Fatwa Anak Susuan Dewasa Oleh Ulama Azhar Ditarik balik

(10 votes, average 5.00 out of 5)

Fatwa Pelik Berkenaan Susuan 

Dewasa oleh Dr Izzat Ditarik Semula

Baru-baru ini, muncul kepelikan dari Universiti Al-Azhar apabila seorang tenaga pengajarnya Prof. Dr Izzat Atiyah (Ketua Jabatan Hadith, Univ. Al-Azhar, Mesir) mengeluarkan fatwa harus seorang lelaki dewasa untuk menyusu dengan rakan sekerja wanitanya bagi mendapatkan title anak susuan. Dengan title tersebut dijangkakan boleh memudahkan pergaulan antara rakan sekerja lelaki dan wanita, hatta jika mereka berdua-duaan sekalipun, kerana status mereka sudah menjadi ibu dan anak susuan yang haram berkahwin.

Fatwa pelik ini menimbulkan kehebohan di Mesir dan mendapat kutukan keras dari ulama seluruh mesir. Akhirnya, Dr Izzat mengeluarkan kenyataan berikut.

Justeru, adalah tidak halal samasekali mana-mana individu cuba berpegang dengan fatwa ini setelah ianya disahkan tidak benar oleh si pengeluar fatwa setelah semakan semula. 

Fatwa  yang dianggap dapat menyelamatkan pekerja lelaki dan wanita itu, sebenarnya amat besar mudaratnya buat Islam. Antaranya, zina akan pasti bercambah kerana berdasarkan kerosakan akhlak yang ada hari ini, perbuatan memberikan susu akan disalah guna sehingga berlaku zina, kerana kononnya sudah boleh menyentuh tubuh ibu susu mereka, terlalu ramai yang diharamkan berkahwin kerana telah menjadi anak susu, pengharaman kahwin ini akan sampai ke anak cucu mereka kelak. Akhirnya mungkin satu bandar tiada yang boleh berkahwin lagi. dan banyak lagi, ia memang satu fatwa yang cukup tidak berasas. Wallahu 'alam.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

25 JUn 2007

 

Terjemahan Bahasa Malaysia

Majlis Tertinggi Al-Azhar menyerahkan keputusan untuk memberhentikan Dr Izzat Atiyyah dari tugasnya dan menyerahkannya ke Majlis Tatatertib

Penjelasan Dr Izzat Atiyyah

Kehebohan yang tercetus berkenaan isu anak susuan bagi dewasa , sesungguhnya hanyalah sekadar menyalin perbincanmgan ulama silam seperti Ibn Hazm, Ibn Taymiah, Ibn Qayyim dan As-Syawkani dan juga kesimpulan oleh Ibn Hajar rh.

Maka dengan ini , pada pendapat saya, susuan bagi anak kecil akan membawa sabit sebagai anak susuan sebagaimana yang disebut oleh ulama dari 4 mazhab, dan sesungguhnya susuan bagi orang dewasa juga membawa kesan yang sama dalam keadaan khas seperti dharurat sahaja.

Apa yang aku fatwakan tadi hanyalah merupakan pendapat peribadiku sahaja.

Dan berdasarkan atas perbincangan dengan rakan-rakanku para ulama, aku meminta maaf atas apa yang timbul dariku sebelum ini dan mengistiharkan penarikan semula fatwaku yang menyalahi majority ulama itu.

المجلس الأعلى للأزهر يفوض جامعة الأزهر لاتخاذ قرار بوقف الدكتور عزت عطية عن العمل وإحالته لمجلس تأديب للتحقيق معه

ما أثير من كلام حول موضوع رضاع الكبير وما صرحت به إنما كان نقلا عن الائمه ابن حزم وابن تيميه وابن القيم الشوكانى وأمين خطاب وما استخلصته من كلام ابن حجر رحمه الله .

ومع هذا في الرأى عندي أن الرضاعة في الصغر  التي يثبت بها التحريم كما قال الائمه الأربعة وان رضاع الكبير كان واقعة خاصة للضرورة

وما أفتيت به كان مجرد اجتهاد

وبناء على ما تدارسته مع اخوانى من العلماء فانا اعتذر عما بدر منى قبل ذلك وارجع عن هذا الرأى الذي يخالف الجمهور

الاسم : عزت على عيد عطية

التاريخ :20/5/2007

 

sumber : http://azhar.edu.eg/D.EZAT.html



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites