya selepas solat A'sar atau solat Maghrib? Sebab, masa saya belajar di matrikulasi dulu, kami para jemaah di sana, amalkannya selepas solat A'sar. Tetapi kini, ada makluman yang saya terima, ia adalah selepas solat Maghrib.

Harap, Ustaz dapat memberi sedikit sebanyak ulasan berkenaan perkara ini.

Terima kasih banyak-banyak saya dahulukan. :-)
Quote
-1 #11 Sihir PembenciNakTahu 2009-07-17 07:25
As Salam Ustaz,
Sy ingin bertanya, bolehkah sy ingin mengetahui perubahan sikap secara tiba2 teman sy ada kaitan dgn buatan org atau tidak?
Sy dah rujuk 2 org ustaz dan kedua-dua ustaz mengatakan benda yg sama, teman sy ada termakan sesuatu benda yg tidak elok yg menyebabkan dia tiba2 berubah terhadap sy..
dan sebagai ikhtiar, sy ada buat smyg istikharah..sy mtk Tuhan bg sy petunjuk samada betul atau tidak teman sy itu termakan/terkena sesuatu...slps itu sy ada bermimpi 3 org ustaz memberitahu sy yg teman sy itu mmg ada termakan/terkena sesuatu..
betul ke mimpi sy itu satu petunjuk?
jika betul dia termakan/terkena sesuatu, bagaimana cara merawatnya?
Quote
+1 #10 myspace tunai skimFidri 2009-07-03 17:14
salam ustaz zaharuddin,bole h saya bertya sesuatu.Ianya tentang hukum halal dan haram.sudah lama saya cari tempat untuk berbicara.Harap di sini segala tersurat dan tersirat dapat di selesaikan.saya cuma perlukan bukti yang kukuh tentang myspacetunai.com ini.Kerana cara manager myspace tunai ini adalah salah dari segi Islam.Pendapatn yang dapat adalah dari cara skim referral pyramid contoh.Dan orang yang usahakan bisness ini tidak menjual apa2 barangan..tetapi menawarkan barangan percuma sekadar untuk mengumpan orang untuk menyertai businessnya..contoh,Ustaz hanya perlu bayar rm50 untuk join bsness ini..dan ustaz akan menerima software percuma.."hanya barangan percuma tiada produk yang dijual" dan ustaz mengajak seorang rakan bernama "is"(saya) dan ustaz serta merta mendapat komisyen sebanyak rm17..dan apabila "is"(saya) mengajak seorang rakan yang lain..ustaz akan menerima rm5...bagi saya ini adalah skim..penipuan secara halus..dalam gandaan duit x duit x duit..dan tiada produk yang dijual..sewaktu saya belajar di sekolah agama dahulu akad jual dan beli salah satu yang mesti ada adalah barang jualan..jadi topik ini adalah amat penting,saya akan buka topik ini secara besar-besaran kerana sudah semakin ramai orang yang terjebak dengan skim ini.saya akan datang semula ke forum ustaz untuk mendapat jawapan yang pasti
Quote
+1 #9 setujuAnuar 2009-06-04 10:18
Assalamualaikum ,

Saya amat setuju dengan kenyataan Zulkifli....

Lagi satu Islam tidak mengalakkan kita tuduh menuduh...kadangkala tuduh menuduh boleh jadi bahan fitnah...
Quote
0 #8 ...zulkifli 2009-05-21 07:22
Assalamualaikum ,
Saya nak mencelah sedikit orang Malaysia ni suka-suka keluar perkatan sihir,bomoh dan lain-lain memanglah orang kata nusantara.
Saya pun amat sedih dengan pengsoal dalam web ustaz Zaharuddin...
Kita baca diatas tu "Adakalanya saya hanya mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa dibuang begitu sahaja". Tanya diri apa kesilapan telah berlaku dalam diri dia? Padan muka inilah hukuman Allah terhadapnya...kalau nak buang lauk lebih elok lauk-pauk sedekah buat kenduri jemput anak-anak orang miskin, anak yatim piatu dan anak-anak pemintak sedekah makan dapat pahala lagi...Allah pun perkenan dengan perbuatannya...sedangkan lauk pauk dibuang begitu sahaja....lihatlah orang asli Afrika macamana? Saya amat setuju Allah beri ujian terhadap pengsoal tu....
Quote
0 #7 farhana 2008-08-06 07:27
saya di sihir oleh seorg lelaki kerana menolak lamarannya...pada mulanya saya tak tahu, saya berjumpa seorg ustaz pada asalnya utk tengokkan kaki saya yg kena gigit pacatlebih dari 10 ekor( dah pegi klinik mkn antibiotik, dapat injection, dah dekat 8 bulan tak baikx2...) ustaz tu sentuh ibu jari kaki, tapi saya rasa sgt panas..beliau bagi garam bukit utk di minum...selang seminggu kemudian depan dtg lagi...bila uztaz ltk tangannya di kepala & membaca surah pembakar jin...saya mula tak ingat...mak sy kata... saya cakap... " aku x kan lepas kan perempuan nie..aku biarkan dia benci pada smua lelaki...aku biarkan dia rasa apa yg aku rasa..." ...sekarang nie masih berubat ,ustaz bagi beberapa ayat amalan antaranya spt ayat 6. diatas ayat al-isra... saya lakukan dgn konsisten..alhamdulilah sekarang nie beransur baik...saya positif..hal yg berlaku nie adalah ujian utk saya...hal ini juga mendekatkan diri pada allah...
Quote
+1 #6 solehah 2008-06-24 00:37
ustaz, sy tak tahu la saya kena sihir atau tak..kdg2 bibir bergerak mcm kena kiss pastu bila baca ayat kursi keluar angin melalui rambut :D

uzar : amalkan panduan dalam artikel ini setiap hari, dan juga baca padnuan doa elak dirogol.. juga ada doa terbaik elak mudarat dari makhluk.
Quote
+1 #5 azemi 2008-01-16 06:33
Assalamualaikum UZAR,
Saya nak bertanya berkenaan dengan rawatan yang mengalihkan penyakit kepada binatang seperti ayam. Pengamalnya dari segi luarannya mengamalkan ayat Al-Quran dan berhenti di waktu sembahyang.

Terima Kasih
Quote
0 #4 akzuriaz 2007-11-20 16:54
lepas halau jin yg masuk dlm badan manusia, ustaz balik umah
jin dtg kaco balik, pesakit pulak tak pernah sembahyang, agama pun ciput, dah kene main ngan jin, macamana nak buat ngan pesakit ni atau apa cadangan kat pesakit paranormal nie.....
Quote
0 #3 yana 2007-10-26 22:39
Assalamualaikum Ustaz,

Boleh berikan penjelasan ttg kepercayaan masyarakat Melayu tentang perbomohan/dukun/ustaz yg terlibat dalam perubatan secara tradisional.

Saya pernah terbaca, bahawa pengamal perubatan tradisional yg menggunakan 'asap' dari kemenyan/rokok adalah bertentangan dgn ajaran Islam. Boleh Ustaz tolong perjelaskan?

KOMEN UZAR : SILA CARI DAN RUJUK ARTIKEL DI BAHAGIAN KEPERCAYAAN DAN AQIDAH DI WEB INI. BUKA TAJUK KESILAPAN KERAP DALAM AQIDAH DAN KEPERCAYAAN
Quote
0 #2 Shiha 2007-10-21 16:48
Salam..

Ustaz.. nak mintak pembetulan sikit lah..

Doa yang ketujuh tu, kalau tulisan ruminya:
"A'uzubillah bikalimatillah....". Tapi yang tulisan jawinya: "A'uzubikalimatill ah..."

Yang ni doa yang sama dalam artikel ustaz 'Doa Khusus Elak Rogol & Cabul' tu kan? Rasanya tulisan jawi tu yang betul... Wallahua'lam dan wasalam.

KOMEN UZAR : YE BETUL, TERIMA KASIH.. TELAH DIPERBETULKAN
Quote
0 #1 riduan 2007-09-29 15:04
saya nak tanya lah.......mcm mn eik nak mengelak kan dari golongan jin kafir...??? bagaimana nak menyembuhkan org yg kena rasuk ..?bagaimana nak mengembalikan roh nya ke dalam bdn yg asl..?

ADMIN ; MACAM YANG KAT ATAS TU LE
Quote

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 


 

Ruangan Iklan









RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Aktiviti Semasa

  • Pengisian Terkini

  • Paling Popular

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 86 guests
Latest members:
  • Kafineczo
  • Arboledo

Komen Terbaru

You are here: Aqidah & Kepercayaan Panduan Elak Diri Dari Sihir